Anda di halaman 1dari 11

Demi Sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan

yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
balasan baik di hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak.
Surah al-Ahzab ayat : 21

Doa Nabi Ibrahim a.s.




Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari


kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayatayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al
Qur'an) dan Al-Hikmah serta menyucikan mereka. Sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah al-Baqarah ayat : 129

Salasilah Keturunan Nabi


Muhammad s.a.w.
Adnan Mad Nizar Mudhar Ilyas Mudrikah (Amir)
Khuzaymah Kinanah Al-Nadhar (Qays) Malik Fihr
Ghalib Luai Kab Murrah Kilab Qusay (Zayd)
Abdu Manaf (al-Mughirah) Hasyim (Amru) Abdul
Muttalib (Syaibah) Abdullah MUHAMMAD

Nama Penuh Salasilah Nabi


Muhammad
Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib (Syaibah)
Bin Hasyim (Amru) Bin Abdu Manaf (al-Mughirah) Bin
Qusay (Zayd) Bin Kilab Bin Murrah Bin Kab Bin Luai Bin
Ghalib Bin Fihr (Quraisy) Bin Malik Bin Al-Nadhar (Qays)
Bin Kinanah Bin Khuzaymah Bin Mudrikah (Amir) Bin
Ilyas Bin Mudhar Bin Nizar Bin Mad Bin Adnan

Keistimewaan Keturunan Rasulullah


S.A.W
Sabda Rasulullah s.a.w.
.Sesungguhnya semua hubungan dan keturunan akan
terputus pada hari kiamat kecuali keturunanku, ianya
terus bersambung ketika di dunia dan di akhirat

Sejarah Ringkas Keturunan Nabi


Muhammad S.A.W.
Keturunan Nabi Muhammad bermula dari keturunan
Nabi Ibrahim a.s. melalui anaknya Nabi Ismail a.s.
Nabi Ibrahim a.s. telah membawa Nabi Ismail a.s. dan
Ibunya Hajar ke Mekah sebelum ada sesiapa yang
mendiaminya.
Setelah Hajar menjumpai Perigi Zam-Zam maka Mekah
mula menjadi tumpuan pedagang untuk berhenti bagi
mendapat bekalan air minuman.
Mekah menjadi semakin makmur dan terkenal apabila
Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. membina Kaabah
atas perintah Allah.

Urusan Mentadbir Kaabah dan


Mekah
Urusan menjaga Kaabah (Baitullah) al-Haram adalah di
bawah tanggungjawab Nabi Ismail a.s.
Setelah Nabi Ismail wafat tugasnya diwarisi oleh anak
cucunya
Akhirnya tugas menjaga Kaabah diambil alih oleh
Bangsa Jurhum (penduduk asli kawasan sekitar Mekah
selama 21 kurun atau kira-kira 2,000 tahun)
Bangsa Jurhum diriwayatkan telah berlaku zalim kepada
pengunjung Kaabah dan memakan harta yang
sepatutnya disumbangkan kepada Kaabah

Keturunan Khuzaah mengantikan


Bangsa Jurhum
Bangsa Jurhum telah diperangi oleh gabungan beberapa
suku bangsa (Bani Bakr Bin Abdu Manaf dari keturunan
Kinanah dan Ghabsyan dari keturunan Khuzaah)
Bangsa Khuzaah akhirnya mengambil alih tugas
menjaga Kaabah dan menjadi penguasa Mekah selama
300 tahun.
Moyang Nabi Muhammad yang bernama Qusay Bin
Kilab telah berkahwin anak penguasa Bani Khuzaah.
Akhirnya Qusay telah dilantik mentadbir semua urusan
berkaitan Mekah pada pertengahan kurun ke 5 iaitu
440M.

Pentadbiran Mekah
Urusan menjaga Kunci Kaabah : al-Hijabah
Urusan menjaga minuman kepada Jemaah haji / umrah :
al-Siqayah
Memberikan makanan kepada pengunjung Mekah : alRifadah
Urusan memegang panji perang : al-Liwa
Urusan mengetuai mesyuarat : al-Nadwah

Era Bangsa Quraisy


Era bangsa Quraisy bermula apabila Qusay menjadi penguasa Mekah.
Qusay mempunyai 3 anak lelaki : Abdul Dar, Abdu Manaf & Abdul Uzza
Selepas Qusay meninggal dunia urusan menguruskan Mekah diambil alih
oleh anaknya Abdul Dar.
Saudara-saudara Abdul Dar yang merasa tidak puas hati dengan
perlantikan Abdul Dar hampir berperang sesama sendiri tetapi akhirnya
setuju berdamai dengan membahagikan urusan mengurus Mekah.
Urusan menjaga minuman (al-Siqayah) dan memberi makanan (al-Rifadah)
kepada pengunjung Mekah diberikan kepada Keturunan Abdu Manaf.
Urusan menjaga Kunci Kaabah (al-Hijabah), urusan menjaga Panji Perang
(al-Liwa) dan Urusan menpengerusikan mesyuarat (al-Nadwah) diberikan
kepada keturunan Abdul Dar.

Hasyim Bin Abdu Manaf


Hasyim Bin Abdu Manaf adalah diantara penguasa Mekah yang
terkenal dari keturunan Abdu Manaf yang menguruskan Kaabah
dan Mekah.
Daripada keturunannya lahir seorang putera yang diberi nama
Syaibah atau lebih dikenali sebagai Abdul Muttalib iaitu datuk Nabi
Muhammad s.a.w.
Syaibah dibawa ke Mekah oleh bapa saudaranya al-Muttalib,
setibanya di Mekah, Syaibah digelar Abdul Muttalib kerana
menyangka dia adalah hamba abdi al-Muttalib
Apabila al-Muttalib meninggal dunia tugas menjaga minuman dan
makanan kepada pengunjung Mekah diserahkan kepada Abdul
Muttalib

Anda mungkin juga menyukai