Anda di halaman 1dari 1

PELAJARAN 35: ADAB MENUNTUT ILMU

Islam menggalakkan setiap umatnya mendapatkan ilmu pengetahuan sama ada secara
formal atau tidak formal. Setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan wajib
menuntut ilmu.
___________________________________________________________________________________________
_______

ILMU YANG PERLU DIPELAJARI

Ilmuan Islam membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu
kifayah. Kedua-dua ilmu tersebut sangat dituntut oleh syarat. Contoh kedua-dua tersebut
ialah:

Ilmu fardu ain


ILMU ASAS TAUHID ATAU
AKIDAH

IILMU FARDU
KIFAYAH
ILMU SAINS DAN TEKNOLGI
ILMU KEJUTERAAN

ILMU ASAS MEMBACA ALQURAN

ILMU ASTRONOMI

ILMU FAKAH

ILMU PERDAGANGAN

___________________________________________________________________________________________
ILMU AKHLAK
ILMU PEUBATAN
_

ADAB MENUNTUT ILMU

Ilmu sesuatu yang berharga dan mulia. Untuk menentukan sesuatu ilmu yang dipelajari
memberi faedah dan keberkatan maka setiap orang hendaklah menjaga adab-adab
menuntut ilmu.
Bertanya kepada guru apabila tidak faham.
Sentiasa menawarkan khikmah kepada guru.
Tidak membantah arahan dan nasihat guru.
Membuat kerja-kerja rumah dan latihan yang diberikan.
Senitasa berusaha dan berdoa memudahan kejayaan.
Bercakap sopan dengan guru.
Mematuhi disiplin dan peraturan sekolah.
Menumpukan perhatian ketika guru mengajar.
___________________________________________________________________________________________
_

KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU

Mempelajari sesuatu ilmu mempunyai banyak kepentingan, antaranya:


1. Meningkatkan keyakinan tentang kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.
2. Dapat melaksanakan sesuatu ibadah dan amalan dengan cara yang betul.
3. Meningkatkan kecemerlangan diri,keluarga, dan masyarakat.
4. Dapat mengetahui dan mengikuti perkembangan ilmu terkini.
5. Tidak mudah ditipu dan dipermainkan oleh orang lain.
6. Mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
7. Meningkatkan imej agama, umat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai