Anda di halaman 1dari 44

Psikoanalisis

Sigmund
Freud
Ahli kumpulan:
Ahmad Hishamudin Bin Ahmadun
Kumaressan Sargunan
Lingeswarry Ramasamy

Sejauhmanakah Proses
Perkembangan Dan Pembentukan
Personaliti Serta Aplikasi Teori
Sigmund Freud Dalam
Pembentukan Personaliti
Individu???

SIGMUND
FREUD

PENGENALAN
TEORI
PSIKOANALISIS

PENGENALAN TEORI PSIKOANALISIS


Teori Psikoanalisis telah dibangunkan oleh Sigmund Freud

yang berasal dari Czekoslovakia.

Teori Psikoanalisis memberi penekanan khusus terhadap

proses mental. Freud melihat mental seseorang sebagai satu


struktur dan satu proses.

Mental seseorang telah dibahagikan kepada bahagian-

bahagian tertentu dengan setiap bahagian mempunyai fungsi


masing-masing yang akhirnya akan menghasilkan personaliti
manusia.

KONSEP UTAMA
TEORI
PSIKOANALISIS

KONSEP UTAMA TEORI PSIKOANALISIS


Personaliti telah dibicarakan oleh Freud berdasarkan struktur

dan proses yang ada dalam mental seseorang.


Apa-apa yang berlaku di dalam mental akan mempengaruhi

segala tingkah laku dan emosi manusia termasuklah


mempengaruhi perkembangan personaliti.
Mental manusia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

sedar, pra sedar dan tidak sedar.


Struktur mental pula terbentuk daripada tiga komponen

iaitu id, ego dan superego.

MENTAL MANUSIA: ALAM SEDAR


Bahagian sedar ini dapat mengetahui apa-apa yang telah

berlaku dan sedang berlaku kepadanya dan persekitarannya.

Misalnya, individu merasa sakit, marah, rasa gembira, sedih

dan sebagainya.

Contohnya: Freud mengatakan jika individu itu sakit, maka

bahagian sedar setiap pesakit mahu menerima apa sahaja


akibatnya dan pesakit mahu sembuh dari penyakit tersebut.

MENTAL MANUSIA: ALAM PRA SEDAR


Mengandungi sesuatu yang tidak berada di paras kesedaran pada

masa itu, tetapi mudah diperolehi.

Ia merupakan tempat menyimpan memori yang kita tidak

menyedarinya pada masa ini tetapi kita boleh melahirkan kembali di


peringkat sedar.

Contohnya: Detikan jam di dalam pejabat sering tidak kedengaran

kerana ditelan oleh suasana yang bising yang lain, tetapi jika individu
benar-benar memberi perhatian kepada detikan jam itu, ia pasti akan
dapat mendengar detikan jam itu dari saat ke saat.

MENTAL MANUSIA: ALAM TIDAK SEDAR


Individu memang tidak menyedari langsung apa yang

berlaku.

Alam tidak sedar mengandungi naluri, nafsu dan keinginan

yang mempengaruhi dan mengarahkan tingkah laku kita.

Contohnya: Perubahan yang berlaku di dalam saraf tidak

disedari oleh kita.

THE ICEBERG METAPHOR

STRUKTUR MENTAL: ID
Menurut Freud, id telah sudah sedia ada semenjak seseorang

itu dilahirkan ke dunia.

Id adalah segala desakan diri yang mengandungi segala

kehendak manusia yang tidak logik dan tidak rasional.

Id mempunyai kecenderungan mendesak seseorang supaya

melakukan segala tindakan yang ganas, seksual dan agresif.

Id bergerak mengikut sesuka hati berpandukan prinsip

keseronokan yang menggerakkan individu untuk


mengurangkan tekanan, mengelak daripada kesakitan dan
mendapatkan keseronokan.

STRUKTUR MENTAL: EGO


Ego pula menurut Freud, terbentuk setelah seorang kanak-kanak itu

membesar serta mula mengidentifikasikan diri dengan orang


sekeliling seperti ibu dan bapanya.

Ego bergerak berpandukan realiti dan egolah yang akan

menentukan personaliti individu.

Ego akan mengawal jenis-jenis tindakan yang hendak dilakukan,

memilih persekitaran-persekitaran yang sesuai serta menentukan


naluri mana yang akan dipuaskan dan cara naluri-naluri ini
dipuaskan.

STRUKTUR MENTAL: SUPEREGO


Superego ialah suara hati yang sentiasa mengingatkan

seseorang supaya bertindak berlandaskan etika moral dan


nilai-nilai yang ada dalam masyarakat.

Superego hanya terbentuk setelah seseorang itu membesar dan

mengetahui tentang nilai atau budaya masyarakat.

Ia bertanggungjawab untuk menyekat ego dari menuruti

kehendak id, di samping mendorong ego untuk menerima


nilai-nilai moral.

MATLAMAT
TEORI
PSIKOANALISIS

MATLAMAT TEORI PSIKOANALISIS


Menguatkan ego serta membawa kesemua pengalaman yang

berada di bawah sedar menjadi sedar.

Dalam teori ini juga pengalaman yang lama akan dibina

semula seolah-olah dialami semula serta dibincangkan,


diinterpretasi dan dianalisis oleh kaunselor.

Setelah dianalisis dan diinterpretasikan oleh kaunselor atau

terapis, klien diharapkan akan mendapat celik akal.

PEMBANGUNAN
ATAU
PERKEMBANGAN
PERSONALITI

PEMBANGUNAN ATAU
PERKEMBANGAN PERSONALITI
Semenjak dilahirkan
Id melakukan banyak
desakan. Cth: Bayi
akan menangis
apabila lapar dan
dahaga.

Apabila Ego
terbentuk, nilai-nilai
dan harapan
masyarakat akan
disampaikan kepada
individu melalui ibu
bapa.

Setelah kanak-kanak
semakin membesar akan
pula terbentuk Superego
yang sentiasa
mengingatkan seseorang
supaya bertindak
berlandaskan etika moral.

MEKANISME
HELAH BELA DIRI

MEKANISME HELAH BELA DIRI


REPRESI -Ia sebagai usaha untuk
melupakan sesuatu yang
mengecewakan atau memalukan
dirinya.

Seorang Ketua Jabatan tidak dapat menerima


hakikat apabila seorang pegawai bawahannya
membuat teguran terbuka terhadap kelemahan
atau kekurangannya. Maka si bos ini akan
berterusan membenci orang bawahannya itu.

PENAFIAN - Helah bela diri ini berlaku


apabila seseorang itu tidak dapat
menerima kenyataan.

Apabila seorang pesakit diberitahu yang dia


menghidap penyakit barah, dia cuba menyatakan
dignosis doctor adalah salah.

PEMBENTUKAN REAKSI - Satu bentuk


helah bela diri bagi mempertahankan
diri dari sesuatu ancaman dengan
memerlihatkan reaksi yang
bertentangan dengan bentuk ancaman
itu.

Sekumpulan kanak-kanak bersiul ketika melalui


perkuburan (seolah-olah bergembira dan tidak
takut tetapi sebenarnya mereka cuba melindungi
perasaan takut)

MEKANISME BELA DIRI


PROJEKSI Satu mekanisma yang
membalikkan desakan dan keinginankeinginan yang tidak dapat diterima
oleh dirinya sendiri kepada orang lain.

Sifat tidak mahu berkawan dengan orang lain,


mengatakan orang lain sombong tidak mahu
berkawan dengannya.

PEMINDAHAN -Individu ini akan


mengalihkan kemarahannya kepada
sasaran lain kerana dia tidak dapat
meluahkan kemarahan sebenarnya
kepada orang tersebut.

Seorang pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah lalu


dimarahi oleh gurunya. Apabila pulang ke rumah,
dia melepaskan kemarahannya kepada adikadiknya.

RASIONALISASI - Keadaan ini berlaku


apabila seorang individu akan cuba
menipu atau berbohong dengan orang
lain bagi menutupi kesalahannya.

Si suami berkata dia tidak suka kerjanya jadi dia


berhenti kerja walhal dia dipecat oleh majikannya
kerana prestasi buruk.

MEKANISME BELA DIRI


SUBLIMASI - Suatu cara
untuk melepaskan tenaga
seks atau agresif ke jalan yang
boleh diterima oleh
masyarakat. Cth: Bidang seni.

REGRESI - Ia merupakan
tindakan menyorot kembali
kepada peringkat
perkembangan yang lebih
awal ia mempunyai rasa
selamat.

PAMPASAN - Ia cuba
memampas kelemahan yang
ada pada dirinya dengan
sesuatu kelebihan atau
kekuatan yang lain.

Seseorang yang tiada atau sukar mempunyai


pasangan, mungkin menyalurkan perasaan
sunyinya dengan mengubah pantun,puisi atau
berkaraoke.

Seorang suami menjerit-jerit kerana isterinya tidak


membenarkannya pergi menonton filem dengan
rakan sekerjanya.

PANDANGAN
TERHADAP MANUSIA
MENURUT
TEORI PSIKOANALISIS

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA


MENURUT TEORI PSIKOANALISIS
Manusia dilahirkan ke dunia dengan mempunyai desakan

untuk melakukan kemusnahan dan perkara-perkara yang


tidak rasional.

Semenjak dilahirkan, id atau satu kuasa dalam diri sentiasa

mendesak individu untuk melakukan kejahatan dan keganasan


ke arah kemusnahan sudah sedia ada dalam diri manusia.

Setelah individu mula mengenali diri sendiri dan orang-orang

sekeliling ia membentuk ego.

Apabila seseorang anak itu melalui proses sosialisasi, ia akan

didedahkan kepada nilai-nilai masyarakat.

TAHAP-TAHAP
PSIKOSEKSUAL

TAHAP-TAHAP PSIKOSEKSUAL
TAHAP
MULUT
(TAHUN
PERTAMA)

TAHAP
GENITAL
(DEWASA)

TAHAP
PENDAMA
N (TAHUN
5-12)

TAHAP
DUBUR
(TAHUN 13)

TAHAP
FALIK
(TAHUN 35)

TAHAP MULUT
Peringkat ini bermula sejak lahir hinggalah bayi mencapai umur

setahun.

Di dalam masa ini, kita dapati bayi menumpukan perhatian yang

banyak kepada menyusu dari ibunya, kerana dari tindakan sebegini ia


dapat memenuhi keperluan untuk makanan dan keseronokan.

Mengikut Freud, melalui tindakan menyusu, kanak-kanak mengalami

kepuasan seks, kerana mulut dan bibirnya merupakan zon erotik yang
sensitif.

Pada peringakt ini bayi belum lagi mempunyai ego atau superego.

Segala tindakannya adalah didorongkan oleh id semata-mata.

Tindakan menyusu ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

A) ORAL INCORPORATIVE
Tindakan oral incorporative berbentuk penyusuan yang banyak dilakukan

oleh bayi kerana ia mendapat kepuasan melalui tindakan ini .

Oleh kerana ia terlalu banyak mendapat kepuasan atau kadang-

kadang terlalu sedikit mendapat kepuasan melalui tindakan oral


incorporative ini, bayi ini mungkin terlekat perkembangannya di sini.

Apabila berlaku lekatan seperti ini, tindakan-tindakan yang mencerminkan

oral incorporative ini akan menjelma bila bayi ini dewasa kelak.

Menurut Freud, orang suka menghisap rokok banyak dan suka minum

banyak-banyak, adalah orang-orang yang perkembangan personalitinya


terletak di peringkat ini.

B) ORAL AGGRESSIVE
Apabila gigi mula tumbuh, tindakan oral aggressive yang sering dilakukan ialah
menggigit tetek ibunya. Seandainya seseorang itu terlekat perkembangan
personalitinya pada peringkat ini, ia akan memperlihatkan tindakan-tindakan
seperti sindiran, agresif, mengumpat atau membuat komen-komen yang
menyakitkan.
Semasa bayi berada di dalam peringkat ini, ia amat memerlukan kasih sayang
dari ibunya, kerana tanpa kasih sayang yang diperlukannya itu akan membesar
dengan membawa perasaan yang ia tidak sukai, yang ia tidak mahu diterima
dan ia tidak disayangi. Lantaran adanya perasaan sebegini, ia akan kelihatan
takut, tidak merasa selamat, sentiasa berusaha mendapatkan perhatian, iri
hati, agresif dan kesepian apabila dewasa kelak.
Lekatannya mungkin menyebabkan dirinya menjadi seorang dewasa
berpusatkan kendiri yang terlalu meminta dan bersikap ganas.

TAHAP DUBUR
Peringkat ini bermula pada awal tahun kedua membawa kepada ketiga umur

seseorang bayi itu. Pada peringkat ini, zon yang menjadi tumpuan kepuasan
nafsu ialah dubur, kerana di dalam kebudayaan barat, ketika inilah kanakkanak dilatih membuang air besar pada ketika tertentu dengan cara
yang tertentu.

Suatu sumber kepuasan yang diperolehi olah kanak-kanak pada ketika ini

ialah kuasa yang ada padanya untuk menahan atau melepasakan najis,
dan inilah juga cara yang ada padanya untuk mengawal desakan ibu
bapanya itu. Melalui cara kawalan seperti inilah ia belajar menguasai rasa
bebas, kuasa dan autonomi, serta mengenali dan mengendalikan perasaanperasaan negatif jika ibu bapanya terlalu mengawal dan mendesak.

Bagi Freud, kuasa yang ada pada kanak-kanak pada ketika ini, dan juga cara

ibu bapa mendesak, boleh menjadi asas bagi perkembangan personaliti bila
di dewasa kelak.

Ada dua kemungkinan utama yang terbuka kepadanya ialah :

A) PERSONALITI ANAL AGGRESSIVE

) Andainya ibu bapa terlalu ketat kawal dan rigid peraturannya di

dalam usaha untuk melatih anaknya untuk membuang air besar,


ia akan bertindak balas secara agresif dengan tidak
mematuhi kehendak ibu bapa tadi.

) Ia mungkin menabur najisnya di merata-rata tempat.


) Tindak balas menentang seperti inilah yang menjadi asas bagi

personaliti anal aggresive yang akan mempunyai ciri-ciri seperti


kezaliman, marah dan tidak teratur yang ekstrim.

B) PERSONALITI ANAL RETENTIVE

) Sebaliknya jika ibu bapanya terlalu banyak memberikan perhatian

kepada setiap kali anaknya membuang air besar dengan betul, kanakkanak ini mungkin tersalah anggap akan kepentingan aktiviti ini.

) Hasil yang mungkin ketara bila kanak-kanak ini dewasa kelak ia akan

gemar kepada aktiviti mengumpul harta kekayaan, ia akan menjadi


degil, kedekut dan amat mementingkan suasana yang teratur.

) Ini kerana mungkin memaparkan lekatan akibat dari didikan buangan

najis yang terlalu tegas semasa tahap dubur.

TAHAP FALIK
Tahap ini dikenali sebagai satu tahap yang mana kanak-kanak

mengalami banyak konflik.

Konflik yang dialami adalah berpunca daripada kehendak

kepada ibu bapa yang berlawanan jantina.

Anak lelaki akan berkehendakkan ibunya dan menganggap

bapa sebagai orang yang mengancam kedudukannya.


(Kompleks Oedipus).

Sementara itu kanak-kanak perempuan pula berkehendakkan

bapanya dan menganggap ibu sebagai orang yang mungkin


boleh menghalang kehendaknya. (Kompleks Elektra).

TAHAP PENDAMAN
Kanak-kanak di peringakt ini sudah mempunyai kecenderungan

untuk bergaul dengan kanak-kanak lain di luar rumahnya.

Gelora yang dialami di dalam peringkat mulut, dubur dan falik

menjadi tenang kerana ia kini terdedah kepada pengalaman yang


lebih beraneka rupa.

Melalui proses pemasyarakatan sebeginilah ia mendapat

pengalaman-pengalaman bagi memainkan peranan semasa


dewasa kelak.

Pada Freud peringkat ini merupakan peringkat yang agak tenang,

tanpa sebarang kerisauan atau kegelisahan yang boleh


menjejaskan perkembangan personalitinya semasa akan datang.

TAHAP GENITAL
Segala khayalan dan fantasi yang pernah wujud di dalam

peringkat falik yang lebih awal dulu akan muncul semula.

Selain daripada itu, sambil mereka membesar, mereka mula

menyedari tanggungjawab dan rol sebagai kanak-kanak


remaja dan orang dewasa.

Mereka menjadi lebih matang, dan lebih bebas daripada pengaruh

ibu bapa dan lebih suka menjalani hubungan erat dan rapat
dengan rakan-rakan sebaya.

Mengikut Freud, melalui kasih sayang dan bekerja, mereka boleh

mendapat kepuasan dan kepuasan sebegini amat penting bagi


mereka di dalam memberikan kestabilan dan rasa selamat.

CIRI-CIRI WATAK
PADA
PERINGKAT
PERKEMBANGAN
PERSONALITI JIKA
TERLEKAT.

CIRI-CIRI WATAK PADA PERINGKAT MULUT.


Tingkahlaku
pasif

Suka
bergantung
pada orang
lain

Suka
bergaul

Naluri ingin
tahu yang
tinggi

Bercita-cita

Berfikiran
terbuka

CIRI-CIRI WATAK PADA PERINGKAT DUBUR.


Amat
teratur

Kedekut

Suka ambil
hati oang

Boleh
diharap

Suka
kumpul
harta
kekayaan

Pembersih

CIRI-CIRI WATAK PADA PERINGKAT FALIK.


Mengalami
perasaan
bersalah

Nilai kendiri
rendah

Berperanan
ingin membalas
dendam

Mengalami
kesulitan untuk
menjalinkan
hubungan yang
erat dan
matang

Mempunyai
keperluan kuat
untuk
membuktikan
keupayaan

Berusaha
mengelak
perasaan risau
perkasian

CIRI-CIRI WATAK PADA PERINGKAT GENITAL

Lebih ideal

Rasa
selamat

Berjaya
dapat
kepuasan
seks

Tidak
banyak
mengalami
konflik jiwa

Lebih stabil

Mudah
memberi
dan
menerima
kasih
sayang

KOMEN
TERHADAP
TEORI

KOMEN TERHADAP TEORI


Teori Psikoanalisis ini membantu klien untuk mengimbangi

struktur personaliti id, ego dan superego melalui pengalaman


yang konstruktif.

Konsep dalam teori ini agak sukar untuk difahami dan

diaplikasikan dalam pratik.

Walaubagaimanapun, teori ini memberi fokus kepada

penerokaan jauh ke belakang iaitu ke zaman kanak-kanak.

Sehubungan demikian, limitasinya kadangkala klien akan

menjadi penat menceritakan hal-hal yang lalu, juga kepada


ketepatan isi kandungan yang diceritakan oleh klien
bergantung kepada daya ingatan klien itu.

RUJUKAN
Amir Awang. (1987) Teori Kaunseling, diterbit USM: Pulau Pinang

Dr Khoo Bee Lee. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (edisi kedua). Puchong, Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taqudin Abd Mukti. (2014). Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-Kanak (edisi kemaskini). Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir. (2013). Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi. Bangi, Selangor:
Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Robert D. Myrick. (1997). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Said, M. M. (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah. Selangor: PTS Profesional.

TERIMA
KASIH