Anda di halaman 1dari 24

PPE6014 PENDIDIKAN KOMPARATIF 1.

Maksud
D R. M O H D A S R I M O H D N O O R Pendidikan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir sesi ini, pelajar akan dapat:
1. memahami susur galur sejarah pendidikan,
2. menerangkan maksud pendidikan,
3. membincangkan pendidikan dari perspektif Islam,
4. menerangkan fungsi pendidikan.
APAKAH MAKSUD
PENDIDIKAN?
Aktiviti 1: [ 10 minit]
Dalam kumpulan anda, bincangkan maksud pendidikan. Apakah
persepsi anda tentang konsep pendidikan? Adakah persepsi anda
itu berdasarkan faktor geografi? agama? etnik? atau apa-apa faktor
lain? Adakah maksud pendidikan ini dipengaruhi oleh mana-mana
falsafah tertentu? Apakah falsafah-falsafah tersebut?
Bentangkan idea anda kepada seluruh kelas. Bersedia untuk
memberi penjelasan dan justifikasi idea-idea tersebut.
SEJARAH PENDIDIKAN
Aktiviti 2: [10 minit]
Dalam kumpulan anda, bincangkan bagaimana manusia mendapat
pendidikan di masa lampau [1000-5000 tahun lampau?]. Apakah
tujuan pendidikan pada masa itu? Apakah yang mendorong mereka
untuk mendapat pendidikan?
SEJARAH PENDIDIKAN
TAMADUN AWAL
Kebangkitan tamadun Mesir dan Babylonia telah menyebabkan proses penyebaran
ilmu semakin rumit.
Manusia perlukan cara untuk mengumpul, merekod, dan memelihara warisan
kebudayaannya untuk tujuan penyebaran.
Hasil kepesatan perdagangan, kemajuan kerajaan dan kebangkitan agama formal;
maka sistem penulisan tercipta sekitar tahun 3100 Sebelum Masihi.
Namun kemahiran menulis dan membaca tidak dapat diperolehi melalui pengalaman
kehidupan seharian; maka tempat khusus untuk pembelajaran (sekolah) telah
ditubuhkan.
Gurunya terdiri daripada penyalin (yang bertugas di istana dan mahkamah) serta
paderi.
Kaedah pembelajaran adalah hafalan, dan motivasi untuk belajar adalah bagi
mengelak daripada hukuman fizikal yang keras.
SEJARAH PENDIDIKAN
TAMADUN AWAL
Di Timur Tengah, golongan Yahudi merupakan antara yang terawal
menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak tanpa mengira kelas sosial.
Sekolah rendah Yahudi menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak lelaki
berumur 6-13 tahun untuk mempelajari 3M (membaca, menulis dan mengira).
Matlamat utama pendidikan Yahudi ialah supaya kanak-kanak ini dapat
mempelajari Kitab Perjanjian Lama (Old Testament).
Kanak-kanak yang menunjukkan potensi yang baik pada umur 13 boleh
meneruskan pengajian sebagai pengikut atau murid kepada seorang rabai.
Konsep pendidikan dalam masyarakat Yahudi sangat penting di mana rumah
ibadatnya (synagogue) bukan sahaja digunakan untuk upacara keagamaan,
malah sebagai tempat belajar.
YUNANI PURBA
Tujuan pendidikan di negeri-negeri Yunani adalah untuk menyediakan
kanak-kanak untuk aktiviti rakyat dewasa.
Walau bagaimanapun, ciri-ciri pendidikan amat berbeza.
Di Sparta, pendidikan adalah untuk menghasilkan rakyat-tentera.
Pendidikan berbentuk latihan fizikal, dan yang berkaitan dengan seni peperangan.
Kebanyakannya tidak boleh membaca.

Di Athens, pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara yang


terlatih dalam kemahiran semasa aman dan juga semasa peperangan.
Belajar dengan Plato ilmu geometri, astronomi dan matematik.
Belajar seni berpidato dan Bahasa terorik dengan Isocrates.
Mengikuti latihan ketenteraan selama 2 tahun pada umur 18.
ROME PURBA
Pendidikan Roman dipengaruhi oleh pendidikan Yunani.
Pendidikan berlaku di rumah.
Jika bapanya seorang yang berpendidikan, anaknya akan dapat belajar
membaca dan undang-undang, sejarah dan adat resam Roman.
Apabila anak tersebut meningkat usia, beliau akan dihantar kepada
pemidato untuk perantisan.
Kanak-kanak dihantar ke sekolah rendah untuk belajar 3M, kemudian ke
kelas atasan untuk belajar tatabahasa.
Bagi orang-orang Yunani, pendidikan menghasilkan rakyat yang baik
(individu yang serba boleh); untuk orang-orang Roman pula, rakyat yang
baik bermakna pemidato yang berkesan.
ZAMAN PERTENGAHAN
Pada awal Zaman Pertengahan, sistem sekolah Roman yang terkembang
sebelumnya itu telah lenyap.
Pada abad ke-5 manusia di Eropah telah mula kembali ke tahap pendidikan
primitif kalaulah tidak kerana gereja Zaman Pertengahan.
Pendidikan disediakan di Katedral, biara dan istana dan dikendalikan oleh
golongan paderi di beberapa bahagian Eropah Barat.
Pendidikan bertujuan untuk membuat persediaan kehidupan selepas
kematian.
Sekolah-sekolah tidak mengikut gred/darjah/tingkatan.
Pada penghujung Zaman Pertengahan (abad ke-12 dan ke-13 ) -
kebangkitan universiti.
ZAMAN PEMBAHARUAN
(RENAISSANCE)
Bermula di Itali pada abad ke-14, merupakan pemberontakan
terhadap kesempitan Zaman Pertengahan dalam menumpukan
aspek kerohanian.
Mahu membangunkan kuasa intelek, rohani, dan fizikal manusia
untuk memperkasa kehidupan.
Walau bagaimanapun, "pendidikan liberal" humanistik sebenarnya
tidak banyak berbeza dengan pendidikan Zaman Pertengahan.
Tanda-tanda awal perubahan sikap ke arah kaedah pendidikan -
lebih menarik, menyenangkan dan menyeronokkan.
Pendidikan masih tertumpu kepada golongan atasan.
ZAMAN REFORMASI
Kegagalan matlamat dan kaedah pendidikan liberal humanistik
berterusan hingga abad ke-16.
Konflik agama antara Katolik dan Protestant.
Konflik agama dapat dilihat dalam pembentukan kurikulum
pendidikan di sekolah-sekolah menengah Protestant.
Walaubagaimanapun, kelahiran sistem pendidikan universal
dapat dilihat di zaman ini dengan pembinaan sekolah-sekolah
vernakular di Jerman untuk rakyat miskin belajar membaca,
menulis dan agama.
ABAD KE-17 DAN 18
Pendidikan dalam keadaan yang terbiar.
Guru tidak kompeten.
Pembelajaran bersifat latih tubi dan hafalan.
Penekanan terhadap pembelajaran linguistik klasik (Latin, Roman)
menyebabkan masyarakat semakin ketinggalan.
Pendidikan sains dilarang oleh sekolah-sekolah Katolik dan Protestant.
John Amos Comenius memperkenalkan kaedah buku bergambar untuk
kanak-kanak.
Jean-Jacques Rousseau perkenalkan konsep pendidikan untuk tujuan
perkembangan semulajadi pelajar secara intelektual, fizikal dan emosi.
ABAD KE-19
Semangat nasionalisme semakin meningkat dan kepercayaan
bahawa pendidikan mampu mengubah masa depan negara dan
individu semakin berkembang.
Banyak negara di Eropah mula membentuk sistem pendidikan
kebangsaan yang percuma dan wajib.
Sikap terhadap wanita turut berubah dengan pembinaan sekolah-
sekolah khusus untuk pelajar perempuan dan di beberapa negara
sekolah co-education.
Kindergarten diperkenalkan di Jerman oleh Friedrich Wilhelm
Froebel.
Kaedah pendidikan Montessori juga diperkenalkan pada awal
PENDIDIKAN DI ASIA
Aktiviti 3: [5 minit]
Dalam kumpulan anda, bincangkan ciri-ciri pendidikan di Asia.
ASIA PENDIDIKAN
TRADISIONAL
Pendidikan di Asia mencerminkan dan memperluaskan pengaruh dan
ajaran tiga falsafah, tradisi keagamaan yang utama: agama Hindu
(termasuk agama Buddha), Islam, dan Konfusianisme (termasuk Neo-
Konfusianisme).
Lama kelamaan, tradisi ini berinteraksi antara satu sama lain, dan
asimilasinya dapat dilihat dalam budaya pelbagai rantau di Asia Selatan,
Asia Tenggara dan Asia Timur.
Walaupun agama Buddha mula memberi pengaruh yang meluas di seluruh
Asia Timur dari abad ketiga Sebelum Masihi, ia tidak pernah menggantikan
keutamaan Konfusianisme.
Begitu juga, walaupun Islam memasuki India mulai abad kelapan Masihi,
asas tradisi budaya Hindu tetap kekal menebal.
ASIA PENGARUH BARAT
Mulai abad kelapan belas, apabila budaya Barat menyusup masuk
ke rantau ini, amalan pendidikan di Asia secara amnya
mengalami perubahan besar yang mengakibatkan tahap
keseragaman yang tinggi.
Walaubagaimanapun, kepelbagaian serantau tetap dapat dilihat,
disebabkan perbezaan dalam latar politik, nilai budaya dan
pembangunan ekonomi.
PENDIDIKAN ASIA -
PEMODENAN
Di Asia Timur, Jepun adalah negara pertama yang memulakan reformasi pendidikan
moden.
Berikutan Pengembalian Kuasa Meiji pada 1868, kerajaan telah menghantar
sekumpulan pegawai terkemuka untuk melawat beberapa negara di Eropah dan
Amerika untuk menimba ilmu secara langsung tentang sistem sosial, politik, dan
pendidikan di Barat.
Sebagai perbandingan, sebagai negara pertama yang berhadapan dengan kuasa-
kuasa Barat di Asia Timur, China ketinggalan di belakang Jepun dalam memulakan
reformasi pendidikan.
Dalam perjuangan menentang cabaran Barat, Dinasti Qing menubuhkan beberapa
sekolah terjemahan dan menghantar beberapa kumpulan pelajar ke luar negara.
Tetapi China tidak menunjukkan keinginan untuk menerima pakai pembaharuan
pendidikan yang lebih menyeluruh.
ASIA MODEN
Hanya pada tahun 1895, selepas kekalahan terhadap Jepun dalam Perang
China-Jepun (1894-1895), baharulah Dinasti dan juga pendidik China mula
sedar kepentingan pendidikan moden.
Selepas perang, China menyaksikan penubuhan sebuah universiti moden pada
tahun 1898 the Metropolitan University sekarang dikenali sebagai Beijing
University.
Umumnya, struktur pendidikan moden di Asia berakar umbi pada lewat abad
kesembilan belas.
Lama kelamaan, ia berkembang menjadi suatu sistem yang seragam di seluruh
benua dan menghasilkan persamaan yang ketara dengan sistem Barat.
Dalam pada itu, ia juga menunjukkan kepelbagaian pengaruh daripada tradisi
agama dan budaya dan ideologi politik di rantau ini.
PENDIDIKAN & ISLAM
Aktiviti 4: [5 minit]
Dalam kumpulan anda bincangkan tanggapan
Islam terhadap pendidikan.
PENDIDIKAN DARI PERPSEKTIF
ISLAM
Istilah 'pendidikan' dalam Islam difahami dengan cara yang sama sekali berbeza
dengan apa yang difahami dalam masyarakat Barat.
Dari perspektif Islam, individu berpendidikan perlu mempunyai komponen wajib
kepercayaan dan pengetahuan tentang bagaimana untuk menyembah Allah dan
bagaimana untuk hidup mengikut undang-undang Islam.
Tidak ada satu perkataan yang menggambarkan 'pendidikan' dalam bahasa
Arab, namun ulama umumnya cenderung untuk menggunakan tiga perkataan
yang berbeza:
Tarbiyah, yang bermaksud memupuk etika dan rohani dalam membangunkan potensi individu
dan membimbing kanak-kanak itu kepada kematangan lengkap.
Ta'dib, yang bermaksud aspek-aspek sosial manusia termasuk proses pembinaan karakter dan
tingkah laku sosial yang baik.
Ta'lim, yang merujuk kepada pengetahuan, memberi dan menerima pengetahuan melalui
arahan dan pengajaran.
JADI, APAKAH PENDIDIKAN?
Suatu institusi sosial di mana kanak-kanak diajar pengetahuan asas akademik,
kemahiran belajar, dan norma-norma budaya.
Setiap negara di dunia dilengkapi dengan sesuatu bentuk sistem pendidikan,
walaupun sistem-sistem tersebut berbeza.
Pada mulanya, pendidikan adalah satu proses yang tidak formal di mana bayi
memerhati dan meniru orang lain.
Apabila bayi membesar, proses pendidikan menjadi lebih formal melalui
permainan dan prasekolah.
Kemudian di sekolah, pelajaran akademik menjadi tumpuan pendidikan
sepanjang kanak-kanak itu melalui proses sistem persekolahan.
Namun begitu, pendidikan bukanlah hanya bermaksud pembelajaran fakta.
KONSEP-KONSEP PENTING
PENDIDIKAN
Aktiviti 5: [10 minit]
Dalam kumpulan anda, bincangkan apa yang
dimaksudkan dengan:
Pendidikan formal dan pendidikan tidak formal
Transmisi budaya
Akses kepada pendidikan
PERANAN PENDIDIKAN
Aktiviti 6: [10 minit]
Dalam kumpulan anda, bincangkan fungsi-
fungsi pendidikan:
Fungsi manifest (fungsi tersurat)
Fungsi terpendam (fungsi tersirat)
KESIMPULAN
Maksud pendidikan telah berkembang
selama lebih daripada 4000 tahun.
Setiap zaman dan benua mempunyai
perspektif tersendiri mengenai pendidikan.
Untuk memahami pendidikan dan
sistemnya, kita perlu memahami konteks di
mana sistem itu wujud.

Anda mungkin juga menyukai