Anda di halaman 1dari 8

TOKOH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

( AL-FARABI )
LATAR BELAKANG
Nama penuh: Abu Nasr Mohammad Ibn al-
Farakh al-Farabi.(al-Farabius)
Lahir di Wasij, Turkistan pada 870 AD.
Ali Sains, Pakar Bahasa dan Ahli Falsafah.
Menguasai pelbagai bahasa.
Bapanya merupakan seorang anggota tentera

yang miskin tetapi semua itu tidak


menghalangnya daripada mendapat
pendidikan di Baghdad.
Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah
menjadikan beliau seorang yang amat
sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan
dunia
Juga merupakan seorang pemuzik
SUMBANGAN
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah
dan teori Socrates, Plato, danAristotle dalam
usahanya untuk menghasilkan teori serta
konsep mengenai kebahagiaan
Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali

sebagai orang yang paling memahami


falsafah Aristotle.
Meskipun pemikiran falsafahnya banyak

dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau


menentang pendapat Plato yang
menganjurkan konsep pemisahan dalam
kehidupan manusia.
Pandangan falsafahnya yang kritikal telah
meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah
Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah
Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle
kedua.

Al-Farabi sangat menginginkan bangsanya


mampu menemukan realiti yang sebenarnya
dan kerana itulah dia membuat suatu konsep
pendidikan menurut paradigma Islam.
Tujuan pendidikan dalam falsafah Al Farabi

adalah untuk mencapai kesempurnaan dan


kebahagiaan.
Keseluruhan aktiviti pendidikan dalam perspektif Al
Farabi merupakan peraihan nilai-nilai, pengetahuan
intelektual dan keterampilan praktis, yang kemudian
harus dikembangkan pada tujuannnya iaitu
membawa manusia kepada kesempurnaan.
Karya-karya:-
Madinah al-Fadhilah (politik)
Ihsa al-Ulum dan Kitab al-Jam (falsafah
yunani)
Kunci Ilmu (Khawarismi)
Fihrist al-Ulum (Ibn Al-Nadim)
al-Musiqa (muzik)
Tujuan lain falsafah pendidikan Al-Farabi adalah
pembentukan pemimpin-pemimpin politik yang
handal.
Untuk menerapkan falsafah dalam kehidupan

seharian, Al-Farabi membahagi tugas terhadap


beberapa lapisan masyarakat.
Misalkan seorang imam, ia memiliki tanggung

jawab besar dalam pendidikan ini. Imam adalah


orang yang dihormati dan diteladani maka dari itu
imam memegang peranan mendidik.
Kajian dalam bidang perubatan (jantung lebih

penting dari otak)