Anda di halaman 1dari 11

KONSEP LITERASI

DALAM PEMBINAAN
MODUL
a) Melalui konsep pendekatan literasi
secara bersepadu, guru memperkenalkan
perkataan yang bermakna yang boleh
digandingkan menjadi fasa atau rangkai
kata seterusnya digabungkan pula menjadi
ayat tunggal dan ayat majmuk.
b) Pengajaran literasi boleh disampaikan
secara berperingkat melalui konsep ansur
maju. Guru memperkenalkan beberapa
perkataan mengikut pola tertentu dan
seterusnya secara ansur maju
diperkenalkan pula frasa atau rangkai kata
hingga kepada ayat tunggal atau ayat
majmuk. Pengajaran bermula daripada
perkara yang senang kepada yang susah,
konkrit kepada abstrak dan kontekstual
kepada konstruktif.
c) Guru perlu memikirkan cara
penyampaian yang paling berkesan untuk
murid-murid. Bagi menarik minat mereka
dalam pembelajaran, aktiviti disampaikan
dengan menggunakan pendekatan yang
menarik. Konsep didik hibur melalui
nyanyian, permainan dan penggunaan
bahan yang menarik amat disarankan
untuk diaplikasi dalam pengajaran guru.
d) Semasa mengajar guru mengaplikasikan
konsep penggabungjalinan kemahiran .
Mulakan pengajaran dengan kemahiran
mendengar sebutan bunyi perkataan, frasa
atau rangkai kata dan seterusnya ayat.
Kemudian, bimbing murid menyebut apa-apa
yang didengar diikuti dengan mengeja dan
membaca serta menulis perkara yang sama.
Dalam satu pengajaran diaplikasikan
beberapa kemahiran bahasa yang perlu
dikuasai oleh murid bermula daripada
mendengar sebutan guru , mengajuk dan
menyebut dan seterusnya membaca dan
menulis.
e) Aktiviti yang dijalankan ini akan diulang
beberapa kali dengan memberi penekanan
pada kosa kata yang diajar , diulang
sebutan , bacaan dan penulisan. Konsep
pengulangan diaplikasikan pada masa ini.
f) Konsep memberi bimbingan pada
perkara yang belum dikuasai dan
mengukuhkan perkara yang telah dikuasai
perlu diberi penekanan. Aktiviti dan latihan
yang dapat membimbing murid menguasai
kemahiran yang belum dikuasai dan
latihan tambahan yang mampu
mengukuhkan kemahiran yang sudah
dikuasai perlu diberi kepada murid.
g) Pengajaran mengikut keupayaan
individu dengan menekankan kemahiran
hand-on perlu juga diberikan perhatian.
Murid yang lemah dalam pembelajaran
lebih selesa dengan aktiviti hand-on yang
membolehkan mereka mempelajari
sesuatu dengan cara melakukan sendiri
menggunakan bahan manipulatif, kad-kad
dan alatan lain yang sesuai.
h) Mempelajari perkataan memalui
konsep pencerakinan perkataan kepada
suku kata dan huruf.

i) Melatih murid membina ayat mengikut


pola keseragaman supaya murid
memahami pola pembentukan ayat.
Sekian terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai