Anda di halaman 1dari 12

2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 1

DRAMA: BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA
KOMSAS TINGKATAN 4
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 2

TEMA
Sikap remaja yang mempunyai
tanggapan negatif tentang Program
latihan Khidmat negara (PLKN).
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 3

PERSOALAN
Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai
PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara.
Contoh: Nora dan rakan-rakannya berasa seronok apabila mereka
terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpampang di papan
kenyataan sekolah.
Kasih sayang ibu bapa terhadap anak
Contoh: Dato Khir Ghazali berpendapat bahawa Aiman perlu
menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri
anaknya itu supaya menjadi seorang yang berguna pada negara.
Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan
mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar
Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada
murid- muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan
PLKN.
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 4

WATAK DAN PERWATAKAN


WATAK PERWATAKAN
AIMAN o Seorang yang agresif :- Bersikap kasar dengan
(Watak pembantu rumah yang melayannya dengan baik dan
utama) mesra

o Seorang yang pemalas :- Semua kerjanya di rumah


dibantu oleh orang gaji dan apabila berdepan dengan
sesuatu masalah, dia akan tidur.
KHIR o Seorang yang bertanggungjawab :-Walaupun sibuk
GHAZALI bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman.
Apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau
mendengarnya dengan sabar dan cuba
menyelesaikannya.
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 5

MASNAH o Seorang yang penyayang :- Dia tidak bersetuju Aiman


menyertai PLKN kerana bimbang keselamatan anaknya.

o Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh


untuk kepentingan sendiri :- Datin Masnah meminta
suaminya menggunakan pangkat dan pengaruhnya
untuk mendapatkan pengecualian untuk anaknya
daripada menghadiri PLKN.

CIKGU o Seorang yang sentiasa memberi galakan kepada


DAHARI anak murid :- Apabila diberitahu bahawa ramai pelajar
terpilih sebagai peserta PLKN, beliau berasa teruja dan
menyatakan bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat
remaja yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.

o Seorang yang berpengetahuan luas :- Beliau


menerangkan tentang pelaksanaan PLKN secara
terperinci kepada anak-anak muridnya.
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 6

POSMEN o Seorang yang berfikiran positif :- Apabila Aiman


menyuruh posmen membuang surat Jabatan Latihan
Khidmat Negara, posmen telah memberi nasihat kepada
Aiman agar fikir tentang kemahiran dan pengalaman
yang bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.

o Seorang yang amanah :- Selepas memberi kata-kata


perangsang kepada Aiman tentang kebaikan PLKN,
posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya
menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat
tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 7

LATAR

LATAR MASA
Waktu tengah hari- Nek Sinah menjemput Aiman menikmati
tengah hari.

Waktu pagi - Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di s


tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka.

Waktu petang - Selepas balik dari sekolah Aiman berbual ber


dengan ayah dan ibunya di rumah.
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 8

LATAR TEMPAT
Rumah Aiman - Peristiwa Aiman menerima surat d
Jabatan latihan Khidmat Negara.

Sekolah menengah - Dialog antara Aiman, Nora, S


Ah Tiau dan Syuhada tentang senarai nama peserta
yang dipaparkan di papan kenyataan.
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 9

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang sibuk bekerja - Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digam
hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak b
manakala kakaknya sibuk dengan tugasan di universiti.

Masyarakat yang penyayang - Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai


rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak
kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri.

Masyakat yang sombong - Aiman berkelakuan biadap terhadap pem


yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan
dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit.
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 10

GAYA BAHASA

Sinkope
Saya tak berminat langsung
Peribahasa
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
Inversi
Amanah orang semua surat ini.
Bahasa asing
Penggunaan bahasa Inggeris daddy, mummy
Simile
Nak angan-angan macam Mat Jenin.
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 11

NILAI
NILAI AMANAH
Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya
menghantar surat.
NILAI KASIH SAYANG
Nenek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak
makanan kegemarannya.
NILAI TANGGUNGJAWAB
Walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa
mendengar masalah Aiman.
NILAI CINTA AKAN TANAH AIR
Apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana
terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya
Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita
2/6/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim 12

PENGAJARAN
Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua
daripada kita
Aiman biadap terhadap pembantu rumahnya yang
menganggapnya sebagai cucu sendiri.
Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan
tugas.
Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang posmen
dengan penuh amanah.
Kita perlulah memberi sokongan kepada program
kerajaan
Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada
anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk
negara.

Anda mungkin juga menyukai