Anda di halaman 1dari 9

SAJAK

DALAM
PERSEKITARAN
KATA-KATA

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2/9/17 1


MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa mengikut al-Quran, Tuhan
mencipta dan membawa manusia ke bumi ini lalu
mengajarnya untuk berbicara.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa bahasa menerbitkan makna
dan kata untuk manusia menggunakannya dalam
pertuturan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila
masa.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa bahasa menjadikan sesuatu
bangsa lebih matang dan mampu menghadapi pelbagai
cabaran di samping menyebarluaskan bahasa.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2/9/17 2
MAKSUD
RANGKAP 4
Penulis berkata bahawa bahasa ibundanya
semakin tercemar walaupun bahasa
ibundanya amat luas dan banyak melibatkan
unsur alam semula jadi dan agama.
RANGKAP 5
Penulis berkata bahawa bahasa dapat
memajukan pemikiran manusia daripada
pengamatan di persekitaran yang
mewujudkan erti kehidupan manusia.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2/9/17 3


TEMA
Tema sajak ini ialah kesyukuran atas nikmat
berbahasa yang dianugerahkan Tuhan kepada
manusia. Dengan kebijaksanaan berbahasa,
manusia mampu mengembangkan bahasa
tersebut dan memperoleh ilmu pengetahuan
yang luas. Manusia juga mampu memahami
makna kehidupan yang sebenar daripada
kepandaian berbahasa dan penciptaan kata-
kata.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2/9/17 4


PERSOALAN
a. Kepentingan didikan dalam kitab suci.
b. Kemampuan berbahasa dalam kalangan manusia.
c. Bahasa ialah medium perhubungan antara manusia.
d. Penguasaan bahasa yang baik dapat mengembangkan
bahasa tersebut.
e. Pencemaran bahasa yang semakin serius.
f. Kekayaan bahasa yang tercipta daripada alam semula jadi.
g. Pemikiran manusia dipengaruhi keupayaannya berbahasa.
h. Bahasa penghubung ikatan antara manusia dengan alam dan
Tuhan.
i. Kefahaman terhadap kehidupan manusia.
j. Kegigihan menguasai bahasa.
k. Kebijaksanaan dalam pertuturan dengan bahasa yang baik.
l. Bahasa penentu kemajuan bangsa.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2/9/17 5
GAYA BAHASA
a. Perlambangan
Dia- Tuhan
Engkau - Tuhan

b. Anafora
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman.

c. Responsi
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2/9/17 6


GAYA BAHASA
d. Imejan atau imej alam
pulau, pantai, langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan,
pohon, dan buah-buahan,

e. Penggunaan kata ganda


Engkau beri kami kata-kata
menjelajah pulau-pulau, dan berlabuh
di pantai-pantai semenanjung.
Kata-kata yang berselerakan
Seperti kami memetik buah-buahan
daripada kitab-kitab silam,

f. Simile
Bagaikan rasa hendak dicapai.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2/9/17 7
NILAI
Kebijaksanaan

Kegigihan

Rasional

Ketabahan

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2/9/17 8


PENGAJARAN
Kita mestilah bijak menggunakan bahasa
untuk menjalin hubungan yang baik.
Kita mestilah gigih menimba dan
mengembangkan ilmu dalam bahasa.
Kita mestilah mematangkan pemikiran
daripada pengembangan bahasa.
Kita mestilah tabah menghadapi cabaran
dalam kehidupan.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2/9/17 9

Anda mungkin juga menyukai