Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PROSA TRADISIONAL
PELANDUK MENGAJAR
MEMERANG
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2
SINOPSIS
Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima orang perdana
menteri, iaitu manusia, jin ifrit, unggas, landak dan
pelanduk. Perdana Menteri paling bijak ialah pelanduk
yang bergelar Syah Alam di Rimba (SAR). Pada suatu
hari, Syah Alam di Rimba (SAR) terjumpa akan lubang
memerang dengan tujuh ekor anak yang ditinggalkan
oleh ibu bapa yang keluar mencari ikan. Kebetulan
pula Sang Bubut memukul gendang perang, lalu Syah
Alam di Rimba (SAR) membuka pencak silat sehingga
terpijak akan semua anak memerang hingga mati
belaka. Apabila ibu bapa memerang balik, mereka
mengenali bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba
(SAR), lantas berpakat untuk menghadap Nabi
Sulaiman.
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 3
SINOPSIS
Berdasarkan aduan memerang, Nabi Sulaiman
menitahkan belatuk memanggil Syah Alam di Rimba
(SAR) menghadap, lalu ditanyakan motif tindakan itu.
Syah Alam di Rimba (SAR) menjelaskan bahawa dia
menyangka Sang Bubut memukul gendang perang,
maka secara tidak sengaja dia terpijak akan anak
memerang. Sang Bubut yang dipanggil memberitahu
bahawa dia melihat biawak berlari-lari sambil
membawa pedang terhunus. Sang biawak pula
memberitahu dia melihat labi-labi berenang secara
senget sambil membawa perisai. Sang labi-labi
melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah.
Sang udang berbuat demikian kerana melihat Sang
Seberau mudik berikat pinggang melengkung
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 4
SINOPSIS
Sang Seberau memaklum sembah kepada Nabi
Sulaiman perihal anak bininya dianiaya oleh Sang
Memerang. Baginda murka terhadap memerang
yang akhirnya mengaku salah. Nabi Sulaiman
membuat keputusan bahawa tindakan Syah Alam
di Rimba (SAR) sebagai diat (nyawa dobalas
nyawa) dan pesalah sebenar ialah memerang.
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 5
TEMA
Balasan terhadap golongan yang menganiayai
golongan lain, yakni kisah memerang yang
menganiayai anak-anak Sang Sebarau. Sebagai
balasan dan takdir Tuhan, anak-anak Sang
Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh
Syah Alam di Rimba (SAR) ketika bersilat sewaktu
terdengar akan bunyi paluan gendang perang oleh
Sang Bubut.
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 6
PERSOALAN
Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu.
Pengaduan yang dilakukan kepada pihak yang
berkuasa.
Pengadilan memerlukan saksi dan bercakap benar.
Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
Mengakui kesalahan.
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 7
LATAR TEMPAT
A. Hutan rimba.
Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat
lawatan ke kawasan wilayah pemerintahannya.
B. Lubang.
Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang.
C. Kota istana.
Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
D. Lubuk.
Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau
di dalam lubuk.
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 8
PLOT
PERMULAAN PERKEMBANGAN
PLOT
KLIMAKS PELERAIAN
Sang Sebarau
menceritakan Sang Memerang
perbuatan jahat memohon maaf dan
pasangan memerang mengaku akan
terhadap kaum kesalahan mereka.
keluarganya. Nabi Akhirnya, Nabi
Sulaiman berasa Sulaiman memberi
sangat murka kemenangan kepada
terhadap Sang Syah Alam di Rimba.
Memerang.
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 10
TEKNIK PLOT
1. DIALOG 2. MONOLOG DALAMAN
Contohnya:
Contohnya, Fikir Syah Alam di Rimba,
"Hai kanak-kanak, ke "Itulah akan memerang
manakah pergi mak bapa ini, selalu saja ia membuat
kamu?" [hlm. 35] aniaya atas ikan-ikan itu,
terlalu runsing hatiku
"Hai Syah Alam di Rimba,
mendengar
Nabi Allah Sulaiman pengaduannya kepada
memanggil segera ke Nabi Allah Sulaiman;
balai penghadapan." jikalau begitu, baiklah aku
[hlm. 38] perbuat pakatan pula
dengan dia." [hlm. 36]
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 11
TEKNIK PLOT
3. PEMERIAN
Contohnya:
Sebermula adalah suatu
hari Syah Alam di Rimba
pergi berjalan menatapi
sekalian anak buah di
dalam pemerintahannya.
Berjumpalah ia suatu
lubang ternpat
memerang, ada anaknya
tujuh ekor. [hlm. 35]
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 12
LATAR MASA
a. Pada zaman dahulu.
Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman
adalah pada zaman dahulu.
b. Siang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap
Nabi Allah Sulaiman pada waktu siang.
c. Petang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang
pada waktu petang.
d. Malam.
Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan
perbincangan serta membuat keputusan untuk berjumpa
dengan Nabi Allah Sulaiman pada waktu malam.
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 13
LATAR MASYARAKAT
A. Masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang
Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang
Sebarau merupakan masyarakat binatang yang tinggal di
rimba.
B. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika
menangkap ikan untuk dijadikan makanan tanpa
memikirkan nasib yang menimpa ikan-ikan tersebut.
C. Masyarakat yang berlaku jujur terhadap
pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-
labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang
bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 14
LATAR MASYARAKAT
d. Masyarakat yang patuh akan pemerintah.
Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi
Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan
yang telah di lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
e. Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga
keselamatan pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi,
Sang Biawak, dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas
masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman
diancam oleh pihak musuh.
f. Masyarakat yang cepat bertindak.
Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah
Nabi Allah Sulaiman supaya memanggil binatang-binatang lain
untuk datang menghadap baginda.
2/9/17 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 15
GAYA BAHASA
Ayat pendek Seketika lagi hari pun siang
GAYA BAHASA
Penggunaan Hatta
bahasa
klasik
Sinkope Sang Biawak membawa pedang tercabut saja
berlari-lari;