Anda di halaman 1dari 30

UMS 1133

PENGANTAR KENEGARAAN
DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA
PERJUANGAN
MENENTANG
PENJAJAHAN
PENSYARAH:
UNIT SAINS SOSIAL
LUTFAN

PUSAT PENGAJIAN KEMANUSIAAN & KOMUNIKASI


UTHM
ZAHRUL A.B.D
2007
DEFINISI
PENJAJAHAN

Penguasaan ke atas wilayah asing dengan berbagai


cara/kaedah/pendekatan kerana kepentingan tertentu.
TEMPOH
PENJAJAHAN

PORTUGIS
24 Ogos 1511 - 16 Januari 1641
(130 tahun)
BELANDA
16 Januari 1641 - 20 Mac 1824
(183 tahun)
BRITISH
20 Mac 1824 - 8 Disember 1941
(117 tahun)
JEPUN
8 Disember 1941 - 5 September 1945
(4 tahun)
BRITISH
5 September 1945 31 Ogos 1957
(12 tahun)

Tempoh penjajahan : 446 Tahun


Penjajahan British : 83 Tahun
Kemunculan Kuasa Portugas

Keinginan besar untuk mengambil


perdagangan daripada orang Islam itu
disertai pula dengan harapan akan dapat
memperluaskan agama Kristian bagi
menyayangi agama Islam..Orang Portugis tahu
bahawa orang Islam menguasai perdagangan
dengan Asia dan bahawa kemakmuran Timur
Tengah banyak bergantung kepada monopoli
perdagangan ini. Maka disinilah letaknya
penunjuk pertama terhadap maksud-maksud
orang Portugis itu. (N. J. Ryan (1965;36)
Kemunculan Kuasa Belanda
Keinginan memonopoli perdagangan rempah di Asia
Tenggara.

Syarikat Bersatu Hindia Timur Belanda memainkan peranan


penting dan berkesan dalam menyaingi dan memonopoli
pesaing dari negara lain.

Hinggalah pada abad ke 17, kuasa Portugis di Asia Tenggara


semakin lemah dan mereka banyak terlibat dalam
pertelingkahan dengan pihak pemerintah tempatan.

Setelah beberapa serangan dilakukan, akhirnya Belanda dapat


menakluki Melaka pada tahun 1641.
Kemunculan Kuasa British
Pedagang Inggeris sampai ke Asia Tenggara sejak abad ke 16.

Syarikat Hindia Timur Inggeris mengurus perdagangan mereka


di Asia Tenggara dan China.

Mengambil sikap tidak campur tangan dalam urusan politik pada


mulanya dan hanya mempunyai matlamat ekonomi sahaja.

Sikap British berubah apabila mendapati usaha memonopoli


hasil ekonomi dan perdagangan terganggu berikutan keadaan
tidak aman di dalam negeri dan perebutan takhta dan daerah
dikalangan putera raja.

Penaklukan Kuasa British di Tanah Melayu berlaku secara aman


dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun
1824.
Pentadbiran Jepun di Tanah
Melayu

Matlamat Jepun ialah :


Memulihkan keadaan awam (Asia Untuk Orang Asia).
Memonopoli sumber ekonomi Tanah Melayu

15 Februari 1942,
(seluruh Tanah Melayu
dan Singapura jatuh ke tangan Jepun.)

8 Disember 1941,
(Jepun menyerang Tanah Melayu)

Jepun bersekutu dengan Jerman dan Itali


untuk menentang kuasa-kuasa Berikat seperti
British dan Amerika pada perang Dunia Kedua.
Perjuangan Tokoh-Tokoh
Awal
Penentangan di Penentangan Di
Naning. Pahang
Perang Naning tercetus Pemberontakan orang
apabila British menghantar Melayu yang diketuai oleh
sepasukan tentera untuk Dato Bahaman, Tok Gajah
menangkap Dol Said dan dan Mat Kilau.
memaksa pengikutnya Berpunca dari kehilangan
menerima cadangan kuasa Sultan dan pembesar
Bristish iaitu membayar 1/10 dalam ekonomi dan
dari hasil ekonomi mereka pentadbiran.
kepada kerajaan British di Juga berpunca daripada
Melaka rasa tidak puas hati rakyat
dalam penguatkuasaan
undang-undang seharian
seperti sistem lesen, permit
dan cukai.
Perjuangan Tokoh-Tokoh
Awal
Penentangan Di Penentangan Di
Kelantan Terengganu
Penentangan yang Diketuai oleh Haji Abdul
dipimpin oleh Haji Mat Rahman Limbong.
Hassan (Tok Janggut).
Berpunca daripada dasar
Berpunca daripada British yang
ketidakpuasan hati Engku memperkenalkan pungutan
Besar Jeram, Pengenalan cukai tanah dan kepala,
Sistem Tanah Baru 1915 sistem pendidikan barat
dan Sikap Pegawai Daerah yang berbeza dengan
Pasir Puteh. sistem tradisional dan Pas
Kebenaran kepada sesiapa
Pemberontakan berlaku yang ingin bercucuk tanam.
pada 29 April 1915 dan
akhirnya Tok Janggut
terbunuh pada 24 Mei 1915.
Perjuangan Tokoh-Tokoh
Awal
Penentangan di Sarawak
Pemberontakan oleh Rentap
Penentangan di Sabah
Pemberontakan oleh
pada zaman James Brooke Mohamed Salleh (Mat Salleh)
mahu menghapuskan amalan yang berpunca daripada
perburuan kepala. pembangunan yang dijalankan
oleh British yang banyak
menyusahkan rakyat melalui
Pemberontakan Sharif pelbagai bentuk sekatan.
Masahor dan Abdul Ghapur
dengan membunuh 2 orang
pegawai British pada zaman Pemberontakan yang
Charles Brooke. diketuai oleh tokoh bernama
Antanum. Dikenali sebagai
Pemberontakan oleh Pemberontakan Rundum.
Banting pada zaman Charles
Brooke yang menghapuskan
adat tradisi tempatan.

Pemberontakan Penghulu
Asun yang menentang
pembayaran cukai yang
diperkenalkan oleh Vyner
Brooke.
Perjuangan Tokoh-Tokoh
Awal
Penentangan di Perak
Ketidakpuasan terhadap sistem Residen dan sikap
J.W.W Birch sebagai Residen Perak membawa
kepada komplot antara pembesar-pembesar
Melayu untuk membunuhnya.

Keberanian dan sikap sanggup berkorban


penduduk tempatan sangat menonjol.

British telah menyerang Pasir Salak pada 15


November 1875 kerana pembunuhan Birch. Dato
Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Induk dan
Seputum digantung di Matang. Sultan Abdullah
dan Ngah Ibrahim yang bersubahat telah dibuang
ke Pulau Seychelles.
NASIONALISME ETNIK MELAYU

Pendidikan diberikan kepada kanak-kanak dan juga orang


dewasa.

Kemahiran berbahasa ditekankan;


3M (Membaca, Menulis dan Mengira).

Pendidikan berkaitan dengan ilmu Al-Quran juga ditekankan.

Maka, wujud perkembangan institusi sekolah pondok,


madrasah dll.
PENDIDIKAN SELEPAS
PERANG DUNIA KE-2
3 PERINGKAT UTAMA
NASIONALISME

Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3

1900-1920 1920-1930 1930-1941


(Golongan (Golongan (Golongan
berpendidikan berpendidikan Berpendidikan
agama) Melayu) Inggeris)
GOLONGAN BERPENDIDIKAN AGAMA

Kaum Muda telah memainkan peranan yang penting.

23 Julai 1906, menerbitkan majalah Al-Imam- motto;


Majalah Pelajaran, Pengetahuan dan Perkhabaran.

Saluran kepada idea gerakan.

Media kepada perkembangan intelektualisme Melayu


yang merangkumi ekonomi, politik, sosial dan agama.
Golongan yang berpandangan jauh kerana sentiasa
memberi kritikan kepada penjajah Inggeris, golongan raja
dan golongan tua.

Bercorak menyedar, membangun dan mengukuhkan


konsepsi Islam

Tokoh:Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Hj. Abas Taha,


Sheikh Tahir Jalaluddin dll.
KESIMPULAN PENJAJAHAN BRITISH

Sistem Residen merupakan landasan awal ke arah pengenalan


pentadbiran moden ala British yang menghakis
sedikit demi sedikit penguasaan sultan dan pembesar
ke atas pentadbiran negeri dan daerah masing-masing.
Manakala melalui Sistem Persekutuan pula, kuasa British
semakin bertambah meluas dan mantap melalui
dasar-dasar yang diperkenalkan.
GOLONGAN BERPENDIDIKAN MELAYU

Maktab Perguruan Sultan Idris (1922),


institusi pengajian tinggi Melayu.

Kebanyakan lepasan MPSI (guru) kembali bertugas


di dalam masyarakat.

Mereka bergerak aktif di dalam masyarakat dan menjadi


pemimpin nasionalisme.

Meyumbangkan idea-idea berguna.


Tokoh: Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Buyong Adil,
Abdul Hadi Hassan, dll.

Sebelum MPSI, pendidikan tertinggi Melayu adalah Darjah 6.

Tiada sekolah menengah untuk Melayu.

Melayu hanya diberi kemahiran 3M, bertukang dan


bertani sahaja.
GOLONGAN BERPENDIDIKAN INGGERIS

PENANG FREE SCHOOL

1816, Penang Free School diwujudkan (Rev. R.S. Hutchings).


Ibubapa Melayu enggan menghantar anak mereka ke
sekolah Inggeris.
1930an, Tanggapan Melayu tentang sekolah Inggeris
mula berubah.
MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR
(MCKK)

Khusus untuk anak raja, pembesar dan rakyat terpilih sahaja.


Diwujudkan pada 1905 untuk membolehkan jadi pentadbir.

JUNIOR CAMBRIDGE

Lulus; Akan berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir

SENIOR CAMBRIDGE

Lulus; Akan menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam kerajaan


British atau melanjutkan pelajaran ke Singapura/England.
Bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa penghantar.

Jepun telah bertanggungjawab menyemarakkan nasionalisme


etnik Cina di TM dengan mengeksploitasi.

Etnik Cina telah bekerjasama dengan Kuomintang dan Komunis.


NASIONALISME ETNIK INDIA

Berkisar kepada suasana di negara India.

Jepun telah bertanggungjawab menyemarakkan nasionalisme


etnik India di TM dengan menjadikan British sebagai faktor
utamanya.

Menimbulkan isu kerajaan dalam buangan;


Azad Hind/India Bebas.
GERAKAN ANTI-BRITISH

Tindakbalas terhadap perubahan yang dilakukan;


Sistem Residen dan NNMB.

Sultan dan pembesar kehilangan kuasa.

Kedudukan British semakin stabil di TM.

Penguasaan ekonomi dan politik oleh British.


TOKOH;

Penghulu Dol Said; Naning (1831-1832)


Sultan Abdullah; Perak (1875)
Dato Bahaman & Mat Kilau; Pahang (1891-1895)
Engku Besar Jeram & Tok Janggut; Kelantan (1915)
Hj Abdul Rahman Limbong; Terengganu (1922-1928)
Mat Salleh;Sabah
NASIONALISME KE ARAH KEMERDEKAAN

Persekutuan Tanah Melayu (1948)


Sistem Ahli (1951)
Pilihanraya Majlis-majlis Tempatan (1951-52)
Pilihanraya Persekutuan (1955)
Suruhanjaya Reid (1956)
Kemerdekaan (1957)
RUMUSAN

Nasionalisme di Tanah Melayu adalah berdasarkan


kepada perkembangan pendidikan dalam
masyarakat berdasarkan etnik dan disemarakkan
lagi oleh pengaruh luar.

Kebangkitan dan Gerakan Anti-British juga telah


menyumbangkan kepada perkembangan nasionalisme.
LATIHAN PENGUKUHAN

ADAKAH NEGARA KITA MASIH DIJAJAH

JIKA YA, APAKAH BENTUK JAJAHAN TERSEBUT

APAKAH IMPLIKASINYA TERHADAP NEGARA


SEKIAN,
TERIMA KASIH