Anda di halaman 1dari 79

LADAP PEMANTAPAN SOLAT

KEM BESTARI SOLAT


KANDUNGAN

Bab Wudhuk
Bab Solat
Bab Solat Berjemaah
Bab Solat Sunat
WUDHUK
Antara syarat sah sembahyang ialah suci daripada
hadas kecil.
Hadas kecil =
Keluar sesuatu drp qubul / dubur (kencing / berak)
Tidur yg tidak tetap punggung
Bersentuh kulit lelaki dengan wanita yg bukan mahram
(boleh kahwin)
Menyentuh kemaluan / dubur tanpa lapik dgn tapak tangan
Hilang akal / pengsan
Sebelum berwudhuk, pastikan dahulu air yang
digunakan adalah air mutlak
Bab Air

Air yang boleh dibuat berwudhuk: Air Mutlak


iaitu
Air Hujan
Air Sungai
Air Laut
Air Mata Air
Air Perigi
Air Salji
Air Embun
Air yg tidak boleh dibuat berwudhuk:
Air Mustakmal
Air yg kurang dari 2 kolah yang telah digunakan
Air Muntanajis
Air yg telah bercampur dengan najis
Air Wudhuk

Kemudahan air paip yang ada di rumah, masjid atau pejabat


memudahkan mendapat air mutlak.
Jika bertemu air di dalam takung, untuk berwudhuk di
dalamnya, pastikan air itu melebihi sukatan 2 kolah.
2 kolah itu mengikut kiraan panjang x lebar x tinggi adalah
dalam anggaran 62cm x 62cm x 65cm.
Dengan syarat air itu tidak berubah sifat seperti bau, zat dan
warnanya oleh sesuatu yang masuk ke dalamnya.
Jika kurang 2 kolah, dan diyakini akan air itu, maka dibolehkan
guna dengan syarat menggunakan penceduk seperti gayung.
Jika sesudah berwudhuk, didapati
najis pada anggota badan,

1) Jika najis itu ada pada tempat bukan anggota wudhuk,


cukup dengan membersihkannya dan wudhuk itu masih sah.

2) Jika najis itu ada pada tempat anggota wudhuk dan diyakini
ia berlaku selepas berwudhuk, cukup dengan
membersihkannya. Wudhuk tadi itu masih sah.

3) Jika najis itu ada pada anggota wudhuk dan diyakini terlekat
sebelum kita berwudhuk, bermakna wudhuk kita tidak sah,
kerana najis itu menghalang daripada air sampai kepada
permukaan kulit. Perlu ulangi wudhuk.
Pastikan bahawa anggota
wudhuk kita bebas daripada
sesuatu yang boleh
menghalang air dari sampai
ke permukaan kulit anggota
wudhuk.
Anggota Wudhuk:
Muka
2 Tangan hingga ke siku
Sebahagian Kepala
2 Kaki hingga ke buku lali
Wudhuk orang sakit (Sohibul Jabirah)

Balutan / tampalan ditangan:


Ambil wudhuk seperti biasa dengan meratakan air
pada bahagian balutan.
Digalakkan mengulangi solat setelah balutan
tersebut dibuka.

Rujukan: Buku Panduan Haji & Umrah (Tabung Haji 2007) m.s. 156-158
Juga, eloklah dibersihkan dahulu mulut kita
daripada segala kotoran terutama sisa
makanan.
Sisa makanan jika kita menelannya sewaktu
solat, maka batallah sembahyang kita.
Kalau perlu minum air, maka minumlah air
agar sisa makanan itu masuk ke dalam tekak
sebelum solat.
Sunnah bersugi

Sunnah bersugi sebagai memenuhi anjuran


Rasulullah.
Jikalau tidak memberatkan umat Islam nescaya
beliau akan minta mereka bersugi setiap kali hendak
berwudhuk / bersolat.
Bersugi itu hendaklah menggunakan kayu sugi atau
berus gigi, asalkan permukaannya kesat.
Jika tiada satu apapun yang boleh digunakan untuk
bersugi, maka gunakalan jari dan itu sudah dikira
memadai.
Baca Taawuz & Basmalah

Mulakanlah wudhuk dengan menyebut nama Allah.


Rasulullah menyebut, tidak ada wudhuk bagi yang tidak
menyebut nama Allah.
Imam Syafie, menghukumkan sunat membaca Bismillah
bilamana hendak bermula wudhuk. Yang dimaksudkan
Rasulullah itu ialah tidak sempurna wudhuknya tetapi tidaklah
sampai wudhuk itu tidak sah.
Ulamak berpendapat lebih baik tidak ditinggalkan sebagai
keluar daripada khilaf kerana ada ulamak lain yang mewajibkan
membacanya.
Malah, terlebih baik didahului daripadanya itu taawuz, mohon
diminta perlindungan dengan Allah daripada gangguan syaitan.
Surah Al-Maidah: 6
RUKUN WUDHUK

(mesti buat, jika tertinggal, tidak sah wudhuk)

Niat
Membasuh muka (dari anak rambut di dahi )
Membasuh tangan dari jari hingga ke siku
Membasuh sebahagian dari kepala
Membasuh kaki dari jari hingga ke buku lali
Tertib (mengikut susunan dan berturut-turut)
Had muka

Apa-apa yang zahir


pandangan dari hadapan
Meliputi dahi dan anak
rambut
Meliputi pipi, side burn
(tali rambut) dan anak
telinga
Meliputi dagu, janggut,
jambang.
Had Tangan

Dari jari hingga ke siku


Termasuk celah kuku,
lipatan siku.
Untuk Ihtiyat (elak ragu)
elok lebihkan hingga ke
atas sedikit dari siku.
Had Kepala

1/3 dari kepala iaitu


bahagian ubun-ubun
Sekurang-kurangnya
sehelai rambut dari had
kepala.
Tidak boleh membasuh
hujung rambut yg
panjang sahaja.
Had Kaki

Dari jari termasuk


bawah kuku hingga ke
buku lali.
Untuk ihtiyat, lebihkan
basuhan hingga atas
sedikit dari buku lali.
SUNAT WUDHUK

(buat dapat pahala lebih)

1. Membaca Basmalah
2. Membasuh kedua tapak tangan 3X
3. Bersiwak (berus gigi)
4. Berkumur-kumur
5. Beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung)
6. Menyelati janggut yang tebal, jari-jari dengan air
7. Menyapu semua kepala
8. Menyapu kedua telinga
9. Menghadap kiblat
10. Tidak bercakap-cakap
11. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
12. Membasuh 3 kali setiap anggota wudhu
WUDHUK YG SEMPURNA

Mafhum Hadith:
Wudhuk yg sempurna dpt menggugurkan
dosa seumpama dahan kering yg keguguran
daun.
Doa ketika membasuh anggota
wudhuk

Muka:
Tangan kanan:
Tangan kiri:
Kepala:
Telinga:
Kaki Kanan:
Kaki Kiri:
Ingatlah

Wudhuk Zahir: Membasuh anggota wudhuk


dengan air mutlak
Wudhuk Batin: Membersihkan hati dari sifat
mazmumah dan lalai dari mengingati Allah
Taala
Wudhuk Batin diperolehi dengan
membulatkan tumpuan kepada Allah Taala
ketika membasuh anggota wudhuk agar
dianugerahkan khusyuk dalam solat
Anggota wudhuk bercahaya

"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada


Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya
wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya
oleh sebab bekas-bekas wudhu. Oleh itu,
barang siapa di antara kamu hendak
memperpanjangkannya (menambah
cahaya), maka baiklah dia melakukannya
dengan sempurna."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Tidur berwudhuk sebelum mandi

"Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu alaihi


wasallam apabila hendak tidur selepas
berjunub, maka Baginda mengambil wudhu
seperti wudhu sembahyang kemudian
barulah Baginda tidur."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Cara wudhuk Rasulullah s.a.w.
Daripada Syaidina Othman bin Affan Radhiallahu anhu beliau
meminta air untuk berwudhu maka ia berwudhu dengan membasuh
dua tapak tangan tiga kali kemudian berkumur-kumur; kemudian
mencuci mukanya tiga kali kemudian mencuci tangan kanannya
hingga siku tiga kali, kemudian mencuci tangan kirinya seperti itu,
kemudian membasuh kepalanya, kemudian membasuh kakinya kanan
hingga pergalangan kaki tiga kali dan kaki kirinya tiga kali seperti itu,
Kemudian beliau berkata: "Aku telah melihat Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam berwudhu seperti wudhuku ini. Kemudian Rasulullah
Sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang berwudhu seperti
wudhuku ini, kemudian mendirikan sembahyang dua rakaat, tidak
terjadi sesuatu yang di antaranya, diampunkan keatasnya apa-apa
dosa yang terdahulu".
(Hadis riwayat Muslim)
Rahsia wudhuk

Syaitan benci pada orang yang sentiasa


dalam keadaan berwudhuk.
Ulama zaman dahulu tidak akan menulis
kitab kecuali dalam keadaan berwudhuk.
Berwudhuk jika marah

"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan


dan syaitan itu dijadikan daripada api dan
sesungguhnya api itu terpadam dengan air.
Maka jika sesiapa di antara kamu yang
dalam keadaan marah, maka bersegeralah
mengambil wudhu."
(Hadis riwayat al-Imam Ahmad)
Tidur ber wudhuk

"Barangsiapatidur dalam keadaan dirinya


berwudhu dan dia mati pada malam itu,
maka dia adalah syahid di sisi Allah Taala."
MAKRUH KETIKA WUDHUK

(Tuhan benci jika kita buat)


Membazir air
Mendahulukan yang kiri semasa membasuh
Mengelap air wudhu
Meminta orang lain membasuhkan anggota
wudhunya
PERKARA YANG MEMBATALKAN
WUDHUK

1. Keluar sesuatu dari qubul atau dubur (kencing,


berak, kentut, terkincit, keluar cacing)
2. Tidur yang tidak tetap punggung (tidur baring/
mengiring)
Tidak batal jika tidur duduk dengan punggung yang
tetap.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit
atau gila.
Tidur duduk tidak batal wudhuk

Sebab daging punggung


menghimpit lubang
dubur,
Menyebabkan angin
kentut tidak dapat keluar
Melainkan jika duduk
yang bergoyang kiri
kanan atau melantun
seperti menaiki
kenderaan
Sambungan

4. Menyentuh kulit berlainan jantina yang


bukan mahram tanpa lapik
Mahram = Tidak boleh kahwin (ibu, kakak,
makcik, nenek, anak saudara)
Bukan Mahram = Boleh kahwin (sepupu,
saudara jauh, kawan, kakak angkat, bakal isteri)
5. Menyentuh qubul atau dubur dengan tapak
tangan
Had Qubul

Lelaki:
Kawasan topi keledar tidak termasuk
batang zakar
Wanita: Kawasan bibir faraj
MAHRAM & BUKAN MAHRAM

mazhab Syafie, batal wudhuk jika kita


menyentuh yang bukan mahram kita tanpa
lapik yakni kulit bertemu kulit.
Tidak batal wudhuk jika kita menyentuh
mahram kita.
Mahram bagi lelaki

1. Mahram disebabkan nasab atau keturunan


adalah seperti
1. ibu dan yang di atasnya (nenek, moyangP dsb),
2. anak perempuan dan yang di bawahnya (cucu P,
cicit P dsb),
3. adik-beradik perempuan sebelah ibu dan sebelah
bapa (makcik)
4. adik beradik sendiri yang perempuan (kakak, adik
perempuan).
Mahram bagi lelaki

1. Mahram disebabkan persusuan adalah


seperti
1. ibu susu
2. saudara perempuan susuan.
Mahram bagi lelaki

1. Mahram disebabkan perkahwinan adalah


seperti
1. ibu mertua,
2. Menantu perempuan.
3. anak tiri perempuan,
4. mak tiri dan
Mahram bagi wanita

1. Mahram disebabkan nasab atau keturunan


adalah seperti
1. bapa dan yang di atasnya (datuk, moyangL dsb),
2. anak lelaki dan yang di bawahnya (cucu L, cicit L
dsb),
3. adik-beradik lelaki sebelah ibu dan sebelah bapa
(pakcik)
4. adik beradik sendiri yang lelaki (abang, adik lelaki).
Mahram bagi wanita

1. Mahram disebabkan persusuan adalah


seperti
1. ibu susu
2. saudara perempuan susuan.
Mahram bagi wanita

1. Mahram disebabkan perkahwinan adalah


seperti
1. bapa mertua,
2. Menantu lelaki.
3. anak tiri lelaki,
4. bapa tiri
Selaindaripada mereka adalah batal wudhuk
termasuk:
sepupu iaitu anak kepada adik-beradik ibu atau
bapa.
Kakak angkat
Anak angkat
Saudara jauh
ISTERI?

Batal wudhuk jika kita menyentuh isteri kita


tanpa lapik yakni kulit bertemu kulit
Terkecuali jika menyentuh rambut atau
kukunya.
Bagi, kanak-kanak yang belum baligh
tidaklah batal wudhuk bila kita
menyentuhnya.
Keraguan Dalam Berwudhuk

Ertiragu dalam masalah air, hadas dan


sebagainya ialah rasa takut atau keliru
antara ada sesuatu dengan tidak adanya.
Dalam erti kata lain, ragu ialah syak, antara
ya atau tidak, mengenai sesuatu hal.
1) Pada usul fekah, keraguan itu hendaklah
dihilangkan.
2) Orang yang sedang berwudhuk, asasnya jika ragu
pada hal yang diwajibkan, wajib mengulang, dan jika
ragu pada hal yang disunatkan, maka sunat
mengulang.
3) Orang yang sedang berwudhuk, kemudian datang
ragu dalam melakukan basuhan fardhu sebelumnya,
maka wajib mengulang wudhuknya.
4) Orang yang sedang berwudhuk ragu terhadap
bilangan basuhan atau kerataan basuhan, sunat
mengulangnya.
5) Adapun ragu yang datang setelah sempurna atau
selesai wudhuknya, maka tiadalah ia mempengaruhi
dan tidak perlu kepada pengulangan. Ini termasuk
jika ragu dalam berniat.
6) Tidak masuk sebagai yang dimaksudkan dengan
ragu apabila telah yakin meninggalkan sesuatu yang
fardhu. Yakin sebegini membawa kepada
pengulangan wudhuk.
:: Hal-hal seperti ini telah dirujuk kepada Kitab Fathul Muin (Zainuddin Al-Malbari) & Asbahu
Wa An-Nazair (Imam Sayuthi).
Solat selepas mandi wajib

Tidak perlu kepada wudhuk lagi kerana sebelum


mandi wajib tadi kita sudahpun berwuduk untuk
mengangkat hadas kecil.
Namun, dalam proses mandi wajib itu tidak boleh
berlaku sesuatu yang boleh membatalkan wudhuk.
Jika tidak, hendaklah berwudhuk selepas mandi
wajib.
Timbul persoalan bagaimana keadaan jika tidak
berwudhuk sebelum atau sesudahnya, maka
memadailah dengan mandi wajib tadi untuk
membolehkan solat.
SOLAT

Dirikanlah solat (dengan tekun); Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar (al Ankabut : 45)
Syarat-syaratyang harus dipenuhi sebelum
melakukan solat dapat dikelompokkan
menjadi 2 (dua) macam iaitu :
Syarat Wajib Solat (siapa yg wajib dirikan solat)
Syarat Sah Solat (apa yg perlu ada sebelum
solat)
Syarat wajib solat

1. Islam, Orang yang tidak Islam tidak wajib mengerjakan solat.


2. Suci dari Haidh dan Nifas, Perempuan yang sedang Haidh
(datang bulan) atau baru melahirkan anak tidak wajib
mengerjakan solat.
3. Berakal Sehat, Orang yang tidak berakal sehat seperti
orang gila,orang yang mabuk, dan pengsan tidak wajib
mengerjakan solat, sebagaimana sabda Rasulullah :
"Ada tiga golongan manusia yang telah diangkat pena
darinya (tidak diberi beban syari'at) yaitu; orang yang tidur
sampai dia terjaga, anak kecil sampai dia baligh dan orang
yang gila sampai dia sembuh." (HR. Abu Daud dan lainnya,
hadits shahih)
4. Baliqh (Dewasa), Orang yang belum baliqh tidak
wajib mengerjakan solat. Tanda-tanda orang yang
sudah baliqh :
Sampai umur 9 thn (perempuan) 15 thn (lelaki)
Mimpi bersetubuh.
Mulai keluar darah haidh (datang bulan) bagi perempuan
5. Telah sampai da'wah kepadanya, Orang yang
belum pernah mendapatkan da'wah/seruan agama
tidak wajib mengerjakan solat.
Didikan Rasulullah s.a.w.

sabda Rasulullah
"Perintahkanlah anak-anak untuk
melaksanakan solat apabila telah berumur
tujuh tahun, dan apabila dia telah berumur
sepuluh tahun, maka pukullah dia kalau tidak
melaksanakannya."
(HR. Abu Daud dan lainnya, hadits shahih)
Al-Araf:7
SYARAT SAH SOLAT

(mesti ada sebelum solat)


1. Suci dari hadas kecil atau besar
2. Suci tubuh badan dari najis
3. Suci pakaian dari najis
4. Suci tempat dari najis
5. Yakin masuk waktu solat fardhu
6. Menutup aurat
7. Menghadap kiblat (292o dari utara)
SUNAT SEBELUM SOLAT

1. Azan
2. Iqamah
3. Meletakkan pemisah dihadapan
SUNAT ABADH SEMASA SOLAT

Perkara sunat yang perlu ditampung dengan sujud


sahwi apabila ditinggalkan
1. Tasyahhud awal dan duduknya.
2. Qunut subuh dan qunut witir, dan berdirinya.
3. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu alaihi wasallam ketika
tasyahhud awal.
4. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu alaihi wasallam ketika
qunut.
5. Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu alaihi
wasallam ketika tasyahhud akhir.
6. Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu alaihi
wasallam ketika qunut.
SUNAT HAIAH SEMASA SOLAT

Perkara sunat yang tidak perlu ditampung dengan sujud


sahwi apabila ditinggalkan. Antaranya:
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram
Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika
berdiri
Melihat ke tempat sujud
Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram
Membaca istiazah (auzubillah) selepas doa iftitah
Membaca dengan suara kuat waktu subuh, maghrib,
isyak
Menyebut amin selepas membaca Surah al-Fatihah
Sujud Sahwi

Dua kali sujud dan sekali duduk antara dua


sujud tersebut.
Dilakukan sebelum memberi salam
Membaca zikir
RUKUN SOLAT

1. Berdiri betul bagi solat fardhu - RP


2. Niat - RH
3. Takbiratul Ihram - RB
4. Membaca Surah Al-Fatihah - RB
5. Rukuk dengan tomakninah - RP
6. Iktidal dengan tomakninah - RP
7. Sujud dengan tomakninah - RP
8. Duduk antara dua sujud dengan tomakninah - RP
9. Duduk Tahiyyat Akhir - RP
10. Membaca Tasyahhud Akhir - RB
11. Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. - RB
12. Memberi salam yg pertama - RB
13. Tertib

RP= Rukun Perbuatan, RH= Rukun Hati, RB= Rukun Bacaan


Tomakninah

Maksudnya berhenti sebentar sekurang-


kurangnya selama menyebut Subanallah.
Sekadar membezakan antara satu
pergerakan dgn pergerakan yg lain dlm solat.
MAKRUH SEMASA SOLAT

1. Memalingkan tengkok
2. Memandang ke atas / mendongak ke atas
3. Bercekak pinggang
4. Bermain-main dengan rambut, janggut, misai
5. Solat ketika makanan telah dihidangkan
6. Solat dalam keadaan menahan kencing & berak
7. Solat ketika sangat mengantuk
8. Solat di bilik air, jalan, pasar, kubur, gereja/kuil, tempat
sampah, kandang lembu.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1. Bercakap dengan sengaja


2. Ketawa
3. Makan & minum dengan sengaja
4. Bergerak 3kali berturut-turut (pergerakan besar)
5. Badan atau pakaian terkena najis (menanggung najis)
6. Membuka aurat dengan sengaja
1. Aurat Lelaki: Diantara pusat dan lutut
2. Aurat Wanita: Seluruh tubuh kecuali muka
7. Berhadas sebelum salam yang pertama
8. Berpaling dada dari arah kiblat
9. Mengubah niat (mahu berhenti)
10. Murtad
Batal solat jika

Memegang tali yang terikat kepada anjing


(najis)
Menyangkut wayar mikrofon yang terkena
tahi cicak
Memegang kanak-kanak yang pampers telah
penuh dgn najis
Ini dikira menanggung najis

Rujukan: Kitab Munyatul Musholli


TIDAK BATAL SOLAT JIKA

1. Senyum, menangis, batuk, bersin


2. Menggerakkan jari kaki atau jari tangan
3. Menelan air liur
4. Terbuka aurat seketika tanpa sengaja
(ditiup angin), jika dibiar, batal solat.
5. Menutup mata
ADAB SOLAT

Imam Al-Ghazali mengumpamakan solat


seperti menghadiahkan hamba kepada raja.
Jika solat yang kita dirikan banyak cacat,
seolah-olah kita menghadiahkan kepada
raja, seorang hamba yang cacat.
Tentu akan menyebabkan kemarahan Raja
terhadab kita.
SOLAT BERJEMAAH
Abu Mas'ud r.a., sahabat Nabi saw,
menyampaikan sebuah kisah. Suatu ketika,
saat hendak shalat berjamaah, Nabi
menyentuh setiap bahu kami sambil
bersabda: "Luruskan shafmu, jangan
bengkok-bengkok. Shaf yang bengkok akan
menyebabkan hatimu terpecah-belah." (HR
Muslim).
"Sempurnakanlah oleh kamu saf yang depan
(saf yang pertama), kemudian saf-saf
berikutnya, maka saf yang kurang itu
(disebabkan sedikit makmum) hendaklah (saf
yang kurang itu berada) di saf bahagian
belakang".
(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasai)
"Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah di
antara bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan
berlaku lembutlah ketika memegang tangan
saudaramu (waktu merapatkan saf), dan janganlah
kamu biarkan celah-celah (yang kosong) itu untuk
syaitan. Barangsiapa menghubungkan saf, maka
Allah menghubungkannya (dengan rahmatNya) dan
barangsiapa memutuskan saf, maka Allah
memutuskannya (daripada rahmat dan
pertolonganNya)".
(Hadis riwayat Abu Daud)
Andaikata mereka tahu apa yang ada di
dalam saf yang depan, nescaya akan di
adakan undian.

(Hadis riwayat Muslim)


Sesungguhnya Allah dan malaikat-
malaikatNya mengucapkan selawat (selawat
Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar)
terhadap makmum-makmum di baris
pertama.

(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasai)


Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya
mengucapkan selawat kepada makmum di
saf-saf kanan.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM

Makmum hendaklah berada di belakang


imam. Adalah batal sembahyang makmun itu
jika dia berada di hadapan imam.
Manakala jika imam dan makmun dalam
kedudukan yang sama maka tidaklah batal
sembahyang mereka, akan tetapi hukumnya
adalah makruh.
Disunatkan juga agar kedudukan atau tempat imam
tidaklah tinggi dibandingkan dengan kedudukan
makmumnya, begitu juga sebaliknya iaitu kedudukan
makmum tidaklah tinggi dibandingkan dengan
kedudukan imam, melainkan jika imam itu bertujuan
untuk mengajar makmumnya perbuatan
sembahyang atau makmum itu bertujuan untuk
menyampaikan takbir imam kepada makmum yang
lain. Dalam keadaan ini, makmum tersebut adalah
digalakkan untuk meninggikan tempat
kedudukannya. (Majmuk 4/190-191, 4/186-187)
Di antara adab-adabnya juga ialah imam
disunatkan berada di antara tengah-tengah
saf makmum yang berada di belakang.
Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu
alaihi wasallam yang maksudnya :
Jadikanlah kedudukan imam itu berdiri di
tengah-tengah dan penuhilah celah-celah saf
(yang kosong).
KEDUDUKAN MAKMUM TUNGGAL DALAM SAF
SEMBAHYANG

Apabila sembahyang jemaah itu hanya dengan


seorang makmum, maka disunatkan baginya berada
di sebelah kanan imam, tetapi hendaklah ke
belakang sedikit daripada imam.
Manakala jika makmum berada di sebelah kiri atau di
belakang imam, disunatkan baginya untuk berpindah
ke sebelah kanan dengan menjaga daripada perkara-
perkara yang membatalkan sembahyang seperti
bergerak lebih daripada tiga kali berturut-turut.
Walau bagaimanapun, hanya makruh hukumnya jika dia terus
berada di kiri atau di belakang imam.
Jika makmum itu tidak juga berpindah disebabkan jahil atau
sebagainya, maka disunatkan bagi imam itu memindahkan
makmum atau memindahkan dirinya supaya berada di depan
sebelah kiri makmum, sebagaimana hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu Abbas Radiallahu anhuma katanya yang
maksudnya :
Pada suatu malam saya tidur di rumah Maimunah dan Nabi
Muhammad Shallallahu alahi wasallam berada di sana malam
itu. Beliau berwudhu dan berdiri untuk sembahyang. Saya
bersamanya dan berdiri di sebelah kirinya tetapi beliau
memindahkan saya ke sebelah kanannya.
(Hadis riwayat Bukhari)
Susunan Saf
1. Imam lelaki bersama seorang makmum lelaki
- Makmum berdiri di sisi sebelah kanan imam.
2. Imam bersama seorang makmum perempuan
- Makmum berdiri di sisi sebelah kiri imam.
3. Imam bersama seorang makmum lelaki dan seorang makmum perempuan
- Makmum lelaki di sisi sebelah kanan imam dan makmum perempuan pula berdiri di belakang makmum lelaki menepati
kedudukan imam.
4. Imam bersama ramai makmum lelaki dan perempuan
- Imam berdiri di tengah bahagian hadapan makmum lelaki dan makmum perempuan di belakang makmum lelaki.
5. Imam bersama makmum seorang lelaki dewasa, seorang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), seorang perempuan dewasa
dan seorang kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz).
- Lelaki dewasa di sisi sebelah kanan imam
- Kanak-kanak lelaki di belakang lelaki dewasa menepati kedudukan imam
- Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki
- Kanak-kanak perempuan di belakang perempuan dewasa
6. Imam bersama ramai makmum lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), perempuan dewasa dan kanak-kanak
perempuan (belum mumaiyiz)
- Lelaki dewasa di belakang imam
- Kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz) di belakang lelaki dewasa
- Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz)
- Kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz) di belakang perempuan dewasa
Rujukan

1. Mughnil Muhtaj - Syeikh Muhamad alKhatib al-Syarbini, vol 1


2. Al-Feqhul Islami Wa adillatuh - Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 2 *
3. Sabilul Muhtadin - Syeikh Muhamad Arshad al-Banjari vol 2**
4. I'anah al-Thalibin - Syeikh Muhamad Satha al-Dimyathi vol 1

Anda mungkin juga menyukai