Anda di halaman 1dari 7

KONSEP

PROFESION PERGURUAN DAN KEGURUAN


Perguruan, mengikut Kamus Dewan (1989), di bawah
konteks pendidikan guru, adalah diertikan sebagai
pengajaran, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid
dan sebagainya.

Perkataan keguruan diertikan sebagai perkara yang


berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan
peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Misalnya,
masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan (iaitu peranan
dan tugas guru) yang luhur.
Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan
keguruan dihuraikan di atas, maka profesian
Perguruan bolehlah diertikan sebagai
pekerjaan pengajaran yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan khas
misalnya latihan dijalankan dalam maktab
perguruan.

Manakala,profesion keguruan merupakan


pekerjaan yang berkaitan dengan peranan
tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.
KONSEP PROFESION

Mengikut Lieberman, tokoh pendidik di Amerika Syarikat,


sesuatu pekerjaan dianggap sebagai suatu profesion
sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

Matlamat jelas untuk masyarakat dan negara.

Keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi


perkhidmatan.

Mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang


kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.
Pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai
kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya.

Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi


terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan
pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi
perkhidmatan.

Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang


berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk
kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan
penyingkiran ahlinya.
Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang
berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk
kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan
penyingkiran ahlinya.

Mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh


organisasi profesion tersebut.

Bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan


keputusan yang dibuat olehnya.
RUMUSANNYA

Sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh


orang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.