Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

MUHAMMAD BIN BASAR


JABATAN MATEMATIK
IPGKTIJB
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah Pendidikan Guru
Digubal bertujuan untuk menjadi panduan
bagi merealisasikan FPK

FPG menjelaskan jenis guru yang diperlukan


negara ;
Guru yang mulia sifatnya, dan mereka yang
berpandangan progresif dan saintifik, mereka
yang bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menghormati warisan kebudayaan
negara, menjamin perkembangan individu
dan membina sebuah komuniti yang bersatu-
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
Elemen-elemen FPG Analisis

Bepekerti mulia Sahsiah guru yang baik


Berbudi bahasa, bersopan, berdidiplin
dan bermoral

Berpandangan progresif & saintifik Berkembang mengikut peredaran


zaman sains dan teknologi

Bersedia menjunjung aspirasi negara Menghayati aspirasi yang


dihasratkan
Berusaha menyumbang secara
maksimum untuk mencapai aspirasi
negara

Menghormati warisan kebudayaan Memupuk sifat patriotisme

Menjamin perkembangan individu Peranan guru untuk mengembangkan


potensi murid secara menyeluruh
(emosi, intelek, rohani, jasmani)

Memelihara masyarakat yang bersatu Tanggungjawab guru sebagai ahli


padu, demokratik, progresif dan masyarakat yang menyumbang pada
berdisiplin pembangunan negara
Matlamat FPG

1) Membangunkan maktab perguruan latihan


guru-guru sebagai pusat rujukan dalam bidang
pendidikan
2) Mempertingkatkan pengetahuan secara
berterusan dan kemahiran guru yang terlatih
3) Menggalakkan kerjasama dengan KPM untuk
menghasilkan guru yang secukupnya bagi
sekolah rendah dan menengah.
4) Berfungsi sebagai panduan untuk melahirkan
guru-guru yang berdedikasi dan profesional
Model Konseptual Pengajaran
Model Konseptual Pendidikan Guru

Merangkumi 3 aspek utama :


1) Tuhan
Guru perlu memupuk pengetahuan murid
dan mendidik mereka untuk taat kepada
agama
2) Masyarakat
Guru sebagai agen perubahan dan mereka
berada dalam kedudukan untuk mendidik dan
mengasuh
3) Diri
Guru perlu menanam budaya ilmu
pengetahuan, membentuk personaliti dan
sikap daya tahan pelajar
Di bawah dimensi utama, terangkum 3 aspek
asas;
1) Pengetahuan
Penerapan kepentingan pendidikan dalam
kehidupan

2) Kemahiran
Kemahiran menggunakan bahan-bahan
pengajaran untuk meningkatkan kualiti P&P

3) Nilai
Merujuk amalan nilai murni, perlakuan guru
yang penyayang, berbudi pekerti mulia,
berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan
patuh pada etika profesyen keguruan.
FPG bersandarkan Model
Konseptual bermatlamat
menghasilkan guru yang
berkualiti dari segi personaliti
hingga amalan individu,
berilmu serta mempunyai nilai
keguruan dan berupaya
memacu generasi kini untuk
mencapai Wawasan Pendidikan
dalam abad ke 21