Anda di halaman 1dari 29

1

HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan konsep perpaduan
dan kesepaduan serta era
penting hubungan etnik
Memahami hubungan etnik
berdasarkan perspektif
kesepaduan sosial
Memahami kesepaduan sosial
melalui akomodasi, akulturasi,
amalgamasi dan asimilasi
2
PENGENALAN
Di Malaysia, hubungan etnik sering
diketengahkan sebagai rapuh dan
berkonflik. Namun hubungan etnik
yang positif sebenarnya lebih
banyak.berlaku dalam masyarakat
pelbnagai etnik.
Konsep kesepaduan sosial
digunakan untuk menjelaskan
fenomena hubungan etnik positif
yang berlaku di Malaysia.
3
Perpaduan dalam kepelbagaian
Konsep Perpaduan dalam Kepelbagaian
(unity in diversity) dari 3 perspektif :
1. Ilmu Psikologi Sosial wujudnya dalam
pemikiran rasa kesatuan walaupun
berbeza dari segi fizikal (wilayah) dan
psikologikal serta metafizikal
2. Ilmu Antropologi-Sosiologi
Epistemologi (aspek ilmu) - suatu rumusan
yang menyimpulkan dan
mengartikulasikan bagaimana manusia
mengurus dan menyusun, dari segi abstrak
dan nyata, perbezaan sosial yang sedia
ada dalam kalangan mereka
4
Ontologikal (aspek kajian) - perlunya mengurus dan
menyusun perbezaan ini pada umumnya, atas
keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan
stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam
keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih
kesenangan dan mungkin juga kemewahan material.
Walau bagaimanapun ada pihak yang
menggunakan perbezaan sosial untuk pejuangkan
kesukuan, chauvanisme melalui
keganasan/mewujudkan keadaan tidak aman.
Manusia sedar hakikat kehidupan mesti hidup
bersama manusia dari kelompok sosial yang lain dan
berbeza. Oleh itu, mereka terus mencari jalan dan
mengatur berbagai-bagai cara supaya perbezaan
tidak menjadi halangan untuk hidup aman dan
produktif!

5
3. Perpaduan = unity is uniformity
Perpaduan ialah keSAMAan atau
keSATUan -- satu bangsa, satu agama,
satu bahasa, satu negara, yang juga
merupakan kata-kata slogan.
unity is uniformity hanyalah suatu
gambaran ideal tentang suatu
masyarakat yang sempurna yang tidak
boleh menjadi kenyataan (utopia)

6
Soalan
Berdasarkan konsep dan definisi
Perpaduan dalam kepelbagaian

Adakah Malaysia sudah


mencapai perpaduan?

7
Malaysia
Perpaduan? atau
Kesepaduan?

8
Kesepaduan Sosial
Suatu fenomena sosial yang
dipacu oleh idaman mendalam
terhadap perpaduan dan dengan
impian tersebut telah
mempengaruhi para anggota
masyarakat pelbagai etnik untuk
mengambil pelbagai ikhtiar melalui
kegiatan dan aktiviti yang
dianggap sebagai prasyarat untuk
mencapai perpaduan.
9
Perpaduan Malaysia

Kesepaduan Sosial

Kegiatan & Aktiviti

10
Konsep kesepaduan adalah lebih
realistik dalam konteks Malaysia.

Kesepaduan sosial merupakan pra


syarat untuk mencapai perpaduan

Oleh itu, konsep kesepaduan sosial


lebih sesuai untuk menjelaskan
fenomena hubungan etnik yang
berlaku di Malaysia.
11
1. Cerita Malaysia: umumnya aman dan
stabil tapi ranjau sepanjang jalan tetap
ada
Era Konflik (1945-1960)
Era Tegang tapi Stabil (1961-1970)
Era Kesepaduan Sosial 1971- kini)

12
A | ERA KONFLIK (1945 60)
Pasca Perang Dunia Kedua (PD2)
Rusuhan etnik - konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu
yang tercetus daripada tindakan Bintang Tiga selama 14 hari
selepas tamatnya penaklukan Jepun
Huru-hara Buruh - Pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat
mengorganisasi rusuhan dan mogok ini telah ditangkap dan
pertubuhan mereka diharamkan dan Penglibatan Bintang Tiga
dengan membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan
Eropah di Sungai Siput sehingga diisytiharkan darurat dan
tamat pada 1960.

Tiang seri pembinaan semula


Keselamatan
Pembangunan Lima Tahun 1950-1955
Perundingan Etnik Communities Liaison Committee (CLC)
tahun 1949
Penggubalan perlembagaan

13
B | ERA TEGANG TAPI
STABIL (1961 70)
Pembentukan Malaysia 1963: Perjanjian 20 perkara
dengan Sabah dan Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak
Konfrontasi 1963-66 Malaysia-Indonesia (neo-colony)
Konflik etnik terbuka 1964 & 1969
Julai & September 1964, Singapura (dlm Malaysia)
13 Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain
Singapura & Malaysia berpisah 9 Augus 1965
Cara atasi
Majlis Perundingan Rakyat
Jabatan Perpaduan, Rukun Negara
Dasar Ekonomi Baru (DEB)

14
C | ERA KESEPADUAN SOSIAL
(1971-kini)
Keamanan dan kestabilan lebih dominan,
kecuali pada 2011 peristiwa Kg. Medan yang
mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat
penting untuk kesepaduan sosial.
Harapan untuk perpaduan tetap ada:
1Malaysia
Apakah anak kunci kesepaduan sosial
Malaysia: Hubungan stabil, sama ada di
Peringkat Masyarakat (M), Negara (N), Pasaran
(P) = M+N+P- meskipun sewaktu krisis global.
Masyarakat Malaysia yang matang:
Suka bertikam lidah tetapi tidak
berparangan (berbunuhan)
Konflik wujud, namun masih hidup dalam
kesepaduan
15
ANTARA KONFLIK SOSIAL & KESEPADUAN SOSIAL|
Perbandingan Malaysia & Sri Lanka (1945-2011)
MALAYSIA

1948 - 1964 1969 2001


1960

1945 2011

1940-1950 1951-1960 1961-1970 1971-1980 1981-1990 1991-2010

SRI LANKA
KEAMANAN ditakrif sebagai the absence of violence (GPI 2011). Konflik berdarah berlaku di Malaysia dan Sri Lanka semenjak 1945.
Bukti menunjukkan bahawa keadaan kesepaduan sosial mendominasi hidup di Malaysia di Sri Lanka didominasi oleh pertumpahan
darah, meragut lebih dari 100,000 nyawa. Untuk sebuah analisis perbandingan terbaik sila lihat, Sirimal Abeyratne, Economic
Development and Political Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, South Asia Economic Journal
9:2(2008): 393-417
16
Global Peace Index

2007 2008 2009 2010 2011


World World World World World
Ranking Ranking Ranking Ranking Ranking
37. Malaysia 37. Malaysia 26. Malaysia 22. Malaysia 19. Malaysia

Asia Ranking Asia Ranking Asia Ranking Asia Ranking Asia Ranking
9. Malaysia 8. Malaysia 6. Malaysia 4. Malaysia 4. Malaysia

2012 2013 2014 2015


World World World World
Ranking Ranking Ranking Ranking
20. Malaysia 29. Malaysia 33. Malaysia 28. Malaysia

Asia Ranking Asia Ranking Asia Ranking Asia Ranking


4. Malaysia 6. Malaysia 6. Malaysia 5. Malaysia
17
Potret Hubungan Etnik di Malaysia
Negara Malaysia dengan kerencaman
demografi terus kukuh, maju dan
membangun malah disegani oleh jiran
tetangga dalam konteks negara berbilang
etnik.
Keadaan yang aman damai telah
melahirkan suatu bentuk kestabilan politik,
ekonomi dan sosial yang baik.
Malaysia berjaya mencapai tahap negara
berpendapatan sederhana dalam tempoh
kurang daripada 50 tahun.
Keunikan tadbir urus negara mengurus
perpaduan dalam kepelbagaian amat
penting.
18
Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik

Terdapat pandangan - masyarakat yang


memiliki kerencaman budaya, bahasa,
agama seperti di Malaysia akan terpisah dan
terasing mengikut kumpulan etnik masing-
masing.
Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan
antara kumpulan etnik dan berlaku
kepupusan ciri-ciri etnik.
Etnik yang dominan menguasai etnik
minoriti.
Media massa kerap mempotretkan
hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif
yang sempit - membangkitkan sentimen
etnik atau agama dalam laporan berita.
19
Menelusuri Hubungan Etnik
daripada Perspektif Konflik
Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan
nuansa ideologi orientalisme pada asasnya
adalah untuk membezakan kumpulan dalam
masyarakat agar wujud sempadan binari yang
jelas antara mereka yang menjajah dengan
mereka yang terjajah.
Mereka yang terjajah pula dikategorikan
secara pukul rata melalui perbezaan yang
berdasarkan ciri-ciri fisiologi, budaya, bahasa,
agama dan etnik yang diesensialisasi dan
diitlakkan secara mudah dan cetek.
Ditambah dengan konflik 13 Mei, darurat

20
Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di
Malaysia menggunakan paradigma konflik
untuk menganalisis dan memahami setiap
permasalahan yang wujud dalam masyarakat
pelbagai etnik.
Pandang sedemikian mengandaikan
masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam
persengketaan, saling bersaing khususnya
antara kumpulan yang berlainan etnik dan
agama.
Hakikat menggunakan paradigma konflik
sebagai teras memahami permasalahan
masyarakat di Malaysia adalah kurang tepat
kerana realitinya, masyarakat dominan hidup
dalam aman dan stabil.
21
Paradigma alternatif ini bukan bertujuan
untuk menafikan bahawa tiada konflik
tetapi sebagai satu cara pandang yang
memberi tempat yang lebih wajar kepada
sisi positif dalam menganalisis dan
memahami hubungan etnik.
Pemahaman terhadap situasi ini adalah
wajar kerana hakikatnya aspek yang lebih
dominan dalam kehidupan seharian dalam
kalangan masyarakat awam di Malaysia
bukan berasaskan konflik tetapi didasari
oleh kesepaduan sosial.

22
Masyarakat Malaysia terhasil daripada
perkongsian sejarah membina struktur
sosial, ekonomi, politik dan budaya.
Masyarakat Malaysia bersifat dinamik
membina kesepaduan sosial melalui
interaksi dan amalan harian secara langsung
dan tidak langsung secara berterusan.
Kesepaduan sosial juga terbina menerusi
proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi
dan asimilasi mekanisme untuk
mengekalkan toleransi.

23
Hubungan Saling Terkait dan
Saling Bergantungan
Jalinan hubungan sosial secara
berterusan terbina dalam kalangan
anggota masyarakat Malaysia
merentas etnik, agama, budaya dan
bahasa menerusi interaksi sesama
mereka.
Umpamanya, nasi yang dimakan
oleh
pelajar selepas keluar dari bilik
kuliah melibatkan pelbagai etnik
24
Takrifan Autoriti dan Takrifan
Harian
Paradigma kesepaduan sosial lebih
memberi tumpuan kepada takrifan
terhadap interaksi seharian yang dibentuk
oleh anggota masyarakat itu sendiri
berbanding dengan takrifan yang dibentuk
oleh autoriti
Takrifan autoriti seperti negara, misalnya,
cenderung bersifat tetap dengan
sempadannya yang tidak boleh diubah.
contohnya, takrifan Melayu oleh negara
sebagaimana yang termaktub dalam
Artikel 160.
25
Takrifan Autoriti dan Takrifan
Harian
Takrifan harian oleh masyarakat awam
kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam,
pelbagai dan terdapat tolak ansur, akomodasi
serta saling memahami dalam kalangan mereka
untuk memastikan kehidupan seharian mereka
dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang
konflik.
Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan
terhadap takrifan harian oleh anggota
masyarakat dan takrifan harian dalam konteks
hubungan etnik ialah pelekat sosial yang
menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk,
pelbagai dan rencam ini secara sosialnya
bersepadu.
26
Kesepaduan Sosial Melalui
Akomodasi, Akulturasi,
Amalgamasi dan Asimilasi
Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi
sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai
mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik,
penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial
yang wujud pada hari ini.
Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak
mudah terpengaruh untuk bertindak secara melulu,
emotif dan menggunakan kekerasan terhadap isu-isu
yang ditimbulkan.
Masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit
sebanyak terikat dengan suatu bentuk kesepaduan
sosial yang baik dan organisasi sukarelawan masyarakat
dan individu daripada pelbagai etnik dan agama
27
Kesepaduan Sosial Melalui
Akomodasi, Akulturasi,
Amalgamasi
takrifan danoleh
yang diberikan Asimilasi
anggota
masyarakat dalam acuan besar bercirikan
Malaysia adalah merujuk kepada interaksi
dan hubungan sehari-hari yang berlaku
antara mereka melalui proses rundingan
sosial yang berterusan.
Proses ini ditunjangi oleh unsur-unsur
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan
asimilasi yang merupakan inti pati penting
untuk memahami hubungan etnik di
Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.
28
Kesimpulan
Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah,
terutama jika terdapat usaha sedar berpunca
daripada tindakan authority-defined dan
topdown yang dapat melengkapkan dan
menjamin kelangsungannya dan meningkatkan
daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat
majmuk itu
adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan
keadaan ini sebagai kesepaduan dalam
kepelbagaian (cohesion in diversity) dan bukan
perpaduan dalam kepelbagaian (unity in
diversity).

29

Anda mungkin juga menyukai