Anda di halaman 1dari 19

PENYELIDIKAN

KAJIAN SEJARAH

JELVIN
MH
Kaedah
Kajian Batasa
Sejarah n
Langka
h
KAEDAH PENYELIDIKAN SEJARAH ?

Kajian Sejarah pula diperolehi oleh penyelidik melalui


maklumat, data, dan ilmu pengetahuan dengan meneliti
perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang telah
berlaku
Melalui analisis data dan maklumat sejarah secara
terperinci, penyelidik boleh menentukan, sedikit
sebanyak, tentang hubungan sebab-akibat.
Penyelidik tidak terlibat secara langsung dengan peristiwa,
perkembangan atau pengalaman yang dikaji.
Penyelidik hanya menentukan masalah, sumber bukti, dan
membuat kesimpulan tentang peristiwa.
Tidak ada masalah pengaruh di antara penyelidik dengan
subjek yang dikaji.
BATASAN P ENYE LIDIK AN SEJA RAH

Penyelidik tidak mempunyai kawalan ke atas perlakuan


dan persampelan peristiwa, perkembangan atau
pengalaman pendidikan.
Peristiwa telah berlaku, objek dan individu yang terlibat
adalah khusus dan telah ditentukan, dan penyelidik tidak
mempunyai peluang mengulangi peristiwa yang telah
berlaku.
LANGKAH PENYELIDIKAN
SEJARAH

1. Mengenalpasti masalah.

2. Mengumpul bukti.

3. Mengkritik bukti.

4. Membentuk hipotesis.

5. Mentafsir dan melapor.


1. MENGENAL PASTI MASALAH

Penyelidikan bermula apabila timbul persoalan tentang


sesuatu peristiwa pendidikan yang telah terjadi.
Justeru itu, pengenalpastian masalah mestilah
mengambil kira faktor-faktor yang berkait dengan
sesuatu peristiwa
Perlu mengenal pasti dengan tepat masalah yang ingin
dikaji.
2. MENGUMPUL BUKTI

Bahan rujukan sejarah :


Bahan bercetak: rekod, laporan, surat, buku, minit
mesyuarat, surat pekeliling, autobiografi, wasiat, akta,
enakmen, rekod kedatangan, kontrak, dll.
Objek/benda: artifak, bangunan, peralatan, pakaian,
filem, gambar, duit syiling, dll.
Manusia: individu tertentu seperti informan yang
pernah mengalami kejadian itu.
Mengetahui di mana sumber berada.
Dua sumber utama bukti:
1. Sumber Asli/Primer/Pertama
bukti yang berkait secara langsung dengan peristiwa
seperti kesan tinggalan, artifak, saksi dan pemerhati yang
menjadi perantara antara peristiwa dengan penyelidik.
Menghasilkan maklumat asal tentang sesuatu peristiwa
yang dikaji.
2. Sumber Kedua/Sekunder
merupakan bahan-bahan dan m aklum at yang diperoleh dari
sumber asli seperti laporan akhbar, m esyuarat, m akalah jurnal,
dan buku.
Sum ber sekunder ini m enjadi perantara antara sum ber asli dengan
penyelidik
Sum ber sekunder bertindak sebagai pihak ketiga antara peristiwa
dengan penyelidik
Matlam at sum ber sekunder adalah m endapatkan maklum at
daripada sum ber asli.
Kebanyakan penyelidikan sejarah menggunakan sum ber sekunder.
3. KRITIKAN BUKTI

Bukti dari sumber pertama dan kedua perlu diperiksa


kesahihan dan kepentingannya dengan menilai
maklumat dari sumber.
Kritikan luaran
Dilakukan bagi memeriksa kesahihan dan keaslian
bukti.
Teknik: pengesahan tulisan, tanda tangan, analisis
kimia.
600 MANUSKRIP PALSU
(BERITA HARIAN, 24 JUN 1997, P.
21)

LONDON, Isnin Perpustakaan British mendapati lebih


600 daripada koleksi 15,000 manuskrip purba China
miliknya adalah dokumen palsu yang dibuat pada abad
ke-20, lapor Times, hari ini. Manuskrip palsu itu dikesan
menggunakan kaedah baru untuk menguji keaslian,
membolehkan pakar menganalisis kertas, dakwat dan
pencelup tanpa merosakkan dokumen itu. Manuskrip asli
mempunyai cat kuning AFP.
Kritikan Dalaman

dilakukan bagi menentukan tahap kepentingan bukti


yang asli sebagai penghurai atau pendokong
hipotesis penyelidik.
Contoh: menilai sama ada sesuatu sumber itu
merupakan sumber yang terbaik untuk dirujuk oleh
penyelidik.
4. MEMBENTUK
HIPOTESIS
Hipotesis dibuat selepas bukti dikumpul dan dikritik
kesahihan dan kepentingannya.
Berasaskan bukti, penyelidik menjelaskan peristiwa
dengan merungkai kaitan-kaitan tersembunyi, menghurai
hubung jalin yang wujud, mengupas prinsip yang ada dan
menerangkan mengapa dan bagaimana peristiwa itu
berlaku secara logik.
Membentuk hipotesis.

Hipotesis yang dibina dijadikan asas untuk


mendapatkan lebih banyak bukti; hipotesis penyelidik
mungkin berubah mengikut bukti yang dikumpul.
Penyelidik harus memastikan hipotesis yang dibentuk
mempunyai liputan yang menyeluruh tentang masalah
kajian.
Hipotesis biasanya berbentuk sebab-musabab.
Membentuk hipotesis

Hipotesis juga bertujuan:

Menjelaskan sesuatu peristiwa


Menyemak pelbagai aspek masalah yang dikaji
Mengelaskan orang, benda, bidang, kawasan, dan
masa atau zaman.
5. MENTAFSIR DAN
MELAPOR
Selepas pengumpulan bahan dan pembentukan
hipotesis, penyelidik akan menafsir maklumat
daripada bahan.
Memerlukan kreativiti dan kebolehan untuk
mengolah bahan.
Penyelidik perlu memelihara ketepatan tafsiran
berdasarkan bukti yang ada di samping
menyampaikannya dalam bentuk yang menarik dan
menyakinkan.
Keupayaan penyelidik memberi prespektif baru
terhadap sesuatu peristiwa terserlah apabila beliau
berupaya mengupas dan menjelaskan pertentangan
yang wujud pada kajian-kajian lepas terhadap
peristiwa yang sama.
Dapatan perlu disebarkan bagi memperkukuhkan teori,
pemahaman dan penghayatan terhadap sesuatu
peristiwa.
SEKIAN, TERIMA
KASIH