Anda di halaman 1dari 32

OLEH : SUZANA SHAFII

PENGENALAN
Sejenis penyakit yang menganggu pemikiran
seseorang. Ia adalah kecelaruan mental
yang paling lazim berlaku dan kompleks.

Kecelaruan ini bukanlah sekadar kecelaruan


personaliti semata-mata malahan terjadi
disebabkan oleh keadaan tekanan yang
dialami.
PUNCA
1. Keturunan

Anak yang hidup di dalam keluarga yang ibu


bapanya menghidap skizofrenia kemungkinan
besar akan mewarisi penyakit ini (Julianto 2008).

2. Masalah kimia otak

Ketidakseimbangan kimia otak iaitu dopamine


dan glutamate memainkan peranan dalam
membentuk skizofrenia.
3. Ketidakseimbangan struktur otak

Ventrikel otak orang yang menghidap skizofrenia


lebih besar. Gray matter otak orang yang
menghidap skizofrenia lebih rendah dan
sebahagian aktiviti atau metabolisma otak adalah
kurang atau lebih.

4. Usia

Terjadi pada akhir masa remaja dan awal masa


dewasa. Skizofrenia jarang berlaku pada masa
kanak-kanak. Insiden ini bermula pada umur 15
hingga 25 tahun bagi lelaki dan 25 hingga 35
tahun bagi wanita (Sheila 2001).
5. Faktor Lingkungan

Contohnya seperti kebudayaan, ekonomi,


pendidikan, faktor sosial, penggunaan ubat-ubatan,
stress, penceraian, penganiayaan dan sebagainya
(Julianto 2008).

6. Psikologi

Menurut Kohut (2004), psikosis merupakan akibat


adanya gangguan yang serius pada diri, iaitu ketika
tidak ada unsur defensif yang dapat mengatasinya.
Gangguan yang serius dalam kehidupan akan
membuatkan keperibadian individu dan
perkembangannya tidak berjalan normal.
CIRI-CIRI
1. Kecelaruan kognitif

i. Halusinasi
Persepsi tanpa kehadiran rangsangan deria. Pesakit

mungkin dapat mendengar, melihat, merasa


ataupun mencium sesuatu yang sebenarnya tidak
ada di persekitarannya

ii. Delusi
Kepercayaan yang salah yang tidak dikongsi dengan

orang lain.
Tidak berdasarkan realiti dan sering
menganggapnya sebagai perkara yang betul-betul
berlaku.
2. Gangguan emosi

Tindak balas emosi yang tidak sesuai


dengan situasi. Misalnya, bersedih ketika
orang lain bergembira, ketawa bila orang
sedang bersedih.

3. Kecelaruan Tingkah Laku

Melakukan ekspresi muka yang ganjil,


terlalu aktif ataupun sebaliknya tidak
bergerak langsung ataupun seperti robot.
JENIS
1. Paranoid

Bertindak ganas dengan tujuan melindungi diri


mereka berdasarkan kepercayaan palsu ini.
Kelihatan normal seperti orang normal yang lain

meliputi wajah, berpakaian dan seumpamanya.

2. Hebefrenik

Mempamerkan tingkah laku yang tidak senonoh,


kurang sopan, lucah dan kotor.
Berpakaian kotor, makan makanan yang tidak

sepatutnya.
Peluang amat tipis untuk sembuh.
4. Katatonik

Tiada pergerakan langsung (tubuh badan


menjadi kaku) dan tidak sedarkan diri ataupun
menggoyangkan badannya dengan cara yang
melampau.

5. Delusi

Bersifat tidak logik dan tidak disertai halusinasi.


Kecelaruan delusi bermaksud kecelaruan
kepercayaan iaitu individu percaya bahawa
dirinya adalah orang tertentu dan bukan dirinya
yang sebenarnya.
RAWATAN
1. Ubatan

Antipsikotik iaitu dadah seperti thorazine, melaril,


stelazine dan prolixin.
Mengurangkan aktiviti reseptor dopamin otak yang

akan dapat mengurangkan halusinasi dan delusi


pesakit tetapi tidak dapat menyembuhkan penyakit
ini.

2. Terapi Konvulsi Elektrik

Elektrik bervoltan rendah digunakan untuk


memberikan kejutan secara teraputik kepada
sistem otak.
3. Program pemulihan
Belajar kemahiran sosial dan kemahiran
vokasional.

4. Program pembelajaran sosial


Belajar mengenai tingkah laku yang formal
seperti bagaimana mentadbir semasa mesyuarat,
mempunyai perwatakan yang kemas dan
sentiasa menggunakan perkataan yang sopan.

5. Psikoterapi
teknik psikologi
Pesakit diajar dengan teknik dan cara
menyelesaikan masalah dengan menggunakan
pelbagai strategi.
KAJIAN KES
Data Demografik

Nama Pesakit : Pn. M

R/N : HTJ 563366

Alamat : No. 2, Jalan PS 4/20, Taman Pinggiran


Senawang, N. Sembilan.

Pesakit tinggal bersama : Suami

Rujukan: Hospital Tuanku Jaafar Seremban

Bahasa yang di gunakan semasa temubual : Bahasa Malaysia


1. Aduan Utama

Kurang selera makan 3/12


Kurang tidur 3/52
Mendengar suara 1/52
Agresif terhadap suaminya 2/7

2. Sejarah kemasukan dari suami pesakit

Bermula pada Oktober 2014 selepas Pn . M keguguran.


Tidak mahu makan dan mandi, suka menyendiri.
Sering mundar-mandir di ruang tamu sambil
membawa pisau.
12/1/2015, Pn. M telah berlari menuju ke jalan raya

dan telah di langgar oleh sebuah kereta.


3. Sejarah kemasukan dari pesakit
Sering di pukul oleh suaminya.
Badanya luka-luka kerana di cederakan oleh

suaminya.
Sering mendengar suara yang menyatakan

bahawa suaminya ingin berkahwin lain dan


akan menceraikannya.
Pn. M menyatakan suaminya tidak lagi

sayang kepadanya.
Pn. M menyatakan dia pernah keguguran

kerana di tolak oleh suaminya kerana dia


tidak mengizinkan suaminya untuk
berkahwin lain.
4. ADL sebelum kemasukan

Kurang tidur. Hanya tidur 3-4 jam sahaja pada


malam hari selama 3/52
Kurang selera makan selama 3/12. Hanya makan

nasi sekali sehari sahaja setelah di pujuk oleh


suaminya.
Proses eliminasi adalah normal.

5. Rawatan yang di terima sebelum kemasukan

Suaminya pernah membawa Pn. M bertemu


dengan bomoh untuk berubat secara tradisional.
Di beri minum dan mandi dengan air jampi

selama seminggu tetapi tidak sembuh


6. Sejarah keluarga

68 tahun 65 tahun
Penoreh getah Surirumah ( mempunyai
sejarah kemurungan)

42 tahun Pn. M 36 tahun 26 tahun


berkahwin berkahwin berkahwin
Tentera Surirumah Kerja Kilang

Ibu Pn. M telah mengambil rawatan di hospital dan kini sihat.


Pn. M tidak rapat dengan semua adik-beradiknya. Tiada
sejarah membunuh diri di dalam keluarga Pn. M.
7. Sejarah peribadi

Tarikhlahir : 5/3/1974 ( 41 tahun)


Cara kelahiran : SVD

Masalah psikiatrik di zaman kanak-kanak :

menjalani zaman kanak-kanak yang normal

8. Sejarah pendidikan

SRP : Lulus
SPM : Pangkat 3

Kedudukan di dalam kelas : 20-28/35


Aktiviti sekolah: tidak aktif dalam sebarang

aktiviti di sekolah
9. Sejarah pekerjaan

1994 2002 pembantu kedai - RM 400


2003 2007 pembantu kantin sekolah rendah (di Jelebu)
RM 450
2008 2014 operator pengeluaran di kilang NWB ( Taman
Tuanku Jaafar) RM 800
Berhenti kerja pada Oktober 2014 selepas keguguran.

10. Sejarah perkahwinan

Kitaran haid : 13 _ 6-7


Tiada anak
Satu episod keguguran
Tinggal bersama suami di rumah sewa satu tingkat
Pendapatan seisi rumah RM 2000 sebulan
Suami Pn. M sering tiada di rumah kerana keluar daerah
(bekerja sebagai kelindan lori)
11. Agama
Pn. M merupakan seorang penganut agama Islam. Beliau
mengikuti ajaran agamanya dengan sederhana. Pn. M hanya
sembahyang apabila ada masa dan ketika suaminya ada di
rumah sahaja

12. Tabiat
Pn. M tidak mengambil minuman alkohol, dadah dan merokok.

13. Personaliti Pre-mobid


Pn. M merupakan seorang yang kurang bercakap tetapi dia
amat menyukai kanak-kanak. Pn. M sentiasa membelikan anak
saudaranya barang permainan setiap kali mereka berjumpa.

14. Sejarah perubatan


Pn. M tidak mempunyai sebarang penyakit lain.
Pn. M menjalani D&C pada Oktober 2014.
15. Sejarah Psikiatrik
Pn. M tidak mempunyai sebarang masalah psikiatrik

sebelum ini.

16. Faktor mempradispos


Faktor genetik - Ibu Pn. M mempunyai masalah
kemurungan dan telah mendapatkan rawatan di hospital.

17. Faktor yang mempercepatkan


Selepas Pn. M mengalami keguguran, Pn. M telah

berhenti kerja dan duduk di rumah seorang diri dan


suaminya pula sering tiada di rumah untuk
menemaninya

18. Faktor yang melambatkan


Tiada sokongan sepenuhnya dari keluarga
Keputusan Assesmen Mental State Examination (MSE)
Mental State Semasa Kemasukan Tarikh semasa
Assesment Tarikh : 19/1/2015 temubual:
11/2/2015
1. Gangguan dalam Tidak kemas Kemas.Rambut tersisir
penampilan Badan berbau rapi
Muka sedih Berpakaian kemas
Tidak beri kerjasama Tersenyum
Bekerjasama

2. Gangguan dalam Halusinasi auditori Tiada halusinasi lagi
persepsi - Suara yang menyatakan
suaminya tidak sayang
pada Pn. M lagi dan
akan berkahwin lain.
- Mendengar suara
setiap hari.

3. Gangguan dalam Delusi paranoid terhadap Kadang kala Pn. M masih
pemikiran suaminya yang akan mengalami delusi
berkahwin lain dan akan paranoid terhadap
meninggalkannya. suaminya.

4. Gangguan dalam reaksi Air muka yang blunted Mood yang stabil
muka

5. Gangguan dalam Kadang kala berdiam Kadang kala masih
pertuturan Incoherent incoherent
Irrelevant

6. Gangguan dalam Agresif terhadap suaminya Tidak agresif
tingkah laku

7. Gangguan dalam Pergerakan perlahan Pergerakan normal
aktiviti motor

8. Gangguan psikologikal Kurang tidur Tidur 8 jam sehari
- Hanya tidur 3-4 jam sahaja

Kurang selera makan selama 3
bulan. Makan mengikut waktu
makan.

9. Gangguan dalam Orentasi terhadap masa, orang Orentasi terhadap masa,
orentasi dan tempat. orang dan tempat.

10. Gangguan dalam Lupa ingatan jangka Ingat ingatan jangka
ingatan pendek dan jangka pendek dan panjang.
panjang.

11. Gangguan dalam Sedar. Sedar.
kesedaran

12. Penumpuan Tidak boleh menumpukan Boleh menumpukan


perhatian. perhatian.

13. Kesedaran Saya masuk wad ni sebab suami saya pukul

Diagnosis Skizofrenia

Pelan rawatan semasa -Infusi intravena 4 pint dalam 24 jam


kemasukan -Tab Lorazepam 1mg ON
-Sucidal precaution
-ECT
PENGURUSAN DAN PENJAGAAN PESAKIT
19/1/2015
Pn. M di masukkan ke wad Mutiara dengan di temani

oleh suaminya dan jururawat menaiki kerusi roda.


Doktor mengarahkan pemasangan infusi intravena
sebanyak 4 pint ( 2pint Normal Saline dan 2 pint
Dextrose Saline).
Tablet Lorazepam 1mg ON di berikan kepada Pn. M.

Pn. M tidak banyak bercakap dan suka mengasingkan

diri.

23/1/2015
Doktor mengarahkan infusi intravena di kurangkan

sebanyak 2 pint sahaja kerana Pn. M sedikit tolerate


dengan makanan.
Aktiviti berkumpulan di adakan dan Pn. M ada
menunjukkan minat dalam aktiviti tersebut.
29/1/2015
Doktor mengarahkan ECT yang pertama di berikan kepada Pn. M.

Pn. M mula mematuhi latihan habit yang di jalankan. Seperti wktu

madi dan makan.

2/2/2015
Doktor mengarahkan ECT yang kedua di berikan kepada Pn. M.

Sesi psikoterapi dijalankan untuk berkongsi perasaan dan


pengalaman dengan pesakit lain.

4/2/2015
Doktor mengarahkan ECT yang ketiga di berikan kepada Pn. M.

Infusi intravena di hentikan kerana Pn. M telah tolerate dengan

makanan sepenuhnya.

6/2/2015
Doktor mengarahkan ECT yang keempat di berikan kepada Pn. M.

Pn. M masih mendengar suara tetapi tidak sekerap sebelum ini.

9/2/2015
Doktor mengarahkan ECT yang kelima di berikan

kepada Pn. M.

11/2/2015
Doktor mengarahkan ECT yang keenam di berikan

kepada Pn. M.
Tiada sebarang tanda bunuh diri yang di
tunjukkan.

12/2/2015
Pn. M sudah tidak mendengar sebarang suara lagi

Pn. M di benarkan discaj dengan TCA selama

seminggu.
DIAGNOSA
KEJURURAWATAN
1. Gangguan proses fikiran berkaitan dengan delusi yang di
alami.

Intervensi kejururawatan:

Wujudkan rappo untuk mendapatkan kepercayaan dan


kerjasama daripada pesakit.
Menilai tahap keupayaan pesakit untuk merancang tindakan
perawatan yang sesuai.
Mengadakan persekitaran yang tenang supaya pesakit merasa
selamat.
Kurangkan rangsangan persekitaran seperti bunyi bising
Elak bertengkar di hadapan pesakit kerana akan meningkatkan
delusinya.
Elak membisik atau ketawa supaya pesakit tidak berfikiran
paranoid.
2. Gangguan komunikasi verbal berkaitan
dengan penyakit yang di alami.

Intervensi kejururawatan :

Wujudkan rappo untuk mendapatkan


kepercayaan dan kerjasama daripada
pesakit.
Menilai tahap keupayaan pesakit untuk
merancang tindakan perawatan yang sesuai.
Adakan interaksi secara individu untuk
meningkatkan kepercayaan pesakit.
Galakkan pesakit meluahkan perasaan
semasa aktiviti psikoterapi di jalankan.
3. Defisit penjagaan diri berkaitan dengan proses
penyakit yang di alami.

Intervensi kejururawatan :

Wujudkan rappo untuk mendapatkan kepercayaan


dan kerjasama daripada pesakit.
Menilai tahap keupayaan pesakit untuk merancang

tindakan perawatan yang sesuai.


Berikan pesakit masa untuk melakukan sendiri dan

bantu jika perlu.


Berikan pujian selepas pesakit selesai melakukannya

untuk meningkatkan self esteem dirinya.


Lakukan demonstrasi dalam

Lakukan latihan tabiat sebagai rutin harian supaya

pesakit boleh melakukannya setiap hari dengan


sendirinya.
4. Potensi pesakit bertindak agresif berkaitan dengan
halusinasi pendengaran yang di alaminya.

Intervensi kejururawatan :

Menilai tahap keupayaan pesakit untuk merancang


tindakan perawatan yang sesuai.
Wujudkan suasana yang kondusif, terapiutik dan
selamat seperti tidak bising dan simpan segala
peralatan tajam.
Tenangkan pesakit dan dapatkan bantuan jika perlu.

Kawal dan restrain pesakit jika pesakit masih agresif.


Beri ubatan mengikut arahan doktor seperti tab
lorazepam.
Rawat pesakit dalam bilik pengasingan supaya pesakit

dapat menenangkan diri.


Ambil tanda vital dan rekod di dalam buku perubatan

pesakit.
5. Potensi pesakit membunuh diri berkaitan dengan
proses penyakit yang di alaminya.

Intervensi kejururawatan :

Menilai tahap keupayaan pesakit untuk merancang


tindakan perawatan yang sesuai.
Sediakan borang Suicidal Caution Chart supaya

dapat membuat pemerhatian rapi terhadap pesakit.


Berbual dengan pesakit supaya dapat mengetahui

perasaan dan punca pesakit ingin bunuh diri.


Catitkan setiap percakapan dan tingkah lakunya ke

dalam rekod perubatannya dengan lengkap


Jangan biarkan pesakit seorang diri terutamanya di

dalam bilik air.


Pastikan pesakit mengambil ubatan yang di berikan

kepadanya.
Sekian, terima kasih