Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN,

06000 JITRA,
KEDAH.

BMMB3043 KAJIAN
KURIKULUM BAHASA
MELAYU SEKOLAH
RENDAH
NUR ANIS ATHIRAH BINTI FAHIM (PEM
2)
ALIA FARHANA BINTI AHMAD (PEM 2)
NOR ATIKAH BINTI MOHD NAJIB (PEM
1)
NUR AFIQAH BINTI (PSV)
TUTORIAL 1

MEMBUAT PERKAITAN ANTARA


FPK DENGAN
1. REKA BENTUK
KURIKULUM
2. TUNJANG KSSR
3. MATLAMAT KSSR
4. OBJEKTIF KSSR
5. FOKUS KSSR
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara
1. REKA BENTUK
KURIKULUM
Satu bentuk pengklasifikasian bidang
ilmu, kemahiran dan nilai.
Berfokus kepada pembentukan modal
insan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Digubal berasaskan dua standard utama
iaitu standard kurikulum dan standard
pembelajaran.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili
bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang
menjadi asas kepada pembangunan
insan yang berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif.
Kesemua tunjang menggambarkan
penstrukturan secara eksplisit bidang
ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
dikuasai murid.
Setiap tunjang saling berhubung kait dan
bersepadu.
Turut memfokuskan perkembangan
potensi individu dimana berkait rapat
dengan KSSR iaitu pembentukkan
modal insan yang seimbang.
Potensi individu boleh dibahagikan
kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani,
emosi dan rohani.
Kesemua bahagian ini dapat
dikembangkan melalui pendidikan.
2. TUNJANG KSSR
KSSR dibina berdasarkan enam tunjang iaitu:
Komunikasi
Kerohanian, sikap dan nilai
Sains dan teknologi
Keterampilan diri
Kemanusiaan
Perkembangan fizikal dan estetika
Selain itu, elemen merentas kurikulum (EMK)
yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan serta Teknologi Maklumat
dan Komunikasi telah ditambah dalam KSSR.
Perkaitan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dengan tunjang KSSR
adalah dari segi JERI iaitu jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu
berkaitan anggota tubuh badan.
Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat
penting untuk kecerdsan mental kerana ianya
merupakan satu perkara yang amat berkait
rapat.
Murid bukan sahaja mendapat tubuh badan
yang sihat di usia yang muda.
Malah, mereka berkemampuan bagi
mengembangkan bakat dan kemahiran
teknikal, manipulatif serta sosial dalam diri
mengikut keupayaan individu masing-masing.
Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa
individu yang mana memberi kawalan kuat
kepada semangat perpaduan dan sebagainya.
Perkembangan emosi yang sempurna mampu
untuk mengawal tingkah laku yang baik.
Seseorang yang sihat tubuh badan tetapi tidak
dapat mengawal emosi akan cepat berputus
asa apabila menghadapi ujian atau dugaan
sehingga membawa kepada kes bunuh diri.
Keadaan ini berlaku kerana ketidakstabilan
seseorang dalam mengawal emosi.
Unsur rohani merujuk kepada pembentukan
dan pembinaan watak dan jati diri kita sebagai
seorang manusia dan hubungan antara
manusia dengan penciptanya.
Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan
keagamaan.
Sistem pendidikan yang baik akan melahirkan
watak dan jati diri yang sesuai menurut agama,
adat dan sosio-budaya Malaysia.
Pegangan yang kuat dalam unsur rohani
sangat membantu seseorang dalam
mengamalkan nilai-nilai murni serta berakhlak
mulia dalam kehidupan seharian.
Unsur intelek bukan bermaksud cemerlang di
dalam peperiksaan semata-mata, tetapi
kejayaan dari segi intelek juga adalah kejayaan
yang merangkumi keupayaan seseorang
berfikir bagi meneruskan hidup dan berdikari.
Individu yang memiliki daya intelek yang tinggi
juga akan sentiasa berkongsi maklumat dan
berupaya dalam memberikan bantuan dan
memberi pendapat yang bernas.
Mereka juga cenderung dalam memperbaiki
diri dan akan terus berusaha untuk
mengembangkan ilmu yang ada dalam diri.
3. MATLAMAT KSSR
Antara matlamat KSSR adalah melahirkan
insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif melalui
tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika,
ketrampilan diri, kemanusiaan dan
kerohanian, sikap dan nilai.
FPK pula ingin melahirkan rakyat Malaysia
yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan
sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat
yang mahir dalam melakukan tugasan dan
mampu menjadi rakyat yang inovatif.
4. OBJEKTIF KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-


asas berikut, insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Objektif KSSR ialah ingin melahirkan yang


bertanggungjawab iaitu warganegara yang boleh
berperanan di arena global.
Selain itu, objektif KSSR iaitu ingin melahirkan murid
berilmu.

Objektif KSSR ini saling berkait dengan unsur dalam


FPK iaitu ingin melahirkan rakyat Malaysia yang
percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
kepada diri, masyarakat, agama dan Negara, memiliki
sahsiah yang seimbang dan sepadu, serta memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di
Malaysia.
MATLAMAT KSSR BAHASA MELAYU

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah


Rendah digubal untuk membolehkan murid
berketerampilan dalam berbahasa dan boleh
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran,
maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial
dalam kehidupan harian.
5. FOKUS KSSR
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016).
Falsafah pendidikan kebangsaan. Dimuat
turun pada 7 Januari 2016, daripada
http://www.moe.gov.my/index.php/my/das
ar/falsafah-pendidikan-kebangsaan