Anda di halaman 1dari 51

Unit 13.

STRUKTUR SISTEM DERIA KHAS

Unit 13.1. STRUKTUR MATA.

MOHD SALIM BIN MOHAMED


KPPAS
Objectives
Menerangkan struktur mata (bola mata)

menerangkan struktur-struktur aksesori mata

Mengenalpasti ciri-ciri setiap struktur-struktur


mata

Memahami kepentingan organ mata sebagai


deria yang penting (menghargai dan bersyukur
kepada anugerah tuhan)
1) Pengenalan Umum.
Mata adalah deria penglihatan. Tanpa deria ini manusia tidak
dapat menikmati dan menghayati kecantikan yang sedia ada
disekelilingnya.

Biji mata terletak di dalam lesung biji mata (orbital cavity) yang
dikenali sebagai soket mata dan bekalan sarafnya adalah dari
saraf optik.

Tujuh daripada tulang tengkorak membentuk soket mata ini dan


melindungi mata dari kecederaan melainkan dibahagian
depannya.

lemak yang di dapati di belakang biji mata memberi perlindungan


seterusnya kepada mata.

Mata juga dilindungi oleh beberapa organ-organ aksesori.


Lebih separuh reseptor sensori di dalam
tubuh manusia terletak pada mata

Bahagian besar cerebral cortex


bertanggungjawab memproses informasi
visual.
2. Anatomi bola mata
Size: ~2.5 cm in diameter
Terdapat tiga lapisan tisu di dalam dinding bola
mata (eyeball):

a. Lapisan luar berfiber (fibrous tunic) iaitu sklera


dan kornea.

b. Lapisan tengah yang vaskular (vascular tunic)


iaitu koroid, jasad siliari dan iris.

c. Lapisan dalaman bertisu saraf iaitu retina.


a) Lapisan luar berfiber (fibrous tunic)
Sklera (sclera)

Sklera atau mata putih adalah tisu-tisu konektif


yang membentuk lapisan luar mata iaitu di bahagian
posterior dan sisi tepi biji mata.

Melapisi keseluruhan bola mata kecuali bahagian


kornea

Bahagian ini bersambungan ke arah anterior


dengan kornea.

Sklera mengandungi membran berfiber yang kukuh


dan liat yang melindungi dan mengekalkan bentuk
bola mata
Kornea (cornea)

Di bahagian depan (anterior), sklera menyambung dan


kemudiannya membentuk satu membran epithelium yang
lutsinar yang dikenali sebagai kornea.

Cahaya akan menembusi kornea ke arah dalam retina dimana


maklumat cahaya dapat di interpretasikan sebagai maklumat
pemandangan.

Bentuk kornea adalah cembung di depannya yang bertujuan


untuk membias cahaya supaya fokus ke atas retina.

Bahagian tengah kornea menerima oksigen daripada udara


b) Lapisan tengah yang vaskular
(vascular tunic)
Koroid (choroid)

Koroid melitupi 5/6 daripada permukaan bahagian


sklera.

Ianya kaya dengan salur darah, membekalkan


nutrien kepada permukaan retina

Melanocytes: appear dark brown in colour

Melanin: menyerap sinaran cahaya


Jasad Siliari (ciliary body)

Jasad siliari adalah sambungan daripada koroid dibahagian anterior.

Ia terdiri daripada otot-otot berfiber (otot siliari) dan sel-sel epithelial ber
sekresi.

Jasad siliari ini memberikan lekatan kepada ligamen suspensori yang


juga melekat di bahagian penghujung luaran kanta.

Kontraksi dan relaksasi otot siliari ini mengubah ketebalan kanta untuk
membias cahaya.

Sel-sel epithelial ber sekresi akan merembeskan cecair akues ke


bahagian segmen anterior mata iaitu ruangan diantara kanta dan
konia.

Stimulasi akan menyebabkan kontraksi otot dan akomodasi mata.


Iris.

Kawasan berwarna pada bola mata

Jumlah melanin yang menentukan warna mata

Ianya bersambungan daripada jasad siliari ke arah anterior dan


berkedudukan di belakang kornea dan di depan kanta (lens).

Ia membahagikan segmen anterior mata kepada bahagian anterior dan


bahagian posterior. Di dalam bahagian-bahagian ini terdapat cecair
akues yang dihasilkan oleh jasad siliari.

terdapat dua lapisan otot berfiber iaitu otot sirkular (circular muscle) dan
otot radial (radial muscle).
Samb..
Sekiranya cahaya terang, otot sirkular akan kontraksi
menyebankan anak mata menjadi konstrik.

Sekiranya cahaya suram, otot radial akan kontraksi


menyebankan anak mata menjadi dilat.

Iris di bekalkan dengan saraf simpatatik dan


parasimpatatik.

Apabila cahaya terang terkena mata, fiber parasimpatetik


pada saraf oculomotor meransang otot sirkular pada iris
untuk mengecut dan mengecilkan saiz anak mata.
Samb..
Di dalam cahaya yang suram, neuron
simpatetik meransang otot radial
mengecut dan menyebabkan pembesaran
saiz anak mata (dilation)
Responses of the pupil
Radial muscle

Circular muscle

Pupil constricts as
circular muscles of
iris contract
Bright light (parasympathetic)
Responses of the pupil
Radial muscle

Circular muscle

Pupil dilates as radial


muscles of iris
contract
Dim light (sympathetic)
Lapisan dalaman bertisu saraf

Retina

Ia adalah lapisan terdalam dinding mata.

Ia adalah satu struktur yang mudah menerima cahaya


apabila dirangsang.

Ia terdiri daripada beberapa lapisan sel-sel saraf dan


lapisan sel-sel berfiber yang berkedudukan di atas satu
lapisan sel-sel epithelium berpigmen yang melekat
pada koroid.

Lapisan yang sensitif pada cahaya di bahagian ini


dikenali dengan lapisan rod dan kon.
Samb..
Retina membentuk lebih kurang
daripada bentuk mata. Ia tebal di
bahagian posterior dan nipis di bahagian
anterior dimana bahagian anterior nya
terletak di belakang jasad siliari.

Berhampiran dengan bahagian posterior


di sebelah tengah terdapat satu kawasan
berwarna kuning yang dikenali dengan
nama makula lutea.
Samb..
Di bahagian tengah terdapat satu tempat yang tertekan
(depression) yang di kenali dengan nama fovea centralis
yang mengandungi hanya sel-sel ber kon.

Ke arah bahagian anterior retina sel-sel ber kon adalah


berkurangan, tetapi terdapat banyak sel-sel ber rod.

Rod dan kon ini mengandungi pigmen yang sensitif


terhadap cahaya dan bertindak mengubah cahaya kepada
impuls saraf.

Impuls saraf kemudiannya memasuki bahagian saraf opitk


yang terbentuk daripada fiber-fiber saraf retina ke arah
korteks serebral di dalam lobus oksipital serebrum untuk di
interpretasikan.
3) Saraf Optik.
Fiber-fiber saraf optik berasal daripada retina dan kesemua saraf-
saraf ini akan berkumpul membentuk saraf optik.

Saraf ini menembusi koroid dan sklera arah ke belakang dan arah
ke tengah soket mata.

i. Kaisma Optik (optic chiasma)

Fiber-fiber saraf optik kemudiannya melalui foramen optik tulang


sphenoid, ke belakang dan ke tengah untuk menemui saraf daripada
mata yang satu lagi di kaisma optik.

Kaisma optik berkedudukan di depan dan di atas kelenjar pituitari.

Di kaisma optik, fiber-fiber saraf optik akan bersilang ke arah berlainan


dan fiber daripada bahagian temporal tidak akan bersambung pada
tempat yang sama.
ii. Saluran Optik (optic tracts)

Ini adalah saluran yang di belakang kaisma optik.

Setiap saluran mengandungi fiber nasal daripada retina daripada


satu biji mata dan fiber temporal dari mata yang satu lagi.

Saluran optik menuju ke arah belakang melalui serebrum untuk


tujuan sinaps dengan sel-sel saraf jasad lateral geniculate dan
dari sini fiber-fiber saraf bergerak ke belakang dan ke tengah
sebagai radiasi optik dan berakhir di bahagian visual korteks
serebral di dalam lobus oksipital serebrum.

Lain-lain neuron yang berpunca daripada jasad lateral geniculate


menyampaikan impuls daripada pemandangan ke serebellum,
dimana, bersama-sama dengan impuls-impuls kanal semibulat
telinga dan daripada otot dan sendi yang akan menyumbangkan
kepada kawalan imbangan.
4) Otot Luar Mata Dan Tindakannya.

Kedua-dua bola mata digerakkan oleh


enam otot jalur yang melekat pada antara
hujung bola mata dan dinding kaviti
orbital.

Empat dari otot ini adalah jenis lurus


(staright) dan dua adalah serong (oblique).
Jenis otot Fungsi

Otot Rectus Superior Menarik biji mata ke atas.

Otot Rectus Inferior Menarik biji mata ke bawah.

Otot Rectus Lateral Menarik biji mata ke arah luar.

Otot Rectus Medial Menarik biji mata ke arah dalam.

Otot Oblik Superior Menarik biji mata ke arah bawah


dan luar.

Otot Oblik Inferior Menarik biji mata ke arah


Tindakkan Otot Dan Bekalan Saraf.

Apabila satu daripada otot ini menguncup, otot yang


menentanginya akan mengendur.

Otot-otot mata bekerjasama untuk mengerakkan biji


mata ke semua arah yang perlu.

Otot-otot ini dibekalkan dengan urat saraf ke 3


(oculomotor nerve), ke 4 (trochlear nerve) dan ke 6
(abducent nerve).

Otot rectus lateral dibekal dengan urat saraf ke 6 ( abducens).


Otot oblik superior dibekal dengan urat saraf ke 4 (troklear).
Otot-otot yang lain dibekal dengan urat saraf ke 3 (okulo-motor).
Organ-organ aksesori mata.

Organ-organ aksesori (pembantu) mata


terdiri daripada:-
a. Bulu Kening (eyebrows)
b. Kelopak Mata (eyelids)
c. Bulu Mata (eyelashes).
d. Konjuntiva (conjunctiva).
e. Alat Lakrima (lacrimal apparatus).
a. Bulu Kening.

Lokasi: frontal bones


Tugas: melindungi bahagian anterior
bola mata daripada peluh, habuk dan
bendasing.
b. Kelopak Mata.

Struktur yang boleh bergerak dan terletak di bahagian atas dan


bawah permukaan mata

Terdapat bulu mata padanya .

Pinggir bebasnya terdiri daripada tisu pengikat tebal (dense


connective tissue) yang dinamakan kepingan tarsal (tarsal plate)
yang menyokong struktur-struktur lain.

Otot yang menarik kelopak mata atas ke atas ialah otot levator
palpabrae superioris yang terlekat pada keping tarsus kelopak
mata atas. Tugas otot levator ini ialah mencelikkan mata.

Otot yang mengelilingi kelopak mata atas dan bawah dinamakan


otot obikularis okuli. Tugas otot ini ialah menutup mata.
c. Bulu Mata.

satu barisan bulu pendek yang tebal, tumbuh


dari pinggir bebas tiap-tiap kelopak mata.

Ia memberi separuh lindungan daripada debu.

Dibelakangnya ialah lubang halus yang


terbentuk dari kilang minyak khas iaitu kilang
meibomian.
d) Konjuntiva.

Selaput ini melapisi permukaan depan dan belakang


kelopak mata.

Lapisan selaput konjuntiva di permukaan belakang


selaput mata dinamakan sak konjuntiva supra dan
infra.

Lapisan selaput konjuntiva yang melapisi bahagian


kornea mata ialah struktur lutsinar dan dikenali dengan
bulba konjuntiva.

Lapisan dibawah kelopak mata atas dikenali dengan


tarsal konjuntiva.
e) Alat Lakrima Dan Air Mata.

Alat lakrima ialah struktur yang


bertanggungjawab terhadap
penghasilan air mata dan alirannya.

Alat ini terdiri daripada:-


Kilang Lakrima.
Saluran Air Mata.
Pundi Air Mata Dan Saluran Mata Ke
Hidung.
Air Mata.
Kilang Lakrima.
Ia terletak di dalam sudut soket mata di bahagian atas soket
mata dekat sudut luar.
Air mata yang terhasil mengalir dari sini ke bawah melalui
beberapa salur kecil.

Salur Air Mata.


Di dudut dalam kelopak mata terdapat dua salur air mata, satu
diatas dan satu di bawah dan di kenali sebagai salur air mata
atas dan bawah.
Air mata mengalir ke dalam salur ini dan sampai ke pundi air
mata.
Di antara salur air mata atas dan bawah terdapat satu tompok
merah yang di namakan sebagai karanakula.
Pundi Air Mata Dan Saluran Mata Ke
Hidung.

Pundi air mata ialah bahagian kembang di


atas salur mata ke hidung.
Dari pundi ini, salur mata ke hidung turun ke
bawah dan tamat di rongga hidung.
Air Mata

Ia adalah sejenis bendalir jernih yang mengandungi sedikit


natrium klorid.

Ia bersifat alkali lemah.

Biasanya ia akan menghasilkan air mata yang cukup untuk


membasahi sak konjuntiva dan membebaskan sak itu dari debu.

Jika air mata di hasilkan berlebihan salur mata tidak dapat


mengalirkan semua air mata itu ke ronggan hidung dan ini
menyebabkan lelehan air mata.

Tugas air mata termasuk membasahkan permukaan depan


mata dan membenarkan kelopak mata mengerdip dengan
senang, membuangkan debu dan bendasing termasuk kuman.
Bahan lisozim dari air mata bertindak mencegah kuman
membiak.
The end

Anda mungkin juga menyukai