Anda di halaman 1dari 5

INTERNET

GABUNGAN DUA ATAU LEBIH KOMPUTER DAN


PERKAKASAN ICT DAN PERKAKASAN TERSEBUT
MAMPU BERHUBUNG DAN BERKOMUNIKASI SECARA
GLOBAL MENGGUNAKAN PROTOKOL INTERNET.
TAPISAN KE INTERNET
Tapisan internet menjadi tanggungjawab kita untuk
memastikan remaja dilindungi daripada mengakses kepada
bahan yang tidak sepatutnya di dalam internet.
Tapisan Internet adalah satu proses yang menghalang atau
menyekat akses kepada bahan-bahan atau laman tertentu di
Internet.
Menapis kandungan internet adalah melalui: Sekatan kata
kunci ke web. Kaedah-kaedah ini memerlukan perisian yang
akan dipasang pada komputer pelanggan.
1) PENYEKATAN KATAKUNCI
(KEYWORD)
Salah satu strategi adalah dengan menggunakan kaedah
menyekat kata kunci. Kaedah ini menggunakan senarai
perkataan yang diharamkan atau tidak menyenangkan.
Perisian tapisan akan mencari mana-mana perkataan yang
ditetapkan. Jika ditemui, ia akan menyekat halaman
sepenuhnya, berhenti memuat turun halaman, menyekat
perkataan yang dilarang dan juga menutup pelayar.
2) PENYEKATAN LAMAN WEB
syarikat perisian mengekalkan senarai 'laman-laman Internet
yang meragukan. perisian menghalang akses kepada mana-
mana laman web di senarai ini. 'Senarai penafian' sentiasa
dikemaskini beberapa perisian menyediakan kawalan ke
atas apa kategori maklumat carian anda.
3) SISTEM PENILAIAN WEB
Laman-laman web dinilai dari segi kelucahan, keganasan
dan bahasa. Penilaian dilakukan sama ada oleh pengarang
laman web atau melalui biro bebas.
Pelayar ditetapkan untuk hanya menerima muka surat
dengan penilaian pada tahap tertentu.