Anda di halaman 1dari 8

Tajuk 4:

Teori Rasional-Emotif
(RET)
Deeviya a/p Eyamalay
Phua Wan Joo
Yap Yin Fang
SOALAN STRUKTUR

1. Terapi Rasional-Emotif (RET) dikembangkan oleh Albert Ellis dalam


tahun-tahun 1950-an. Terapi ini berdasarkan kepercayaan bahawa
manusia perlu mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran
yang tidak rasional.

a ) Jelaskan teori A B C yang dikemukakan oleh Ellis.

b ) Huraikan kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam teori


Rasional Emotif semasa mengendalikan sesi kauseling.
a ) Jelaskan teori A B C yang dikemukakan oleh Ellis.
Menurut Ellis, tugas kaunselor adalah
menunjukkan kepada klien bahawa seorang itu
berasa kecewa (C = akibat) bukan kerana
pengalaman yang menggerakan (A) tetapi
adalah kerana kepercayaan (B) yang salah.

Contohnya, seorang murid yang telah gagal


dalam peperiksaan UPSR amat berasa kecewa
(C = akibat) kerana dia mempercayai (B)
bahawa masa hadapan sudah terjejas dan
bukan kerana A (peristiwa gagal dalam UPSR).
Kaunselor hendaklah membetulkan sistem
kepercayaannya (B) yang tidak rasional itu.
Masa hadapan tidak terjejas selama-lamanya
kerana dia boleh mengambil peperiksaan PMR
dan mendapat kecemerlangan jika berusaha.

Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasional.


Situasi ini dinamakan D (dispute, iaitu
mencabar kepercayaan yang tidak rasional).
Setelah mencapai D (kepercayaan rasional)
individu bukan mengalami E (effect) atau
kesan, iaitu perasaan yang tenang dan lega.
b ) Huraikan kelebihan dan kekurangan yang
terdapat dalam teori Rasional Emotif

Teori RET menekankan bahawa proses


kognitif yang tidak rasional akan
menyebabkan gangguan emosi berlaku.
Kaedah kesedaran dan mengenali adalah
berguna untuk membantu manusia
mengenal pasti pemikirannya secara
tidak rasional.
TeoriRasional-Emotif Tingkah Laku mendorong
klien mencuba tingkah laku yang baru
dalam kehidupannya. Tingkah laku yang baru
ini adalah dipengaruhi oleh kaunselor dengan
fikiran yang positif.
Dalam proses kaunseling ini juga
penglibatan kaunselor adalah
secara aktif. Kaunselor terlibat secara
langsung untuk menyelesaikan
masalah klien. Oleh yag demikian,
kaunselor mestilah mempunyai sikap
empati supaya dapat membantu klien
secara maksimumnya.
Semasa dalam sesi kaunseling, kemungkinan
kaunselor akan mempengaruhi nilai klien
secara langsung dan atau tidak
langsung. Hal ini demikian kerana
kaunselor yang berasaskan teori RET
kelihatan lebih berautoriti, berperanan
sebagai pakar dan pengajar.

Limitasi teori ini juga mungkin berlaku


apabila sesetengah klien enggan
menuruti arahan kaunselor semasa sesi
sedang berlangsung. Tanpa kerjasama
daripada klien, masalah klien ini tidak dapat
diselesaikan dan sesi kaunseling ini langsung
tidak dapat diteruskan.
Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai