Anda di halaman 1dari 34

SISTEM PENGUDARAAN

Definisi
Pengudaraan boleh didefinisikan
sebagai suatu proses untuk mengekalkan
keadaan keselesaan terhadap suhu,
kelembapan dan oksigen di dalam
sesuatu ruang dengan menggantikan
udara yang kotor ataupun yang telah
digunakan.
Kepentingan Pengudaraan

1. Keselesaan iaitu untuk mengeluarkan udara yang


panas di dalam sesuatu ruang yang disebabkan oleh
heat gain dari pancaran matahari, haba pendam yang
dihasilkan oleh badan, haba dari perkakas elektrik dan
sebagainya dengan mengekalkan keadaan udara yang
baik.

Juga untuk mendapatkan pengerakan udara di dalam


ruang dan bagi sesuatu masa yang tertentu yang
menyebabkan keadaan yang tidak selesa.

2. Kesihatan iaitu pengudaraan dapat mengeluarkan


habuk, bakteris dan segala bau-bau di dalam udara.
Keadaan ini akan membuatkan udara sentiasa berada
di dalam keadaan bersih.

3. Kebakaran iaitu untuk mengawal asap dan gas


Prinsip Keperluan Sistem Pengudaraan

Tujuan utama system pengudaraan di dalam


sesebuah bangunan adalah untuk
menghindarkan bau-baun yang bertumpu pada
sesuatu tempat, karbon dioksida, wap air, habuk-
habuk, asap dan kepanasan yang berlebihan.

Udara di dalam bilik yang terdedah kepada


pencemaran seperti mana yang dinyatakan akan
dikeluarkan dan digantikan dengan udara bersih
dari luar bagi mewujudkan keselesaan kepada
para penghuni. Proses ini dipanggil penggantian
udara.
Sesebuah bangunan memerlukan satu system
pengedaran udara yang baik kerana faktor-faktor
berikut:

1. Untuk menukar atau membuang udara terpakai


di dalam sesebuah bangunan yang mana
kandungan karbon dioksidanya tinggi, juga
kandungan wap-wap air, habuk, asap dan bau-
bauan.

2. Untuk mengawal suhu di dalam sesebuah


bangunan yang mana kandungan udara panas
akan dikeluarkan dan digantikan dengan udara
sejuk bagi mewujudkan keselesaan kepada
3. Menghilangkan bau-bauan dan gas yang
dikeluarkan terutamanya dari dapur. Kaedahnya
ialah dengan mempunyai tingkap ataupun
ruang yang luas bagi mengeluarkan bau-bauan
tersebut.

4. Mengeluarkan habuk atau asap dari bangunan


terutamanya di kilang-kilang.

5. Mengawal paras kelembapan di dalam


bangunan.
Jenis-jenis Sistem Pengudaraan

Terbahagi kepada dua jenis sistem iaitu:

1. sistem penggantian udara secara semulajadi


2. sistem penggantian udara secara mekanikal
Sistem Penggantian Udara Secara Semulajadi

Tiga kaedah digunakan dalam system ini iaitu:

1. Tekanan angin
2. Stack effect
3. Kombinasi antara tekanan angin dan stack
effect

Angin menghasilkan tekanan positif berlaku di
sebelah arah angin di bahagian bangunan dan
tekanan negatif di sebelah bahagian bangunan
yang bertentangan dengan arah angin.

Tekanan angin yang berlaku pada bumbung


curam dan bumbung rata.
Bukaan untuk kemasukan angin perlu
disediakan dengan sempurna di bahagian
bawah bangunan bagi arah angin dan bahagian
atas bangunan jika di arah yang berlawanan.

Perkara ini akan membenarkan pengudaraan


merentasi bilik tersebut.

Proses penggantian udara melalui angin ini


boleh berlaku melalui tingkap, bumbung dan
dinding.
Tekanan angin
Cross Ventilation
Cross Ventilation
Pengudaraan melalui tingkap

Tingkap merupakan salah satu kaedah untuk memperolehi


pengudaraan secara semulajadi.

Rekaan dari aspek bentuk, kedudukan, saiz dan bilangan tingkap akan
menentukan kesan pengudaraan tersebut.

Oleh kerana arah tiupan angin sentiasa berubah, sebaik-baiknnya


tingkap perlu ditempatkan di semua bahagian dinding bangunan.

Amnya, arah tiupan angin yang baik boleh ditentukan dengan


mengadakan ujian di tapak terserbut dan keberkesanan rekabentuk
terhadap pengudaraan itu boleh ditentukan dengan ujian corong
udara.

Peletakan tingkap perlulah betul pada kedudukannya. Jika silap akan


menyebabkan peredaran udara di dalam ruang tersebut akan terhenti.
Pengudaraan melalui bumbung

Bukaan pada bumbung bangunan juga boleh


dibuat untuk membolehkan angin masuk ke
dalam ruang bangunan.
Turbine Ventilator
Pengudaraan melalui dinding

Pengudaraan ini diperolehi dengan cara


membuat bukaan pada dinding tersebut
seperti mengadakan ram tetap, bata
rongga dan unjuran dinding.
Pengudaraan melalui dinding
Stack Effect

Stack effect dihasilkan oleh perbezaan antara paras suhu


antara luar dan dalam bangunan.

Udara yang panas di dalam bilik akan digantikan dengan


udara sejuk di luar bilik.

Lagi tinggi tiang atau stack maka lebih banyak udara masuk
ke dalam. Justeru itu, bagi memastikan system ini lebih
sempurna, maka jarak vertical antara pembukaan aliran dan
masukan perlulah dimaksimakan seberapa yang boleh.

Udara di dalam bilik lebih tinggi paras suhunya berbanding


dengan udara luar bilik. Oleh sebab itu, penggantian udara
terjadi disebabkan oleh tekanan angin dan stack effect.
Stack Effect

Walaupun sistem penggantian udara semulajadi lebih


murah dan ekonomi, namun demikian ia tidak boleh
menentukan penggantian udara yang betul-betul
efektif.

Keadaan ini terjadi terutamanya jika paras suhu di


luar bangunan bersamaan dengan suhu didalam
bangunan. Apatah lagi jika tiada tiupan angin di mana
penggantian udara tidak terjadi.

Keburukannya yang lain ialah udara yang dialir masuk


tidak ditapis terlebih dahulu. Oleh sebab itu, system
pengudaraan semulajadi ini banyak kelemahannya.
Stack Effect
Stack Effect
Sistem Penggantian Udara Mekanikal

Sistem ini kebiasaannya menggunakan kipas yang


beroperasi menggunakan tenaga elektrik bagi
menyediakan penggerakan udara.

Ia lebih baik berbanding dengan sistem


pengudaraan semulajadi. Ia membenarkan
penggerakan udara sepanjang masa.

Peredaran udara boleh ditentukan di dalam sistem


ini. Penapis udara juga boleh diletakan untuk
memastikan udara yang memasuki ke dalam
bangunan adalah bersih dan tidak tercemar.
Faktor-Faktor Menggalakkan Penggunaan Sistem Penggantian Udara
Mekanikal

Apabila cara pengudaraan semulajadi tidak dapat digunakan


contohnya di ruang bawah tanah;

Di ruang-ruang yang sesak seperti panggung wayang, dewan dan


sebagainya;

Di ruang-ruang memproses barang-barang khas di mana menyebabkan


pencemaran udara contohnya di makmal ataupun kilang;

Di bangunan tinggi;

Di kawasan yang terdedah kepada pencemaran contohnya di tengah-


tengah bandaraya; dan

Di ruang atau tempat yang memerlukan suhu yang tertentu untuk


beroperasi, contohnya kilang membuat sutera.
Kaedah Sistem Penggantian Udara Secara
Mekanikal

Terdapat tiga kaedah atau sistem yang biasa digunakan


dalam system penggantian udara secara mekanikal iaitu:

1. Masuk secara semulajadi dan keluar secara jentera


. Sistem sebegini sesuai digunakan di ruangan dapur,

bengkel, makmal, perumahan, tempat letak kereta dan


dewan perhimpunan.

. Kipas yang digunakan kebiasaannya menghasilkan


tekanan yang negatif di sebelah udara masuk
menyebabkan udara di dalam bilik bergerak ke arah kipas.

. Udara di dalam bilik seterusnya digantikan dengan udara


dari luar yang lebih bersih.
2. Masuk secara jentera dan keluar
secara semulajadi
. Kaedah ini biasa digunakan di bilik

dandang (boiler room), pejabat dan


beberapa jenis kilang.

. Ia mungkin digunakan bagi bilik jentera


pusat dan disalurkan ke bilik-bilik di
dalam bangunan dengan menggunakan
system saluran atau fan-coil.
3. Masuk dan keluar secara jentera

. Merupakan sistem yang paling baik tetapi menelan belaja


yang tinggi. Ia digunakan di pelbagai jenis bangunan
seperti pejabat, dewan kuliah, panggung wayang, dewan
tarian, restoran, pusat sukan dan sebagainya.

. Udara kebiasaannya ditapis terlebih dahulu. Peruntukan


disediakan bagi mengedarkan udara panas yang telah
digunakan.

. Kebiasaannya udara di dalam bilik dikeluarkan melalui


penggunaan alat lengkap letrik yang disediakan khusus
untuk mengeluarkan udara berkenaan.
Peralatan Pemasangan Pengudaraan Mekanikal

Terdapat beberapa jenis peralatan yang digunakan dalam


system pengudaraan mekanikal iaitu kipas dan penyaman
udara.

1. propellar fan
. Mengandungi dua atau lebih blade (daun kipas).

. Kipas jenis ini hanya mendapat tekanan sehingga 12.5 pa.

. Biasa digunakan untuk pengudaraan mekanikal yang


sederhana.

. Berkeupayaan untuk menggerakan isipadu udara dengan


sederhana tetapi penggunannya adalah agak terhad. Ia
tidak dapat berfungsi jika menggunakan salur udara kerana
terdapat rintangan. Keberkesanannya adalah sekitar 60%-
65% sahaja.

. Kebaikannya ialah menelan kos pembelian yang rendah


berbanding dengan jenis centrifugal dan axial. Ia
Propeller fan
2. Centrifugal fan
. Kipas ini mengandungi sebuah impellar bergerak dan berpusing di

dalam bekasnya (casing).

. Udara yang dipaksa masuk ke dalamnya sentiasa dipusing 90


darjah. Ia boleh memberi tekanan sehingga 760 pa dan beroperasi
walaupun ada rintangan yang tinggi. Kebaikannya ialah tidak
bising sewaktu beroperasi dan keberkesanan melebihi 90 peratus.

. Terdiri daripada pelbagai jenis mengikut jenis motor dan


kelajuannya. Keburukannya pula adalah memerlukan ruang yang
lebih besar kebiasaannya ruang lantai.

. Kosnya agak tinggi berbanding dengan jenis lain. Memerlukan satu


ruang lantai untuk menempatkan kipas tersebut.
Centrifugal fan
3. Axial flow fan
. Kipas ini menjimatkan penggunaan ruang atau

ruang lantai.

. Kecondongan blade pada kipas ini boleh


dikawal bagi memperolehi tekanan dan isi
padu udara yang diperlukan.
Axial Fan
Kadar Penggantian Udara

Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam


memperuntukan jumlah penggantian udara
yang perlu bagi setiap jam untuk jenis-jenis
bangunan. Contohnya adalah:

1. Rumah 2 kali sejam


2. W.C 9 kali sejam
3. Kilang 6 hingga 15 kali sejam
4. Dapur 20 hingga 40 kali sejam.