Anda di halaman 1dari 7

SCCA2033

Media dan
Masyarakat
Teknologi dan Media Dalam Kehidupan Harian
Pendahuluan
Kajian oleh Middletown Media Studies
mendapati bahawa orang seringkali
menggunakan beberapa media secara
serentak (concurrent media use).
Kajian yang sama juga mendapati orang
menggunakan media antara 5 hingga 17 jam
sehari.
Setiap teknologi yang diperkenalkan
mempunyai pengaruh dan kesan kea tas
interaksi sosial dan hubungan dengan
orangramai.
Impak teknologi
Adakah teknologi memberi impak kepada
manusia atau manusia memberi impak
kepada teknologi? Dalam hal ini terdapat tiga
pandangan:
Penentuan teknologi (technological
determinism) yang menyatakan bahawa
teknologi menentukan struktur sosial, nilai-nilai
budaya dan bagaimana kita berfikir. Mayarakat
dilihat sebagai lemah berbanding teknologi dan
kandungan media. Meeka menilai teknologi
dengan rasa takut dan was-was.
Teknologi yang dibina berdasarkan pembinaan
sosial (Social construction of technology) ialah
pandangan yang menyatakan orangramai yang
menentukan pembangunan teknologi dan
seterusnya menentukan struktur sosial dan nilai
budaya.
Mereka yang berpegang kepada kepercayaan
ini mengingatkan bahawa banyak faktor yang
menyebabkan pembangunan dan kemunculan
teknologi termasuk faktor inovasi dan kreativiti
manusia, ekonomi, peraturan dan undang-
undang kerajaan dan pengguna teknologi itu
sendiri.
Teknologi yang dibentuk oleh keadaan sosial
(Social Shaping Technology) menerangkan
bahawa manusia dan teknologi memberi kesan
kepada struktur sosial dan nilai-nilai budaya.
Banyak faktor yang menentukan kemunculan
dan pembangunan teknologi termasuklah ciri-
ciri teknologi itu sendiri. Sebagai contoh
kemunculan teknologi telefon yang telah
mengubah cara manusia berkomunikasi.
Dalam masa yang sama manusia mempunyai
keperluan-keperluan yang secar tidak langsung
telah menentukan apakah teknologi yang harus
diperkenalkan dalam telefon.
Keperluan Berhubungan dan Penggunaan
Bersama Teknologi dan Media
Individu tidak menggunakan teknologi dan media
tetapi
Menggalakkan interaksi teknologi dan media
membolehkan interaksi berlaku walaupun di rumah-
rumah yang terdapat berbagai media. TV umpamanya
mampu menyatukan keluarga untukmenonton dan
berinteraksi sesama mereka.
Menarik diri dari interaksi sosial - Ciri-ciri media yang
membenarkan pengguna berkomunikasi melalui teks
dan carian-carian internet menyebabkan pengguna-
pengguna media menggunakannya sebagai helah dari
berinteraksi secara terus.
Membezakan hubungan beberapa dekad dulu
menonton TV merupakan aktiviti yang kerap
dilakukan bersama oleh pasangan suami isteri. Tetapi
kini penggunaan telefon mudahalih dan menonton TV
adalah media yang paling digunakan oleh keluarga.
Membentuk dan menilai peranan penggunaan
teknologi dan media membolehkan orangramai
membentuk peranan-peranan tertentu, pengharapan
dan sempadan-sempadan. Contohnya sempadan-
sempadan tertentu mesti dinilai apabila ibubapa
menjadi kawan kepada anak-anak mereka dalam
Facebook.