Anda di halaman 1dari 33

INQILABIYYAH

(MERUBAH)

Jejaka
4 PISMP RBT 2
Isi Kandungan:
Kedudukan Ijtihad dalam Islam.

Prinsip Hukum Syariat.

Prinsip Hukum Tauhid.


Menegakkan
Islam di atas
keruntuhan
jahiliyyah

Islam tidak
Perlu boleh
menterapka berkomprom
n nilai-nilai i dengan
Islam golongan
kafir
CONTOH
Walaupun Rasulullah boleh menerima tawaran sebagai
raja dengan syarat meninggalkan dakwah, baginda
menolak dan berusaha menghapuskan kemungkaran itu.

Namun dalam keadaan tertentu, tidak perlu keruntuhan


kufur atau jahiliyyah terlebih dahulu sebelum menegakkan
Islam, contohnya suasana sekeliling yang diselubungi
kemungkaran, maka kita perlu menterapkan nilai-nilai
Islam walaupun bukan di bawah pemerintahan Islam.
RUJUK SURAH AL-KAFIRUN AYAT1-6
Kedudukan Ijtihad dalam Islam.
Ijtihad
Kedudukan ijtihad merupakan sumber hukum yang
ketiga selepas Al Quran dan As-Sunah.
Ijtihad itu sangat berguna untuk mendapatkan
hukum syara yang dalilnya tidak terdapat dalam Al
Quran mahupun hadis dengan terang.
Ijtihad berfungsi sebagai suatu cara yang
disyariatkan untuk menyesuaikan perubahan-
perubahan sosial dan persekitaran dengan ajaran-
ajaran Islam oleh Mujtahid.
PRINSIP HUKUM SYARIAT
Segala pertuturan, perlakuan,
gerak hati, soal-soal ibadah,
muamalah (berjual beli),
berkeluarga, bermasyarakat dan
segala macam aktiviti.
TUJUAN KEWUJUDAN SYARIAT ISLAM ADALAH
Kebaikan manusia sejagat (Seperti solat kerana sesungguhnya solat dapat
mencegah dari kemungkaran-Al quran)

Perlaksanaan Hukum demi kebaikan (Perlaksanaan hukum potong tangan keatas


pencuri adalah supaya perlaku berhenti dari mencuri dan mengurangkan risiko
manusia untuk mencuri)

Menegakkan keadilan (Mengharamkan riba, rasuah dan sebagainya)


Menghalang dari kesusahan dan memudahkan (Rukhsah bagi seorang musafir
mendirikan solat qasar)
WAJIB SUNAT HARUS

HARAM SYUBHAH MAKRUH


HUKUM WAJIB
TAKRIF WAJIB
Sesuatu yang diberi pahala
apabila dikerjakan dan
berdosa apabila
meninggalkannya. Contohnya :
Amalan solat lima waktu, puasa
pada bulan Ramadan, dan
sebagainya.
Allah SWT berfirman
:

Maksudnya: Sesungguhnya solat


(sembahyang) itu merupakan kewajipan yang
telah ditetapkan atas orang Mukminin dan
(Mukminah).
(Surah al-Nisa:
103)
HUKUM SUNAT
TAKRIF SUNAT
Sesuatu yang diberikan pahala
jika dikerjakan dan tidak
berdosa apabila
meninggalkannya. Contohnya:
Solat sunat, bersedekah, puasa
sunat dan sebagainya.

Amalan-amalan sunat ini merupakan amalan tambahan


atau sokongan untuk menampung mana-mana kekurangan
dalam ibadat wajib yang kurang sempurna.
HUKUM HARUS
TAKRIF HARUS
Sesuatu amalan yang tidak
berpahala jika dikerjakan dan
tidak berdosa apabila
meninggalkannya seperti :
Makan, minum, bersiar-siar dan
sebagainya.
HUKUM HARAM
TAKRIF HARAM
Sesuatu yang diberi pahala
apabila meninggalkannya
dan berdosa apabila
mengerjakannya sisi syarak.
Hukum ini berlawanan dengan
yang halal.
Allah SWT Berfirman :

Maksudnya: Sesungguhnya (meminum) khamar,


berjudi, (berkorban untuk) berhala, menilik nasib
dengan panah, adalah termasuk perbuatan-
perbuatan itu.
(Surah al-Maidah: 90)
Antara makanan atau minuman yang haram ialah daging
babi, arak dan sebagainya.

Disamping itu, Islam juga menetapkan supaya kita menjauhi


perbuatan-perbuatan haram seperti memakan harta anak
yatim, bertenung nasib, bergaul bebas lelaki dan
wanita yang bukan mahram, berjudi, membuka aurat
( kecuali yang diharuskan oleh syarak) dan lain-lain amalan
yang dilarang.
SYUBHAH

TAKRIF SYUBHAH
Perkara yang berada dalam
kesamaran, tidak jelas
hukumnya sama ada halal atau
haram.
CONTOH SYUBHAH

Makanan dan minuman daripada luar negara.


Makan dan minum di hotel, restoren, atau kopitiam yang
tidak ada kelulusan jakim.
Melabur di dalam pelaburan internet yang tidak jelas
skimnya.
Membeli lembu, kambing atau ayam daripada tuan yang
tidak menjaga binatang ternakan mereka.
HUKUM MAKRUH

TAKRIF MAKRUH
Sesuatu amalan yang diberi
pahala jika ditinggalkan dan
tidak berdosa apabila
mengerjakannya.
CONTOH MAKRUH

Memakan makanan yang berbau seperti bawang mentah,


petai dan seumpamanya sehingga mengganggu Jemaah lain
dalam solat.

Makan dan minum sambil berdiri.


Tidur berlebihan pada waktu puasa.
PENGERTIAN TAUHID DAN ILMU TAUHID
Tauhid dalam bahasa ertinya mengesakan.

Ia juga membawa maksud mempercayai bahawa Allah itu esa.

Dari segi istilah pula, ilmu Tauhid ialah ilmu yang membahaskan
segala kepercayaan-kepercayaan yang diambil dari dalil-dalil
keyakinan dan hukum-hukum di dalam Islam termasuk hukum
mempercayakan Allah itu Esa.
PRINSIP HUKUM TAUHID
ILMU TAUHID TERBAHAGI KEPADA TIGA
BAHAGIAN
WAJIB
MUSTAHIL
HARUS
WAJIB

Wajib dalam ilmu Tauhid bererti menentukan suatu hukum


dengan menggunakan akal,bahawa sesuatu itu wajib.
Hukum wajib dalam ilmu tauhid ini ditentukan oleh akal tanpa
lebih dahulu memerlukan penyelidikan atau menggunakan dalil.
Sebagai contoh, nilai 1000 ringgit adalah lebih banyak daripada
500 ringgit. Dari segi logik akal, kita dapat mengetahui bahawa
1000 ringgit itu lebih banyak daripada 500 ringgit.
Ada lagi hukum wajib yang dapat ditentukan bukan dengan
akal tapi harus memerlukan penyelidikan yang rapi dan
cukup cermat.
Contohnya, bumi itu bulat. Sebelum akal dapat
menentukan bahawa bumi itu bulat, maka wajib atau harus
diadakan dahulu penyelidikan dan mencari bukti bahawa
bumi itu betul betul bulat.
Jadiakal tidak boleh menerima begitu saja tanpa
penyelidikan terlebih dahulu.
Contoh lainnya, sebelum akal menghukum dan
menentukan bahawa Allah wajib ada, maka harus
diadakan dahulu penyelidikan yang rapi yang menunjukkan
kewujudan bahawa Allah itu wajib ada. Tentu hal ini perlu
dibantu dengan dalil-dalil yang bersumber dari Al Quran.
MUSTAHIL

Mustahil dalam ilmu tauhid adalah berlawanan dari wajib. Mustahil


dalam ilmu tauhid bererti akal mustahil boleh menentukan dan mustahil
boleh menghukum bahawa sesuatu itu harus demikian.
Hukum mustahil dalam ilmu tauhid ini boleh ditentukan oleh akal tanpa
memerlukan penyelidikan atau menggunakan dalil.
Contohnya , 500 ringgit mustahil lebih banyak daripada 1000 ringgit.
Ertinya akal atau logik kita dapat mengetahui atau menghukum bahawa
500 ringgit itu mustahil akan lebih banyak daripada 1000 ringgit.
Sebagaimana hukum wajib dalam Ilmu Tauhid, hukum mustahil juga
ada yang ditentukan dengan memerlukan penyelidikan yang rapi
dan cukup cermat.
Contohnya: Mustahil bumi ini berbentuk tiga segi.
Jadi sebelum akal dapat menghukum bahawa mustahil bumi ini
berbentuk segi tiga, perkara tersebut harus diselidik dengan cermat
yang bersandarkan kepada dalil kuat.
Contoh lainnya: Mustahil Allah boleh mati. Jadi sebelum akal dapat
menghukum bahawa mustahil Allah boleh mati atau dibunuh, maka
perkara tersebut hendaklah diselidiki lebih dahulu dengan
bersandarkan kepada dalil yang kuat.
HARUS
Jaiz (mungkin) dalam ilmu tauhid ialah akal kita dapat menentukan
atau menghukum bahawa sesuatu benda atau sesuatu dzat itu
boleh demikian keadaannya atau boleh juga tidak demikian.

Contohnya: penyakit seseorang itu mungkin boleh sembuh atau


mungkin tidak boleh sembuh.
Hukum jaiz (Mungkin) disini, tidak memerlukan hujjah atau dalil.
Contoh lain: bila langit mendung, mungkin akan turun hujan lebat,
mungkin turun hujan rintik rintik, atau mungkin tidak turun hujan
sama sekali.
Langit mendung dan hujan adalah dzat, sementara lebat, rintik
rintik atau tidak turun hujan adalah Hukum jaiz (Mungkin).
Seperti hukum wajib dan mustahil, hukum harus juga kadang-
kadang memerlukan bukti atau dalil. Contohnya manusia mungkin
boleh hidup ratusan tahun tanpa makan dan minum seperti terjadi
pada kisah Ashabul Kahfi yang tertera dalam surah al-Kahfi.
Kejadian manusia boleh hidup ratusan tahun tanpa makan dan
minum mungkin terjadi tapi kita memerlukan dalil yang kuat diambil
dari al-Quran.
Contoh lainnya: rumah seseorang di satu tempat mungkin boleh
berpindah dengan sekelip mata ke tempat yang lain yang jaraknya
ribuan kilometer dari tempat asalnya seperti terjadi dalam kisah
nabi Sulaiman as telah memindahkan istana Ratu Balqis dari
Yaman ke negara Palestin yang jaraknya ribuan kilometer.
Kisah ini sudah tentu memerlukan dalil yang diambil dari Al-
Quran.
RUJUKAN
Oleh Dr Karim Zaidan didalam bukunya Usul ad-
dakwah. Sifat-sifat istimewa Islam.
Al Quran Surah Al-Kafirun ayat 1-6 (109:1-6)
Dato Ismail Kamus, 2009, Indahnya Hidup
Bersyariat,
Puchong Selangor, TELAGA BIRU SDN BHD.
Prof. Dr Wahbah Zuhaily, 2013, Kaedah Usul Fiqah,
Selangor, PUSTAKA AL-EHSAN.
TERIMA KASIH