Anda di halaman 1dari 10

BIOLOGI BAB 3 :

Sifat Ketelapan
Membran Plasma
Suatu membran dikatakan telap terhadap suatu bahan sekiranya membran plasma tersebut
membenarkan bahan itu bergerak merentasinya secara bebas dan membran dikatakan tidak telap
sekiranya sesuatu bahan tidak berupaya merentasinya. Membran plasma bersifat separa telap atau
tetap memilih , iaitu hanya membenarkan pergerakan bebas sesetengah bahan merentasnya dan
menghalang / menghadkan pergerakan molekul yang lain.
Membran yang menyelaputi organel dalam sel iaitu vakuol , mmitokondrion ,
kloroplas , nukleus , selaput telur , selofan dan tiub Visking .
Membran plasma bersifat separa telap kerana struktur binaannya iaitu dwilapisan
fosfolipid dan protein yang menentukan ketelapan membran plasma terhadap
bahan-bahan tetentu .
Dua faktor umum yang menentukan pergerakan molekul merentas
membran plasma ialah :
1. Saiz molekul
2. Sifat kekutuban molekul
Pergerakan bahan merentas membran plasma berlaku melalui :
1. Dwilapisan fosfolipid (phospholipid bilayer)
2. Protein liang (pore protein)
3. Protein pembawa (carrier protein)

*Protien melekat dengan molekul


*Mengubah bentuk protien
*Molekul merentasi membran
Dwilapisan fosfolipid tidak telap terhadap :
1. Molekul berkutub (tidak larut lipid)
2. Ion bercas
Terdapat dua mekanisme utama yang menggerakkan bahan merentas membran plasma
iaitu pengangkutaan pasif dan pengangkutan aktif .
1. Pengangkutan pasif tidak memerlukan tenaga metabolisme .
2. Pengangkutan aktif memerlukan tenaga metabolisme yang dihasilkan oleh sel .
Oleh itu,, proses ini hanya dapat berlaku dalam sel hidup.
Lapisan lipid yang terdapat pada membran sel tersusun atas 3 jenis yaitu fosfolipid,
kolesterol, dan glikolipid. Ketiga jenis molekul lipid tersebut bersifat amfipotik atau
memiliki dua kutub yaitu satu bersifat suka terhadap air (hidrofilik) atau polar
terhadap air, dan kutup lain yang tidak suka terhadap air atau hidrofobik atau non-
polar terhadap air.