2 Adab Akhlak Dan Etika Dalam Islam
2 Adab Akhlak Dan Etika Dalam Islam
ETIKA DALAM
ISLAM
Matlamat Asas Kehidupan Manusia
Mentauhidkan Allah serta mengabdikan diri
kepadaNya selaras dengan kehendak syarak.
Mematuhi dan menjadikan apa yang telah
digariskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan As-
Sunnah sebagai garis panduan hidup.
Memakmurkan bumi serta mempertingkatkan
kehidupan manusia ke tahap yang paling tinggi
selaras dengan pemuliaan Allah kepada
manusia.
Tujuan Pembentukan Akhlak
1. Berinteraksi dengan Allah melalui aqidah yang
sempurna dan ibadah yang sahih.
2. Berinteraksi dengan diri dan jiwa secara
rasional, jelas & benar serta memberi
komitmen yang mutlak terhadap manhaj Allah
s.w.t.
3. Berinteraksi dengan Allah melalui pelaksanaan
hak kepada yang berhak berdasarkan
kepertanggungjawaban akal dan syarak
dengan itu mendapat redha jiwa & manusia
melalui akhlak Islam.
Definisi Akhlak
Akhlak dari segi bahasa bermaksud
kebiasaan, tabiat atau maruah.
Imam al-Ghazali memberi maksud istilah
akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam
jiwa yang daripadanya timbul perbuatan2
dengan mudah, dengan tidak memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Ibnu Maskaweh mendefinisikan akhlak ialah
keadaan jiwa seseorang yang mendorong
untuk melakukan perbuatan2 tanpa melalui
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Kecantikan batin akan terhasil dengan sempurna apabila
asasnya baik & cantik. Asas-asas yang menjadi tonggak
kepada kecantikan batin ialah:-
1. Kuasa ilmu/hikmat kebaikan ilmu tercapai melalui
kesusahannya untuk mengetahui dan membezakan antara
benar & bohong dalam percakapan, antara hak & batil
dalam iktiqad dan antara yang baik & buruk dalam
perbuatan. Apabila kekuatan ilmu itu baik maka ia akan
meningkat kepada peringkat hikmat. Firman Allah dan
barangsiapa yang mencapai tahap hikmat maka ia akan
mendapat kebaikan yang amat banyak al-Baqarah ayat
269.
(hikmat ialah satu keadaan jiwa di mana menerusinya
dapat mengetahui perkara yang betul dan salah bagi
membuat pilihan)
2. Kuasa Kemarahan kebaikan marah ialah apabila ia
mengecut dan mengembang selaras dengan kehendak
hikmat. Kebolehan mengurus marah dikatakan baik &
berani. Jika kemarahan melampaui had dikatakan
pengacau. Jika kemarahan lemah dikatakan penakut.
3. Kuasa Syahwat - Kebaikannya apabila ia berada di
bawah arahan hikmat iaitu arahan daripada akal dan
syarak. Kebolehan mengurus syahwat dikatakan baik
dan suci. Jika syahwat melampaui batas dikatakan jahat.
Jika syahwat kurang dikatakan beku.
4. Kuasa Keadilan iaitu mengawalselia syahwat &
kemarahan di bawah arahan akal & syarak. Jika berlaku
perbuatan menjangkaui batasan maka ia dikatakan zalim
Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk
merupakan 2 jenis tingkahlaku yang berlawanan
dan lahir daripada kualiti kerohanian yang
berbeza. Kedua2nya memberikan kesan secara
langsung kepada kualiti kehidupan seseorang
manusia dalam masyarakat.
Masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh
nilai2 dan akhlak yang baik akan melahirkan
masyarakat yang sejahtera dan sebaliknya jika
masyarakat dikuasai oleh individu yang
mempunyai nilai2 dan tingkahlaku yang buruk
maka akan porak peranda dan kacau bilau
masyarakat sekelilingnya.
Kesimpulannya akhlak ialah tingkahlaku
yang dipengaruhi oleh nilai2 yang diyakini
oleh seseorang dan sikap yang menjadi
sebahagian daripada keperibadiannya.
Nilai2 dan sikap itu terpancar daripada
aqidahnya iaitu gambaran tentang
kehidupan yang dipegang dan diyakininya.
Aqidah yang benar dan gambaran tentang
kehidupan yang tepat dan tidak
dipengaruhi oleh kepalsuan, khurafat dan
falsafah2 serta ajaran2 palsu akan
menerbitkan keimanan yang sebenar.
Perbezaan Antara Akhlak dan Perilaku
Akhlak merupakan perkara atau sifat yang
maknawi(rohani) manakala perilaku merupakan
terjemahan atau kesan daripada akhlak yang bersifat
maknawi tadi.
Kadang2 perilaku yang diterjemahkan bukannya dari
akhlak yang sebenar kerana ianya dibuat2 atau ada
pengaruh dari luar.
Oleh yang demikian, 3 syarat utama untuk
memastikan bahawa perilaku adalah terjemahan dari
akhlak ialah:-
1. Perlu kepada ulangan dan dilakukan secara
berterusan. (Istiqomah)
2. Perilaku yang diterjemahkan itu bukanlah daripada
unsur luar.
3. Perilaku tersebut mestilah bertepatan dengan al-
Quran dan as-Sunnah.
Perbezaan Antara Akhlak & Etika
1) Akhlak merupakan perilaku berdasarkan al-Quran
dan as-Sunnah manakala etika bermaksud sistem
tingkahlaku manusia berdasarkan perundangan
atau peraturan yang diciptakan oleh manusia.
2) Akhlak mempunyai daya kekudusan dalam
melakukannya manakala etika dilakukan kerana
peraturan atau keadaan masyarakat
berkehendakkan sedemikian dan bukanlah lahir
dari keikhlasan semata-mata.
3) Matlamat daripada akhlak yang baik adalah untuk
mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat
manakala etika bermatlamat untuk mendapatkan
keuntungan dan mengelakkan daripada kerugian.
4) Prinsip akhlak dalam Islam adalah tetap dan
tidak berubah2 semenjak dari zaman
Rasulullah sehingga hari kiamat manakala
etika berdasarkan pemikiran dan pandangan
manusia sentiasa berubah mengikut tempat
dan masa.
5) Akhlak yang baik memberi kesan yang
mendalam kepada seluruh kehidupan
seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani
manakala etika memberi kesan kepada satu
keadaan sahaja kerana ia berdasarkan logik
akal semata2 dan bukannya atas pegangan
akidah.
Hubungan Akhlak Dengan Iman
Sumber akhlak Islam ialah al-Quran dan As-
Sunnah yang menjadi dasar kepada kaum
muslimin dan muslimat untuk berfikir dan
bertindak.
Dalam surah al-Qalam ayat 4 Allah s.w.t berfirman
bermaksud dan bahawa sesungguhnya engkau
(Muhammad)mempunyai akhlak yang sangat2
mulia.
Dalam surah An-Nahl ayat 90 Allah berfirman
bermaksud Sesungguhnya Allah memerintah
berlaku adil, berbuat kebaikan serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat dan melarang
daripada perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman
Surah al-Maidah ayat 13 di mana Allah berfirman yang
memberi maksud supaya orang2 Islam memberi
kemaafan dan kelonggaran kepada orang yang bersalah.
Surah Fussilat ayat 34 Allah berfirman yang membawa
maksud supaya orang2 Islam menolak kejahatan dengan
cara yang sebaik2nya.
Rasulullah pula senantiasa berdoa sebagaimana
diriwayatkan oleh Ahmad