Anda di halaman 1dari 23

KATA MAJMUK

Cikgu Normila@DYSS
PEMAJMUKAN
Pemajmukan ialah proses
menggandingkan dua kata dasar atau
lebih untuk memberi makna
tertentu, seperti buah tangan, ketua
meja, kerani pos, telefon terus dail,
setiausaha dan sebagainya.
PEMAJMUKAN
Perlu ditekankan bahawa gandingan dua
kata atau lebih jika boleh disisipkan kata
lain antara gandingan perkataan itu tidak
dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi
frasa. Contohnya:
Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi
Hitam legam boleh menjadi hitam lagi
legam
Hujan renyai boleh menjadi hujan yang
renyai
PEMAJMUKAN

Proses menggandingkan dua kata


dasar atau lebih untuk mendukung
makna tertentu berlaku dengan tiga
cara, iaitu:
Umum
Istilah
Kiasan/peribahasa
KATA MAJMUK UMUM
Kata majmuk biasa
Alat tulis, adat resam, kereta api,
lapangan terbang, nasi minyak,
tengah hari

Kata Majmuk Gelaran


Ketua Polis Negara, Perdana Menteri,
Timbalan Menteri, Peguam Negara,
Duta Besar
Senaraikan tiga
kata majmuk
umum..
KATA MAJMUK ISTILAH KHUSUS

Kata gandingan untuk istilah-istilah


yang khusus dalam pelbagai bidang.
Kata yang dipilih untuk digandingkan
sama ada daripada kata-kata umum
atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi
maklumat, kertas kerja
Senaraikan tiga
kata majmuk
khusus..
KATA MAJMUK KIASAN

Kata majmuk jenis ini mempunyai


maksud selain daripada maksud
harafiahnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang,
makan angin
Senaraikan tiga
kata majmuk
istilah..
PEMAJMUKAN
Ada juga kata majmuk yang
terbentuk daripada dua patah kata
yang berbeza tetapi maknanya
sama atau hampir-hampir sama.
Beberapa contohnya ialah cantik
jelita, hancur lebur, dan sunyi
sepi.
PEMAJMUKAN
Dua patah kata yang sama atau hampir
sama maknanya itu dimaksudkan untuk
menyatakan makna kesangatan.

Misalnya,
cantikjelita bererti sangat cantik
hancur lebur bererti hancur sama sekali
sunyi sepi bererti sangat sunyi
BENTUK KATA MAJMUK

Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan


ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang
bersempang.

Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata


majmuk daripada bentuk kata ganda yang
dieja bersempang kecuali kata ganda separa
seperti bebawang, jejari,kekuda, dan
sebagainya.
BENTUK KATA MAJMUK

Beberapa contoh kata majmuk yang dieja


tercantum ialah apabila, bumiputera,
daripada, jurumudi, kadangkala, dan
walaupun.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja
terpisah ialah air mata, buah pinggang,
campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan
hak cipta.
BENTUK KATA MAJMUK
Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi
kepada beberapa kelas seperti yang berikut :
kata nama majmuk
kata bilangan majmuk
kata adjektif majmuk
kata kerja majmuk
kata sendi majmuk
kata keterangan majmuk
kata hubung majmuk
JENIS KATA MAJMUK
Contoh kata nama majmuk :
air mata, buah mulut, cita rasa,
daun telinga, ganti rugi, hak cipta.
JENIS KATA MAJMUK

Contoh kata bilangan majmuk :


tiga puluh, dua pertiga, dua ratus lima
puluh.
JENIS KATA MAJMUK

Contoh kata adjektif majmuk :


aman damai, buta huruf,
cantik jelita, gagah perkasa,
merah jambu, iri hati, kelam kabut.
JENIS KATA MAJMUK
Contoh kata sendi majmuk pula tidak
seberapa jumlahnya, iaitu darihal,
daripada, kepada.
TUGAS KATA MAJMUK
Kata majmuk mempunyai dua tugas
seperti yang berikut:
menetapkan kelas kata dasar. Contohnya :
air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)

lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)


lemah lembut (kata adjektif)

dari (kata sendi) + pada (kata sendi)


daripada (kata sendi)
TUGAS KATA MAJMUK
Kata majmuk mempunyai dua tugas
seperti yang berikut:
mengubah kelas kata dasar. Contohnya :
apa + bila
(kata ganti tanya) (kata keterangan tanya)
apabila (kata hubung)

alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)


alim ulama (kata nama)

cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)


cerdik pandai (kata nama)
RUJUKAN :

http://skhk8k.tripod.com/bm/ayattunggalmajmuk.htm

http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

Anda mungkin juga menyukai