Anda di halaman 1dari 19

PERATURAN-PERATURAN DI

DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan
dengan undian.
2. Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan
mengumumkan kepada peserta-peserta ketinggian lompatan
permulaan dan juga ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali
berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang
pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi
tempat pertama. Melainkan seorang peserta sahaja yang
tinggal.
3. Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap
pusingan.
4. Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.
5. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.
6. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan
menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.
7. Seorang peserta gagal jika:
a) Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya
kerana aski peserta tersebut ketika melompat
b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang
tersebut dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi
palang tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu
menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim,
tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai gagal
8. Sebatang pengukur ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para
peserta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-
rekod, hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang
diletakkan pada ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum
percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.
. NOTA: Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan
bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu
hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke
hadapan.
9. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat,
maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya
adalah ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan
hakim atau referi berkenaan.
10. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri
untuk tempat pertama.
11. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan
dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat
pertama
Landas Lari Dan Kawasan
Melompat
1. Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam
pertandingan. Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b)
dan (c) di mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana
keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah
berukuran25 m.
2. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar
digunakan semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata
balapan atau kawasan melompat hendaklah rata dengan
permukaan tikar
3. Penanda. seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda
( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi
membantu di dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu
tidak disahkan, peserta itu boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan
kapur atau sebarang bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh
meninggalkan kesan yang kekal.
PERATURAN-PERATURAN DI
DALAM ACARA LOMPAT
BERGALAH
Peserta-peserta boleh meminta tiang atau sangga dianjak ke arah
1.
kawasan mendarat supaya hujung palang yang berhampiran kepada
atlet boleh diletakkan pada mana-mana tempat dari di atas hujung
belakang petak lonjak kepada satu tempat 80sm ke arah kawasan
mendarat. Peserta-peserta hendaklah memaklumkan kepada pegawai
yang bertanggungjawab, sebelum pertandingan mengenai
kedudukan tiang dan sangga mengikut kemahuannya untuk lompatan
pertama dan kedudukan ini hendaklah direkodkan.
2. Sekiranya kemudian nanti peserta tersebut mahu diubah pula
kedudukan yang dimintanya tadi, hendaklah dengan segera
memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab,sebelum
palangdan sangga tersebut diletakkan seperti permintaan asalnya.
Kegagalan berbuat demikian akan memakan had masa membuat
lompatannya.
Peringatan : Satu garisan putih selebar 1 cm dan warna yang jelas hendaklah
dibuat bersudut tepat dengan paksi landas lari separas dengan tepi bahagian
dalam permukaan alas petak lonjak. Garisan ini boleh melanjur sehingga ke luar
kawasan tiang. Satu garisan yang serupa hendaklah berterusan di atas kawasan
mendarat dan berlanjutan sehingga bahagian luar tepi palang
4. Seseorang peserta itu gagal sekiranya:
a) selepas sesuatu lompatan,Palang jatuh dari pasak penyangkutnya akibat aksi
peserta itu sendiri semasa melompat; atau
b) Peserta tersebut menyentuh bumi, termasuk kawasan mendarat melepas datar
tegak menerusi atas petak lonjak, dengan mana-mana bahagian badannya atau
dengan galahnya, sebelum terlebih dahulu melepasi palang; atau
c) Semasa menaik peserta tersebut menukar genggaman tangan pada galah sama
pegangan di bawah dinaikkan ke atas atau menaikkan lagi pegangan yang di atas.
d) Semasa melompat seseorang peserta itu dengan sengaja memantapkan atau
mengembalikan palang yang mungkin hendak jatuh dengan tangan atau jarinya.
Peringatan I: Tidak dikira faul sekiranya seseorang peserta itu berlari,
pada mana-mana titik pun, di luar garisan putih yang menandakan landas lari.
Peringatan II: Ia bukan suatu kegagalan kiranya galah menyentuh tilam
mendarat semasa membuat percubaan, setelah mencucuk di dalam kotak
dengan betul
5) Peserta-peserta semasa bertanding dibenarkan meletakkan sesuatu benda
pada tapak tangan atau galahnya untuk memperoleh genggaman yang lebih
baik. Menggunakan pita di tapak tangan atau jari tidak dibenarkan kecuali
membalut luka.
6) Tiada sesiapa dibenarkan menyentuh galah melainkan jika galah tersebut mula
tumbang selepas lompatan. Walau bagaimanapun, jika tersentuh dan pada
hemat Refri jika tidak kerana sentuhan tersebut palang mungkin jatuh juga,
lompatan tersebut hendaklah direkodkan sebagai gagal.
7) Jika dalam usaha seseorang peserta itu melakukan percubaannya, dan jika
galahnya patah, percubaan tadi tidak dikira batal dan beliau hendaklah diberi
satu percubaan baru.
Landas Lari
Jarak minimum landas lari ialah 40m dan, di mana keadaan mengizinkan, 45m.
Lebar minimumnya ialah 1.22m+- 0.01m. Landas lari ini kenalah ditandakan
dengan garisan putih selebar 5cm.
Kecerunan maksimum sisi landas lari adalah I : 100 dan kecerunan keseluruhan
landas lari pada arah larian tidak boleh melebihi 1 : 1000.
Alat-Alat
Petak Lonjak. Pemulaan melonjak Lompat Bergalah ialah dari petak lonjak. la
hendaklah diperbuat daripada bahan sesuai yang tegap dengan tepi atau bulat
dan, terbenam separas dengan landas lari, mempunyai ukuran tapak membujur
sepanjang 1m, dengan lebarnya 60sm didepannya menirus menjadi 15sm pada
dasar titik penahan. Panjang pemukaan petak ini dan kedalamannya ditentukan
oleh sudut 105 darjah pada dasar titik penahan
Rajah 3 : Petak Lonjak ( pandangan dari atas dan sisi)
8. Dasar petak tersebut mencuram dari pangkalnya bertemu dengan dasar titik
penahan Sedalam 20sm. Dasar petak ini juga meruncing dan pada pertemuan
dengan titik penahan, kecondongannya berada pada, anggaraan 120 darjah di
kedua-dua sisi tapak penahannya.
9. Jika petak tersebut diperbuat daripada kayu, ia hendaklah dilapiskan dengan
kepingan logam setebal 2.5mm sehingga ke paras 80sm dari pangkalnya.
10. Tiang. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan ianya tegap, dan kukuh.
struktur logam di tapaknya dan bahagian tiang hendaklah disalut dengan bahan
sesuai sebagai memberi perlindungan kepada atlet.
11. Sangga Palang. Palang hendaklah terletak di atas pasak penyangkut supaya
apabila tersentuh oleh peserta atau galahnya, ia mudah jatuh ke arah tempat
mendarat. Pasak penyangkut tersebut hendaklah tidak mempunyai takuk atau
sebarang lekuk, mempunyai ketebalan yang seragam keseluruhannya, dan tidak
melebihi 13mm garis pusatnya. Juga, pasak ini tidak boleh menjulur lebih daripada
55mm daripada tiang dan hendaklah menjulur antara 35mm-40mm ke atas pasak
penyangkut.
12. Jarak di antara sangga, atau di antara lanjuran tiang, jika digunakan, hendaklah
tidak kurang daripada 4.30m dan tidak melebihi 4.37m.
13. Pasak penyangkut tidak boleh disalut dengan getah atau apa jua bahan lain yang
akan memberi kesan meningkatkan geserannya dengan permukaan palang, juga
tidak boleh diletakkan sebarang spring.
Rajah 4: Sangga palang (Pandangan dari kawasan mendarat dan atas
14. Galah Lompat
. Atlet-atlet boleh menggunakan galah sendiri. Mereka tidak dibenarkan
menggunakan galah orang lain kecuali mendapat kebenaran yang
empunyanya.
. Galah boleh diperbuat daripada sebarang bahan atau campuran bahan-bahan
tertentu, tidak kira panjang atau saiz garis pusatnya, tetapi yang penting
permukaan mesti rata.
. Galah boleh mempunyai balutan Pita pelekat pada pemegang dan di
penghujung tapaknya
. Walau bagaimanapun sekatan ini tidak terpakai kepada penyalutan pangkal
galah dengan pita sepanjang kira-kira 30sm bagi melindunginya daripada rosak
apabila diitujahkan ke dalam petak lonjak.
Kawasan Mendarat
Kawasan mendarat hendaklah berukuran tidak kurang daripada 5m x 5m.
Sisinya yang dekat dengan petak lonjak hendaklah dijauhkan sedikit antara
10sm hingga 15sm daripada petak tersebut dan condong keluar kira-kira 30
darjah (Lihat Rajah)
Rajah 5: Kawasan mendarat Lompat galah( Pandangan dari atas dan sisi)

Anda mungkin juga menyukai