Anda di halaman 1dari 24

UNDANG-UNDANG

PERATURAN BOLA TAMPAR


PERATURAN ASAS BOLA
TAMPAR
Semasa permainan, satu pihak terdiri
daripada 6 orang pemain dan tidak boleh
kurang.

Permainan ini dikawal oleh 2 orang referi


Hanya ketua pasukan yang bermain
dibenarkan berhubung dengan referi semasa
perlawanan

Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa


5 saat dari bunyi wisel referi.
Memijak garis servis semasa membuat servis
adalah salah

Pemain boleh kontek bola dengan


menggunakan mana-mana bahagian badanya.
Pemain dibenarkan bermain dengan
menggunakan sebelah tangan dan juga
menanduk bola

Pemain barisan belakang tidak dibenarkan


merejam bola semasa berada dalam kawasan
serangan.
Pasukan boleh meminta 2 kali rehat dan 6 pertukaran
dalam setiap set

Permainan setiap set tamat apabila satu pihak berjaya


memperoleh mata ke-25.

Jika skor sampai 24-sama, permainan set itu akan


tamat jika satu pihak itu mendapat kelebihan 2 mata
daripada lawannya , (26-24) atau satu pasukan itu
mendapat mata ke-27, (27-25)
UNDANG-UNDANG PASUKAN
1.0 Pendaftaran
- Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar 12
orang pemain, seorang jurulatih, seorang
penolong jurulatih, dan seorang doktor
perubatan.
- Pendaftaran pemain-pemain adalah wajib.
- Pemain-pemain yang telah direkodkan tidak
boleh ditukar.
2.0 Kapten
- Hanya kapten dibenarkan bercakap dengan
referi diatas sebarang bentuk keraguan.
- Kapten boleh menandai borang skor.
3.0 Jurulatih
- Jurulatih boleh menandai borang skor.
- Jurulatih boleh memberi arahan kepada
pemain-pemain dan ahli-ahli yang duduk di
atas bangku sewaktu perlawanan
berlansung.
3.0 Peserta
- Pemain yang tidak bermain harus duduk
di atas bangku atau berada di kawasan
memanaskan badan.
4.0 Susunan Giliran
- Enam pemain setiap pasukan mesti berada
dalam gelanggang
- 3 pemain di sepanjang jaring (Pemain
depan).
- 3 pemain lagi pemain belakang.
jaring

4 3 2

5 6 1
zon servis
- Apabila servis dilakukan,pemain-pemain
dibenarkan bergerak bebas di gelanggang
sendiri dan zon bebas.
- Pasukan yang mendapat hak servis,pemain-
pemainnya harus berputar satu posisi
mengikut arah jam.
UNDANG-UNDANG
PERSEDIAAN PERMAINAN
1.0 Penentuan Perlawanan
- Membuat lambungan syiling berdasarkan:
= servis pertama
= pemilihan gelanggang
2.0 Sesi memanaskan badan
- 3 minit untuk setiap pasukan
- 5 minit jika sesi memanaskan badan
dijalankan serentak oleh kedua-dua
pasukan.
3.0 kelewatan

- Hanya 15 minit sahaja akan diberikan


kepada sesuatu pasukan yang lewat dan
selepas itu lawannya akan diberikan
Kemenangan percuma dengan kiraan
25 0, 25 - 0.
4.0 Pasukan tidak lengkap
- Pasukan yang mempunyai kurang daripada 6
pemain dianggap tidak lengkap dan tidak
dibenarkan bermain dalam set atau
perlawanan.
- Pasukan lawan akan diberi poin atau poin dan
set untuk memenangi perlawanan tersebut.
UNDANG-UNDANG
BERMAIN
1.0 Bola
- Bola Dalam : bola yang menyentuh lantai
gelanggang bermain termasuk garisan
sempadannya.
- Bola Keluar
: Sebahagian bola yang menyentuh lantai
adalah di luar garisan sempadan
gelanggang.
: Ia menyentuh sesuatu bahan di luar gelanggang,
siling, atau orang di luar gelanggang.
: Ia menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian
jaring yang berada di luar antena.
- Sesuatu pasukan tidak dibenarkan memukul bola 4
kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak
lawan kecuali menyandang.
- Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan larang.
- Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan
terbantu.
- Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola
berturutan kecuali menyandang.
2.0 Jaring
- Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola atau
pihak lawannya dalam ruang lawan.
- Pemain tidak boleh masuk ruang lawan.
- pemain tidak dibenarkan menyentuh jaring.
UNDANG-UNDANG
PENGGANTIAN PEMAIN
- Bilangan pengggantian maksimum yang
dibenarkan bagi sesuatu pasukan bagi satu set
adalah 6.
- Satu atau lebih pemain boleh digantikan pada
masa yang sama.
- Pemain pengganti boleh masuk bermain hanya
satu kali dalam 1 set, dan hanya boleh diganti
semula oleh pemain yang sama.
- Pemain yang telah diganti hanya boleh
masuk semula dengan mengambil posisi
asalnya.
- Pemain yang cedera, atau tidak layak
bermain perlu diganti melalui
penggantian sah.
Semua undang-undang permainan di bawah
MAVA dan Persekutuan Bola Tampar
Antarabangsa hendaklah diikuti

Anda mungkin juga menyukai