Anda di halaman 1dari 20

PROSES PERSENYAWAAN

Disediakan Oleh : Nassruto


Proses persenyawaan adalah proses percantuman atau penyatuan antara gamet
jantan (sperma) dengan gamet betina (ovum) untuk membentuk zigot.

Untuk berlakunya persenyawaan, sperma di lepaskan ke dalam uterus melalui


serviks dan bergerak ke dalam tiub fallopio dengan cara berenang.

Sperma di lepaskan dengan organ seks lelaki bercampur dengan rembesan


daripada pundi mani dan kelenjar prostat yang penting untuk mengekalkan
sperma dalam keadaan hidup dan boleh berenang.

Persenyawaan berlaku dalam tiub Fallopio seseorang wanita.

Semasa persenyawaan, hanya satu sperma akan bercantum dengan ovum


walaupun berjuta-juta sperma dihasilkan semasa proses meiosis.

MAKSUD PERSENYAWAAN
PROSES
PERSENYAWAAN
Persenyawaan pada kira-kira hari ke-14 kitar haid, folikel graf akan memecah lalu
melepaskan oosit sekunder ke tiub fallopio.

Oosit sekunder tersebut kini dikenali sebagai ovum. Apabila persetubuhan berlaku,
antara 2 hingga 5 juta gamet jantan, yakni sperma akan dilepaskan ke dalam faraj.

Sperma-sperma ini akan berenang ke arah ovum secara kemoktasis (panduan


bahan kimia yang dikeluarkan oleh ovum).

Berjuta-juta sperma tersebut akan mengelilingi ovum dan cuba untuk


mengelilinginya. Namun hanya seekor sahaja yang akan berjaya, biasanya gamet
yang terkuat atau yang terbaik.

Setelah sperma memasuki ovum, satu lapisan penghalang bagi mengelak sperma-
sperma yang lain untuk turut memasuki ovum. Pada peringkat ini, persenyawaan
dikatakan telah berlaku. Ovum yang telah tersenyawa ini dipanggil zigot.

PROSES PERSENYAWAAN
Sperma dan ovum yang bersatu ini dipanggil ZYGOTE.

Zygote mempunyai 46 chromosom.

23 dari isteri dan 23 lagi dari suaminya.

Kromosom ini mengandungi beribu-ribu bahan genetik yang bakal


menentukan jantina, rupa dan personaliti bayi anda.
ORGAN PEMBIAKAN
ZAKAR
Zakar merujuk kepada alat kelamin lelaki dan merupakan organ yang utama dalam
sistem pembiakan lelaki.

Peranan lelaki dalam pembiakan ialah pemancutan sperma ke dalam faraj


perempuan.

Sperma itu mensenyawakan telur dalam tubuh perempuan, dan telur yang
tersenyawa akan mengembang menjadi fetus, dan kemudian dilahirkan sebagai
bayi.

Sperma yang matang mempunyai tiga bahagian: kepala, bahagian tengah dan ekor.
Ekor sperma terdiri daripada mikrotubul yang membentukkan silium dan flagelum,
sedangkan bahagian tengah mengandungi mitokondria yang menghasilkan tenaga.

Kepalanya mengandungi 23 kromosom di dalam nukleus.

ZAKAR
Hujung nukleus itu diliputi dengan penutup yang dipanggil akrosom dan
mengandungi enzim yang diperlukan untuk memecahkan telur bagi persenyawaan.

Sewaktu pemancutan, sperma meninggalkan zakar melalui bendalir yang digelar "air
mani". Bendalir ini dihasilkan oleh tiga jenis kelenjar:-

vesikel semen
kelenjar prostat
kelenjar Cowper

Setiap komponen air mani mempunyai fungsi yang tertentu. Sperma lebih berdaya
hidup dalam larutan yang beralkali. Oleh sebab itu, air mani mempunyai pH yang
cenderung sedikit beralkali.

Air mani juga bertindak sebagai sumber tenaga untuk sperma dan mengandungi
kimia-kimia yang menyebabkan uterus mengecut.

SPERMA
FARAJ
Pada pandangan biologi, faraj mengerjakan fungsi-fungsi berikut:-

a)Memberikan jalan airan darah haid untuk meninggalkan badan.


b)Aktiviti seks
c)Melahirkan anak
d)faraj memberikan laluan untuk mengeluarkan fetus (bayi))
daripada uterus (rahim)) untuk hidup sendiri di luar badan ibunya.

Ovari ialah organ perempuan yang menghasilkan ovum atau telur. Proses
untuk melepaskan ovum ke dalam salur falopia digelarkan pengovulan.
Pengovulan terjadi secara berkala dan memberi kesan yang langsung kepada
jangka kitaran haid.

FARAJ
Selepas pengovulan, ovum akan bergerak ke uterus melalui salur falopia.
Kehamilan akan terjadi jika ia disenyawakan oleh sperma dalam perjalanan
itu ke uterus.

Perjalanan ini boleh mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari. Jika


ovum disenyawakan semasa di salur falopia, ia akan melekat pada
endometrium sewaktu bertiba di uterus. Perlakuan ini menandakan
permulaan kehamilan.

FARAJ
Setiap sel badan manusia mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang
kromosom.

Antara 23 pasang kromosom tersebut, terdapat sepasang kromosom yang


menentukan seks seseorang

Kromosom ini dikenal sebagai kromosom seks.

22 pasang kromosom lagi dikenal sebagai autosom.

Lelaki (Testis) : 44 autosom + XY


Perempuan (Ovum) : 44 autosom + XX

KROMOSOM SEKS
Autosom membawa gen yang menentukan sifat-sifat seseorang seperti warna
mata, cuping telinga dan kebolehan menggulung lidah.

Kromosom seks terdiri daripada dua jenis iaitu:-

Kromosom X & Kromosom Y

Kromosom seks X lebih besar dan lebih panjang daripada kromosom seks Y
sebab kromosom seks Y tidak membawa bahan genetik.

Bagi lelaki, sel badannya mempunyai 44 kromosom, 1 kromosom seks X & 1


kromosom seks Y (44+ XY)

Bagi perempuan pula, sel badannya mempunyai 44 kromosom (autosom) dan


sepasang kromosom seks X (44 + XX)

KROMOSOM SEKS
Proses meiosis dalam sel pembiakan menghasilkan gamet-gamet yang
mempunyai bilangan kromosom separuh daripada induknya.

Organ pembiakan lelaki iaitu testis akan menghasilkan sperma manakala organ
pembiakan perempuan iaitu ovari akan menghasilkan ovum.

Proses meiosis dalam sel testis menghasilkan dua jenis sperma yang berlainan,
iaitu sperma yang mempunyai :

22 kromosom dan 1 kromosom seks X, (22 + X)


22 kromosom dan 1 kromosom seks Y, (22 + Y)

Nisbah sperma jenis (22 + X) dan jenis (22 + Y) yang terhasil adalah sama iaitu, 1
: 1.

Proses meiosis dalam sel ovari menghasilkan satu jenis ovum sahaja iaitu ovum
yang mempunyai 22 kromosom dan 1 kromosom seks X.(22 + X).

KROMOSOM SEKS
Anak kembar terjadi apabila dua fetus berkembang pada masa yang sama
dalam uterus ibu dan dilahirkan pada masa yang hampir sama selepas
tempoh penghamilan yang sama.

KEJADIAN ANAK KEMBAR


Anak kembar seiras terjadi apabila satu ovum yang tersenyawa membahagi
dua terbentuk dua zigot yang berkembang menjadi dua orang anak.

Kembar empat seiras terjadi apabila satu ovum yang tersenyawa membahagi
dua membentuk dua zigot.

Kemudian, kedua-dua zigot ini membahagi untuk membentuk empat zigot.


Keempat-empat zigot berkembang menjadi empat orang anak.

Oleh kerana kembar seiras terjadi daripada sperma dan satu ovum yang
membawa bahan genetik yang sama, maka sifat-sifat kembar seiras adalah
sangat serupa antara satu sama lain.

ANAK KEMBAR SEIRAS


Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum di bebaskan serentak dan
kedua-duanya disenyawakan oleh dua sperma secara berasingan dan
menghasilkan dua zigot.

Kedua-dua zigot akan berkembang menjadi dua orang anak.

Anak kembar tak seiras yang dilahirkan mempunyai pelbagai variasi antara
mereka seperti yang terdapat pada adik-beradik biasa.

Sifat anak kembar tak seiras adalah seperti adik-beradik biasa.

ANAK KEMBAR TIDAK SEIRAS

Anda mungkin juga menyukai