Anda di halaman 1dari 44

PEMBENTUKAN

KELUARGA DALAM
ISLAM DAN
PEMILIHAN JODOH
ISLAMIC EDUCATION
AG 1351D
SEM 1 2013
HASIL
PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran ini,
Pelajar dapat menjelaskan tentang
ciri ciri pembentukan keluarga
menurut Islam.
Pelajar dapat menyatakan hukum
wanita Islam berkerjaya masa kini.
KELUARGA SAKINAH
FIRMAN ALLAH SWT:
FIRMAN ALLAH SWT:
Yang Bermaksud :
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-
isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang
hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir."
(Surah Ar-Rum : 21)
Hidup berkeluarga adalah kehendak semulajadi
manusia.
Setiap orang akan berusaha untuk mendapat
pasangan hidup yang ideal (sesuai) dengannya
bagi menjamin keharmonian hidup berkeluarga.
Pembinaan sesebuah keluarga bermula dari
perkahwinan.
Oleh itu di dalam mencari pasangan hidup
keutamaan hendaklah berpandu kepada garis
yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW
S A B D A R A S U LU L L A H S. A . W. .

Ertinya : "Dikahwini perempuan itu


kerana empat perkara, kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikannya dan kerana agamanya.
Utamakanlah yang beragama nescaya
kamu jadi tenteram."
TUJUAN BERKAHWIN
Perkahwinan mempunyai tujuan dan matlamat yang besar
ia adalah sunnah nabi Muhammad SAW.
Di dalam Islam perkahwinan adalah ibadat, tidak sama
dengan fahaman dan pegangan agama-agama lain seperti
kristian, budha dan lain-lain yang mana para pembesar
ugamanya tidak berkahwin kerana mereka percaya
berkahwin bukan ibadat.
Sedangkan berkahwin mempunyai tujuan yang murni indah.
CONTOH:
Menghindarkan dari berlaku maksiat zina sebagaimana sabda
Rasulullah SAW.
Ertinya :
"Golongan belia sekelian barangsiapa diantara kamu
berkuasa (berkemampuan) menyediakan nafkah zahir batin
maka hendaklah kamu berkahwin, maka sesungguhnya
perkahwinan itu dapat memejamkan mata (mengelak dari
melakukan maksiat) dan memelihara kehormatan dan
mereka yang tidak berkuasa maka hendaklah ia berpuasa
kerana sesungguhnya dengan berpuasa itu adalah menjadi
perisai baginya."
Menuruti fitrah melahirkan zuriat keturunan
anak adam sesuai dengan manusia sebagai
khalifah di muka bumi.
Menyempurnakan tuntutan kelamin (seks)
mengikut hukum Islam.
Mengelak dari penyakit yang berpunca dari
hubungan jenis yang tidak seimbang (seperti
siflis, aids, dan lain-lain).
Membentuk sebuah kehidupan berkeluarga
yang aman damai.
Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
K E B A I KA N D A R I P E R KA H W I N A N
Perkahwinan merupakan tali perhubungan di antara lelaki dan
perempuan, tali yang dapat mempereratkan kasih sayang, cinta abadi,
melahirkan perasaan bertimbang rasa dan bertanggungjawab serta
dapat membina sebuah mahligai rumah tangga yang aman damai dan
bahagia.

Perkahwinan juga dapat menghindarkan daripada perbuatan jahat dan


curang serta membenteras dan menghapuskan segala nafsu kehaiwanan
dan persundalan penjenayah zina disenaraikan sebagai penceroboh
yang amat keji dan merbahaya yang mana amalan perzinaan boleh
membawa kepada keruntuhan moral dan budi pekerti dan akhirnya
boleh menjahanamkan kehidupan masyarakat yang bermaruah.
Agama Islam telah mendisiplinkan umatnya dengan budi pekerti yang luhur,
menghalang dari kerosakkan moral terus bermaharajalela dengan penyakit
zina yang mana melalui penyakit itu boleh melahirkan satu generasi yang
biadap dan tidak bermoral.

Ini adalah merupakan kesan negatif dari anak-anak yang dilahirkan dari
proses zina. Kerana mereka tidak mendapat pengawasan dan pengawalan
yang sewajar dari kedua ibu bapanya, tidak mendapat asuhan dan didikan
yang sempurna seperti anak-anak lain yang mempunyai ibu bapa yang
bertanggungjawab.

Akhirnya hidup mereka terbiar tanpa teguran dan ajaran, bagaikan telah
dibunuh hati nurani mereka, hidup di dalam keadaan frust dan melarat tanpa
pembelaan dari mana-mana pihak. Di dalam erti kata yang lain bahawa anak-
anak dilahirkan secara haram boleh menimbulkan beraneka bentuk masalah
yang sukar diatasi dan menjadi beban yang berat di dalam masyarakat.
HUKUM KAHWIN
Berkahwin hukumnya mengikut keadaan seseorang itu :
Wajib : Jika seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang
memuncak yang mana sekiranya tidak berkahwin akan
menjerumuskannya ke lembah maksiat zina.
Sunat : Jika seseorang itu mampu tetapi masih dapat menjaga
dan mengawal dirinya dari melakukan maksiat zina.
Makruh : Jika seseorang itu mempunyai keinginan tetapi tidak
mampu dari segi kewangan. Oleh hal yang demikianlah maka
Rasulullah SAW menganjurkan kepada golongan ini supaya berpuasa.
Haram : Jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan nafsu tetapi
berkahwin dengan tujuan tidak jujur yakni mempunyai tujuan jahat
terhadap bakal isterinya.
PERSEDIAAN
SEBELUM KAHWIN
Seseorang yang hendak kahwin hendaklah terlebih dulu
mengetahui tentang tugas dan tanggungjawab sebagai suami atau
isteri , bapa atau ibu.
Perkara yang paling penting kepada seseorang lelaki yang
hendak berkahwin ialah mampu menanggung nafkah bakal
isterinya, nafkah zahir dan batin termasuk juga di dalam golongan
nafkah iaitu tempat kediaman yang sesuai dan pakaian.
Suami isteri juga hendaklah mengetahui hukum-hukum yang
berkaitan dengan perkahwinan seperti nikah, cerai, rujuk, iddah
dan sebagainya.
CARA MEMILIH JODOH
Garis panduan tentang pemilihan mencari jodoh sebagaimana yang diutarakan
oleh baginda Rasulullah SAW iaitu keutamaan ialah perempuan yang beragama.
Walaupun di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW ada menerangkan bahawa
seseorang itu akan memilih jodoh kerana hartanya dan ada pula kerana
keturunannya.
Dan ada juga yang memilih kerana kecantikannya dan tidak kurang pula yang
memilih kerana agamanya, tetapi Rasulullah memberi penekanan kepada yang
beragama, kerana yang mempunyai pegangan agama yang kukuh menjamin
kebahagiaan yang sejati.
Wanita yang mempunyai sifat-sifat lain tetapi tidak mempunyai agama tidak
menjamin kebahagiaan yang berkekalan bahkan banyak akan menimbulkan
kesulitan.
KEWAJIPAN SUAMI
TERHADAP ISTERI
Suami adalah payung kepada sebuah keluarga, dialah
juga nakhoda kepada sebuah bahtera rumahtangga, oleh
itu suami mestilah mengetahui serta bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap isterinya.
Di antara tanggungjawab ialah:
Bergaul dengan cara yang baik serta memimpin
dan memberi perlindungan terhadap isteri dan
keluarganya.
Melahir dan memberi kasih sayang yang sejati
serta tidak menyakiti isteri.
KEWAJIPAN SUAMI
TERHADAP ISTERI
Menghormati dan menjaga rahsia dan keaiban
isteri serta menjauhkan perasaan cemburu yang
membabi buta.
Berlaku adil dalam memberi nafkah dan menolong
isteri di dalam kesempitan dan kesusahan.
Membantu isteri di dalam tugas-tugas menjaga
dan mengasuh anak. Sabar di atas kelemahan
isteri.
Memberi kebebasan berfikir kepada isteri.
KEWAJIPAN SUAMI
TERHADAP ISTERI
Memberi nasihat kepada isteri sekiranya ia melakukan
kesalahan dan bertindaklah mengikut hukum syarak
sekiranya nasihat itu tidak diendahkan.
Memberi bimbingan dan pengajaran ugama dan
membenarkannya mendapat pengajaran ugama sekiranya
ia tidak mampu memberi pengajaran agama.
Berlaku adil di antara isteri-isterinya bagi yang
berpoligami.
Bijaksana ketika timbul perselisihan dengan isteri dan
hendaklah suami mengendalikannya dengan penuh
cermat dan ajaran-ajaran yang baik serta menahan diri
jangan terlalu ikut perasaan hati.
KEWAJIPAN ISTERI
TERHADAP
Isteri ialah SUAMI
orang terpenting bagi pembantu dan
menolong tugas-tugas dan peranan suami dan ada kalanya
isteri terpaksa mengambil alih tugas suami ketika
ketiadaannya. Di antara tugas dan tanggungjawabnya
ialah :
Hormat dan taat kepada suami.
Membantu suami di dalam mengurus rumah tangga
dan mendidik anak-anak menjadi manusia yang
berguna.
Bermanis muka ketika berhadapan dengan suami.
Menghargai pemberian suami walaupun sedikit.
KEWAJIPAN ISTERI
TERHADAP SUAMI
Berjimat cermat di dalam perbelanjaan serta sederhana dalam
penghidupan.
Menjaga rahsia suami dan rumahtangga.
Menjaga keaifan dan maruah suami. Memelihara dan menjaga
keaifan diri sendiri.
Mengurus dan mengatur rumahtangga serta memelihara
hubungan kekeluargaan.
Bersabar di dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul di
dalam kehidupan berumahtangga.
Mengadakan hubungan-hubungan keluar hendaklah dengan
persetujuan dan izin suami.
KEWAJIPAN BERSAMA
Suami isteri adalah bertanggungjawab di dalam mengendalikan
urusan rumahtangga, oleh itu mereka berdua mempunyai kewajipan
bersama diantara kewajipannya ialah :
Kedua belah pihak hendaklah saling hormat-menghormati dan
tolong-menolong.
Saling percaya dan mempercayai diantara satu sama lain.
Mengelakkan dari melahirkan rahsia masing-masing dan juga
keaifan yang mungkin timbul dari mana-mana pihak walau di
waktu berlaku salah faham dan perbalahan. Jangan mudah
terpengaruh dengan hasutan luar, halusi dan periksa dengan teliti
terlebih dahulu.
Jauhi dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada salah
faham.
KEWAJIPAN BERSAMA
Rela berkorban untuk kebahagian rumah tangga. Kedua belah pihak
hendaklah bersabar di atas kelemahan dan kekurangan yang timbul sama
ada dari pihak suami ataupun isteri. Hendaklah berbincang dan membuat
perundingan di dalam sesuatu masalah.
Sama-sama bertanggungjawab memimpin dan mendidik anak. Kedua
belah pihak hendaklah sanggup menerima teguran dan nasihat dari
pihak yang lain dan begitu juga hendaklah sama-sama memberi nasihat
dan teguran demi kebaikan bersama.
Di dalam penentuan hak tanggungjawab bersama yang mesti
disempurnakan oleh suami isteri adalah merupakan asas yang teguh
yang dapat menjadi keharmonian rumahtangga, Rasulullah SAW bersabda
pada "Hujjatul Wida'" Ertinya : "Jaga ! Sesungguhnya kamu
mempunyai hak ke atas isteri kamu dan demikian pula isteri-isteri
kamu kamu terhadap kamu sendiri." .
Selain dari itu Islam telah menentukan kelebihan lelaki berbanding
perempuan kerana beberapa faktor yang tertentu seperti maksud
firman Allah SWT :

"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang bersama seperti


kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami)
dengan cara yang sepatutnya. Dalam pada itu orang-orang
lelaki (suami) mempunyai satu darjah kelebihan atas
orang-orang perempuan (isteri) yakni sebagaimana
seorang isteri menanggung kewajipan terhadap suami
yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik maka si
suami juga menanggung kewajipan terhadap isteri yang
wajib dilaksanakan dengan cara yang baik."

Dan firmanNya lagi : "Orang-orang lelaki itu adalah pemimpin


dan pengawal kepada tanggungjawab di atas perempuan-
perempuan (isteri) disebabkan Allah telah melebihkan orang-
orang lelaki ke atas orang-orang perempuan dan juga kerana
PERGAULAN YA NG BAIK
Perkara yang amat penting di dalam membina
kebahagian rumah tangga ialah cara pergaulan yang
baik, letakkan segala harapan di atas kerukunan
rumahtangga, Rasulullah SAW telah memberi kita
banyak panduan tentang pergaulan di dalam kehidupan
berumah tangga baginda tidak pernah bermasam muka
dengan isteri-isteri baginda. Baginda sendiri yang
menjahit kasut baginda manakala terkoyak. Di dalam
soal kebaikan ini Rasulullah SAW pernah bersabda :
Ertinya : "Sebaik-baik kamu bagi ahlinya dan aku
sebaik-baik bagi ahliku."
PERGAULAN YAN G BAIK
Di dalam pergaulan harian di antara suami isteri
mungkin ada ketika tergeser sekali sekala. Maka soal
mengatasinya hendaklah berpandukan kepada
hukum Islam. Di dalam hubungan ini Allah SWT.
berfirman : Ertinya : "Dan perempuan-perempuan
yang kamu bimbang melakukan perbuatan
derhaka (Nusyuz) hendaklah kamu menasihati
mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukan
mereka dari tempat tidur dan (kalau juga
mereka masih berdegil) pukullah mereka
(dengan pukulan ringan yang bertujuan
mengajar) kemudian jika mereka taat kepada
kamu maka janganlah kamu mencari-cari jalan
untuk menyusahkan mereka, sesungguhnya
Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

PERGAULAN YANG BAIK
Para isteri wajib menjaga maruah dirinya samada di hadapan suami atau
semasa ketiadaannya dan juga menjaga maruah dan kemuliaan
suaminya. Bergaullah dengan suami dengan penuh kasih sayang, turutilah
segala perintah dan kehendaknya selama mana perintahnya tidak
bercanggah dengan hukum syarak. Di dalam hubungan ini Rasulullah SAW
bersabda :
Ertinya : "Sekiranya aku diperintah akan seseorang supaya
menyembah seseorang yang lain nescaya aku menyuruh perempuan
menyembah akan suaminya."
Isteri adalah ratu rumah tangga bagi suami, dialah tempat untuk
melepaskan kerisauan oleh itu jagalah keperibadian sebagai seorang isteri
yang solehah. Rasulullah SAW bersabda :
Ertinya : "Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila engkau
melihat kepadanya membuat engkau gembira dan apabila engkau
menyuruhnya sesuatu ia menuruti engkau dan apabila engkau tiada di
sampingnya dia menjaga harta engkau dan mengjaga maruah dirinya..
TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN
IBU BAPA TERHADAP ANAK-
ANAK
Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan terhadap dua ibu bapa supaya
mengasuh, mendidik dan memberi pengajaran yang sempurna, di antara
tanggungjawabnya ialah :
> Membantu keperibadian anak bermula dari cara memilih isteri sebagai bakal ibu
kepada anak-anaknya dari perempuan yang solehah, perempuan yang beragama.
> Semasa mengadakan hubungan jenis dengan isteri hendaklah sentiasa memohon
perlindungan dari Allah supaya benih yang akan dilahirkan mendapat hidayat dan taufik
Allah dengan didahului doa sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW : Ertinya : "Ya
Allah jauhkanlah kami akan syaitan dan jauhilah syaitan ke atas apa (anak)
kurniaan Engkau kepada kami."
> Azan dan Iqamah semasa anak mula lahir dari kandungan ibu.
> Menyusu dengan susuan ibunya sendiri.
TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN
IBU BAPA TERHADAP ANAK-
ANAK
> Mengadakan aqiqah, bercukur dan memberi nama yang elok
pada hari ketujuh.
> Berkhatan sama ada anak lelaki dan perempuan.
> Memberi didikan dan asuhan yang sempurna.
> Memberi pelajaran dunia dan akhirat.
> Memperjodohkan apabila layak dan sesuai.
> Selalulah berunding, berbincang serta memberi nasihat yang
berguna tanpa paksaan yang melulu. Rasulullah SAW bersabda :
Ertinya : "Muliakanlah olehmu anak-anak kamu dan
perelokkan tingkah-laku mereka."
KESIMPULANNYA
Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang dibina di atas asas yang paling
teguh dan betul mengikut Islam serta yang dapat memenuhi ciri-ciri dan
kehendak syariat Islam.
Dengan terlaksananya aturan tersebut InsyaAllah segala cita-cita untuk
membina sebuah istana keluarga akan mendapat kejayaan di samping
mendapat rahmat dan nikmat dari Allah SWT. Semua pihak akan dapat
menikmati kebahagian dan kerukunan rumahtangga.
Sesuai dengan firman Allah SWT : Ertinya : "Supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya dan dijadikan diantara kamu (suami
isteri)) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."
(Dipetik dan disusun oleh :Haji Othman Haji Ahmad Pegawai Dakwah Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Kelantan).
PEMILIHAN JODOH

DALAM ISLAM
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana
hartanya, kecantikkannya, keturunanannya dan agamanya.
Maka pilihlah yang beragama kerana nanti engkau akan
beruntung." - riwayat bukhari dan Muslim

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa biasanya


orang mengahwini wanita kerana empat perkara:
Harta

Kecantikkan

Keturunan

Agama
Dari keempat-empat perkara di atas, nabi s.a.w
menegaskan agar memilih kerana agamanya.
Jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana
hartanya, ia akan ditinggalkan setelah mati.
Jika kerana cantiknya, ia akan pudar setelah tua.

Jika kerana keturunannya, ia tidak menjamin


kemuliaan di sisi Allah.
Tetapi jika kerana agamanya, ia akan memperoleh
keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat
isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan
membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah
sebagai insan yang mulia.
Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. lebih
menitik beratkan tentang agama dalam pemilihan jodoh.
Namun begitu, tidaklah bermakna syarak mahu kita
mengenepikan soal harta, keturunan dan kecantikkan sama
sekali.
Hanya saja, soal agama perlu didahulukan, kemudian
barulah yang lain-lain.

Tentang wanita beragama atau solehah, Rasulullah s.a.w


telah bersabda: "Hendaklah kamu memperoleh hati yang
berzikir, lidah yang berzikir dan seorang isteri yang
mukminah yang akan membantu melaksanakan urusan
akhirat."
-Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'im, Ibnu
MEMILIH LELAKI
Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh
yang mempunyai pendidikan agama yang sempurna
serta berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan
masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia, seorang
yang penyayang, suka memberi dan menerima,
bertolak ansur dan mengambil berat terhadap
keluarganya.
MEMILIH
PEREMPUAN
Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah
1. Zuriat yang banyak

-Memilih perempuan yang boleh mendatangkan


zuriat yang banyak memanglah digalakkan oleh
Islam. Di sini boleh diperhatikan dari sudut
keluarganya (keturunannya) di samping kesuburan
tubuh badan di mana tidak menghalang ianya
hamil. Selain itu, umur juga boleh diambil kira bagi
mengekalkan zuriat yang banyak.
2. Anak gadis / bujang

- Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan


kerana di mana usia gadis, kurang bebanan
peribadi. Segalanya-galanya serba baru, dapat
mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan.
Tenaga yang masih muda dapat memberi
sepenuh masa untuk suami. Walau
bagaimanapun, memilih seorang janda juga
digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang
baik untuk memilihnya..
3. Sedikit mas kahwin

Perempuan yang menjadi pilihan adalah


sedikit belanja mas kahwinnya di mana mudah
bagi pihak lelaki menjelaskannya dan sesuai
dengan tuntutan Islam. Sekiranya terlalu
besar mas kahwin itu, bukan sahaja menjadi
keberatan bagi lelaki malah boleh memberi
kesan yang negatif di masa akan datang.
4. Bukan hubungan keluarga
Pemilihan ini bagi meluaskan skop
keturunan di mana keluarga akan
bertambah ramai lagi dan mental
sesebuah keluarga itu boleh
mempengaruhi hidup. Lebih-lebih
lagi perhubungan sebuah keluarga
dengan keluarga dalam
menemukan jodoh.
5. Baligh
Memilih perempuan biarlah
ianya sudah cukup umur
(baligh) di mana dapat
memahami erti
perkahwinan, berfikir
secara matang, kurang
memberi tunjuk ajar, tidak
mudah merajuk dan juga
boleh hamil.
6. Akal yang sempurna
Memilih akal yang sempurna
ialah berfikir secara seorang
muslim yang soleh, gemar
membaca Al-Quran serta
memahaminya, mengetahui hala
dan haram, banyak bersabar,
bertindak dengan adil dan juga
menghormati hak dirinya dan
hak orang lain.
7. Sesuai (kufu)
Amalan agama
Tahap pelajaran
Pendapatan (pangkat)
Pemikiran (fikrah)
Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a. dari
Rasulullah s.a.w. sabdanya:

"Dunia adalah kesenangan, dan


sebaik-baik kesenangan ialah
wanita yang solehah."
- riwayat Muslim, al-Nasa'i dan Ibnu
Majah -
Allah SWT yang bermaksud: "Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-
orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,
lelaki mahupun perempuan. Jika mereka
miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi
Maha Mengetahui". (an-Nur: 32)
TAMAT
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai