Anda di halaman 1dari 16

Internet & Kemahiran

Bahasa.

BBM 3410:
Bahasa Dalam
Multimedia
Skop Perbincangan
Definisi membaca
Teknik membaca
Tujuan membaca
Sumber bacaan.
Definisi Membaca
Smith (1998:12)- Membaca merupakan
satu bentuk komunikasi.Membaca
merupakan percantuman beberapa proses
yang kompleks iaitu proses mengamati,
mengingat, mendengar, membezakan
bunyi-bunyi dengan tepat, menyebut
lambang-lambang huruf, menggabungkan
bunyi membentuk perkataan dan
memindahkan lambang-lambang yang
dibaca kepada sistem kognatif untuk
diterjemahkan dan difahami.
Teknik-Teknik Membaca
Teknik Membaca Sekilas
(Skimming)
Teknik Membaca Sepintas
(Scanning)
Teknik Membaca Intensif
Teknik Membaca Ekstensif
Teknik Membaca Kritis
Teknik Membaca Sekilas
(Skimming)
Satu kegiatan membaca yang
menyebabkan mata bergerak
cepat untuk melihat atau
memerhatikan bahan-bahan
bertulis, menemukan serta
nendapatkan informasi tertentu.
Tujuan Membaca Sekilas
Untuk memperoleh kesan secara
umum daripada bahan yang dibaca-
Melibatkan membaca artikal dalam
laman web- internet.
Untuk menemukan hal-hal tertentu
daripada bahan yang dibaca
Untuk menemukan atau
menempatkan bahan-bahan rujukan
- Storan
Untuk Memperoleh Kesan Umum
Meninjau halaman judul, kata penghantar,
daftar isi, indeks atau abstrak yang
disediakan di laman tertentu.
Dapat memberi gambaran umum tentang
sesuatu buku atau artikal.
Dapat mengetahui sifat terutama dari segi
susunan, organisasi serta sikap pengarang
/penulis dan pendekatan yang digunakan.
Untuk Menemukan Hal Tertentu
Menentukan dengan jelas fakta yang
dicari. Soalan disediakan sebagai panduan.
Menggunakan kata kunci atau penanda
wacana, indeks dan daftar kata yang
sesuai.
Berkeupayaan melirik perkataan atau ayat
halaman dengan cepat.
Menyediakan perkataan yang tepat dan
sesuai untuk digunakan bagi menunjukkan
hal tersebut.
Menemukan Bahan Rujukan
Melalui pengkatalogan, indeks yang
disedaiakan melalui sistem carian untuk
mendapatkan bahan atau buku yang
diberikan.
Senarai bahan yang ada disusun
mengikut abjad, penulis, bidang atau
skop. Kemahiran membaca sekilas
penting untuk mengesan sumber bahan
dengan tepat dan pantas.
TEKNIK MEMBACA SEPINTAS-
(Scanning)
Cara memerhati teks secara pantas
untuk mencari sesuatu informasi khusus
misalnya nama, tarikh dan tempat.
Ia dijuga digunakan untuk mendapatkan
kesahihan data sama ada sesuai atau
tidak digunakan bagi sesuatu tujuan.
Latihan membaca pintas dapat dibuat
untuk mendapatkan perkataan tertentu
atau fakta khusus.
Contoh Soalan Bacaan Pintas
Lihat artikal dalam perenggan
kedua, bila komputer diperkenalkan
dalam bidang ketenteraan?
Berapa kerap perkataan multimedia
digunakan pada perenggan ketiga?
Dengan meneliti kesimpulan aritikel
tersebut, adakah artikel tersebut
dianggap sebagai artikel yang baik?
Teknik Membaca Intensif
Teknik membaca secara teliti dan
berhati-hati.
Membaca intensif melibatkan telaah
bahasa dan telaah isi.
Aspek yang dipentingkan ketelitian,
pemahaman, kekritisan berfikir
serta ketrampilan memahami idea
yang diketengahkan.
Teknik Membaca Ekstensif
Kegiatan membaca secara meluas.
Membaca sebanyak mungkin teks dalam
masa tertentu.
Pengertian dan pemahaman pada tahap
rendah perlu untuk teknik ini.
Membaca ekstensif melibatkan tiga
perkara iaitu membaca tinjauan (survey
reading), membaca sekilas (skimming)dan
membaca dangkal (supertical reading).
Teknik Membaca Kritis
Kegiatan membaca yang dilakukan secara
bijaksana, penuh teliti, mendalam,
evaluatif dan analitis.
Membaca kritis melibatkan penggalian
lebih mendalam di bawah permukaan
untuk menemukan alasan-alasan tertentu.
Di samping mengetahui justifikasi
sesorang penulis apabila mengutarakan
sesuatu kenyataan.
Perkongsian Maklumat
Pilih satu teknik membaca yang telah
dibincangkan itu dan kaitkan dengan
aktiviti yang pernah anda lakukan
sewaktu melayari internet?
Apakah kemahiran membaca yang paling
sesuai digunakan untuk mengetahui kod
peribadi anda dalam senarai sesuatu
kursus yang terdapat dalam laman web?
Nyatakan kod peribadi anda untuk kursus
BBM 3410.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai