Anda di halaman 1dari 25

BAB 1

KAEDAH & SUMBER SEJARAH


ISI KANDUNGAN

1. Konsep Sejarah Lisan


2. Peranan Orang sebagai Sumber
3. Kepentingan Sumber Lisan
4. Sumber Lisan sebagai Sumber Sejarah
5. Warisan yang harus dipelihara
6. Perbezaan di antara Sumber Lisan dan Sumber Bertulis
KONSEP SEJARAH LISAN
Sejarahlisanadalahbagiandarimetodepenelitian
sejarahyangmerupakanteknikpengumpulansumber
sejarahdengancara
mewawancaraterhadappelakudansaksisejarahatau
orang yang pernah hidup pada zaman yang sedang diteliti
oleh peneliti sejarah

Suatu cara untuk mendapatkan keterangan sejarah yang


berbentuk lisan, untuk menambah sumber sedia ada yang
telah dihasilkan dalam jangkawaktu berkenaan.
Moss, suatu proses menghasilkan sumber-sumber sejarah
melalui teknik temubual / wawancara / soal jawab yang
dibuat di atas pita rakaman. Pengumpulan, menyalin
semula, penyusunan, penerbitan dan penyimpnanan
rakaman berkenaan dianggap sebahagian sejarah lisan.

* Ahmad, sejarah lisan merupakan satu kaedah atau teknik


penyelidikan moden yang bertujuan untuk memelihara
pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui pengkisahan.
Kaedah ini melibatkan proses wawancara dan merakam ke
dalam pita tentang keterangan-keterangan orang yang
mengetahui sesuatu peristiwa sejarah sama ada melalui
penglibatannya secara langsung dalam peristiwa itu atau
sekadar menyaksikannya.
Starr, yang menyatakan sejarah lisan merupakan
kaedah pengumpulan fakta-fakta sejarah yang
masih belum lagi dikaji dan dirakam semula dan
merupakan penerus kepada proses mengumpul
data sejarah setelah hilangnya tradisi penulisan
sejarah.

Sejarah lisan merupakan salah satu kaedah yang


digunakan dalam penyelidikan sejarah bagi
mendapatkan serta mengesahkan kebenaran
sesuatu fakta sejarah yang diperoleh
PERANAN ORANG SUMBER
* Sumber lisan @ keterangan lisan adalah
keterangantidak bertulis mengenaisesuatu
peristiwa yang telah berlaku, mengenai sesuatu
ciptaan masa lampau, dan juga naratif mengenai
perkara atau pengalaman seseorang dalam
peristiwa tertentu.

* Orang yang memberikan sumber lisan dikenali


sebagai Orang Sumber
* Terdapat tiga orang sumber iaitu PROTO, SAKSI MATA & KATA DENGAR.

Proto : individu yangterlibatsecara langsungdalam sesebuah peristiwa atau


perkara sebagai pelaku. Peranannya penting sebagai sumber primer yang
boleh membekalkan banyak maklumat

Saksimata: orangsumberyangtidakmenjadi pelakukepada sesuatu


peristiwa atau perkara, akan tetapi sebaliknya menjadi pemerhati kepada
sesuatu peristiwa sejarah. Peranannya adalah untuk menceritakan semula
apa yang telah diperhatikannya.

Kata Dengar : Memperolehi keterangan daripada pelaku @ saksi mata @ saksi


mata yang lain. Berperanan memberikan keterangan lisan berdasarkan apa
yang telah diberitahu kepadanya.
KEPENTINGAN SEJARAH LISAN
1. Sumber sejarah lisan dianggap sebagai sumber primer yang didapati
daripada hasil rakaman perbualan yang dibuat melalui temuramah
yang telah dirancang dan direkodkan oleh para penyelidik.

2. untuk membina semula peristiwa-peristiwa sejarah bagi


menggantikan rekod-rekod yang telah hilang atau dimusnahkan oleh
pihak penjajah seperti Jepun dan British.

3. la amat berguna untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam


sumber-sumber bertulis, untuk menambah sumber bertulis yang
sedia ada dengan keterangan-keterangan sejarah yang telah
dicatitkan, untuk menyelamatkan keterangan-keterangan sejarah
yang akan hilang dan ia juga sebagai pendorong kepada penyelidik
untuk membuat penyelidikan ke atas perkara-perkara yang telah
disediakan dengan sumber-sumber lisan
4. Berperanan dalam membawa dan memperkenalkan
sejarah dari luar ke dalam sesuatu masyarakat atau pun
sebaliknya kerana orang yang ditemubual mampu
memberikan pandangan baharu mengenai persitiwa
sejarah.

5. Dapat menjadi pencetus semangat masyarakat agar


lebih menyedari sejarah mereka sendiri dan meransang
minat dan penyelidikan tentang sejarah tempatan.

6. Mampu mencabar lagenda @ sejarah yang sudah


diketahui oleh masyarakat dan membuka ruang kepada
perubahan dalam pengertian sosial terhadap sejarah
SUMBER LISAN SEBAGAI SUMBER SEJARAH

* Sejarah lisan adalah satu dari sumber sejarah yang ada


pada ingatan pelaku dan atau penyaksi suatu peristiwa
sejarah, yang terjadi pada zamannya, kemudian
diungkapkan secara lisan oleh pelaku dan penyaksi sejarah
itu sendiri.

* Sumber lisan berfungsi sebagai pelengkap sumber tertulis


tetapi memiliki keterbatasan-keterbatasan dibanding
dengan sumber tertulis atau artifak. Keterbatasan sumber
lisan lebih disebabkan oleh faktor manusia seperti orang
yang kita cari telah meninggal atau daya ingatan
* Sejarahwan sejarah lisan menitikberatkan memori
sebagai sumber maklumat sejarah yang berpotensi
kerana boleh memberikan satu penerangan yang
bersandarkan kepada ingatan semula peristiwa
dan keadaan berbanding dengan tulisan sejarah.

* Masa lampau yang wujud dalam ingatan, mampu


membantu memenuhi keperluan semasa yang
perlu dipelihara melalui rakaman dan temu bual
sejarah lisan
* Timbul cabaran terutamanya kesahihan sesuatu
peristiwa dari segi ketepatan dan kebenaran
maklumat lisan yang diperolehi sebagai sumber
sejarah.

* Perkara ini disebabkan sumber sejarah lisan


adalah bergantung kepada selama mana kekuatan
ingatan yang terdapat pada individu-individu
berkenaan dan lazimnya sumber lisan yang
diperolehi mempunyai mempunyai unsur-unsur
bias, emosi dan reaksi terhadap peristiwa yang
diceritakan.
* langkah yang boleh dipraktikkan untuk mengesahkan
kesahihan maklumat tersebut iaitu melalui:

a. Semakan dan pemeriksaan kesahihan sumber menerusi


penyelidikan latar belakang tentang kisah hidup orang yang
ditemubual dan juga subjek yang dipilih.
b. Adakan rujukan silang sumber sejarah lisan dengan
sumber lain tentang subjek atau pun dengan merujuk pada
zaman tersebut.
c. Penyelidikan melalui soalan lanjutan.
d. Kerjasama dan persetujuan di antara informan
e. Kerja-kerja mentafsir sejarah lisan hendaklah disemak
dan disusun semula
WARISAN HARUS DIPERLIHARA

*Sejarah lisanmemainkanperananyangbesardalammemelihara
danmenambahka nsumber sejarah sedia ada.

*Perlu dipelihara sebagai suatu warisan supaya generasi akan


datang dapat mengetahui apa yang terjadi dan mengapa ia
terjadi

*Memerlukan pendokumentasian tradisi-tradisi ini secara bertulis


dan didokumentasikan sebaga isalah satu sumber sejarah yang
utama untuk rujukan generasi yang akan datang
PERBEZAAN SUMBER LISAN & BERTULIS
ALIRAN RANKE & THOMSON
ALIRAN RANKE
Dipelopori oleh Leopold Von Ranke dan menggelarkan mereka
sebagai Aliran Objektivisme.

Menganggap sejarah sebagai mana yang berlaku dan


mengetengahkan prinsip sejarah berasaskan fakta dan kenyataan
sebenar tanpa penokokan dan penambahan

Louis Gottschalk misalnya menganggap sejarah yang objektif


sebagai sejarah yang bebas daripada memihak kepada sesiapa
dan reaksi peribadi seseorang
Menurut pandangan Leopold Von Ranke, sejarah yang
objektif perlulah mengikuti garis panduan berikut iaitu;

1. Mengenepikan terus pengadilan moral yang


dianggapnya membawa kepada kemasukan unsur
berat sebelah dan prasangka sezaman;

2. Penggunaan sumber sejarah berdasarkan sumber dan


dokumen yang benar- benar asli sahaja;

3. Menolak unsur penilaian peribadi, mitos dan lagenda;


4. Sumber-sumber yang penting adalah buku
kenangan, catatan harian, surat- surat, laporan
diplomatik serta gambaran asli saksi-saksi.

5. Menganggap rekod-rekod kerajaan sebagai


tingkat sumber paling tinggi

6. Sejarah tidak wujud tanpa dokumen (bukti)


DENGAN SEBAB ITU,

Bagi ahli-ahli objektivis, penggunaan


keterangan lisan sebagai sumber
sejarah tidak begitu disokong dan
sebahagiannya ditolak.
Walaubagaimanapun, Ranke misalnya
masih menerima keterangan-keterangan
pelaku sejarah (keterangan proto) dan
keterangan saksi mata iaitu orang yang
benar-benar mengalami dan melihat
sesuatu peristiwa dan mampu
menggambarkannya semula
Golongan objektivis menolak sejarah lisan
yang bersifat kata dengar yang dianggap
tidak dapat dibuktikan kesahihannya.

Hal ini disebabkan orang sumber kata


dengar tidak mempunyai keupayaan
menceritakan gambaran yang sebenarnya
berdasarkan yang terjadi serta keterangan
yang bergantung kepada pendengarannya
semata-mata sebelum ini
ALIRAN THOMSON

Dipelopori oleh Allistair Thomson, seorang sejarawan


British.

Memperjuangkan sejarah merentasi kelas dan sejarah yang


disembunyikan.

Di anggap sebagai golongan subjektivis yang


mempertikaikan kemampuan ahli sejarah untuk
menghasilkan penulisan sejarah yang benar-benar objektif
disebabkan kecenderungan semula jadi manusia yang
sesuatu yang dianggap penting dan mengenetepikan sesuatu
yang dianggap tidak penting.
Antara perdebatan utama yang ditimbul oleh golongan
objektivis terhadap golongan aliran oralist adalah berkait
dengan isu memori dalam sejarah.

Golongan objektivis berpendapat, memori yang menjadi


kunci utama kepada keterangan lisan adalah tidak boleh
dipercayai disebabkan kekangan tempoh masa, kehilangan
memori oleh orang sumber, merentasi masa serta
kecenderungan peribadi (personal bias).

Menurut golongan oralist, persoalan bias dan memihak serta


kelemahan ingatan orang sumber boleh diatasi melalui
kaedah penyelidikan sejarah sedia ada termasuk mengkritik
sumber, banding silang dan merujuk sumber yang pelbagai.
Golongan oralist juga berpandangan bahawa kebanyakan
ruang sejarah masih berada di kotak pemikiran manusia yang
tidak didokumenkan dan diselidiki. Akhirnya, banyak sumber-
sumber sejarah yang boleh diusahakan lenyap ditelan zaman
dan merugikan kepada ilmu sejarah itu sendiri.

Keperluan sejarah lisan juga diperjuangkan bagi menulis


sejarah golongan bawah seperti golongan marhaen, golongan
pekerja dan golongan minoriti dalam usaha mempelbagaikan
lagi topik dan ruang lingkup sejarah. Masalahnya, kebanyakan
sejarah bawahan seperti ini tidak boleh didapati melalui
rekod secara bertulis.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai