Anda di halaman 1dari 23

KESEMPURNAAN SISTEM

MASYARAKAT ISLAM DALAM


KONTEKS KEJIRANAN
Disediakan oleh:
NOR ZAIHANIS BINTI ZULKIFLI
SITI NURPUTERI NAJIHAH BINTI JOHARI
PISMP PK JUN 2015
Definisi Masyarakat
Menurut Ahmad Kamar, perkataan masyarakat dari segi bahasa
berasal dari perkataan Arab iaitu syaraka, yusyariku,
musyarakatan yang bererti berkongsi, bersekutu dan sebagainya.
Dr. Teuku Iskandar pula mendefinisikan masyarakat dari segi
bahasa sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama,
pergaulan hidup dan hidup bermasyarakat.
Menurut Dr. Sidi Gazalba, definisi masyarakat dari segi istilah
adalah pergaulan antara manusia dengan kelompok dalam
keadaan yang teratur.
Secara keseluruhannya, masyarakat adalah kumpulan manusia
yang membentuk suatu kelompok yang hidup bersama-sama dan
saling membantu dalam perhubungan.
Ciri-ciri Sistem Masyarakat Dalam Islam

1) Menegakkan makruf dan mencegah kemungkaran

Bertujuan bagi mengelakkan kerosakan daripada


berleluasa dalam masyarakat di samping
mewujudkan sikap tolong-menolong dan saling
menjaga kebajikan dalam masyarakat.
2) Mementingkan perpaduan dan kasih sayang

Bertepatan dengan matlamat kejadian manusia iaitu


supaya mereka saling mengenali antara satu sama
lain.
3) Berteraskan akidah Islamiah

Islam meletakkan akidah sebagai syarat utama dalam


membezakan antara sistem masyarakat Islam dengan
sistem masyarakat barat yang dihasilkan oleh
pemikiran manusia.
4) Membentuk masyarakat berilmu

Sistem masyarakat Islam amat mengambil berat


terhadap ilmu pengetahuan di dunia dan di akhirat.
Sistem Masyarakat Islam Dalam Konteks
Kejiranan
Konsep
Kejiranan

Keteladan
Rasulullah Sistem
SAW dan Masyarakat Hikmah
Hadis Islam Dalam Berjiran
Berkaitan Konteks
Amalan Kejiranan
Berjiran
Hak dan
Tanggungjaw
ab Terhadap
Jiran Islam
dan Bukan
Islam
Konsep Kejiranan
Dari segi bahasa, jiran dalam istilah Arab bermaksud
orang yang tinggal sebelah-menyebelah atau tetangga.
Dari segi istilah syarak pula dijelaskan oleh Rasulullah
SAW sebagai ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru
yang mengelilingi rumah seseorang.
Perkara ini dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW
yang diriwayatkan oleh Abu Daud, terjemahannya:
Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran
tetangga
Maksud jiran ini meliputi jiran Islam dan jiran bukan
Islam.
Hikmah Berjiran
1) Mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan
sesama umat Islam dan perpaduan dengan yang bukan
Islam.

- Perpaduan dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam


dan bukan Islam dapat dicetuskan setelah terlaksananya
tolong-menolong, bantu-membantu, bersimpati dan
berkasih sayang.
- Perpaduan sesuatu masyarakat dapat diukur dengan
ketinggian mutu hidup berjiran iaitu semakin erat dan
mesra hubungan hidup berjiran, semakin erat dan
2) Pertolongan dan bantuan dapat diperolehi dengan segera daripada
jiran yang terhampir.

- Islam telah memberikan keutamaan kepada jiran yang terhampir di dalam


melaksanakan hak dan tanggungjawab berjiran.
- Hal ini dapat dilihat di dalam hadis yang merakamkan jawapan Rasulullah SAW
terhadap soalan yang dikemukakan oleh Saidatina Aisyah yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari, terjemahannya:

Saya bertanya kepada Rasulullah SAW: Daku mempunyai dua


tetangga. Seorang berhadapan dengan pintu dan yang lain jauh dari
pintu rumahku umpama tidak cukup hadiah untuk keduanya,
manakah yang lebih berhak? Jawab Baginda: Yang berhadapan
dengan pintu denganmu.

- Pertolongan jiran yang terhampir penting sewaktu seseorang jiran mengadakan


kenduri, menguruskan kematian, menziarahi ketika sakit dan sebagainya.
3) Dikasihi oleh Allah SWT kerana melaksanakan rukun
hidup berjiran.

- Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis yang diriwayatkan


oleh Imam Ahmad bin Hanbal, terjemahannya:
Sebaik-baik teman di sisi Allah yang baik terhadap
temannya
dan sebaik-baik tetangga di sisi Allah ialah yang
baik terhadap
tetangganya.
Islam telah memberikan panduan yang jelas bukan sahaja bukan
tanggungjawab seorang islam terhadap jirannya yang islam bahkan
tentang hubungan seorang islam dengan jirannya seagama. Hal ini
dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari yang bermaksud :

Jiran ada tiga jenis: iaitu jiran yang mempunyai tiga hak,
jiran yang mempunyai dua hak dan jiran mempunyai satu hak. Adapun
yang mempunyai tiga hak ialah jiran Muslim yang berkeluarga dengan
kita, iaitu mempunyai hak jiran, hak keluarga dan hak Islam. Jiran yang
mempunyai dua hak ialah jiran Muslim yang mempunyai hak Islam dan
hak jiran. Manakala jiran yang mempunyai suatu hak sahaja ialah jiran
bukan Islam, baginya hak jiran
Jiran islam
yang ada
ada
hubungan
keluarga

Hak &
Tanggungjaw
ab Terhadap
Jiran

Jiran bukan
Jiran islam
islam
Hak dan Tanggungjawab Terhadap Jiran
Islam
1. Mewujudkan ikatan persaudaraan atau
silaturahim antara seorang jiran dengan jiran yang
lain
Persaudaraan merupakan tali yang dapat mengeratkan
perpaduan ke arah pencapaian kebahagiaan, keamanan dan
kesejahteraan sejagat.
Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang
bermaksud:
Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka
berbaiklah kamu terhadap saudara kamu. (Surah al-
Hujurat, ayat 10)
2. Menghormati jiran khususnya mengelakkan diri
daripada mengganggu ketenteraman jiran
Contohnya, memperlahan bunyi radio supaya tidak menyakiti
telinga dan jiwa jiran yang mendengarnya.
3. Menguruskan jenazah jiran apabila berlaku
kematian
Hal ini termasuklah memandikan, mengkafankan,
menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazahnya.

4. Menghadiri majlis yang tidak bertentangan


dengan
Islam apabila dijemput oleh jiran
Contohnya, majlis akikah, pertunangan, perkahwinan dan
sebagainya.
Hak dan Tanggungjawab Terhadap Jiran
Bukan Islam
1.Menghorma Misalnya, ibadah dalam agama seperti yang dilakukan
ti jiran dan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar
pengamalan rumah maka hendaklah dihormati selama tidak
mereka membawa bahaya dan mudharat.
(kehidupan
mereka)
selama tidak
membawa Baginda rasulullah bersabda : Barangsiapa yang
mudharat beriman kepada Allah dan hari akhirat maka
hendaklah dia memuliakan jirannya atau dalam
riwayat yang lain menyebut hendaklah berlaku
baik kepada jirannya.

(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


3.Tidak Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan
menyakiti menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah SWT.
jiran dan Sabda Rasulullah SAW:Barangsiapa yang beriman
memelihara kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia
keamanan menyakiti jirannya.
dengan Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim
jiran
Perbuatan menyakiti jiran ini adalah dilarang baik
dengan perbuatan, perkataan dan lisan juga dengan cara
dan sikap yang ditunjukkan dan tidaklah menjadi
seorang yang benar-benar beriman di sisi Allah bagi
mereka yang bermusuhan dengan jirannya.
4.Dianjurka Nabi s.a.w bersabda:Jibril sentiasa
n berbuat
mewasiatkan aku untuk berbuat baik kepada
baik kepada
jiran jiran sehingga aku menyangka ia akan dapat
mewarisi dariku.(Muttafaqun alaihi).

Perkataan jiran yang dimaksudkan adalah


bersifat holistik yang mana ia merangkumi
kepada jiran sama ada muslim mahupun tidak.
Oleh itu, berbuat baiklah kepada mana-mana
individu yang merupakan jiran kita supaya
mendapat keredhaan Allah.
Keteladanan Rasulullah SAW Dalam
Kehidupan Berjiran
Nabi SAW menunjukkan contoh teladan membina kerukunan hidup berjiran
termasuk mengambil berat dan hidup rukun bersama jiran tetangga.
Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW berkunjung menemui
Abu Zar yang sedang memasak kuah lalu Baginda berkata:
Wahai Abu Zar, jika kamu memasak perbanyakkanlah airnya.
Kemudian, berilah jiran tetanggamu daripada masakanmu itu
dengan baik.

Islam menekankan hubungan baik sesama tetangga demi melahirkan


suatu kehidupan dalam masyarakat yang harmoni.
Mungkin barang yang kita sedekah atau berikan kepada jiran tidak
seberapa tetapi nilai ganjaran pahala di sisi Allah sangatlah besar.
Hadis Berkaitan Amalan Berjiran
Sabda Baginda SAW bermaksud: Sesiapa beriman
kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia
berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman
kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia
menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman
kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia
berkata yang baik dan hendaklah ia diam. (Hadis
riwayat Muslim)
Pesanan Nabi SAW menunjukkan bahawa kehidupan
seseorang mukmin tidak sempurna pada kaca mata
Islam seandainya hubungan dengan jiran tetangga tidak
" Ya rasulullah, tunjukan aku pada amal yang jika
aku mengerjakan akan dapat memasukan aku ke
dalam syurga". Nabi menjawab:" Jadilah kamu
sebagai orang yang baik". Orang itu bertanya:" Ya
Rasulullah, bagaimana aku mengetahui bahawa
aku ini seorang yang baik?. Maka nabi
menjawab:"Tanyakanlah pada tetanggamu, maka
jika mereka mengatakan engkau baik maka
engkau sebenarnya adalah baik, maka jika
mereka mengatakan engkau jahat, maka engkau
adalah jahat".
( hadis riwayat al-Baihaqi)

RUJUKAN
Abdul Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Ashaari & Arip Saaya. (1995). Tamadun
Islam. Kuala Lumpur: Pustakan Haji Abdul Majid.

Aman Daima Md. Zain, Suhaila Ismail, Khomsah Mutalib, Nasirah Mat Isa & Mariani Che Man.
(2010).Tasawwur Islam. Batu Caves: Pustaka Ilmi.

Mohd Rizal. (2010). Wajib Jaga Hak Jiran Tetangga. Diakses pada 12 Februari 2017 daripada
https://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/13/wajib-jaga-hak-jiran-tetangga/

Mustafa Daud. (2002). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mustafa Daud. (1990). Pengantar Masyarakat Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Abdul Basit Abd. Rahman. (2016). Adab dan Cara Rasulullah Menyantuni Bukan Islam. Diakses
pada 13 Februari 2017 daripada http://majalah-i.karangkraf.com/adab-cara- rasulullah-s-a-w-
menyantuni-non-muslim-1.484402

Anda mungkin juga menyukai