Anda di halaman 1dari 42

ETIKA KERJA

KANDUNGAN

1. Tuntutan terhadap etika kerja


2. Pengertian etika kerja
3. Contoh etika kerja : Prinsip dan nilai
etika KPM
4. Aplikasi Etika Kerja di Sekolah dari
Aspek Prinsip

2
Mengapa Terdapat Tuntutan Terhadap
Etika Kerja

Produktiviti merupakan kata kunci untuk era


globalisasi dan ICT
Apabila sejumlah input dapat menghasilkan
output yang lebih besar, maka pekerja-pekerja di
dalam sesuatu organisasi dianggap sebagai
produktif
Kita harus mengeluar/membekalkan
perkhidmatan/barangan yang dapat
memenuhi/melampaui keperluan pelanggan
Perlu ada daya saing (competitiveness) untuk
menjadi pusat kecemerlagan dalam pendidikan
Akauntabiliti terhadap profesion dan
perkhidmatan
3
Kebimbingan terhadap beberapa gejala
dalam senario pendidikan:
- Moral guru yang rendah
- Tahap profesionalisme guru yang rendah
- Pedagogi yang kurang sesuai

Oleh itu kita memerlukan satu set etika kerja


yang bukan sahaja memastikan kepatuhan
pentadbir dan guru kepada piawai
minimum yang telah ditetapkan, malahan
melampaui keperluan dan jangkaan pihak
berkepentingan dalam pendidikan
4
Ramai Pegawai Muda Rasuah
Laporan Utusan Malaysia 13-8-
02
Penglibatan pegawai muda sektor awam dan
swasta dalam gejala rasuah
Statistik sepanjang lima tahun menunjukkan
seramai 340 kakitangan yang berumur 16 30
terlibat dalam gejala ini (20% daripada
keseluruhan kes rasuah di negara ini)
Majoriti yang terlibat terdiri daripada pegawai
bahagian penguat kuasa
Persepsi Indeks Rasuah Antarabangsa (TI) Dari
tempat ke-23 kepada ke-37?
Dapatkah kita mencontohi Finland Negara
Tahap rasuah pada tahap yang paling rendah!
5
Ikrar Pegawai Awam Malaysia
1. Berusaha memupuk dan
mengamalkan nilai-nilai
membenci rasuah
2. Menutup semua ruang dan
peluang yang mendedahkan
kepada amalan rasuah
3. Bertindak tegas terhadap mereka
yang melanggar undang-undang,
peraturan dan etika jabatan
6
4. Bekerjasama sepenuhnya dengan
mana-mana pihak untuk
memerangi sebarang perlakuan
jenayah rasuah
5. Bertindak tegas terhadap mereka
yang cuba menggugat integriti
dan imej pegawai awam; dan
6. Mematuhi sepenuhnya kod etika
jabatan dan mengamalkan nilai-
nilai murni yang berteraskan
agama dalam menjalankan tugas
7
Pengertian Etika Kerja

Etika Kerja merupakan


panduan tingkah laku yang
menjadi pegangan setiap warga
Kementerian Pelajaran
Malaysia berlandaskan nilai-
nilai akhlak mulia
(Kementerian Pelajaran
Malaysia)

8
Pengertian Etika
Kerja
Work ethic is a cultural norm that
advocates being personally
accountable and responsible for the
work that one does and is based on
the belief that work has intrinsic
value
Etika kerja dapat berfungsi sebagai
panduan tingkah laku di tempat
kerja
Prinsip dan nilai yang terkandung di
dalam etika kerja akan menjadi
pegangan setiap warga organisasi.
9
Prinsip Etika Kerja

1.Niat yang betul


2.Perlakuan yang baik
3.Penggerak ke arah kebaikan
4.Memperkotakan apa yang
dikatakan
5.Beradab
6.Kekitaan, kesetiaan, syura,
dan muafakat
10
Komitmen terhadap Organisasi

1. Kepercayaan terhadap
matlamat dan nilai organisasi
2. Kesanggupan untuk menjaga
imej organisasi
3. Keazaman yang kuat untuk
menjadi anggota organisasi

11
Komitmen terhadap Profesion

1. Tidak mencemarkan nama


baik profesion
2. Tidak melibatkan diri dalam
kegiatan yang boleh
menjejaskan kecekapan
sebagai seorang guru
3. Sentiasa mempertingkat
kemajuan dari segi ikhtisas
12
For Your Thoughts!
Kualiti yang mungkin dapat difikirkan:
Penghargaan terhadap profesion/kerja itu
Setakat mana individu tersebut menanggung risiko
untuk melucutkan jawatan yang dipegang?
Semangat terhadap kerja
Setakat mana individu tersebut sanggup
melaksanakan sesuatu yang melebihi rakan sejawat?
Kesungguhan terhadap kerja
Setakat mana individu tersebut cuba melaksanakan
kerja secara betul pada kali pertama
Kesanggupan untuk menangguhkan keseronokan
Setakat mana individu itu sanggup mengorbankan
13
hari cuti dan sebagainya?
Work Ethics Cartoons

14

15
Pendirian KPM terhadap
Kewujudan Etika Kerja
Satu etika kerja yang mantap perlu
diamalkan untuk

memastikan warga KPM mempunyai sifat-


sifat luhur, bertanggungjawab; dan
tahap profesionalisme yang tinggi

dalam menjalankan tugas dan 16


tanggungjawab masing-masing
Matlamat Etika kerja
KPM
1. Menanamkan sikap positif dan
menghapuskan sikap negatif
dalam melaksanakan tugas-tugas
yang diamalkan bagi
mempertahankan kualiti kerja;
2. Meningkatkan disiplin diri bagi
menghasilkan perkhidmatan yang
cemerlang kepada pelanggan dan
organisasi; dan
3. Memberikan sumbangan positif
yang berterusan kepada negara
17
Etika Kerja KPM

Terdiri daripada dua komponen


yang utama:
1.Prinsip
2.Nilai

18
Prinsip Etika Kerja KPM

Etika kerja KPM perlu dilaksanakan dan


dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
1.Niat yang betul
2.Perlakuan yang baik
3.Pergerakan ke arah kebaikan
4.Memperkotakan apa yang dikatakan
5.Berdisiplin dan beradab
(Kekitaan, kesetiaan, syura dan muafakat
UPM Tambahan)

19
Nilai-nilai Etika Kerja
KPM
1. Amanah
2. Benar
3. Bijaksana
4. Bersyukur
5. Berdedikasi

6. Ikhlas
7. Penyayang
20
Nilai Pertama: Amanah

Sifat bertanggungjawab dalam menjalankan


tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan
kedudukan. Antara amalan amanah adalah:
1.Sentiasa menjalankan kerja yang diberikan
dengan penuh tanggungjawab, tanpa
penyelewengan dan cuai
2.Bersifat jujur dan setia kepada organisasi
tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
3.Menggunakan masa dengan sebaiknya dan
menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan
dan tidak menggunakan masa pejabat untuk
urusan peribadi
21
4. Berdisiplin dan mengawal diri dan
tidak melakukan sesuatu yang
boleh menghilangkan kepercayaan
orang lain terhadap dirinya
5. Bertanggungjawab melaporkan
penylewengan dan penyelahgunaan
kuasa

22
Nilai Kedua: Benar
Benar pada niat dan perbuatan contohnya:
1. Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam
melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang
tersembunyi atau mengharapkan balasan
2. Bercakap benar dan menepati janji
3. Bersedia untuk mempelajari atau menerima
nasihat orang lain dengan tidak bersikap
sombong atau angkuh
4. Memberikan atau menerima arahan yang jelas
dan tepat dan tidak mengelirukan
5. Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan
kepakaran untuk kejayaan bersama
23
Nilai Ketiga: Bijaksana
Menggunakan pemikiran dan bijaksana dalam
membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan
masa serta keadaan seperti:
1.Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan
kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas
dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan
mudah
2.Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang
bermutu tinggi dan berkualiti
3.Mempunyai fikiran yang rasional dan
pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan
sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan
emosi
4.Sentiasa mempertingkat ilmu, kepakaran dan
profesionalisme 24
Nilai Keempat: Bersyukur
Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat
dan pemberian yang diterima, antaranya:
1.Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang
diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan
sebagai hak
2.Bersedia memberikan pengiktirafan kepada
mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka,
berdendam atau fitnah
3.Tenang menghadapi masalah dan reda menerima
ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak putus asa
4.Berpuas hati dengan nikmat yang diperoleh seperti
ganjaran yang diterima dan kemudahan yang
disediakan
25
Nilai Kelima: Dedikasi
Berminat dan rela berkorban masa dan tenaga
berterusan dalam menghasilkan kerja berkualiti
contohnya:
1.Bekerja dengan tekun tanpa rasa jemu dan
bosan, sentiasa sedia menerima tugasan dan
sanggup berkorban masa dan tenaga
2.Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam
melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja
sentiasa berkualiti
3.Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan
sabar, teliti, ceria, tidak cuai dan merungut
4.Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya
menepati kehendak organisasi
26
Nilai Keenam: Ikhlas
Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab
untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa
mengharapkan ganjaran, antaranya:
1.Menerima tanggungjawab dengan rela hati yang
suci, tidak berpura-pura atau mengelak dari
tanggungjawab;
2.Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai
matlamat organisasi, bukan kerana pangkat,
kedudukan atau mendapat perhatian orang lain
3.Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira
pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap
pilih kasih
4.Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan
hati dan fikiran yang terbuka
5.Saling hormat-menghormati antara satu sama27 lain
tanpa sebarang kepentingan.
Nilai Ketujuh: Penyayang
Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap
memahami, menghargai dan mengambil berat seperti:
1.Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam,
sombong dan suka meninggi diri
2.Menganggap setiap orang mempunyai harga diri
yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk
3.Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat
dalam melakukan tugas
4.Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga
besar yang penuh kemesraan
5.Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan
tugas

28
APLIKASI
ETIKA KERJA
DI
SEKOLAH
29
APLIKASI ETIKA KERJA DI
SEKOLAH DARI ASPEK
PRINSIP

Prinsip 1: Niat yang betul


Guru perlu menjalankan tugas mereka
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Niat untuk mengajar semua pelajar
Aspek nilai tambah perlu dititikberatkan untuk
golongan pelajar yang lemah
Mengambil kira keperluan pelajar yang pelbagai
Niat perlu diperbaharui mengikut perkembangan
semasa dalam sistem pendidikan negara

30
APLIKASI ETIKA KERJA

DI SEKOLAH DARI ASPEK


PRINSIP
Prinsip 2: Perlakuan yang
baik
Menerima cabaran untuk
memberi kepuasan kepada
pelanggan
Menetapkan satu standard
moral yang tinggi sepanjang
masa
31
APLIKASI ETIKA KERJA DI
SEKOLAH DARI ASPEK
PRINSIP

Prinsip 3: Penggerak ke arah kebaikan


Pendidik perlu bersifat futuristik
Berada di barisan hadapan dari segi
perkaedahan
Guru berkualiti melahirkan pelajar
berkualiti
Mengekalkan (sustain) kualiti dari semasa
ke semasa
Mengamalkan etika kerja yang mencirikan
penambahbaikan secara berterusan
32
APLIKASI ETIKA KERJA DI
SEKOLAH DARI ASPEK
PRINSIP

Prinsip 4: Memperkotakan apa yang


dikatakan
Guru menjadi model moral kepada
pelajar
Mematuhi piagam pelanggan
sebagai satu kewajipan dalam
melaksanakan tugas
33
APLIKASI ETIKA KERJA DI
SEKOLAH DARI ASPEK
PRINSIP

Prinsip 5: Berdisiplin dan beradab


Guru menjaga kesopanan mereka
berdasarkan ajaran agama
Akur kepada Perintah-perintah Am
Kerajaan, Akta Pendidikan 1996, Aku
Janji dan Pekeliling Ikhtisas
Mematuhi prosedur yang telah
didokumentasikan seperti yang wujud
dalam sistem kualiti ISO 9001:2000
34
Aplikasi Etika Kerja KPM
dari
Aspek Nilai

Nilai 1: Amanah
Akauntabiliti guru terhadap pelajar, rakan
sejawat, ibu bapa, ahli masyarakat dan negara
Mengelakkan konflik kepentingan dalam
menjalankan tugas
Keterlibatan guru dengan aktiviti lain tidak
menjejaskan keberkesanan prestasi kerja
mereka
35
Aplikasi Etika Kerja KPM
dari
Aspek Nilai
Nilai 2: Benar
Menunaikan obligasi moral yang
tinggi dari perspektif categorical
imperative (universal dan tidak
bersyarat)
Melibatkan diri secara aktif dalam
program pemajuan staf
Mewujudkan organisasi pembelajaran
(learning organization)
36
Aplikasi Etika Kerja KPM
dari
Aspek Nilai
Nilai 3: Bijaksana
Tidak mencari jalan yang mudah untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar
Menunaikan tanggungjawab secara profesional

37
Aplikasi Etika Kerja
KPM dari
Aspek Nilai

Nilai 4: Bersyukur
Tidak akan menganggap cuti
sekolah yang dinikmati sebagai hak
Tidak menabur fitnah disebabkan
perasaan cemburu

38
Aplikasi Etika Kerja KPM
dari
Aspek Nilai

Nilai 5: Dedikasi
Mendidik merupakan satu
proses yang memakan masa
untuk melihat kesannya. Oleh
itu mereka seharusnya
bersabar dan tidak merungut

39
Aplikasi Etika Kerja
KPM dari
Aspek Nilai

Nilai 6: Ikhlas
Bersedia menerima teguran dan
kritikan dengan hati dan fikiran
yang terbuka
Pelajar yang akan membuat
penilaian terhadap prestasi kerja
guru

40
Aplikasi Etika Kerja KPM
dari
Aspek Nilai

Nilai 7: Penyayang
Menjadikan sekolah sebagai
sebuah keluarga besar yang
dipenuhi kemesraan
Menghormati jati diri setiap
pelajar

41
Soalan?