Anda di halaman 1dari 27

TASAWUR DAN

KOSMOLOGI
MASYARAKAT MELAYU
Tasawur masyarakat
Melayu
Apa itu tasawur?
Suatu gambaran atau tanggapan
akal pemikiran seseorang terhadap
sesuatu perkara.
Menurut Islam: sejahtera, suci,
aman, taat dan berserah diri.
Istilah: Patuh, tunduk, dan menyerah
diri kepada Allah SWT dengan ikhlas
bagi memperoleh kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup di dunia dan di
akhirat.
Konsep Tasawur
(pandangan semesta)
Secara umum, ia merupakan satu konsep
mengenai alam semesta secara
keseluruhan terutamanya dilihat melalui
satu sudut pandangan yang dipengaruhi
oleh satu sistem nilai yang tertentu.
Menurut sarjana barat, Albert Schweitzer,
pandangan semesta boleh ditafsirkan
sebagai the some total of thought which
a community or individual think about the
nature and purposed of the universe and
about the place and destiny of mankind
within the world.
Konsep tasawur
(pandangan semesta)
Menurut Syed Naquibb al-Attas,
pandangan semesta Islam
merangkumi dunia dan akhirat yang
mana aspek dunia merupakan
persediaan bagi aspek akhirat.
Oleh itu pandangan semesta dari
perspektif Islam ialah pandangan
tentang realiti atau hakikat yang
terjelma dari mata hati manusia
mengenai kewujudan seluruh alam.
KOSMOLOGI
MELAYU
Kosmologi adalah ilmu yang
mempelajari struktur dan
sejarah alam semesta
berskala besar. Secara
khusus, ilmu ini berhubungan
dengan asal mula dan evolusi
dari suatu subjek. Kosmologi
dipelajari dalam astronomi,
filosofi, dan agama.
DEFINISI
Kosmologi berasal dari cosmos yang
berarti alam semesta dan logos yang
bererti ilmu.
Kosmologi adalah ilmu yang mempelajari
alam semesta secara keseluruhan :
bentuk, ukuran, struktur, komposisi, serta
bagaimana perubahannya dari waktu ke
waktu atau evolusinya
Dari Kosmologi kemudian lahir Astronomi
yang merupakan bahagian penting dari
Kosmologi Modern.
Teori Kosmologi
Teori kosmologi berkaitan dengan:
Ukuran : berhingga atau tak berhingga.
Dinamika: mengembang, tetap, atau osilasi
Bentuk: alam semesta bola atau yang lain
Pusat : di bumi atau di matahari.
Oleh sebab itu muncul pemikiran tentang
pengamatan dan atau pengukuran sebagai
cara untuk membuktikan kebenaran.
Eksperimen teori kosmologi paling dekat
adalah pengamatan peredaran planet.
Pandangan kosmologi.
Evolusi pandangan semesta
masyarakat Melayu
Evolusi pandangan semesta
masyarakat Melayu boleh dilihat
melalui dua dimensi yang utama
iaitu zaman pra- Islam dan juga
setelah kedatangan Islam.
Semasa zaman pra-Islam terbahagi
kepada dua peringkat iaitu:
Sebelum kedatangan agama Hindu dan
Buddha
Kedatangan agama Hindu dan Buddha
MONUMEN DAN SUMBER BUKTI
i) Sebelum kedatangan agama
Hindu dan Buddha
Ketika ini, masyarakat Melayu
mempunyai kepercayaan primitif, iaitu
animisme dan dinamisme: yang
mempercayai bahawa setiap benda ada
jiwa, roh atau semangat yang
mempunyai perwatakan sendiri, sama
ada dapat membawa kesan baik atau
buruk.
Contoh : semangat padi, gua, pokok,
gunung, laut dsb.
i) Sebelum kedatangan agama
Hindu dan Buddha
Roh nenek moyang yang dinamakan
hyang (seerti poyang/ moyang)
dipercayai masih berada di kalangan
mereka dan mempunyai tenaga yang kuat
yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu
ia perlu ditenangkan melalui upacara
pemujaan dan penyembahan.
Pawang, Bomoh dan Dalang merupakan
peribadi perantara yang boleh
menghubungi hyang melalui pembacaan
jampi, serapah, penyajian dan sebagainya.
ii. Kedatangan agama Hindu
dan Buddha
Kedatangan agama Hindu dan Buddha
menyebabkan upacara agama lebih formal
dan tersusun. Namun, pengaruh itu tidak
benar- benar melibatkan keseluruhan
ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-
Buddha asli. (Perkara penting hanya
berkaitan selok-belok upacara agama)
Disamping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga
membesar-besarkan keagungan dewa-dewa
dan ini telah mempengaruhi kepercayaan
masyarakat Melayu.
ii. Kedatangan agama Hindu
dan Buddha
Pandangan
semesta yang
dipengaruhi oleh
agama baru ini
juga dapat dikesan
melalui karya-karya
Melayu tradisional
yang bercorak
mitos dan lagenda.
ii. Kedatangan agama Hindu
dan Buddha
Ini dipengaruhi
daripada ajaran kitab-
kitab suci agama Hindu
seperti Mahabrata,
Bhagavad Sita dan
Baratayudha.
Oleh itu aspek-aspek
yang dipentingkan ialah
kesenian, keindahan,
keromantisan,
kesedihan, keagungan
dan ketakjuban.
ii. Kedatangan agama Hindu
dan Buddha
Menurut pendapat Syed Naquibb,
kedatangan agama Hindu tidak
merubah pandangan semesta
masyarakat Melayu secara mutlak.
Apa yang jelas terlihat ialah kesan
pengaruh Hindu-Buddha hanya pada
lapisan di atas sahaja (golongan
bangsawan), tidak menyerap ke
segenap lapisan masyarakat Melayu.
ii. Kedatangan agama Hindu
dan Buddha
Kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu
seperti sistem kasta (lapisan masyarakat)
yang memisahkan antara golongan raja,
bangsawan dan rakyat jelata menular
masuk ke dalam sistem sosial
masyarakat Melayu.
Dari sinilah wujudnya sistem feudal
yang telah diamalkan dalam sistem
pantadbiran mana-mana kerajaan
Tamadun Melayu.
Sistem feudal masyarakat.
Sistem Kasta

Brahmin-pendidik

Ksatriya-
Pemerintah

Vaisya - Pedagang

Rakyat biasa

Sudra - Hamba
Kedatangan Islam
Pada awal abad ke-15, masyarakat
Melayu boleh disifatkan sebagai
menempuh era baru dengan kedatangan
Islam.
Islam telah mengubah bentuk
kepercayaan dan corak hidup mereka
juga pandangan semesta mereka.
Kepercayaan kepada dewa dan animisme
bertukar kepada kepercayaan kepada
Allah dan Rasul-Nya.
Antara elemen-elemen asas pandangan
semesta masyarakat Melayu ialah
i. Kepercayaan kepada Yang Maha Esa,
Pencipta, Pentadbir dan pemelihara Alam
Semesta.
ii. Konsep penghitungan dan pembalasan
yang muktamad di akhirat.
iii. Keyakinan kepada pembalasan yang baik
bagi amalan yang baik dan sebaliknya.
iv. Menghormati maruah dan martabat
manusia.
v. Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan
vi. Kehidupan yang pertengahan dan
seimbang antara jasmani, rohani dan akal.
Perubahan tasawur/kosmologi
masyarakat Melayu
masyarakat Melayu menyedari bahawa
seluruh hidup mereka terfokus kepada
Tuhan (God-centered). Oleh itu
masyarakat Melayu menyedari dan
meyakini bahawa Allah S.W.T. Maha
Berkuasa.
Sebagai kesannya, pandangan semesta
Melayu telah dibentuk berasaskan
habluminallah (berbuat baik kepada
Allah) dan habluminannas (berbuat baik
kepada manusia).
Setelah Islam telah bertapak kuat, ini tidak
bermakna kepercayaan animisme dan Hindu-
Buddha berjaya dikikis habis dalam kehidupan
masyarakat Melayu. Masih banyak tanda-tanda
yang menunjukkan masyarakat Melayu
terpengaruh dengan unsur-unsur sebelum
kedatangan Islam tanpa merosakkan aqidah
mereka.
Di atas keadaan itulah, maka pengaruh Islam
kepada pemikiran serta pandangan semesta
Tamadun Melayu boleh disifatkan sebagai;
a) arus perdana iaitu ajaran Islam yang sebenarnya
(main stream)
b) arus pinggiran seperti khurafat dan sebagainya
(marginal stream)
Kesimpulan
Secara keseluruhannya pandangan semesta
Tamadun Melayu telah melalui beberapa peringkat
evolusi. Malah jika diteliti dengan lebih mendalam,
zaman penjajahan, zaman menuntut kemerdekaan
serta zaman kontemporari juga telah
mempengaruhi pembentukan pandangan semesta
masyarakat Melayu.
Namun secara amnya, Islam sememangnya telah
berakar umbi dalam pemikiran serta pembentukan
pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun
unsur-unsur tradisi masih mempunyai pengaruh
yang besar dalam kehidupan seharian mereka.
SOALAN ESEI
1. Menyatakan tasawur dan kosmologi
secara kronologi bermula sebelum
kedatangan Islam sehinggalah pada
masakini.

Anda mungkin juga menyukai