Anda di halaman 1dari 7

PENGGOLONGAN

KATA
KATA SENDI
KATA SENDI
Kata sendi ialah kata yang digunakan
bersama dengan Frasa Nama untuk
menunjukkan perkaitan antara frasa nama
dengan kata-kata atau frasa-frasa lain
dalam ayat.
Kata sendi (KS) memerlukan frasa nama

(FN) untuk membentuk Frasa Sendi (FS)


supaya dapat bertugas sebagai Predikat
ayat.
sambungan
Kata sendi boleh terdiri daripada :
a) Bentuk Asal, misalnya akan, bagi, di, dari,
dengan, hingga, ke, oleh, pada, sejak,
seperti, tentang, dan untuk dan
sebagainya.
b) Bentuk Terbitan yang terhasil daripada
bukan kata sendi yang diberi imbuhan
seperti lainselain, lama selama,
panjang sepanjang, hadap terhadap,
dan sebagainya.
sambungan
Di antara kata sendi dengan frasa nama,
adakalanya kata nama arah seperti atas, bawah,
dalam, sisi, dan sebagainya disisipkan untuk
menunjukkan arah atau jurusan.
Setiap kata sendi mempunyai Fungsi yang
berlainan.
Formula tatabahasa : KS +FN=FS
Kata sendi dari digunakan untuk tempat dan masa.
Kata sendi daripada pula digunakan untuk hal-hal
lain, iaitu untuk orang, perbandingan, asal
kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan
keanggotaan.
sambungan
Kata sendi di boleh digunakan hanya untuk tempat.
Kata sendi pada pula digunakan untuk masa, orang,
binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Kata sendi ke digunakan hanya untuk arah, masa
dan benda konkrit tak bernyawa. Kata sendi kepada
pula digunakan untuk benda bernyawa dan benda
abstrak kecuali masa
Kata sendi yang harus digunakan selepas kata kerja
pasif yang berawalan ter-ialah oleh. Maka
penggunaan kata sendi dengan selepas kata kerja
pasif tertarik adalah salah. Kata sendi oleh mesti
diikuti oleh fasa nama sebab. Kata kerana yang
sebenarnya tergolong sebagai kata hubung tidak
boleh digunakan.
Soalan PT3
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu
keslahan tatabahasa. Garisi kesalahan tersebut
dan tulis jawapannya pada ruangan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

1. Saya baru menerima e-mel dari abang yang


sedang belajar di Australia.
___________________________
2. Janganlah kamu mengulang kaji pelajaran di saat-
saat akhir sahaja.
____________________________
3. Tolong hantar dokumen ini ke pengurus
perjawatan.
____________________________
sambungan

4. Perlawanan bola sepak itu ditunda oleh kerana hujan


lebat.
_________________________
5. Pada taman riadah iut, ada banyak orang yang berjoging
dan bersenam.
_________________________
6. Majalah Dewan Siswa yang terbaharu ada dengan Linda.
_________________________
7. Sebuah ambulans bergegas kepada tempat kemalangan
itu berlaku.
_________________________
8. Sasha menyerahkan borang permohonannya ke pegawai
itu.
_________________________
9. Pelancong-pelancong asing tertarik dengan budaya
rakyat Malaysia.
_________________________
10. Oleh kerana hujan lebat awal pagi tadi, ayah tidak

Anda mungkin juga menyukai