Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


JOHOR BAHRU, JOHOR.
GCI 1022 CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

BAB 4
I S U - I S U G LOB A L D A N K A I TAN N YA T E R H A D A P N E G A R A

Isu Keganasan Antarabangsa


TEO WOON CHUN
SOH YU XUAN

1PPISMP TESL (AMBILAN JUN 2014)


Definisi / Konsep

Apakah maksud keganasan?

Keganasan bermaksud perihal ganas,


kebuasan, kegarangan.

(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005)


Keganasan juga beerti penggunaan cara yang zalim dan ganas seperti:-
Pembunuhan Penculikan Pengeboman

Mereka membuat demikian untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak.
Faktor munculnya
keganasan antarabangsa

Sikap Lambang
Tamak Kemegahan
Perasaan
Marah

Faktor/ Punca
DIKAWAL OLEH SIKAP
TAMAK
Jika seseorang dikawal oleh sikap tamaknya, maka dia akan
membuat apa-apa saja untuk mendapatkan benda yang dia ingin dapati
seperti wang, status, kedudukan dan sebagainya. Seseorang itu tidak
peduli kesan terhadap perbuatannya kerana sikap tamak telah membuta
matanya. Dia tidak dapat membezakan yang mana intan, yang mana
kaca. Oleh itu, keganasan masyarakat juga akan berlaku untuk mencapai
matlamat orang yang tamak. Mereka tidak peduli akan kesan
keganasan yang akan berlaku nanti.
TERLALU MENGIKUT
PERASAAN MARAH
Setiap orang mempunyai perasaan marah. Sekiranya kita
tidak dapat mengawal perasaan diri sendiri, perasaan
tersebut akan membawa segala kebinasaan kepada semua
benda sekeliling kita. Kalau kemarahan menguasai orang
yang ramai, maka kebinasaan yang akan dibawa akan
lebih besar dan serius. Oleh itu, perasaan marah
membawa peperangan yang memusnahkan orang yang
ramai.
LAMBANG
KEMEGAHAN
Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada
seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang
kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa
saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh,
Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas
dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah
tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada
peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara
mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.
CO N T O H
AN A S AN
KEG
Peristiwa 11 September 2001
Disebabkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya yang menindas Islam dan mencabuli kedaulatan Negara-
Negara Islam.
Contoh: Iraq dan Afghanistan
Pencabulan hak penduduk Palestin oleh Yahudi dibiarkan oleh Amerika Syarikat.

PENGENALAN TERHADAP PERISTIWA 911


Berlaku di World Trade Center (WTC) dan Pentagon di Washington.
3201 mangsa mati dan 6291 mangsa tercedera.
Pengganas telah menculik 4 kapal terbang Amerika Syarikat.
4 kapal terbang tersebut terdiri daripada Boston, Newark dan Washington, DC ke San Francisco dan Los
Angeles.
Dalam proses penculikan, penculik menggunakan senjata untuk mencederakan dan membunuh juruterbang
dan pesawat.
KESAN
POLITIK
EKONOMI
AGAMA ISLAM
SOSIAL
POLITIK
Membantutkan pemulihan sistem dan struktur politik Negara tersebut.

CONTOH:
Afghanistan
-- Kejatuhan pro-Rusia pimpinan Naji Bullah menyebabkannya kucar-kacir kerana
ketiadaan pemerintahan berpusat.
-- dibahagi-bahagikan dan ditadbir oleh panglima perang.

IRAQ
-- Pilihanraya dan kerajaan baru Iraq tergugat akibat tindakan kekerasan oleh pejuang
terutamanya pengeboman berani mati dan peperangan gerila Bandar.
EKONOMI
Ekonomi Negara merosot.

CONTOH:
Pelabur tidak berani melabur di Negara yang mengalami isu
keganasan antarabangsa.
Harga saham seluruh dunia jatuh akibat serangan pengganas
terhadap Amerika Syarikat.
Hal ini juga menjejaskan ekonomi seluruh dunia.
AGAMA ISLAM
Islam melalui seruan jihadnya dianggap sebagai punca
radikalisme.
Media massa Barat sentiasa merundingkan keganasan
yang didalangi oleh Islam.
Menjejaskan kredibiliti agama Islam di mata dunia.
SOSIAL
Penduduk hidup dalam kebimbangan dan ketakutan.
Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.
Mungkin diragut nyawa oleh askar-askar musuh tanpa
menyedari kesalahannya sedangkan dia tidak bersalah.
Hidup bersembunyi dan tidak tetap.
CARA MENGATASI ISU
KEGANASAN ANTARABANGSA
PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

KERJASAMA ANTARABANGSA

PERKONGSIAN PINTAR
PENGUATKUASA UNDANG-
UNDANG
Pihak tentera harus sentiasa berwaspada dan benrtindak dengan cepat
terhadap keganasan walaupun keganasan yang kecil.
Hal ini demikian kerana, keganasan akan merebak sehingga hilang
kawalan jika tidak adanya tindakan awal.
Hukuman keras harus dikenakan terhadap sesiapa yang mencetuskan
rusuhan dan menunjukkan perasaan.
Kerajaan harus menggubal undang-undang khas terhadap pengganas.
Contoh: Malayasia boleh mengambil tindakan segera terhadap mana-
mana pihak yang mengancam keselamatan Negara dengan mempunyai
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
KERJASAMA ANTARABANGSA
Semua Negara perlu berganding bahu untuk membanteras keganasan
terutamanya keganasan yang merangkumi antarabangsa.
Pertukaran maklumat tentang kegiatan keganasan harus dijalankan
oleh jabatan perisikan Negara-Negara.
Latihan bersama pihak polis dan pihak tentera harus digiatkan oleh
Negara-Negara yang terlibat.
Aliran wang kumpulan pengganas boleh disekat oleh Negara-Negara
di dunia.
PERKONGSIAN PINTAR
Proses mewujudkan suasana menang-menang antara pihak yang
berinteraksi.
Pihak yang mempunyai kekuatan membantu pihak yang lemah.
Sifat saling mempercayai diwujudkan.
Ukwah dieratkan pengurangan persaingan.
INFO EXTRA
Kejadian kehilangan kapal terbang MH370 disyaki merupakan
penculikan kapal terbang oleh pengganas akibat isu keganasan
antarabangsa. Pengeboman MH17 juga disyaki bahawa mungkin
diserang secara sengaja. Walaupun terdapat penerangan bahawa
MH17 diserang disebabkan salah faham tetapi ini juga
merupakan akibat isu keganasan antarabangsa. Jika tidak
berlakunya isu keganasan antarabangsa, maka kejadian-kejadian
tersebut tidak akan berlaku sedangkan ia tidak berdosa.
KESIMPULAN
Isu keganasan antarabangsa merupakan kesan tindakbalas yang
diambil secara kekerasan dan kekejaman akibat penindasan yang
dilakukan oleh sekumpulan Negara atau pemimpin. Isu-isu ini
menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa terkorban. Oleh
itu, pemimpin-pemimpin Negara haruslah bertindak wajar dan
berfikir secara waras sebelum mengambil sesuatu tindakan yang
boleh mengancam nyawa seluruh Negara.
SEKIAN, TERIMA KASIH