Anda di halaman 1dari 15

SEJARAH BSMM

Pengasas Persatuan Palang Merah ialah seorang ahli


perniagaan bernama Jean Henry Dunant (1828-1910)
SEJARAH BSMM
Idea penubuhan organisasi ini lahir daripada perasaan
sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali
dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun
1959.

Dalam perang tersebut, Lebih 40,000 tentera dan orang


awal cedera dan terkorban. Atas kesedaran ini, beliau telah
menulis sebuah buku kenangan yang berkisar kepada
pengalamannya semasa membantu mangsa perang.

Tajuk buku tersebut ialah: A Memory of Solferino' . Buku


tersebut telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua
ketua-ketua negara di Eropah.

Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah


Antarabangsa (ICRC) dibentuk.
JAWATANKUASA AWAL PALANG
MERAH
MEMORIAL HENRY DUNANT DI
HEIDEN, SWITZERLAND
7 PRINSIP ASAS
Kemanusiaan Sukarela
(Humanity) (Voluntary
Service)

Kesaksamaan Bersatu
(Impartiality) (Unity)

Berkecuali
Kesejagatan
(Universality)
(Neutrality)

Kebebasan
(Independence)
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH
KEMANUSIAAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa
diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan
kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan, serta hormat-
menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di
kalangan manusia.

KESAKSAMAAN
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah
meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

KEBERKECUALIAN
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang
bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.

KEBEBASAN
Walaupun berupa badan sokongan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara,
Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

KHIDMAT SUKARELA
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan untuk mencari untung.

BERSATU
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka
kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai
taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
SEJARAH PBSM DI MALAYSIA
PENDAHULUAN

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka.
Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of
the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa
kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia
dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang
demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah
diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan
pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu
permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan
Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia


Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu
cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan
Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah
Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.
AKTA PERTUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia adahalh ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut :

1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah
di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal
dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment
(Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah
diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang
Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.

3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of
Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of
Malaysia, Act 162).
LOGO PBSM
LAGU BSMM
BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA
GIAT BERJASA UNTUK NEGARA
TIDAK KIRA KAUM DAN AGAMA
WAKTU AMAN ATAU BAHAYA

DI MANA JUA ADANYA SENGSARA


DI SAMA ADA KITA
DI DARAT DAN LAUT KITA BERSEDIA
WALAUPUN DIANCAM BAHAYA

BULAN SABIT MERAH


GERAKAN SEDUNIA
MEMBANTU SEMUA YANG MENDERITA
BADAN SUKARELA BERKHIDMAT
DENGAN TABAH DAN BERSEMANGAT
PAKAIAN SERAGAM

PAKAIAN AKTIVITI PAKAIAN RASMI


SUKATAN PELAJARAN PBSM DI
SKTSG

BALUTAN LUKA/DRESSING
KEMAHIRAN KAIN ANDUH
CPR
KAWAD ASAS
Ikrar bulan sebit merah

BAHAWA KAMI,
ALHI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI,
AKAN TAAT TUHAN,
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG DIPERTUAN,
NEGERI KAMI,
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA,
BERDASARKAN KEPADA PRISIP PALANG MERAH,
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
KAMANUSIAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIMATAN SUKARELA
KETANGGALAN
KESEJAGATAN

Anda mungkin juga menyukai