Anda di halaman 1dari 37

Guru dan Cabaran Semasa (3093E)

Pendemokrasian Dalam Pendidikan


Tonggak Pendidikan UNESCO
Pensyarah : Cik Sefiah Abdul Kahar

Disediakan Oleh :
Shaidathul Aqma Samsul
Definisi Pendemokrasian Pendidikan

Usaha Pendemokrasian dalam


Pendidikan

Tonggak Pendidikan UNESCO


Item

Isu dan cabaran semasa

Perbincangan

Kesimpulan
Definisi Pendemokrasian Pendidikan

Dewey (1996), penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi
memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai
agen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup mereka.
Kiyau (1981), kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana
melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar,
melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan
ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos
persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan
kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang
sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.
Ringkasan Definisi Pendemokrasian Pendidikan

Elemen penting dalam membangunkan pendidikan di Malaysia.


Konsep-Menjamin keadilan untuk semua pihak mendapatkan pendidikan
yang sama rata dengan orang lain.
Meliputi hak individu memilih jenis sekolah yang difikirkan sesuai untuk
menuntut ilmu tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan,
jantina, kaum, agama atau latar belakangnya.
Satu strategi untuk mencapai misi pendidikan Negara iaitu
mendedahkan masyarakat kepada peluang yang luas bagi memperolehi
pendidikan pada semua peringkat.
Usaha Pendemokrasian dalam Pendidikan

Sekolah satu Aliran Pendidikan Rendah Pendidikan Menengah

Sekolah Berasrama Sekolah Bestari Pendidikan Khas

Bantuan & Peruntukan Pendidikan Tinggi Tenaga Pengajar Terlatih

Dasar Liberalisasi Pendidikan

Aktiviti Budaya Sekolah


Sekolah satu aliran
Menggunakan 1 bahasa pengantar yang sama.

Sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantara paling berkesan bagi


mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Melalui sekolah satu aliran, murid
kaum lain masih boleh mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping
membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan
integrasi nasional menerusi pendidikan. - Prof Datuk Dr Kamaruddin-

Melalui sekolah 1 aliran,pendemokrasian bukan sahaja dapat dilihat dengan


menggunakan satu bahasa pengantar sahaja,malah murid pelbagai kaum berhak
mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
Pendemokrasian jelas dilihat melalui usaha KPM memberi hak kaum-kaum lain
mempelajari bahasa ibunda masing-masing walaupun berada di sekolah 1
aliran.
Pendidikan Rendah

Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama untuk semua orang


mendapatkan pendidikan.

Pendidikan percuma telah diberikan kepada semua kanak-kanak mulai tahun


1962. Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan
penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah Akta
Pelajaran 1961.
Pendidikan Menengah
Peluang untuk mendapatkan pendidikan telah diberikan kepada semua lapisan
masyarakat tanpa mengira kelas sosial, etnik, dan gender sekurang-kurang
sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga.

Mulai 1999, peluang bagi semua pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah
diperluaskan. Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk
naik ke tingkatan empat.

Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke


tingkatan lima.

Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik mereka boleh meneruskan
persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4.
Sekolah Berasrama

Salah satu bentuk bantuan ialah dengan penubuhan sekolah-sekolah


berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu
berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos
yang banyak.

Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak
dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan .
Sekolah Bestari

Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara
bestari bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin
mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar
dan gaya pembelajaran yang berlainan.

Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan


terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.
Pendidikan Khas

Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian


rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa.

Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun


kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan
pendidikan.

Untuk tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas


bagi memenuhi keperluan golongan tersebut mendapatkan pendidikan.
Bantuan & Peruntukan
Pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang kebanyakannya datang dari
luar bandar, latar belakang ekonomi keluarga rendah telah diberikan biasiswa
kecil atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan mereka.

Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang
pendapatan ibu bapanya rendah.

Kemudahankemudahan yang disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada


masyarakat desa tetapi layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar
miskin di bandar.

Contoh lain : RMT, Skim Baucar Tuisyen


Tenaga Pengajar Terlatih

Institut perguruan mengeluarkan guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-


guru pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan
khas.

Setiap sekolah akan mendapat guru yang terdiri daripada pelbagai opsyen
yang akan memenuhi permintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran
yang tertentu walaupun sekolah tersebut terletak di kawasan pedalaman.
Pendidikan Tinggi

Pewujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengembangan


skop penawaran pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di institut tinggi
awam(IPTA) dan institut tinggi swasta(IPTS) merupakan usaha yang sesuai
bagi menggalakkan lagi pendemokrasian pendidikan dan peluang pendidikan
hingga ke peringkat tinggi.

Dasar Liberalisasi Pendidikan

Menggalakkan pengajian berkembar dengan institusi luar negara bagi kolej


swasta berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Aktiviti Budaya Sekolah

Aktiviti budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti menyanyikan lagu


kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama dalam
perhimpunan sekolah, membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari sukan,
mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap pagi hari persekolahan.

Pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan pelajar


sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah.
Definisi Integrasi Nasional

Proses penyatuan antara kumpulan yang berbeza dari segi latar


belakang, status sosial untuk membentuk satu entiti yang mempunyai
pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama,
perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum.
Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri
dalam Malaysia.
Membentuk 1 bangsa Malaysia yg mempunyai identitinya sendiri
berteraskan perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara.
Tonggak Pendidikan United Nations
Educational, Scientific and Cultural
Organization ( UNESCO )
Pengenalan UNESCO

UNESCO merupakan sebuah Pertubuhan Pendidikan, Sains


dan Kebudayaan PBB.

Ia juga dikenali sebagai United Nation Educational, Scientific and


Cultural Organization dalam Bahasa Inggeris.

Adalah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.

UNESCO telah ditubuhkan pada tahun 1945.


Pengenalan UNESCO
Tujuan penubuhannya adalah untuk:
- Menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan.
- mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang
pendidikan, sains dan kebudayaan.

Sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO.

Organisasi ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan


beberapa institusi diseluruh dunia.
1) Belajar untuk menguasai ilmu
)Merupakan faktor pembelajaran utama.

)Manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka


supaya dapat memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta
berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam proses menimba ilmu, guru berperanan menyampaikan ilmu kepada
murid. ini merupakan cabaran kepada guru untuk memastikan ilmu dapat
dikuasai oleh murid.

guru harus mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat


dengan mengemas kini pengetahun mereka agar murid pengetahuan murid
setanding dengan orang lain dalam dunia teknologi tinggi.
2) Belajar untuk menguasai kemahiran

Pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran untuk


diaplikasikan dalam alam kerja kelak.

Perlu asah pelajar supaya boleh jadi agen perubahan.

Harus dapat membentuk kompetensi peribadi pelajar berasaskan


suatu gagasan pengetahuan teoretikal dan praktikal serta
digabungkan dengan kemahiran-kemahiran dalam penyelesaian
masalah, membuat keputusan, inovatif dan berpasukan.
Pendidikan seharusnya dapat menyediakan peluang
kepada pelajar untuk menguasai kemahiran interpersonal di
samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang
pekerjaan.

3) Belajar untuk menjadi insan berguna

Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan secara


menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetika berpadanan
dengan saranan yang diusulkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu melahirkan individu seimbang.
Perlu terima pendidikan dari awal kanak-kanak hingga remaja agar dapat
berfikir secara kritis, berdikari dan buat keputusan tehadap tindakan dalam
hidupnya.
Kurikulum di Malaysia : membantu perkembangan potensi murid secara
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial(JERIS).
Aktiviti Ko-kurikulum
4) Belajar untuk harmoni dan kerjasama

Pendidikan di semua negara memainkan peranan dalam


menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya
rakyat dapat hidup aman dan harmoni.

Cabaran ini agak sukar kerana setiap individu / kelompok


sentiasa berasa mereka lebih berkuasa sehingga sehingga
timbul syak wasangka terhadap orang lain.

Pelajar perlu didedahkan dengan kepelbagaian budaya rakyat


negara lain dan kesedaran tentang saling memahami dan
memerlukan.
Program Anak Angkat
Apakah Peranan Guru Dalam Mencapai Tonggak
Pendidikan Tersebut ?
Aktiviti berkumpulan

Bagaimana pendemokrasian
dalam pendidikan dapat
mewujudkan Integrasi Nasional?
Kesimpulan

Negara yang mempunyai rakyat yang pelbagai budaya memerlukan


penstrukturan dan perancangan rapi terhadap sistem pendidikan khususnya
agar aspek seperti kualiti guru, bahan kurikulum, kaedah pengajaran,
persediaan pelajar, kemudahan asas dan penglibatan masyarakat diambil kira
sebagai penyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan.
Rujukan

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah
A.Majid. (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn.Bhd.

Noraini Johari. (2015). Pendemokrasian Pendidikan. Dicapai pada 17 Januari 2017


daripada http://umminaa.blogspot.my/2015/03/pendemokrasian- pendidikan.html

Tang P.L (2015). Kepentingan Pendemokrasian Pendidikan. Dicapai pada 17


Januari 2017 daripada http://
pltangedu3093.blogspot.my/2015/03/pendemokrasian-pendidikan-
kepentingan.html
Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai