Anda di halaman 1dari 12

BURUNG TERBANG

DIPIPIS LADA
MUHD HAFIZ SYAHMI BIN MOHD HARUN
MUHD SYAFIQ FIRDAUS BIN MOHD NORMAN
KATA PENGANTAR DARI KAMI

Uvuvwevwevwe Onyetenyevwe Ugwemubwen Ossas


SINOPSIS
Raja Siam mendapat tahu tentang negeri Melaka sebagai sebuah negara yang kuat dan tidak pernah
dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah
meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya.
Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka.
Berita Siam hendak menyerang Melaka diketahui oleh Sultan Muzaffar. Baginda menitahkan semua
rakyat lelaki dihimpunkan di Melaka. Tun Perak dari Kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang
bersama-sama dengan keluarga mereka. Tujuannya supaya mereka berperang dengan bersungguh-
sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun
Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
Ada seorang orang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan mengadu kepada Sultan bahawa Tun Perak
menganiayainya. Sultan menitahkan Tun Perak supaya mengadap. Tun Perak berkata dia bertugas
untuk negara dan tahu tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun Perak meminta sultan
memecatnya jika percaya akan fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan jawaban Tun
Perak lalu melantiknya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak
setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.
Apabila ada dua orang pembesar, rakyat Melaka berpecah dua. Sebahagian
berpihak kepada Paduka Raja dan sebahagian berpihak kepada Seri Nara Diraja.
Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermuafakat hingga boleh
membinasakan negara. Sultan berdukacita dan bercadang mendamaikan mereka
berdua.
Sultan telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja
iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun
Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak
dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri
Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah tersebut iaitu
Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Mada di Majapahit
dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.
Siam menyerang Melaka sekali lagi di bawah pimpinan Awi Dicu. Paduka Raja
mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang Siam. Seri Bija Diraja telah
mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah sampai
berhampiran Batu Pahat. Tun Umar yang menaiki perahu bertindak melanggar
banyak perahu Siam hingga Siam kalah. Tindakan Tun Umar itu menyebabkan
tentera Siam berasa sangat hairan.
Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya dinyalakan api pada
pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api. Cahaya api itu menggambarkan
seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai.
Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke
Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah
persalinan baru. Di Siam, Paduka Bubunnya sangat marah. Anaknya Cau
Pandan bermohon untuk untuk menyerang Melaka dan dilengkapkan dengan
pelbagai kelengkapan serta perahu yang sangat banyak bilangannya.
Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang
warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Tuan
Sidi Arab menghalakan panahnya ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan
akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah
lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh
anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda
berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.
TEMA
- Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.
- Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri
dan anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian
untuk mengalahkan Siam.
PERSOALAN
1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar menggunakan
strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja.

2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara - Contohnya,


perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah
dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.

3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap sedia
dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.

4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi
hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari
Melaka.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Tun Perak:
- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.
- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.
- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula.
- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.
- berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengkita dengan Seri Nara diraja.

2. Sultan Muzaffar Syah:


- mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk
memakmurkan Melaka.
- perihatin - meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.
- bijaksana - mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.
- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak
menceritakan keadaan yang sebenarnya.
- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan.
LATAR
1. Latar tempat:
- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.

2. Latar masa:
- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42 tahun
dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan
gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
NILAI
1. kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada
waktu malam hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan
menakutkan askar Siam.
2. baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan
dengan sepasang persalinan.
3. bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk
mengalahkan askar Siam.
4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas
untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
5. keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya
hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.
PENGAJARAN

Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara.


Contohnya, Tun perak dan tenteranya berani menentang tentera Siam
yang bilangannya begitu ramai demi melindungi Melaka.
Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan.
Contohnya, Sultan Muzzafar Shah bijaksana dalam menyelesaikan konflik
antara Seri Nara diraja dengan Paduka Raja , iaitu dengan mengahwinkan
Seri Nara dengan Tunku Kudu.
Kita mestilah ikhlas apablia melakukan sesuatu perbuatan. Contonhya, Sri
Nara Diraja ikhlas menyokong perlantikan Paduka Raja sebagai
Bendahara Melaka.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai