Anda di halaman 1dari 35

LIBERALISME PEROSAK

AGAMA, BANGSA DAN


NEGARA
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan


kepada sidang jemaah sekalian, marilah sama-
sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah
(s.w.t) dengan sebenar-benar takwa dengan
melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi
segala larangannya. Sebelum meneruskan
khutbah, saya ingin berpesan kepada
sidang jumaat sekalian agar menumpukan
perhatian terhadap khutbah yang bakal
disampaikan.
Mudah-mudahan kita sentiasa berada di
dalam rahmat serta mendapat perlindungan
Allah (s.w.t) di dunia mahupun di akhirat.
Mimbar pada hari ini akan membicarakan
Khutbah yang bertajuk
Liberalisme Perosak Agama, Bangsa dan
Negara.
Sidang jumaat yang dimuliakan,

Islam adalah agama tauhid dan ajaran kepatuhan


kepada Allah (s.w.t) dan rasulNya, islam agama
yang mengajarkan kebenaran dan kebaikkan
kepada umat manusia. Islam secara khusus
bermakna menyeru diri kepada Allah (s.w.t),
namun hakikat maknanya yang lebih luas juga
mencakupi segala bentuk nilai kebaikkan.
Maka ia tentu juga mencakupi nilai kebebasan
iaitu kebebasan dalam makna lebih sesuai dan
benar menurut ukurannya (ukuran islam), bukan
kebebasan dalam makna yang tanpa batas,
kerana kebebasan yang tanpa batas tidak sesuai
kepada makhluk apatah lagi bersifat hamba
kepada penciptanya. Kebebasan secara
mutlak hanya sesuai kepada Tuhan yang
Maha Berkuasa.
Kebebasan menurut islam adalah memilih sesuatu
selama mana pilihan tersebut masih berada
dalam ruang lingkup kebenaran syara iaitu
kebenaran yang dikehendaki oleh Allah (s.w.t)
sebagaimana yang terkandung di dalam Al-Quran
dan As-Sunnah. Kebebasan memilih jalan hidup,
selama mana tidak memilih perkara yang
dilarang. Pada dasarnya, umat islam diberi hak
dasar berupa kebebasan dalam memilih jalan
hidup masing-masing, dengan pedoman wahyu
atas keterbatasan akal.
Firman Allah (s.w.t) dalam Surah Al-Maidah
ayat 3:

Bermaksud:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu
agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu
menjadi Agama untuk kamu
Sidang hadirin yang berbahagia,

Antara fahaman yang berbahaya dalam kalangan


umat islam sekarang ini adalah fahaman
liberalisme. Fahaman liberalisme adalah satu
fahaman yang menuntut kebebasan berfikir dan
bertindak serta menolak prinsip berpegang
kepada kebenaran berpandukan agama serta
mengambil jalan mudah dalam beragama.
Melalui fahaman liberal ini, fikiran umat islam
diadun dengan acuan kebebasan tanpa batas iaitu
bebas melakukan apa sahaja tanpa sekatan dan
kongkongan agama atau diskriminasi peraturan
mahupun undang-undang yang dianggap sebagai
menyekat kebebasan asasi. Sekiranya disekat,
dihalang atau didakwa, maka golongan ini dengan
pantas mencanang satu dunia bahawa hak
kebebasan mereka telah dicabut.
Pejuang fahaman liberal juga mendakwa bahawa
agama islam mengikat, jumud, membataskan
kemajuan. Fahaman ini jelas berlawanan dengan
apa yang diturunkan oleh Allah (s.w.t) yang Maha
Mengetahui, lengkap meliputi peraturan, undang-
undang yang mengatur kehidupan manusia dalam
semua aspek untuk kesejahteraan hidup manusia.
Firman Allah (s.w.t) dalam Surah Ali-Imran
ayat 83:

Bermaksud:
Patutkah sesudah (mengakui dan menerima
perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?
padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk
yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan
sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah
mereka dikembalikan.
Saudara kaum muslimin yang dimuliakan,
Baru-baru ini, kita sekali lagi digemparkan
dengan isu Saturday Reformist Jumaah.
Kumpulan ini telah membuat kenyatan berunsur
provokatif kononnya mahu mengubah fahaman
agama yang sudah sekalian lama diyakini.
Mereka kononnya mahu solat jumaat diubah
kepada hari sabtu. Gerakan ini dilakukan di UK
(United Kingdom) dengan alasan untuk
memudahkan orang awam bersolat kerana hari
jumaat hari bekerja. Benih-benih pemikiran
liberal yang membimbangkan inilah mula
menjalar dalam masyarakat islam dunia mahupun
di malaysia khususnya.
Sebagai seorang islam, hak asasi bukan lesen
untuk kebebasan mutlak. Hak asasi masih terikat
dengan agama, peraturan dan undang-undang.
Hak asasi laungan liberal adalah hak asasi
menurut nafsu yang berselindung dibawah
konsep hak asasi.
Menurut nafsu adalah kegagalan. Nafsu tidak
mahu dibataskan dan tidak pernah puas. Nafsu
juga tidak mahu tunduk kepada sebarang
peraturan dan undang-undang termasuk hukum
islam melainkan nafsu yang berjaya dididik
menurut dan patuh kepada perintah Allah (s.w.t)
dan Rasulullah (s.a.w).
Firman Allah (s.w.t) dalam Surah Yusuf ayat 53:

Bermaksud:
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku,
Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh
melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah
diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia
dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Amat
Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Hadirin yang berbahagia,

Didalam islam, hukum hakam dibina


dengan matlamat yang penting untuk
kehidupan manusia iaitu menjaga agama,
nyawa, akal, harta, keturunan, dan
maruah.
Tiada sesuatu hukum dan undang-undang islam
pun yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis
melainkan semua itu demi menjaga semua
5 Maqasid tersebut. Keyakinan kita sebagai
umat islam, semua perintah Allah dan Rasul
terkandung di dalamnya kebaikkan, manakala
semua larangan Allah dan Rasul terkandung
di dalamnya keburukkan.
Kemampuan manusia membezakan kebenaran
sangatlah terbatas. Bergantung dengan logik akal
dalam semua perkara adalah kesilapan besar
menjurus kepada kesesatan. Terlalu banyak
contoh yang boleh menjadi panduan bahawa akal
manusia sangat terbatas. Keterbatasan
membezakan antara hak dan keinginan,
kebenaran dan kebatilan, maka manusia
memerlukan panduan dan peraturan dari wahyu
yang diturunkan Allah Maha Pencipta kepada
manusia.
Kumpulan liberal juga seringkali cuba
mengelirukan masyarakat islam dengan menolak
autoriti dalam agama. Menurut mereka, semua
orang berhak berbicara tentang islam dan
amalannya, semua orang berhak membuat
tafsiran memahami agama, semua orang berhak
menentukan cara hidup tanpa perlu terikat
dengan panduan agama yang digariskan Para
Ulama. Menurut mereka, Ulama ibarat candu
dalam masyarakat yang diterima oleh umat islam.
Hilang autoriti bermakna menghilangkan hak ke
atas sesuatu bidang kepakaran.
Apakah kumpulan liberal juga menolak perkara
dalam bidang-bidang lain? Ternyata
jawapannya tidak. Ini menunjukkan agenda
pembohongan mereka lebih tertumpu untuk
meruntuhkan fahaman dan amalan islam yang
diajarkan oleh para ulama. Meruntuhkan autoriti
Ulama membuka ruang kesesatan yang lebih
luas. Inilah tipu daya iblis laknatullah
sepertimana janjinya yang disebut Allah (s.w.t)
dalam surah Al-Hijr ayat 39:
Bermaksud:
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! kerana Engkau
telah menjadikan daku sesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan segala
jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia
ini, dan aku akan menyesatkan mereka
semuanya.
Bermaksud:
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! kerana Engkau
telah menjadikan daku sesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan segala
jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia
ini, dan aku akan menyesatkan mereka
semuanya.
Sidang Jemaah yang dirahmati,
Mengakhiri khutbah jumaat pada hari ini, mimbar
menyeru agar umat islam kembali kepada
petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah disamping
menghormati dan merujuk Ulama-Ulama yang
mutabar. Dalam pada itu juga, umat islam
diingatkan agar tidak terpedaya dengan
pemikiran liberalisme yang boleh merosakkan
islam secara dalam. Apa yang penting bagi kita
ialah untuk menghayati islam dan mematuhi
perintah Allah (s.w.t).
Kita perlu melihat ajaran islam secara
menyeluruh kepada semua aspek agama ini. Kita
juga perlu mempelajari hukum hakam agama ini
dengan melihat kepada semua nas Al-Quran dan
hadis-hadis Rasulullah (s.a.w). Bukan dengan
hanya membaca beberapa ayat dan melihat
beberapa hadis, lalu kita sudah membuat
kesimpulan yang bertentangan roh dan matlamat
agama ini seluruhnya.
Kita perlu menyedari dan tidak terikut-ikut
ajaran dan pemikiran yang lain. Semoga
kita dilindungi oleh Allah (s.w.t) daripada
sebarang anasir-anasir yang boleh
menganggu gugat umat islam dalam
menegakkan syariat islam dimuka bumi
Allah ini.
Bermaksud :

Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat


(memberi segala penghormatan dan kebaikan)
kepada nabi (Muhamad SAW), wahai orang-orang
yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan
yang sepenuhnya.
(Surah Al Ahzab, ayat 56)
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru marilah sama sama kita


menunaikan solat solat fardhu secara berjemaah.
Sesungguhnya solat secara berjemaah itu adalah
lebih baik daripada solat secara bersendirian
seperti mana sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud:

Daripada Abdullah bin Umar RA, telah menceritakan


bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Solat berjemaah lebih utama dua puluh tujuh
bahagian daripada solat sendirian.
(muttafaq alaih)
Sabda Rasulullah SAW

Bermaksud:

Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung


dalam Solat Al-atamah " " yakni solat Isya dan
Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun
dengan merangkak.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk
melaksanakan ibadah zakat sebagaimana yang
telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup
hambaMu yang melaksanakan tuntutan
zakat dan para pewakaf yang telah
menginfaqkan harta mereka ke jalanMu.
Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah
golongan fuqarak dan masakin daripada kekufuran
dan kefakiran yang berpanjangan.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan
hidayahMu terhadap Raja kami, Duli yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur Lah dan
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara
Salim serta kerabat diraja
dan seluruh rakyat jelata sekalian.