Anda di halaman 1dari 9

APA ITU

ISLAMOPHOBIA?
Merupakan satu bentuk NEOLIGISME yang merujuk
kepada diskriminasi atau prejudis terhadap orang islam
dan agama islam.
Juga bermaksud ketakutan yang berlebih-lebihan kepada
islam akan tetapi ia digunakan untuk menunjukkan sikap
berat sebelah dan prasangka buruk terhadap orang islam.
Istilah islamophobia dicipta di Britain pada tahun 1996 oleh
Suruhanjaya Britain berkenaan isu muslim di britain waktu
itu.
Istilah ini mula dibangkitkan dan digunapakai selepas
berlakunya tragedi 11 september 2003.
ISLAMOPHOBIA DI EROPAH

Selepas rakyat Switzerland mengundi untuk mengharamkan


pembinaan menara masjid di negara Eropah itu, sentimen
Islamofobia di negara-negara lain di Eropah mula
menunjukkan wajahnya.
Dunia Islam dikejutkan oleh Wilders yang terlibat dalam
pembikinan filem anti-Islam berjudul Fitna, yang memfitnah
Islam dengan pelbagai tohmahan tidak berasas. Wilders tidak
berhenti dengan filem Fitna dan sedang meneruskan agenda
anti-Islamnya.
FAKTOR-FAKTOR

Kekurangan maklumat benar dan tepat tentang agama islam.


Globalisasi dan keupayaan komunikasi yang berpunca
daripada peningkatan dan pencapaian dalam teknologi.
Peranan efektif yang dimainkan oleh negara-negara islam
selaras peningkatan penggunaan minyak di seluruh dunia.
Rejim-rejim pemerintahan kuku besi di negara-negara islam.
AKIBAT ISLAMOPHOBIA

Mula bersifat pesimis pada Islam dan penganutnya. Non-


muslim dimomokkan dengan Islam sebagai terrorism,hukum
hudud sebagai hukuman yang kejam dan bercanggah dengan
hak asasi dan humanisme, dan sebagainya.
Bimbang untuk membicarakan soal jihad dan perang qital
yang berlaku diPalestine,Iraq,Iran dan sebagainya,lantas
berdiam diri membisu lisan untuk berbicara tentang isu umat
Islam lain.
Umat Islam tidak memahami Islam lantas mereka malu dan
jengkel untuk mengakui hakikat Islam yang sebenar dan
melaksanakan syiar Islam di khalayak ramai.
Takut dan bimbang untuk berbicara tentang Islam dan
akhirnya mereka hanyut dengan manhaj Freemasonry yang
tidak mereka sedari merungkai mereka dari ikatan Islam.
PENYELESAIAN

Dilakukan secara diplomasi dan bukan dilakukan dengan


tindak balas yang boleh menyebabkan islam itu semakin lebih
dikenali sebagai agama yang ekstrim dan radikal.
Bersuara untuk menjustifikasikan kebenaran yang sebenar
supaya kebencian dan kejahilan mereka itu dapat dikalahkan.
Memperkenalkan kepada masyarakat umum tentang agama
islam dan peranan para cendekiawan islam melakukan
penjelasan dalam bidang ini.
Semangat cintakan perdamaian,saling bertolak ansur sesama
manusia dan saling kasih mengasihani mestilah dipupuk
dalam jiwa masyarakat islam.
konvensyen antarabangsa secara besar-besaran anjuran
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) diadakan di Amerika
Syarikat seawal tahun depan bagi menangani segera gerakan
anti-Islam yang semakin menular di beberapa negara maju.
OIC memohon Malaysia memainkan peranan utama ke arah
memperbetulkan tanggapan serong masyarakat Barat yang
dipengaruhi semangat Islamophobia hingga membenci
negara-negara Islam

Anda mungkin juga menyukai