Anda di halaman 1dari 20

LARAS BAHASA

P en atar:

A zm i B in A h m ad ,
ITB M
K O N S EP LA R A S B A H A S A

Nik Safiah Karim (1988) menyatakan


bahawa laras bahasa dapat dijelaskan
sebagai gaya dan penggunaan sesuatu
bahasa. Gaya merujuk kepada kelisanan
dan penulisan, manakala penggunaan
merujuk kepada penutur, pendengar,
situasi, topik, dan tujuan perbincangan.
Ure dan Ellis (1977) menganggap laras
sebagai sejenis pencorakan bahasa yang
kerap kali digunakan dalam sesuatu
situasi komunikatif yang tertentu.
Halliday (1968) mendefinisikan laras
bahasa sebagai variasi bahasa yang
berbeza berdasarkan fungsi. Menurut
beliau lagi, laras bahasa berubah-ubah
mengikut situasi.
Laras bahasa ialah gaya bahasa yang
mengikut situasi penggunaannya.
Laras bahasa berubah selaras
dengan perubahan-perubahan sosial
dan kebudayaan yang berlaku dalam
kalangan masyarakat.
C IR I-C IR I LA R A S B A H A S A

Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa


bahasa
1. Situasi luaran
Latar belakang sosial dan kebudayaan
masyarakat bahasa
2. Situasi persekitaran
melibatkan aspek penggunaan bahasa
dari segi:
- cara penyampaian
- hubungan antara pengguna bahasa
- bahan yang diperkatakan
- fungsi sosial perlakuan bahasa
Ciri-ciri linguistik yang
berkaitan dengan situasi
dalaman teks tersebut
1. Aspek bunyi
2. Aspek perkataan
3. Aspek frasa
4. Aspek ayat
JEN IS -JEN IS LA R A S B A H A S A

Laras Sains
1. Merupakan laras ilmiah
2. Berbahasa moden
3. Bersifat formal dan menidakkan bahasa
basahan
4. Mempunyai sifat intelektual, saintifik, dan
bersifat objektif serta berdasarkan kajian
dan fakta
5. Terdapat istilah pinjaman
6. Terdapat banyak penggunaan kata nama
dan ragam ayat pasif
7. Dibahagikan kepada subbidang
Contoh:

Sel-sel kelenjar kolon merembeskan


mukus yang berfungsi dalam
melicinkan pergerakan kandungan
kolon ke arah rektum. Tidak terdapat
enzim yang dirembeskan di bahagian
kolon. Cecair yang dirembeskan
bersifat alkali.
Laras Ekonomi
1. Biasanya digunakan dalam dunia
korporat
2. Berbentuk ilmiah tentang ekonomi
3. Mempunyai istilah teknikal ekonomi
4. Tidak mengutamakan struktur ayat
5. Melibatkan gaya bahasa yang formal
6. Maklumat yang disampaikan adalah jelas
dan eksplisit
7. Fakta berdasarkan bukti data dan
statistik
Contoh:

Bank Simpanan Nasional (BSN)


mencatatkan prestasi di luarjangkaan
apabila mengaut keuntungan sebelum
cukai bagi setengah tahun pertama,
lebih RM70 juta dan mengatasi
keuntungan sebanyak RM 47.754 juta
bagi tahun lalu.
Laras Undang-undang
1. Teks perundangan yang mengandungi
prinsip undang-undang tertentu dan
berbentuk fakta
2. Terdapat istilah-istilah tertentu yang
kebanyakannya dipinjam daripada bahasa
Inggeris
3. Makna kosa kata berdasarkan interpretasi
4. Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi
kepersisan dan kejelasan dipentingkan
5. Bersifat objektif, terperinci, tepat, dan padat
6. Binaan ayat adalah panjang
Contoh:

Defenden membantah pada awal


prosiding kerana tidak bersetuju
dengan cadangan plainitif untuk
mengemukakan saksi-saksi yang
dikatakan tidak relevan dengan
perbicaraan berkenaan.
Laras Agama
1. Memperkatakan isu-isu agama
2. Terdapat istilah pinjaman
bahasa Arab
3. Terdapat petikan al-Quran dan
hadis
4. Terdapat tamsil ibarat atau kias
ibarat untuk pengajaran
Contoh:

Wahai Tuhan kami, kami meminta daripada


Engkau kesejahteraan dalam agama,
kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki,
keampunan sebelum mati, rahmat pada kala
mati, dan keampunan selepas mati. Wahai
Tuhan kami, senangkanlah kami waktu
menghadapi kematian dan lepaskan kami dari
neraka dan anugerahi kami kemaafan pada
waktu perkiraan.
Laras Sukan
1. Menyampaikan maklumat
kegiatan sukan
2. Bahasa yang digunakan
adalah ringkas, bersahaja
dan jelas
3. Terdapat istilah aktiviti sukan
4. Kosa kata mudah difahami
Contoh:

Sistem liga merupakan satu-satunya format


pertandingan yang paling digemari oleh
pihak penganjur dan para peserta dalam
permainan sukan berpasukan. Dalam
sistem ini setiap pasukan akan bertemu
seberapa banyak yang mungkin dengan
pasukan yang lain bergantung kepada
bilangan ahli kumpulan masing-masing.
Laras Sastera
1. Terhasil daripada cetusan imaginasi
dan pengalaman
2. Terdapat istilah khusus tentang
sastera
3. Bersifat figuratif
4. Mementingkan pemilihan kata/diksi
berkesan
5. Bernada puitis dan bersifat
komunikatif
Contoh:

Perkarangan tempat menunggu di Unit


Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang
sudah hampir 15 minit tiba, sekadar
menyepikan diri di deretan bangku-bangku
kosong yang terdapat di situ. Air matanya
sudah lama kering. Penantiannya bagaikan
tiada jawapan.
K EP EN TIN G A N LA R A S B A H A S A

1. Dapat menyampaikan maklumat yang tepat


dan jelas. Laras yang betul perlu agar
maklumat dapat disampaikan dengan jelas.
2. Dapat mencerminkan latar belakang
penutur. Seseorang penulis harus peka
dalam menggunakan laras yang berbeza-
beza mengikut situasi tertentu sama ada
formal atau tidak formal serta memahami
tajuk perbicaraan, kerana akan
menggambarkan tahap akademik
seseorang.
3. Memupuk nilai penyesuaian diri
dengan persekitaran. Seseorang
penulis perlu mengetahui
penggunaan laras tertentu agar
menimbulkan rasa hormat dalam
kalangan orang yang diajak
berinteraksi.
C IR I LA R A S B A H A S A ILM IA H .

Istilah khusus
Struktur ayat
Gaya penulisan
Sifat kejelasan

Anda mungkin juga menyukai