Anda di halaman 1dari 27

ADAT RESAM

(Perkahwinan)
MASYARAKAT IBAN
MASYARAKAT MELANAU
MASYARAKAT BIDAYUH

DISEDIAKAN OLEH :
IDA AYUNI BT MD ZANI
NURUL NADIAH BT ABU BAKAR
SITINOR FADHILATUL MARYAM BT
RAZALI
MASYARAKAT IBAN
Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki
perlu 22 tahun.
Si gadis pula, tiada umur khusus yang
ditetapkan.
Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat
Iban ialah perkahwinan yang mematuhi
kehendak adat.
Pihak yang melanggar mana-mana
adatperkahwinan dikehendaki membayar
denda untuk mengelakkan pasangan suami
isteri ditimpa kesusahan.
Terdapat beberapa peringkat tertentu
dalam perkhawinan kaum Iban iaitu
peringkat merisik,meminang, bertunang,
majlis perkahwinan dan selepas majlis
perkahwinan.
MERISIK
ibu bapanya atau wakil akan bertandang
ke rumah gadis untuk merisik.
Perjumpaan kedua belah pihak ini juga
dikenali sebagai berbunga-bunga atau
berjarum-jarum.
MEMINANG DAN BERTUNANG
Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang
daripada lima orang dan paling ramai dua puluh
orang yang terdiri daripada orang-orang tua.
Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki
menanggalkan lapitatau ikat pinggang perak
atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.
Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi
menerima kunjungan teruna selain tunangnya.
Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki
akan memaklumkan berita pertunangan tersebut
kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
Pihak keluarga lelaki mereka akan
menyediakan perbelanjaan serta
barang yang harus diberikan kepada
keluarga perempuan.
Keluarga perempuan juga membuat
pelbagai persiapan termasuk memburu
binatang untuk disembelih pada hari
perkahwinan.
Untuk mengundang tetamu, kedua-dua
pihak melantik wakil masing-masing
untuk menguruskanjemputan kahwin.
MAJLIS PERKAHWINAN
Rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah
panjang pengantin perempuan dengan
menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu
sekiranya pengantin melalui jalan sungai .
Rombongan itu akan memukul gong
sepanjang perjalanan.
Di tangga rumah panjang, ketua rombongan
pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor
khinzir sebagai penghormatan dan pada masa
itu juga tembakan senapang akan kedengaran
secara balas-membalas.
Wakil itu membawa beberapa utas tali
bersimpul yang menunjukkan berapa
hari lagi perkahwinan dilangsungkan.
Sekiranya tali itu mempunyai lima
simpulan, bermakna perkahwinan itu
akan berlangsung dalam masa lima
hari lagi.
Wakil khas akan meninggalkan tali
bersimpul itu kepada tuai rumah atau
ketua rumah panjang yang
bertanggungjawab membuka simpulan
tali itu setiap hari.
RUANG RUAI

Rombongan pihak lelaki di kalangan


kaum wanita akan masuk ke bilik
pengantin perempuan, manakala yang
lelaki duduk di ruai.
Para tetamu seterusnya akan dijamu
dengan sejenis arak iaitu tuak.
Air minuman akan dihantar kepada
setiap tetamu dan ini dinamakan air
penyuci.
MELAH PINANG
Upacara membelah pinang akan dijalankan
ketika majlis berlangsung.
Seorang wanita akan membawa keluar tepak
sirih dan kemudiannya membelah pinang
tersebut.
Pecahan pinang itu akan menentukan
tempoh masa pengantin perempuan
diwajibkan tinggal di rumah suaminya.
Setelah itu, seorang lemambang atau bomoh
akan mengadakan upacara menidurkan anak
dan mengejutkan anak itu semula dengan
beberapa rangkap pantun.
Upacara perkahwinan telah dianggap
tamat dengan menjalankan adat ini
sekiranya tiada kesalahan adat yang
dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.
Tukang ganyang akan memulakan upacara.
Ayam yang telah diikat kakinya kemudian
dilepaskan dan mentera pun dibaca. Darah
ayam akan disembah kepada pengantin.
Mengikut kepercayaan masyarakat Iban,
majlis akan diadakan di rumah pengantin
perempuan selepas itu dan pengantin
lelaki tidak boleh tidur sama dengan
pengantin perempuan.
MASYARAKAT MELANAU
Aspek pangkat dititik beratkan.
Mementingkan status sosial sembilan
pikul, tujuh pikul, tujuh bertirih dan lima
bertirih.
Jenis barangan dan hadiah yang perlu
dibawa untuk "Tanda tunang" dan barang
yang mengiringi mas kahwin seperti
"Adat Menuga", "Adet Mebin" dan
"Pakan"
Asas adat perkahwinan merisik,
meminang & majlis perkahwinan.
MERISIK
Perkahwinan antara pasangan daripada
status sosial yang sama dikenali dengan
'sama gara'.
Perkahwinan antara pasangan yang berlainan
status sosialnya dikenali sebagai 'sida adat'.
Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah
keluarga perempuan untuk mengetahui lebih
lanjut dan memastikan status sosial keluarga
perempuan dan untuk menentukan sama ada
gadis itu sudah berpunya atau belum.
Sekiranya gadis itu belum berpunya,
ditanyakan sama ada gadis itu boleh
dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.
MEMINANG
Persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga
lelaki dan perempuan,
maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil
keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki
dan perempuan yang telah berumur akan
menyerahkan barang hantaran peminangan :
sebentuk cincin emas, sebilah senjata,
segantang padi, sebiji kelapa dan satu
pikul barang tembaga
Dengan penyerahan barang tersebut oleh
wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil
keluarga perempuan maka rasmilah
pertunangan itu.
Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi
segala syarat yang telah dipersetujui
bersama.
Jika persetujuan dilanggar, pertunangan
boleh diputuskan.
Sekiranya pihak perempuan yang
memutuskannya, barang tanda tunang
mesti dikembalikan kepada pihak lelaki.
Jika pihak lelaki yang memutuskannya,
tanda tunang itu menjadi milik pihak
perempuan.
MAJLIS PERKAHWINAN
Persandingan pertama diadakan di rumah
pengantin lelaki dan ini diikuti dengan
persandingan kedua di rumah pengantin
perempuan.
Wakil keluarga pengantin lelaki akan
menghadiahkan 'adat pahe' kepada
pengantin perernpuan.
Penyerahan hadiah ini sangat penting
kerana selagi pengantin perempuan belum
menerima hadiah tersebut, dia dilarang
memakan sebarang makanan di rumah
pengantin lelaki itu.
Persandingan di rumah pengantin
perempuan untuk menjalani "Adat Petudui"
iaitu penyerahan pelbagai barang,
antaranya termasuklah sebentuk cincin
emas dan seutas gelang perak kepada
pengantin perempuan.
Sebelah malam, di rumah pengantin
perempuan diadakan pula upacara makan
nasi temuan.
Semasa jamuan berlangsung upacara suap-
menyuap antara kedua-dua pengantin itu
dilakukan. Selepas itu, diadakan pula
upacara "Pegendang", iaitu tari-menari.
Pada hari ketujuh, diadakan upacara
membebaskan mereka daripada
pantang yang dikenakan.
Upacara membuang pantang bertujuan
untuk membuang ke laut segala bala
atau bencana yang mungkin
mengancam pasangan suami isteri itu.
Upacara ini sebenarnya lebih
merupakan upacara bersukaria dan
mandi-manda beramai-ramai di tepi
pantai.
MASYARAKAT BIDAYUH
Rata-rata mendiami kawasan bukit di luar bandar
Kuching.

Perkahwinan : satu cara untuk menjadi anggota dan


menikmati hak sebagai anggota Biik atau Ramiin itu.

Mengamalkan monogami sahaja.

Perkahwinan semula selepas bercerai adalah perkara


biasa.

Melarang perkahwinan antara sepupu.


Kumpulan seperti Dayak Selako : melarang ahlinya
daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah
menjadi musuh perang mereka.

Kumpulan Dayak Bukar-Sadong : L & P boleh bebas bergaul


dan berkenalan sebelum berkahwin. (peraturan
perkahwinan agak longgar).

Masyarakat ini tiada upacara merisik.

Boleh berkahwin apabila cukup dewasa.

Bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka.

Kumpulan Bukar-sadong & kumpulan Selako (mereka


dibenarkan untuk pilih pasangan yang disukainya tanpa
mengira asal kaum).
Merisik & Meminang
Masyarakat ini tidak ada upacara merisik.

Cara kahwin berbeza ikut kumpulan.

Kumpulan Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan


boleh didahului dengan pertunangan.

Pertunangan : bertukar cincin.

Andai kata mereka secocok, perkahwinan boleh


dilangsungkan.
Bertunang
Kahwin berkait dengan menuai padi.

Lebih baik hasil, lebih banyak perkahwinan dilangsungkan.

Majlis kenduri besar & mewah bagi anak sulung lelaki/anak


tunggal.

Usia minimum L=18thn, P=16thn.

Perantaraan perempuan akan menghantar tepak


sirih/kapur tunang/sebentuk cincin kepada perempuan (di
samping mendapat pandangan pihak P)
Majlis Perkahwinan
Bergantung kepada kemampuan ekonomi keluarga
pengantin.

Tempat tinggal selepas kahwin bergantung kepada


banyak faktor (faktor utama:ekonomi pasangan
berkahwin).

Pihak suami boleh pengaruh isteri untuk tinggal


bersama-sama keluarganya (amalan virilokal) &
begitu sebaliknya (uksorivokal)

Boleh duduk rumah sendiri (amalan neolokal).


Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan
bebas L&P.

Perkawinan terpaksa = amalan batangkap.

Iaitu L&P yang kerap dilihat berdua-duaan.

Dihadap kepada para pemimpin kampung.

Tindakan dibicarakan hubungan disahkan


upacara setelah denda.

Biasa pasangan yang hadapi tentangan daripada


ibu bapa.
Amalan nyagam (bakal suami
dihantar bersama-sama segala tikar
bantalnya ke kediaman bakal isteri)
apabila kedua-dua belah pihak setuju.

Duda/balu.

Perkahwinan sempurna : melibatkan


pengetahuan, peranan dan
perancangan oleh ibu bapa kedua-dua
belah pihak. (suku Selako,Jagoi &
Larab).