Anda di halaman 1dari 46

Perkara Berkaitan

Kes Sivil
OLEH : MUSA AWANG
3 OKTOBER 2015 / 20 ZULHIJJAH 1436H
Perkara berkaitan kes sivil
:

Topik perbincangan :
Kemahiran berunding strategi yang ingin
dicapai dalam penyelesaian luar mahkamah
Prinsip dakwaan menurut Syarak
Penentukan kausa tindakan
Permohonan dalam kamar permohonan
injunksi, pelaksanaan spesifik.
KEMAHIRAN
BERUNDING
Kemahiran Berunding

Bermaksud keupayaan untuk membolehkan 2


pihak yang bertelingkah mencapai suatu
persetujuan.
Ianya hanya boleh wujud jika kedua-dua pihak
berharap untuk mencapai persetujuan itu.
Proses Sulh.
Menurut Syarak - AS-SULH - akad yang dilakukan
untuk mendamaikan dua pihak yang
bertelingkah.
Dalil Pensyariatan

i. Al-Quran :

[ 9: ]
Bermaksud: Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara dua
golongan yang beriman, maka hendaklah kamu damaikan antara
mereka.

ii. Sunnah :
" .

.

"
Bermaksud : Perdamaian harus di kalangan muslimin, melainkan perdamaian yang
mengharamkan perkara yang halal atau menghalalkan perkara yang haram. Umat
Islam bertanggungjawab menjaga syarat-syarat yang mereka tetepkan, melainkan
syarat yang mengharamkan perkara halal atau syarat yang menhalalkan perkara
haram. [ hadis riwayat Abu Daud ]

iii. Al-Ijmak. Semua para ulamak telah sepakat bahawa As-


Sulh merupakan satu akad yang diharuskan oleh syarak.
Elemen yang perlu semasa berunding

Kenal pasti tujuan yang ingin dicapai


Menyediakan perancangan yang baik
Beri maklumat yang tepat
Bukan mengugut atau menggertak
Bersabar
Bertolak ansur dengan kreatif
Prepared to lose some and to win some
There is no winner in negotiating
Kenapa Proses Berunding
GAGAL?

Kegagalan dalam perundingan berlaku bila:


Kurang matang
Ego

Kurang berbincang
Kurang yakin dengan diri
Terlalu merendah diri
Dariawal pihak-pihak tidak berhajat kepada
perundingan
Kemahiran berunding
peguam

Seorang Peguam boleh mengadakan perundingan


semasa tempoh/keadaan berikut :

Sebelum tuntutan difailkan ke mahkamah.


Selepastuntutan difailkan, tetapi sebelum
perbicaraan dimulakan.
Semasakes/perbicaraan sedang berjalan,
sebelum penghakiman.
Kaedah Perundingan

1. Secara lisan/pertemuan mata, face


to face, eye(s) to eye(s)
2. Secara bertulis peguam kepada
peguam atau peguam kepada
opponent.
Perundingan lisan/pertemuan

Kaedah berunding secara lisan -


Membuat pertemuan dengan opponent
Mencarititik pertemuan antara Plaintif dan
Defendan
Mengenal pasti titik perbezaan antara Plaintif
dan Defendan
Bertemu untuk berunding bukan untuk berbalah
Perundingan bersurat

Kedah berunding secara bersurat -


Pastikan surat itu tanpa prejudis/tanpa prasangka
Menulis cadangan penyelesaian contohnya, si
suami menawarkan untuk bercerai dengan isteri
dengan isterinya menggugurkan hak nafkah iddah,
mutaah dan hak nafkah tertunggk.
Merangkumkan pelbagai penyelesaian yang
berkaitan seperti menyelesaikan harta sepencarian,
hak lawatan dan jagaan anak, nafkah anak.

[Ada kelebihan & kekurangan bagi kedua-dua kaedah


ini.]
Menyediakan dokumen perjanjian penyelesaian

Menulis recital iaitu latar belakang


perkahwinan dan perceraian
Memasukkan persetujuan berkaitan
perkahwinan terlebih dahulu contohnya si
suami bersetuju melepaskan si isteri secara
baik melalui perceraian di bawah S. 47.
Mengutamakan penyelesaian hak-hak
berkaitan isteri terlebih dahulu seperti hak
nafkah, mutaah dan nafkah tertunggak
dokumen perjanjian
penyelesaian ...

Memasukkan butiran mengenai persetujuan ke atas anak


iaitu hak jagaan dan diikuti oleh hak lawatan/bermalam
Hak lawatan/bermalam meliputi:
Hak berkomunikasi
Hak untuk bermalam
Hak untuk berjumpa
Hak untuk beraya
Hak semasa cuti sekolah
dokumen perjanjian
penyelesaian...

Hak harta sepencarian


Memasukkan butiran harta dengan tepat
Memasukkan tatacara pelupusan harta
Memasukkan time-limit bagi pelupusan harta
Memasukkan cara pembayaran yang akan
dibuat
dokumen perjanjian
penyelesaian

Klausa Am
Klausa Res Judicata
Klausa masa sebagai inti pati perjanjian.
Tindakan
yang boleh diambil jika berlaku
kemungkiran
Mengenalpasti bidang kuasa Mahkamah
Rendah dan Mahkamah Tinggi
Endosmen perjanjian sebagai perintah
Mahkamah
KAEDAH SULH SELANGOR
2001

K. 1 Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001 tidak terpakai


ke atas prosiding perceraian.
K. 3 - Jika selepas menerima sesuatu saman atau permohonan bagi
apa-apa kuasa tindakan, Pendaftar berpendapat bahawa ada
kemungkinan yang munasabah bagi penyelesaian antara pihak-pihak
kepada tindakan itu, Pendaftar hendaklah
(a) tidak menetapkan tarikh perbicaraan tindakan itu dalam tempoh tiga DI
R I
bulan;
DI
N pihak-
(b) dengan seberapa segera yang praktik menetapkan tarikh bagi
pihak mengadakan sulh; dan S E AH
C A UM

BA R
(c) menyampaikan notis kepada pihak-pihak mengenai tarikh yang
ditetapkan itu.
Kaedah 4. Ketidakhadiran pihak-pihak, dsb.
Jika ada mana-mana pihak telah disampaikan notis di bawah
perenggan 3(c) tidak hadir pada hari yang ditetapkan,
ketidakhadiran itu hendaklah menjadi suatu penghinaan
Mahkamah dan Bahagian XXX Enakmen hendaklah terpakai
kepadanya. I
R ID
D I
N
SE AH
C A UM
BA R
Kaedah 5. Tatacara Sulh.
(1) Sulh hendaklah diadakan dalam suatu Majlis yang dihadiri oleh kedua-dua
pihak dan dipengerusikan oleh Pendaftar atau mana-mana pegawai awam yang
dilantik oleh Ketua Hakim Syarie bagi maksud itu.

(2) Dalam Majlis Sulh, pihak-pihak hendaklah hadir sendiri dan tiada Peguam
Syarie boleh hadir bagi sesuatu pihak dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili olehI
seorang lain tanpa kebenaran Pengerusi.
R ID
D I
N
E untuk H

S
(3) Pengerusi hendaklah di mana-mana mungkin membantu pihak-pihak
sulh M
A
A
mencapai penyelesaian dalam pertikaian yang menjadi hal perkara
U
Cketerangan
tersebut
A
hendaklah memberi peluang untuk didengar, boleh mengambil
R
B dikemukakan dan
daripada pihak-pihak itu, menerima apa-apa dokumen yang
boleh, jika difikirkan perlu, menangguhkan Majlis itu dari semasa ke semasa.
Kaedah 6. Penghakiman Pengakuan atau Persetujuan.
Jika kedua-dua telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan
tindakan itu, keseluruhan atau sebahagian, Pengerusi hendaklah
menyediakan draf persetujuan dan mengemukakannya kepada
pihak-pihak untuk disahkan dan ditandatangani dan, selepas itu I
Pengerusi hendaklah menyampaikan draf persetujuan tersebutI
D
I R
kepada Mahkamah untuk direkodkan sebagai penghakiman
N D atau
E AHdi
pengakuan atau persetujuan, mengikut mana yang berkenaan
S
bawah seksyen 88 Enakmen. A
C RU M
BA
Kaedah 7. Jika tiada persetujuan dsb.
Jika Majlis Sulh itu tidak dapat menyelesaikan pertikaian yang
menjadi hal perkara sulh itu dengan memuaskan hati kedua-dua
pihak itu, pengerusi hendaklah melaporkan kepada Mahkamah
tentang hal sedemikian dan boleh melampirkan kepada laporannya
apa-apa nota yang dicatatnya dan membuat apa-apa syor yang DI
difikirkannya patut berkenaan dengan tuntutan itu.
I RI
D
N H
SE A
C A U M
BA R
Kaedah 8. Perbicaraan.
Mahkamah yang menerima laporan di bawah seksyen 7
hendaklah menetapkan tarikh pendengaran bagi meneruskan
prosiding bagi menyelesaikan kes itu.

I
Kaedah 9. Tiada Kos. ID
R
D I

N
Tiada apa-apa kos boleh dibenarkan bagi prosiding dalam Majlis
Sulh ini SE AH
C A UM
BA R
PRINSIP DAKWAAN
MENURUT SYARAK
Prinsip dakwaan

Dakwaan bererti memberitahu tentang


kewajipan sesuatu hak ke atas orang lain di
hadapan hakim.
Hadith Rasulullah SAW sahabat
bertanya bagaimana mahu naik saksi. Nabi
SAW menjawab adakah kamu melihat
matahari itu? Jawab sahabat Ya. Lalu
sabda Nabi SAW atas seumpamanya
(seumpama jelas matahari itu dilihat) maka
naik saksilah engkau mendakwa engkau.
Prinsip dakwaan

Dakwaan bererti memberitahu tentang


kewajipan sesuatu hak ke atas orang lain di
hadapan hakim.
Hadith Rasulullah SAW sahabat
bertanya bagaimana mahu naik saksi. Nabi
SAW menjawab adakah kamu melihat
matahari itu? Jawab sahabat Ya. Lalu
sabda Nabi SAW atas seumpamanya
(seumpama jelas matahari itu dilihat) maka
naik saksilah engkau mendakwa engkau.
Prinsip dakwaan

Dr. Abdul Karim Zaidan menulis bahawa - kemudian,


Qadhi bertanya muddaie berkenaan dakwaannya dan
mengarahkan penulisnya menulis dakwaan muddaie di
dalam suatu kertas dengan lafaz muddaie sendiri tanpa
menambah atau mengurangkan sesuatu pun. Menulis
dakwaan ini hanya sekiranya kerani itu belum menulis
dakwaan muddaie sebelum dia memasuki majlis al-
qadha kerana jika telah ditulis sebelumnya untuk apa
perlu lagi mengulangi menulisnya semula. Begitu juga
jika muddaie telah terlebih dahulu menulis dakwaannya
dan menyerahkan kepada penulis berkenaan, maka tidak
perlu lagi diulangi menulisnya semula di majlis al-qadha.
(Dr. Abdul Karim Zaidan (1984), Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islamiyyah, Matbaah al
Ani, Baghdad, 1984. hlm. 139.)
Al-Muddaie :

Orang yang menuntut hak atau orang yang


mendakwa.
Orang yang kata-katanya menyalahi asal atau adat
kebiasaan (urf).
Orang yang mendakwa sesuatu perkara yang
tersembunyi dan apabila dia berdiam diri maka
haknya akan hilang.
Orang yang perlu membuktikan sesuatu
Orang yang menuntut bagi mendapatkan sesuatu
yang berada di tangan orang lain.
Al-Muddaa Alaih :

Orang yang dituntut hak daripadanya


Orang-orang yang kata-katanya menepati asal atau
urf.
Orang yang mendakwa sesuatu yang zahir lagi jelas
dan apabila dia berdiam diri maka haknya tidak akan
hilang.
Orang yang menafikan sesuatu
Orang yang dipaksa menjawab dakwaan itu.
Orang yang mengingkari dakwaan tersebut.
PENENTUAN KAUSA
TINDAKAN
Kausa Tindakan

Kausa Tindakan bererti fakta-fakta yang membenarkan


seseorang mendakwa.
A cause of action normally accrues when there is in
existence a person who can sue and another who can be
sued, and when all the facts have happened which are
material to be proved to entitled the plaintiff to succeed.
- Lim Kean lwn. Choo Koon [1970] 1 MLJ 158
Dalam Cooke lwn. Goll, Hakim Brett J mendefinisikan
kausa tindakan sebagai setiap fakta yang menjadi
perkara yang mesti dibuktikan untuk memastikan Plaintif
memenangi tuntutannya. [1873] LR 8 CP 107, hlm. 116.
Mengenalpasti kausa
tindakan

Perceraian S. 47 - Antara kausa tindakan dalam tuntutan


perceraian ialah suatu pernyataan tentang sebab-sebab
hendak bercerai, apakah langkah-langkah yang telah
diambil untuk mencapai perdamaian antara pihak-pihak.

Walaupun suami bersetuju dengan tuntutan perceraian


tersebut, mahkamah perlu berpuashati akan keadaan
pecah belah dengan tidak dapat diselamatkan atau
shiqoq dalam perkahwinan tersebut yang mengubah
hukum asal perceraian daripada hukum makruh kepada
hukum lain seperti harus, sunat, wajib dan lain-lain.
Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai

Cara menentukan kausa tindakan dalam tuntutan


pengesahan lafaz cerai luar mahkamah ialah
bagaimana mengaitkan fakta kes yang berlaku antara
pihak-pihak dengan 5 rukun talak iaitu : suami, lafaz,
qasad, mahal dan wilayah suami ke atas isteri dan
syarat-syarat ditetapkan didalamnya.
Tuntutan Pengesahan Perceraian Talik

Dalam tuntutan pengesahan perceraian secara lafaz


talik, Mahkamah hendaklah memahami bagaimana
lafaz talik yang didakwakan berdasarkan sumber
tertentu dapat dikaitkan dengan fakta kes yang
menjadi kausa tindakannya.
Tuntutan Fasakh

Contoh - Sub-seksyen 53 (1) (b) Enakmen Undang-Undang


Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memberi hak
kepada isteri untuk menuntut fasakh terhadap suaminya
jika suami telah cuai atau telah tidak mengadakan
peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
Pihak isteri yang mengemukakan dakwaan fasakh di
mahkamah hendaklah jelas dalam dakwaannya dengan
menyatakan tempoh yang jelas dan jenis nafkah yang
dicuaikan atau telah tidak diadakan oleh suaminya, serta
qarinah yang munasabah kesan dararnya tindakan suami
tersebut kepada isteri, seperti isteri perlu berkerja dan
lain-lain fakta sesuai.
Isteri perlu menyatakan tarikh dan tempoh yang tepat bilakah suami cuai
atau tidak mengadakan nafkah tersebut, dan apakah jenis nafkah yang
dikatakan cuai atau tidak diadakan oleh suami dalam tempoh yang didakwa
tersebut.
Kesilapan yang kadang kala berlaku apabila seorang Peguam Syarie
memplidkan dalam Pernyataan Tuntutan tentang isu kecuaian atau
kegagalan suami memberi nafkah untuk suatu tempoh yang terlalu jauh ke
belakang, seperti sejak dari awal tempoh perkahwinan, menyebabkan
banyak keterangan perlu diberikan oleh Plaintif semasa perbicaraan, sukar
untuk mengingatkan banyak fakta atau perkara kerana peristiwa telah
lama berlaku, sukar untuk mendapatkan saksi-saksi, yang akhirnya
menyebabkan kes Plaintif menjadi lemah. Ia juga mengakibatkan tempoh
perbicaraan menjadi panjang. Sedangkan wujudnya dharar berhubung
kecuaian atau pengabaian nafkah dalam Sub-seksyen 53 (1) (b) Enakmen
hanyalah selama tiga bulan sahaja.
Tuntutan Mutah

Kausa tindakan dalam tuntutan mutah adalah


perceraian yang tidak menghalang isteri dari mendapat
mutah, serta pertimbangan jumlah mutah yang
dituntut dari alasan-alasan yang diberikan.

Pertimbangan jumlah mutah pula adalah bergantung


kepada taraf atau status isteri, serta kemampuan suami
membayar jumlah mutah yang dituntut.
Mutaah adalah pemberian yang diwajibkan oleh syarak
kerana perceraian yang bukan dari sebab isteri kerana aib
yang ada pada dirinya atau fasakh dari isteri dengan sebab
suami tidak mampu memberi nafkah atau aib yang ada
pada dirinya, termasuk isteri menebus talak dari suami.

Terdapat sebahagian kecil Peguam Syarie memplidkan isu


nusyuz dalam Pembelaan Defendan bagi menafikan atau
menidakkan hak Plaintif mendapatkan mutah, sedangkan
dari segi hukum syarak, nusyuz tidak menafikan hak
mutah.
Tuntutan Nafkah Iddah

Kausa tindakan yang penting dalam tuntutan nafkah


iddah adalah penentuan tempoh sebenar iddah
bulan, suci atau hamil serta jenis nafkah yang
berhak dituntut oleh bekas isteri kesan perceraian
rajie atau bain serta kewajaran jumlah yang
dituntut.

Selanjutnya adalah kausa tindakan berkaitan


kemampuan bekas suami untuk membayar jumlah
nafkah iddah yang dituntut.
Tuntutan Nusyuz/ Kembali
Taat

Dalam Arahan Amalan, terdapat dua kod kes yang berbeza


bagi tuntutan sabitan nusyuz dan tuntutan kembali taat, iaitu :
(a) Kod 058 bagi Tuntutan Sabitan Nusyuz,
(b) Kod 62 bagi Tuntutan Isteri Kembali Taat.
Maka, ini bermaksud terdapat perbezaan antara tuntutan
untuk mensabitkan isteri nusyuz dan tuntutan supaya isteri
yang nusyuz kembali taat.
Dakwaan nusyuz boleh dibuat oleh suami dengan merujuk
kepada tempoh-tempoh tertentu iaitu semasa dalam tempoh
perkahwinan atau semasa tempoh iddah isteri bagi menafikan
hak kelayakan mendapatkan nafkah tanpa mengira bilakah
kes difailkan. Tetapi, bagi tuntutan isteri kembali taat adalah
merujuk kepada keinginan suami supaya isteri kembali taat
kepada suami untuk masa semasa kes difailkan atau akan
Menurut undang-undang, terdapat beberapa perkara
sahaja yang memberi hak kepada seorang suami
memfailkan tuntutan nusyuz atau tuntutan kembali
taat terhadap isteri, iaitu
(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya
bertentangan dengan kemahuan suaminya;
(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya
ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum
Syarak.
Untuk membolehkan isteri itu disabitkan nusyuz oleh
mahkamah atau untuk diperintahkan oleh mahkamah
untuk kembali taat, maka perlu ada perintah suami
yang sah, iaitu alasan yang sah mengikut hukum
syarak isteri bahawa isteri itu telah nusyuz serta
usaha-usaha yang telah dibuat oleh suami.
Kegagalan suami membuktikan tindakan atau usaha
yang wajar telah diambil sebelum memfailkan
tuntutan seperti memberikan nasihat yang baik,
mengasingkan tempat tidur atau memukul dengan
pukulan mendidik boleh menyebabkan kes ditolak
oleh mahkamah.
Kelekaan suami mengambil tindakan undang-undang
sehingga isteri memfailkan tuntutan perceraian atau
fasakh, atau disebabkan kenusyuzan suami melalui
tindakan kezalimannya sendiri terhadap isteri
sehingga menyebabkan perbuatan nusyuz berlaku
juga seringkali menyebabkan tuntutan suami boleh
ditolak oleh mahkamah.
Tuntutan Harta Sepencarian

Kausa-kausa dalam tuntutan harta sepencarian ialah tentang


kewujudan harta tersebut samada dalam tempoh perkahwinan
atau sebelum berkahwin tetapi dimajukan dalam tempoh
perkahwinan.

Selanjutnya adalah kausa berkenaan sumbangan secara


langsung dan sumbangan tidak langsung suami dan isteri
dalam memperolehi harta-harta tersebut sepanjang
perkahwinan. Tugas Mahkamah untuk menilai apakah
sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung pihak-
pihak bagi memastikan berapa banyak bahagian yang berhak
diperolehi oleh pihak-pihak terhadap harta berkenaan.
Apabila salah satu pihak turut memberi sumbangan dalam
memiliki sesuatu harta samada sumbangan itu untuk
mencukupkan jumlah kewangan, atau untuk melengkapkan
keperluan, atau menyempurnakan keperluan, maka itu boleh
dikira sebagai sumbangan secara langsung.

Manakala tindakan isteri dalam menguruskan rumah tangga,


menjaga anak-anak, menjaga dan melayan keperluan suami,
maka tindakan itu boleh dikira sebagai sumbangan tidak
langsung seorang isteri dalam membantu suaminya
memperolehi sesuatu harta.
Tuntutan Hak Jagaan Anak

Antara kausa-kausa tindakan dalam tuntutan hak jagaan


anak ialah umur anak, apakah pilihan anak-anak jika anak
telah melebihi umur untuk membuat pilihan (mumayyiz),
dan kelayakan-kelayakan yang ada untuk mendapat hak
jagaan anak.
Sekiranya seorang bapa menuntut hak jagaan anak, maka
dia perlu mengemukakan sebab atau alasan yang
dikatakan telah menghilangkan kelayakan seorang ibu
atau nenek untuk menjaga anak-anak tersebut.
Hak untuk berjumpa atau bermalam dengan anak pada
masa-masa dan dengan seberapa kerap yang difikirkan
munasabah oleh Mahkamah.
Permohonan dalam kamar
injunksi, pelaksanaan spesifik

I
ID
R
D I
N
SE AH
C A UM
BA R
Topik Minggu 5 Surat
Guaman Pliding

PERSEDIAAN DALAM KUMPULAN


AvB

Anda mungkin juga menyukai