Anda di halaman 1dari 43

NOVEL:

B IM AS AK TI M EN AR I
N OL E H: K UM PU L A N KOMSAS
DISEDIAKA
AHLI KUMPULAN
ZAMIR (KETUA)
NUR SYAFIQAH
LIM YOU WEI
CHRISTINA LAW
NUR NATASYA NAJWA
ISI KANDUNGAN
SINOPSIS KESELURUHAN
TEMA DAN PERSOALAN
WATAK DAN PERWATAKAN
LATAR-TEMPAT,MASA ,DAN MASYARAKAT
PLOT
GAYA BAHASA
NILAI
PENGAJARAN
SINOPSIS KESELURUHAN
NOVEL BIMASAKTI MENARI BERMULA DENGAN KISAH NURUL HAFSA YANG MEMULAKAN HARI PERTAMA DIA BERTUGAS
SEBAGAI PEGAWAI SAINS DI BALAI CERAP SULTAN SALAHUDDIN, KUALA SELANGOR. PADA PERMULAAN TUGASNYA, DIA
TELAH MENERIMA KUNJUNGAN SEKUMPULAN PENGUNJUNG YANG DIANGGOTAI OLEH 15 ORANG MURID DAN TIGA ORANG
PENGIRING DARI SEKOLAH RENDAH KICHIHIMAHIGASHI, HIROSHIMA, JEPUN YANG INGIN MELIHAT BINTANG-BINTANG DI
KUALA SELANGOR. MALANGNYA, HASRAT MURID-MURID TERSEBUT UNTUK MELIHAT BINTANG-BINTANG YANG
DICARTAKAN DALAM PETA LANGIT TIDAK TERCAPAI AKIBAT LANGIT TERLALU CERAH PADA MALAM TERSEBUT. MEREKA
JUGA TIDAK DAPAT MELIHAT KELIP-KELIP. GELAGAT NURUL HAFSA MELAYAN MURID-MURID TERSEBUT TELAH
DIPERHATIKAN OLEH MUHAMMAD TAUFIK, IAITU ANAK SALAH SEORANG INDIVIDU TERKAYA DI ASIA TENGGARA YANG
JUGA MEMPUNYAI SIFAT CINTA AKAN ALAM SEKITAR YANG TINGGI. NURUL HAFSA CUBA MELIHAT KELIP-KELIP DI
KAMPUNG KUANTAN UNTUK MEMASTIKAN DAKWAAN SALAH SEORANG PESERTA ROMBONGAN ITU, IAITU UTADA
TENTANG KELIP-KELIP DI KAMPUNG KUANTAN.HASRAT TERSEBUT JUGA TIDAK TERCAPAI. DIA HANYA DAPAT MELIHAT
BEBERAPA EKOR KELIP-KELIP YANG MENGELUARKAN CAHAYA YANG TIDAK BEGITU TERANG DAN BERKELIPAN YANG DIHASILKAN
TIDAK KEKAL SEPANJANG MASA KELIP-KELIP ITU TERBANG.KEGAGALAN INI TELAH MEMBUATKAN NURUL HAFSA BERUSAHA
UNTUK MENJADIKAN KUALA SELANGOR SEBAGAI KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP. RASIONALNYA PROJEK TERSEBUT ADALAH
UNTUK MENGEMBALIKAN POPULASI KELIP-KELIP DI KUALA SELANGOR DAN MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN KUALA SELANGOR
SEBAGAI SEBUAH PUSAT KAJIAN FALAK YANG TERKENAL DI PERINGKAT ANTARABANGSA. PENGGUNAAN LAMPU-LAMPU YANG
MENGGUNAKAN GELOMBANG YANG RENDAH. DENGAN INI,PANTULAN CAHAYA KE LANGIT AKAN BERKURANG. HASRAT NURUL
HAFSA TELAH MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA MUHAMMAD TAUFIK YANG TURUT INGIN MENJAYAKAN PROJEK KAWASAN
SIMPAN LANGIT GELAP DI KUALA SELANGOR TERSEBUT. DENGAN MENGGUNAKAN PENGARUH AYAH MUHAMMAD TAUFIK IAITU TAN
SRI MUHAIMIN, NURUL HAFSA DAN MUHAMMAD TAUFIK TELAH BERJAYA MEMBUAT PEMBENTANGAN PROJEK MEREKA KEPADA
PEGAWAI DAERAH IAITU DATOHJ. MUSTOFA AL-HAMIDI. WALAUBAGAIMANAPUN, PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP
TERSEBUT MENDAPAT TENTANGAN DARIPADA MUSUH PERNIAGAAN TAN SRI MUHAIMAN IAITU DATOJOHANN ARLINGTON-MAJID.
PERMUSUHAN ANTARA MEREKA BUKAN SAHAJA DALAM PERNIAGAAN TETAPI JUGA BERBENTUK PERMUSUHAN PERIBADI YANG
BERPUNCA DARIPADA BEKAS ISTERI TAN SRI MUHAIMIN IAITU MARION WIKCHAM ATAU NAMA ISLAMNYA, MARYAM YANG
BERBANGSA KAUKASIA MEMILIH TAN SRI MUHAIMIN SEBAGAI PASANGAN HIDUPNYA. MENTERI BESAR YANG BERSETUJU TELAH
MEMANGGIL NURUL HAFSA KE SATU MAJLIS TERBUKA DI BANGUNAN SUK, SHAH ALAM UNTUK MENDENGAR PERBENTANGAN
PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP DARIPADA NURUL HAFSA DAN MUHAMMAD TAUFIK.PADA HARI TERSEBUT, DATO
JOHANN ARLINGTON-MAJID DAPAT DIJAWAB DENGAN TUNTASNYA OLEH NURUL HAFSA
LANTARAN PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP INGIN DIWARTAKAN, SATU TENDER PEMBEKALAN LAMPU
AKAN DIKELUARKAN. DATO JOHANN ARLINTON-MAJID BERTAMBAH MARAH KERANA LAMPU ITU TIDAK DAPAT
DIBEKALKAN SYARIKAT BELIAU.LANTARAN ITU DATO JOHANN MERANCANG UNTUK MELAKUKAN GANGGUAN
TERHADAP MUHAMMAD TAUFIK DAN NURUL HAFSA DAN AGAR DAPAT MEMPENGARUHI MENTERI BESAR UNTUK
MEMBATALKAN PROJEK TERSEBUT.PADA MULANYA MUHAMMAD TAUFIK TELAH DISERANG DAN DIPUKUL KETIKA
DIA BALIK DARI MASJID. MUJURLAH BUDIMAN DAN NURUL HAFSA DATANG UNTUK MENYELAMATKAN. SELEPAS
MENJALANI RAWATAN DI HOSPITAL MUHAMMAD TAUFIK TEAH DIMINTA SUPAYA MENGIKUT IBUNYA PULANG KE
OTAGO,NEW ZEALAND. SEWAKTU MUHAMMAD TAUFIK BERSIAP-SIAP UNTUK KELUAR DARI HOSPITAL DAN TERUS
KE LAPANGAN TERBANG UNTUK OTAGO, MUHAMMAD TAUFIK TELAH MENERIMA JAMBANGAN BUNGA. TERTULIS
KATA-KATA MAHU DIA MENUNGGU SEORANG DIRI.MUHAMMAD TAUFIK TELAH MEMINTA PEMANDU AYAHNYA
BERHENTI DI PETRONAS DI HADAPAN HOSPITAL ATAS ALASAN HENDAK KE TANDAS. MUHAMMAD TAUFIK
MENGAMBIL KESEMPATAN ITU UNTUK PERGI KE VAN PUTIH YANG TELAH BERSEDIA MENUNGGUNYA. MUHAMMAD
TAUFIK TELAH DICULIK DAN DIBAWA KE SUATU TEMPAT. MUHAMMAD TAUFIK DAPAT MERASAKAN BAHAWA
NURUL HAFSA TURUT BERADA DI SITU YANG DICAM MELALUI SUARANYA. NURUL HAFSA TELAH DICULIK TERLEBIH
DAHULU IAITU SEWAKTU DIA BALIK DARI MENCERAP KELIP-KELIP BERSAMA-SAMA ABANGNYA. NURUL HAFSA
TELAH DIPERGUNAKAN OLEH PENJAHAT-PENJAHAT ITU UNTUK MENDAPATKAN MUHAMMAD TAUFIK. KUMPULAN
PENJENYAH ITU TELAH MELEPASKAN NURUL HAFSA .NURUL HAFSA YANG DIBANTU OLEH PEMANDU VAN SEKOLAH
PERGI KE BALAI POLIS UNTUK MEMBUAT LAPORAN. BERITA PENCULIKAN MUHAMMAD TAUFIK TELAH MENJADI
BERITA HANGAT. PIHAK POLIS JUGA TELAH MENGATUR SIASATAN
DAN MENGADAKAN SEKATAN JALAN RAYA DALAM USAHA MENJEJAKI KUMPULAN PENJENAYAH TERSEBUT.
BERDASARKAN MAKLUMAT YANG DITERIMA, PIHAK POLIS TELAH DAPAT MENGESAN SEBUAH RUMAH DI
KAWASAN KELAPA SAWIT YANG TERLETAK JAUH DI PEDALAMAN BESTARI JAYA. PASUKAN GERAK KHAS
TELAH DIKERAHKAN KE SANA. AKHIRYA PENJENAYAH-PENJENAYAH ITU TELAH DIBERKAS DAN MUHAMMAD
TAUFIK DAPAT DISELAMATKAN. SELEPAS PERISTIWA HITAM TERSEBUT HUBUNGAN ANTARA MUHAMMAD
TAUFIK DAN NURUL HAFSA MENJADI LEBIH INTIM DAN RAPAT. MEREKA SERING BERHUBUNG MELALUI
TELAFON DAN BERCERITA TENTANG PERISTIWA YANG MENIMPA MEREKA. SELEPAS PERISTIWA ITU JUGA IBU
DAN AYAH MUHAMMAD TAUFIK TELAH BERNIKAH SEMULA.MAJLIS PERNIKAHAN PASANGAN ITU BERLAKU DI
MASJID. SEWAKTU MENGEMAS DULANG-DULANG YANG TELAH DIGUNAKAN DALAM MAJLIS ITU,
MUHAMMAD TAUFIK TELAH MENZAHIRKAN HASRATNYA UNTUK MEMINANG NURUL HAFSA. NURUL HAFSA
YANG BERASA MALU LALU TERUS BEREDAR TETAPI MUHAMMAD TAUFIK TELAH MENGHANTAR MESEJ TEKS
YANG MENGATAKAN MEREKA BERDUA IALAH DUA EKOR KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
TEMA
KEGIGIHAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
-SIKAP TERSEBUT TELAH DITUNJUKAN OLEH DUA ORANG AKTIVIS ALAM SEKITAR,IAITU NURUL HAFSA
DAN MUHAMMAD TAUFIK
-MUHAMMAD TAUFIK SEDANG BERUSAHA UNTUK MENYELAMATKAN KAWASAN KELIP-KELIP DAN
MEMBINA RUMAH YANG MENGAMBIL PENDEKATAN MESRA ALAM.
-NURUL HAFSA PULA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN KAWASAN KUALA SELANGOR SEBAGAI KAWASAN
SIMPAN LANGIT GELAP UNTUK MEMASTIKAN BINTANG-BINTANG BOLEH DICERAP DI KUALA SELANGOR DAN
KELIP-KELIP DAPAT DILIHAT DI KAMPUNG KUANTAN
-HASRAT KEDUA-DUA ORANG AKTIVIS INI MENDAPAT TENTANGAN TETAPI MEREKA TETAP TIDAK
MENGALAH DENGAN CABARAN YANG DIHADAPI ITU
PERSOALAN
SIKAP TIDAK BERTOLAK ANSUR ANTARA SUAMI DENGAN ISTERI AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA
PENCERAIAN
-TAN SRI MUHAIMIN TERPAKSA MENERIMA KENYATAAN BAHAWA MARYAM IALAH SEORANG PENGEMBARA DUNIA
YANG INGIN KEBEBASAN DAN TIDAK BOLEH DIIKAT
PENCERAIAN ANTARA SUAMI DENGAN ISTERI MENYEBABKAN ANAK-ANAK MENJADI MANGSA KERANA
KEHILANGAN KASIH SAYANG
-SELEPAS BERCERAI, TAN SRI MUHAIMIN MEMAINKAN PERANAN UNTUK MENDIDIK DAN MEMBESARKAN
MUHAMMAD TAUFIK MANAKALA PUAN MARYAM MENERUSKAN IMPIANNYA UNTUK MENYELAMATKAN DUNIA
SIKAP TAMAK DAN DENDAM MENGAKIBATKAN SESEORANG ITU TERJEBAK DALAM PERBUATAN JENAYAH
-SIKAP TAMAK DAN DENDAM DATO JOHANN ARLINGTON-MAJID TERHADAP TAN SRI MUHAIMIN MENYEBABKAN
BELIAU SANGGUP MENGUPAH PENJENAYAH UNTUK MENCULIK DAN MENCEDERAKAN MUHAMMAD TAUFIK.
SEKIRANYA SUDAH JODOH, SESEORANG ITU TETAP BERSATU SEBAGAI SUAMI ISTERI
-TAN SRI MUHAIMIN TELAH BERNIKAH SEMULA DENGAN BEKAS ISTERINYA, IAITU PUAN MARYAM WICKHAM
SIKAP PENJAWAT AWAM YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB
-SEBAGAI PEGAWAI DI BALAI CERAP SULTAN SALAHUDDIN, NURUL HAFSA TELAH BERUSAHA DENGAN
SUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENJADIKAN KAWASAN KUALA SELANGOR SEBAGAI KAWASAN SIMPAN
LANGIT GELAP DEMI KEPENTINGAN PENCERAPAN BINTANG MALAM DAN KELIP-KELIP
TANGGUNGJAWAB SEORANG ABANG TERHADAP ADIK PEREMPUANNYA
-BUDIMAN YANG SENTIASA MENEMANI ADIKNYA , NURUL HAFSA KETIKA BERTEMU DENGAN MUHAMMAD
TAUFIK DAN MENEMANI NURUL HAFSA UNTUK MENCERAP KEHADIRAN KELIP-KELIP DI KAMPUNG KUANTAN
KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN DALAM BERSAHABAT
-MUHAMMAD TAUFIK DAN NURUL HAFSA SALING MEMBANTU UNTUK MENJAYAKAN PROJEK KAWASAN
SIMPAN LANGIT GELAP DAN BERASA RISAU APABILA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA DIANCAM
WATAK DAN PERWATAKAN
NURUL HAFSA
ANAK KEPADA HAJI YASSIR DAN ADIK KEPADA BUDIMAN
BELAJAR DI LUAR NEGARA IAITU JORDAN DALAM BIDANG FIZIK DAN KAJI FALAK
SEORANG YANG CINTA KEPADA ALAM SEKITAR.CONTOHNYA DIA BERPENDAPAT BAHAWA PEMBANGUNAN
TIDAK DIRANCANG DENGAN TELITI DI KUALA SELANGOR AKAN MEMBAWA KESAN YANG BURUK TERHADAP
ALAM SEKITAR
SEORANG YANG BERANI.CONTOHNYA DIA TELAH MENGHANTAR LAPORAN TENTANG PENCEMARAN
CAHAYA DI KUALA SELANGOR.
SEORANG YANG BIJAK DAN BERILMU. CONTOHNYA DIA DAPAT MEMATAHKAN HUJAH DATO ARLINGTON-
MAJID SEWAKTU PERBENTANGAN PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP KUALA SELANGOR
SEORANG YANG TABAH.CONTOHNYA DIA BEGITU TABAH DALAM MENGHADAPI PELBAGAI DUGAAN
UNTUK MELAKSANAKAN CITA-CITANYA, IAITU MENJADIKAN KUALA SELANGOR SEBAGAI KAWASAN SIMPAN
LANGIT GELAP
SEORANG YANG BAIK HATI. CONTOHNYA, DIA BEGITU PRIHATIN AKAN NASIB MUHAMMAD TAUFIK YANG
CEDERA KERANA DISERANG PENJENAYAH
SEORANG YANG BERBUDI BAHASA. CONTOHNYA DIA MENYURUH MUHAMMAD TAUFIK BERTANYA
KEPADA AYAHNYA TENTANG HASRAT MUHAMMAD TAUFIK HENDAK MEMINANGNYA
SEORANG YANG TEGUH KEPADA JANJI. CONTOHNYA DIA TETAP MENERUSKAN USAHA MENCERAP
POPULASI KELIP-KELIP DI KAMPUNG KUANTAN SEWAKTU MUHAMMAD TAUFIK TERLANTAR DI HOSPITAL
SEORANG ANAK YANG BAIK. CONTOHNYA, DIA BERNIAT UNTUK MEMBINA STOR PENYIMPANAN
PERALATAN BERKEBUN UNTUK AYAHNYA APABILA DIA MENDAPAT GAJI KELAK
MUHAMMAD TAUFIK
MUHAMMAD TAUFIK IALAH ANAK TUNGGAL KEPADA TAN SRI MUHAIMIN DAN PUAN MARYAM WICKHAM ABDULLAH
MUHAMMAD TAUFIK SEORANG YANG PENYABAR . CONTOHNYA, DIA BERSIKAP TENANG DAN SABAR KETIKA
BERHADAPAN DENGAN NURUL HAFSA YANGBERASAMARAH KEPADANYA KERANA TINDAKANNYA MEMAGAR SUNGAI DI
KAMPUNG KUANTAN .
MUHAMMAD TAUFIK SEORANG YANG TABAH. CONTOHNYA, DIA TIDAK MAHU BERALAH, SEBALIKNYA MENERUSKAN
HASRATNYA BERSAMA-SAMA DENGAN NURUL HAFSA UNTUK MENYELAMATKAN KELIP-KELIP WALAUPUN TELAH
DISERANG.
SEORANG YANG PRIHATIN. CONTOHNYA DIA SANGGUP MENEMUI PENJENAYAH DENGAN TUJUAN UNTUK
MENYELAMATKAN NURUL HAFSA YANG TELAH DICULIK OLEH MEREKA
SEORANG YANG CINTA AKAN ALAM SEKITAR.CONTOHNYA DIA MENGUSAHAKAN PROJEK IKHTIAR TEKNOALAM, IAITU
PEMBINAAN RUMAH YANG BERKONSEPKAN KEDIAMAN MESRA ALAM
SEORANG YANG BERTERUS TERANG. DIA BERTERUS TERANG DENGAN BERTANYA KEPADA NURUL HAFSA UNTUK
MEMINANGNYA
SEORANG YANG BERBUDI BAHASA DAN MENGHARGAI TETAMU. CONTOHNYA,DIA MELAYAN NURUL HAFSA DAN
BUDIMAN DENGAN MENYEDIAKAN MINUMAN UNTU MEREKA
BUDIMAN
ANAK LELAKI KEPADA HAJI YASSIR DAN ABANG KEPADA NURUL HAFSA
SAHABAT KEPADA MUHAMMAD TAUFIK
GURU SAINS DI SEKOLAH MENENGAH TANJUNG KARANG
SEORANG ABANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. CONTOHNYA DIA SANGGUP MENEMANI NURUL HAFSA
UNTUK MENCERAP KELIP-KELIP DI JETI
SEORANG YANG BAIK HATI. CONTOHNYA DIA MEMBAWA AYAHNYA DAN NURUL HAFSA KE HOSPITAL
UNTUK MENZIARAHI MUHAMMAD TAUFIK PADA PUKUL 5 PAGI
SEORANG TAAT KEPADA AGAMA. CONTOHNYA DIA MENUNAIKAN SOLAT ISYAK DI MASJID BERSAMA-
SAMA DENGAN MUHAMMAD TAUFIK
SEORANG YANG PRIHATIN. CONTOHNYA DIA BERSUSAH PAYAH UNTUK MENGESAN MUHAMMAD TAUFIK
YANG TELAH DISERANG SEWAKTU BALIK DARI MASJID
TAN SRI MUHAIMIN
SEORANG AYAH YANG PENYAYANG. BELIAU SENTIASA MENURUTI KEMAHUAN ANAKNYA, MUHAMMAD
TAUFIK
SEORANG YANG BERPENDIRIAN TEGUH. CONTOHNYA BELIAU SANGGUP BERCERAI DENGAN ISTERINYA
KERANA TIDAK SEHALUAN
SEORANG YANG BAIK HATI DAN TIDAK BERSIFAT DENDAM. CONTOHNYA BELIAU TIDAK MEMARAHI
ANAKNYA BERIKUTAN KUNJUNGAN BEKAS ISTERINYA ITU KE RUMAH ANAKNYA
SEORANG YANG TAAT KEPADA AGAMA. CONTOHNYA, BELIAU MNUNAIKAN SOLAT SUBUH BERSAMA-
SAMA DENGAN HAJI YASSIR DI SURAU HOSPITAL
SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. CONTOHNYA, BELIAU TURUN DARI KERETA UNTUK MENEMANI
MUHAMMAD TAUFIK YANG HENDAK PERGI KE TANDAS DI STESEN MINYAK UNTUK MENJAGA KESELAMATAN
ANAKNYA
PUAN MARYAM WICKHAM BINTI ABDULLAH
IBU KEPADA MUHAMMAD TAUFIK
BEKAS ISTERI KEPADA TAN SRI MUHAIMIN
SEORANG AKTIVIS ALAM SEKITAR
SEORANG YANG BERPEGANG TEGUH DENGAN PENDIRIANNYA. CONTOHNYA SANGGUP BERCERAI DENGAN
TAN SRI MUHAIMIN KERANA TEGUH DENGAN PERJUANGANNYA
SEORANG IBU YANG BAIK HATI DAN PENYAYANG. CONTOHNYA PUAN MARYAM SANGGUP MENGUNJUNGI
MUHAMMAD TAUFIK DAN MEMASAK MAKANAN UNTUK BEKAS SUAMINYA
SEORANG WANITA YANG BERTOLENRASI. CONTOHNYA DIA SANGGUP BERNIKAH SEMULA DENGAN BEKAS
SUAMINYA UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN ANAK TUNGGALNYA.
DATO JOHANN ARLINGTON-MAJID
SEORANG YANG PENDENDAM. CONTOHNYA BELIAU MASIH BERDENDAM DENGAN TAN SRI MUHAIMIN
KERANA MARYAM WICKHAM MENERIMA TAN SRI MUHAIMIN SEBAGAI PASANGAN HIDUPNYA, BUKAN
DIRINYA
SEORANG YANG BERHATI JAHAT. CONTOHNYA BELIAU SANGGUP MENGUPAH ORANG UNTUK MENCULIK
MUHAMMAD TAUFIK DAN NURUL HAFSA
SEORANG AHLI PERNIAGAAN TETAPI TIDAK KREATIF UNTUK MEMAJUKAN PERNIAGAANNYA
HAJI YASSIR
AYAH KEPADA BUDIMAN DAN NURUL HAFSA
HIDUP SEORANG DIRI SELEPAS KEMATIAN ISTERINYA
SEORANG AYAH YANG BERTANGGUNGJAWAB. CONTOHNYA HAJI YASSIR SANGGUP MENGHANTAR
ANAKNYA UNTUK MENCERAP KELIP-KELIP DI KAMPUNG KUANTAN
SEORANG YANG TAAT KEPADA AGAMA. CONTOHNYA HAJI YASSIR MENJADI IMAM KETIKA SOLAT SUBUH
DI SURAU HOSPITAL SELEPAS KEDENGARAN AZAN SUBUH DARI MASJID TANJUNG KARANG
LATAR-TEMPAT,MASA,DAN MASYARAKAT

LATAR TEMPAT
BALAI CERAP SULTAN SALAHUDDIN. TEMPAT NURUL HAFSA BEKERJA SELEPAS PULANG DARI LUAR
NEGARA.
KAMPUNG KUANTAN. TEMPAT MUHAMMAD TAUFIK MEMBERITAHU NURUL HAFSA BAHAWA POPULASI
KELIP-KELIP TELAH BERKURANG
STESEN MINYAK PETRONAS DI HADAPAN HOSPITAL. TEMPAT MUHAMMAD TAUFIK DICULIK
KAWASAN PERLADANGAN BESTARI JAYA. TEMPAT PASUKAN GERAK KHAS DIGERAKKAN UNTUK
MENYELAMATKAN MUHAMMAD TAUFIK DICULIK
HOSPITAL BESAR TANJUMG KARANG. TEMPAT MUHAMMAD TAUFIK TELAH DIBAWA UNTUK
MENDAPATKAN RAWATAN SETELAH DISERANG OLEH SEKUMPULAN PENJENAYAH
TAMAN RIMBA TEMPLER. TEMPAT BUDIMAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN BERSAMA-SAMA DENGAN
BUDAK PENGAKAP
SEKOLAH MENENGAH TANJUNG KARANG. TEMPAT BUDIMAN MENGAJAR
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR . TAN SRI TELAH MEMANDU KERETANYA
MANAKALA PEMANDUNYA, SOBIRIN MELAYANNYA BERSEMBANG
HOTEL DE PALMA. TEMPAT PUAN MARYAM MENGINAP SELEPAS MENGUNJUNGI BALAI CERAP SULTAN
SALAHUDDIN
RUMAH PROTOTAIP IKHTIAR TEKNOALAM. TEMPAT MUHAMMAD TAUFIK MENERIMA KUNJUNGAN
IBUNYA, PUAN MARYAM YANG MENINGGALKAN ROMBONGANNYA UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN
ANAKNYA
OTAGO,NEW ZEALAND. TEMPAT MUHAMMAD TAUFIK MENGIKUTI IBUNYA SELEPAS IBUNYA BERCERAI
DENGAN AYAHNYA
LATAR MASA
HARI PERTAMA BEKERJA DI BALAI CERAP SULTAN SALAHUDDIN. CONTOHNYA, PERISTIWA NURUL HAFSA
BERASA TIDAK KERUAN KETIKA MENGIRINGI KUMPULAN PENGUNJUNG YANG DIANGGOTAI 15 ORANG
MURID DAN 3 ORANG PENGIRING
WAKTU MALAM.CONTOHNYA, PERISTIWA NURUL HAFSA DIHANTAR OLEH AYAHNYA, HAJI YASSIR PERGI
KE KAMPUNG KUANTAN UNTUK MELIHAT KELIP-KELIP
SEBELUM SOLAT ZUHUR. CONTOHNYA, PERISTIWA HAJI YASSIR MAKAN TENGAH HARI BERSAMA-SAMA
NURUL HAFSA DAN BUDIMAN
WAKTU SEMINGGU BERLALU. CONTOHNYA, SEMINGGU TELAH BERLALU SELEPAS PERISTIWA NURUL
HAFSA MENGHANTAR LAPORAN TENTANG TAHAP KECERAHAN LANGIT KUALA SELANGOR KE PEJABAT
DAERAH KUALA SELANGOR
WAKTU SELEPAS SOLAT ISYAK.CONTOHNYA PERISTIWA MUHAMMAD TELAH DISERANG UNTUK KALI
PERTAMANYA OLEH PENJENAYAH
PADA PUKUL 11:30 MALAM. CONTOHNYA PERISTIWA NURUL HAFSA DAN BUDIMAN SELESAI MEMBERI
KETERANGAN KEPADA KETUA INSPEKTOR LIM DI HOSPITAL BESAR TANJUNG KARANG BERKAITAN DENGAN
SERANGAN TERHADAP MUHAMMAD TAUFIK
PUKUL 5:00 PAGI. CONTOHNYA PERISTIWA BUDIMAN BERSAMA-SAMA DENGAN AYAHNYA DAN ADIKNYA
KE HOSPITAL TANJUNG KARANG UNTUK MENZIARAHI MUHAMMAD TAUFIK
WAKTU SUBUH. CONTOHNYA PERISTIWA HAJI YASSIR, BUDIMAN, TAN SRI MUAHIMIN, NURUL HAFSA
DAN PUAN MARYAM WICKHAM MENUNAIKAN SOLAT SUBUH DI SURAU HOSPITAL SELEPAS KEDENGARAN
AZAN DARI MASJID TANJUNG KARANG
TAHUN DEPAN. CONTOHNYA PERISTIWA KUALA SELANGOR AKAN MENJADI KAWASAN SIMPAN LANGIT
GELAP
PADA PUKUL 8:20 PAGI. CONTOHNYA PERISTIWA VAN PUTIH BERADA DI HADAPAN TANDAS LELAKI DI
STESEN MINYAK PETRONAS DAN MUHAMMAD TAUFIK DITARIK MASUK KE DALAM VAN ITU SEBELUM
MELARIKAN DIRI KE SUATU TEMPAT
KIRA-KIRA PUKUL 10:00 MALAM. CONTOHNYA KENDURI KESYUKURAN UNTUK MERAIKAN PERNIKAHAN
TAN SRI MUHAIMIN DAN BEKAS ISTERINYA, PUAN MARYAM WICKHAM.
LATAR MASYARAKAT
MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN KERJAYA SEHINGGA SANGGUP MENGAMBIL TINDAKAN YANG
RADIKAL. CONTOHNYA TAN SRI MUHAIMIN YANG MEMENTINGKAN PERNIAGAAN DAN PUAN MARYAM
YANG MEMENTINGKAN AKTIVITI MENCINTAI ALAM SEKITAR SANGGUP BERCERAI APABILA MASING-
MASING TIDAK DAPAT BERTOLAK ANSUR
MASYARAKAT YANG MENCINTAI ALAM SEKITAR. CONTOHNYA MARYAM WICKHAM, MUHAMMAD TAUFIK
DAN NURUL HAFSA TELAH MELAKSANAKAN KERJA-KERJA UNTUK MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR
MASYARAKAT YANG TAMAK. CONTOHNYA DATO JOHANN ARLINGTON-MAJID YANG TAMAK SANGGUP
MELAKUKAN PERBUATAN JENAYAH DENGAN MENGUPAH PENJENAYAH UNTUK MENCULIK ANAK TAN SRI
MUHAIMIN AGAR TAN SRI MUHAIMIN MENARIK BALIK SEBUT HARGA PEMBEKALAN HARGA LAMPU
MASYARAKAT YANG TERPELAJAR. CONTOHNYA NURUL HAFSA BELAJAR SEHINGGA KE JORDAN DALAM
BIDANG FIZIK DAN ILMU FALAK DAN BEKERJA DI BALAI CERAP SULTAN SALAHUDDIN
MASYARAKAT YANG HIDUP HARMONI DALAM SEBUAH KELUARGA. CONTOHNYA KELUARGA NURUL HAFSA
YAND TERDIRI DARIPADA AYAHNYA, HAJI YASSIR DAN ABANGNYA, BUDIMAN HIDUP DENGAN HARMONI
DAN BAHAGIA
MASYARAKAT YANG BERKAHWIN CAMPUR. CONTOHNYA TAN SRI MUHAIMIN YANG BERKETURUNAN
JAWA TELAH BERKAHWIN DENGAN MARYAM WICKHAM YANG BERKETURUNA KAUKASIA
PLOT
PENGENALAN ATAU EKSPOSISI
PENGARANG MEMPERKENALKAN WATAK NURUL HAFSA YANG BARU BEKERJA SEBAGAI PEGAWAI SAINS DI
BALAI CERAP SULTAN SALAHUDDIN, KUALA SELANGOR. PADA HARI PERTAMA DIA BEKERJA, DIA TELAH MELAYAN
SEKUMPULAN MURID DARI JEPUN DIIRINGI OLEH PUAN WICKHAM MENCERAP BINTANG . NAMUN BEGITU MEREKA
SEMUA HAMPA KERANA BINTANG TIDAK KELIHATAN DISEBABKAN LANGIT TERLALU CERAH. HASRAT MEREKA
UNTUK MELIHAT KELIP-KELIP DI KAMPUNG KUANTAN JUGA TIDAK KESAMPAIAN
PERKEMBANGAN
NURUL HAFSA MEMBUAT LAPORAN BERKAITAN PENCEMARAN CAHAYA YANG MENGHALANG AKTIVITI
MENCERAP BINTANG DAN MELIHAT KELIP-KELIP DI PEJABAT DAERAH. KETUA NURUL HAFSA IAITU PUAN
FOZIAH TELAH MENASIHATI NURUL HAFSA AGAR TIDAK MENGHARAPKAN SEBARANG TINDAKAN KERANA
PEMBANGUNAN DI KUALA SELANGOR TIDAK MELANGGAR UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR. KEMUDIAN
ABANG NURUL HAFSA IAITU BUDIMAN TELAH MEMPERTEMUKAN NURUL HAFSA DENGAN MUHAMMAD
TAUFIK YANG MENCINTAI ALAM SEKITAR JUGA. SETELAH BERBINCANG MEREKA BERDUA BERSETUJU UNTUK
BEKERJASAMA UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP DI KUALA SELANGOR
BAGI MEMBOLEHKAN AKTIVITI PENCERAPAN BINTANG DAN MENJAGA POPULASI KELIP-KELIP DI KAMPUNG
KUANTAN. DENGAN BANTUAN DAN PENGARUH TAN SRI MUHAIMIN MEREKA BERJAYA MEMBUAT
PEMBENTANGAN KEPADA PEGAWAI DAERAH KUALA SELANGOR. KEMUDIAN MENTERI BESAR TELAH
MENGADAKAN MAJLIS TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI UNTUK MENDENGAR PEMBENTANGAN TENTANG
PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP TERSEBUT.
PERUMITAN
PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP MENDAPAT TENTANGAN DARIPADA DATO JOHANN ARLINGTON-
MAJID. DATO ARLINGTON- MAJID CUBA MEMBATALKAN PROJEK TERSEBUT DENGAN MENGEMUKAKAN
PELBAGAI SOALAN KEPADA NURUL HAFSA TETAPI SEMUA SOALANNYA DAPAT DIJAWAB DENGAN JELAS OLEH
NURUL HAFSA. DATO JOHANN ARLINGTON-MAJID JUGA TIDAK BERSETUJU KERANA SYARIKAT BELIAU TIDAK
DAPAT MEMBEKALKAN LAMPU-LAMPU FULL CUT OFF YANG DIPERLUKAN UNTUK TUJUAN PROJEK
TERSEBUT.LANTARAN DATO JOHANN ARLINGTON-MAJID YANG SEMEMANGNYA TELAH LAMA BERDENDAM
DENGAN TAN SRI MUHAIMIN KERANA MARYAM WICKHAM MEMILIH TAN SRI MUHAIMIN BERBANDING
DIRINYA . DATO ARLINGTON-MAJID TELAH MERANCANG UNTUK MENGGAGALKAN PROJEK TERSEBUT DENGAN
MENGUPAH PENJAHAT UNTUK MENIMBULKAN MASALAH DAN KETAKUTAN KEPADA MASYARAKAT APABILA
SUASANA MENJADI GELAP PADA WAKTU MALAM. CERITA BERTAMBAH RUMIT APABILA MUHAMMAD TAUFIK
TELAH DISERANG KETIKA DIA BALIK DARI MASJID SELEPAS MENUNAIKAN SOLAT ISYAK. BERITA SERANGAN
TERHADAP MUHAMMAD TAUFIK TELAH SAMPAI KE PENGETAHUAN MENTERI BESAR. SETELAH MENDAPAT
PENJELASAN DARIPADA TAN SRI MUHAIMIN TENTANG PERISTIWA SERANGAN ITU, MENTERI BESAR
BERSETUJU UNTUK MENERUSKAN PROJEK KAWASAN SIMPAN LANGIT GELAP DI KUALA SELANGOR.
PUNCAK ATAU KLIMAKS
RENTETAN PENCULIKAN NURUL HAFSA, MUHAMMAD TAUFIK TELAH MEMBATALKAN
NIATNYA UNTUK MENGIKUT IBUNYA BALIK KE OTAGO, NEW ZEALAND. DIA TELAH MENEMUI
KUMPULAN PENCULIK ITU DI STESEN MINYAK PETRONAS DI HADAPAN HOSPITAL.
KEMUDIAN MUHAMMAD TAUFIK TELAH DICULIK DAN DIBAWA KE KAWASAN
PERLADANGAN KELAPA SAWIT. SELEPAS PENJAHAT DAPAT MENCULIK MUHAMMAD
TAUFIK, MEREKA MEMBEBASKAN NURUL HAFSA. NURUL HAFSA TELAH MEMBUAT
LAPORAN POLIS. BERDASARKAN LAPORAN DARI BALAI POLIS BESTARI JAYA, KETUA
INSPEKTOR LIM TELAH MENUBUHKAN PASUKAN GERAK KHAS. AKHIRNYA KUMPULAN
JENAYAH ITU BERJAYA DIBERKAS DAN MUHAMMAD TAUFIK DAPAT DISELAMATKAN
PELERAIAN
HUBUNGAN ANTARA NURUL HAFSA DAN MUHAMMAD TAUFIK BERTAMBAH INTIM.
MEREKA BERDUA SELALU BERBUAL-BUAL TENTANG PERISTIWA YANG MENAKUTKAN
MEREKA ITU. PERISTIWA YANG BERLAKU KEPADA MUHAMMAD TAUFIK DAN NURUL HAFSA
JUGA TELAH MERAPATKAN HUBUNGAN ANTARA PUAN WICKHAM DAN TAN SRI MUHAIMIN.
MEREKA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERNIKAH SEMULA. SELEPAS KENDURI
KESYUKURAN UNTUK MERAIKAN PERNIKAHAN KALI KEDUA TAN SRI MUHAIMIN DENGAN
MARYAM WICKHAM, MUHAMMAD TAUFIK TELAH MELAMAR NURUL HAFSA DAN NURUL
HAFSA MENERIMA LAMARAN TERSEBUT. NURUL HAFSA TERSENYUM APABILA MEMBACA
MESEJ TEKS DARIPADA MUHAMMAD TAUFIK YANG BERBUNYI, KITA IALAH DUA EKOR
KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
GAYA BAHASA
DIKSI (PINJAMAN BAHASA INGGERIS)
1. PLATFORM
2. AMATUR
3. PROFESIONAL
4. HIBRID
5. DESKRIPSI
6. BERANDA
DIKSI ( PINJAMAN BAHASA ARAB )
1. FALAK
2. WAFAT
3. SOLAT
4. INSYA-ALLAH
5. KALAM SUCI ALQURAN
6. SYUKUR ALHAMDULILLAH
ISTILAH KHUSUS
1. GRID UTILITI
2. JEJAK KARBON
3. BURUJ ORION
4. ASTRONOMI
5. ATMOSFERA
6. FAJAR AL-KAZHIB
SIMILE
1. DIA CUBA BERSELOROH DENGAN HATINYA BAGAI DIKOYAK-KOYAK APABILA MENYEDARI DIA BERGURAU TENTANG
PERKARA YANG BUKAN GURAUAN
2. ....IBUNYA AKAN PERGI LAGI UMPAMA SEORANG PUTERI YANG TERGESA-GESA LARI DARI MAJLIS TARI-MENARI
DALAM KISAH SI PARI-PARI
3. RASA SEPERTI DITIPU
4. MARYAM PERGI LEPAS BEBAS SEPERTI BURUNG TERBANG MENGEJAR BINTANG-BINTANG DI LANGIT
5. BAGI BUDIMAN, ADIKNYA BAGAIKAN KILAT SEBELUM GURUH.....
6. AWAK BERANI UMPAMA SRIKANDI
7. ....SEORANG LELAKI BERJALAN DI TAMAN SUNYI DENGAN LAMPU TERBUKA DAN TERTUTUP SENDIRI ITU SEPERTI
SEBUAH FILEM SERAM
8. ....JOHANN MEMBUAT NOTA DALM MINDANYA UMPAMA AYAT-AYAT DALAM SEBUAH MEMOIR
9. ....FIKIRANNYA BERPUTAR LIGAT BAGAIKAN GASING.....
10. MEREKA BERDUA BERCAKAP DENGAN CARA BERDESIS SEPERTI ULAR TEDUNG.....
HIPERBOLA
1. JIKA KITA BERJUMPA LEBIH KERAP, PASTINYA RUPA PARAS TAUFIK AKAN LEBIH MELEKAT PADA MATA
IBU.....
2. ...SEORANG PENGEMBARA DUNIA YANG INGIN AKAN KEBEBASAN....
3. MASAKAN NURUL HAFSA SEORANG DIRI DAPAT MEMBAWA KEMBALI BINTANG-BINTANG KE KUALA
SELANGOR?
4. ....NURUL HAFSA DAN SAHABATNYA MUHAMMAD TAUFIK IALAH DUA KESATRIA YANG PUNYAI MISI
PENTING...
5. TAMAN INI MELAMBANGKAN EMPAT SUNGAI DI DALAM SYURGA FIRDAUS....
SINKOPE
1. ....DIA CEDERA RINGAN SAJA.
2. SABARLAH, TAUFIK.TAK TERUK SQNGAT NI,....
3. TAUFIK, KANU TAK APA-APA ?
4. SAYA PERGI DULU,KATA NURUL HAFSA,.....

.PERIBAHASA
1. TAN SRI MUHAIMIN MEMBISU SERIBU BAHASA SEDANG DALAM MINDANYA TERDAPAT SOALAN YANG MEMBAKAR
UNTUK DILUAHKAN SEGERA MUNGKIN
2. TAN SRI MUHAIMIN TIDAK MENJAWAB, NAMUN JELAS AIR MUKANYA BERUBAH
3. DUA BERANAK ITU TERUS MENJAMU SELERA DENGAN HASIL AIR TANGAN SATU-SATUNYA WANITA DALM HIDUP
MEREKA DENGAN SENYAP
4. ADAKAH NURUL HAFSA DAH HILANG AKAL, BANG ?
5.MAAFLAH, AIR BUJANG SAHAJA, KATA MUHAMMAD TAUFIK KEPADA TETAMUNYA ITU
6.BAGAI BULAN DIPAGARI BINTANG
7.NAMUN, MELIHATKAN IBUNYA YANG TERKENAL DENGAN KERAS HATI ITU MENANGIS, MUHAMMAD TAUFIK
TIDAK MAMPU MELAWAN LAGI

AYAT (AYAT PENDEK)


1. BAYU BERTIUP LEMBUT
2. TERUK!KELUH NURUL HAFSA
3. IBU BAIK AYAH. IBU KIRIM SALAM.
4. NURUL HAFSA AKHIRNYA BERKATA
5. KEADAAN SUNGGUH GELAP
6. SETAHUN DUA
AYAT (SESERHANA PANJANG )
1. NURUL HAFSA MENARIK NAFAS DALAM-DALAM
2. MUHAMMAD TAUFIK KENAL BENAR DENGAN PUAN WICKHAM
3. JIWANYA MARAH DAN PEMANDUAN TIDAK SEMENA-MENA BERTAMBAH LAJU
4. MUHAMMAD TAUFIK MENJEMPUT DUA BERANAK ITU KE DALAM RUMAH
5. KOMBINASI CIRI-CIRI FIZIKAL IBU DAN AYAHNYA
6. PUAN MARYAM MENUANGKAN AIR PUTIH UNTUK ANAKNYA
.AYAT ( PANJANG )
1. NURUL HAFSA MERASAKAN YANG LANGIT AKAN TETAP CERAH WALAUPUN DIA DAN KUMPUAN KANAK-
KANAK ITU MENUNGGU SEHINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM
2. MENJADI TANGGUNGJAWAB NANTI UNTUK MEMBANGUNKAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT
BERKAITAN DENGAN FALAK DI BALAI CERAP
3.SALAH SATU CIRI YANG AKAN DIBINA DALAM TAMAN BANDAR RAYA HIJAU KUALA LUMPUR IALAH EMPAT
SALIRAN AIR YANG MEMBAWA AIR KE SEBUAH KOLAM PUSAT

4.MEREKA AKAN TERUS KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR DAN TERUS MASUK KE
DALAM KAPAL TERBANG MENUJU SATU TEMPAT SEJUK DI HUJUNG DUNIA
NILAI
oNILAI CINTA AKAN ALAM SEKITAR. CONTOHNYA NURUL HAFSA DAN MUHAMMAD TAUFIK BERUSAHA
UNTUK MEMBAWA KEMBALI KEGELAPAN DI KUALA SELANGOR UNTUK MEMASTIKAN HABITAT KELIP-
KELIP TERJAGA DAN KUALA SELANGOR KEKAL SEBAGAI LOKASI PENCERAPAN BINTANG
oNILAI SETIA KAWAN. CONTOHNYA MUHAMMAD TAUFIK SANGGUP BERJUMPA DENGAN PENJAHAT DI
STESEN MINYAK PETRONAS DI HADAPAN HOSPITAL SEMATA -MATA UNTUK MENYELAMATKAN NURUL
HAFSA
oNILAI TANGGUNGJAWAB. CONTOHNYA TAN SRI MUHAIMIN TELAH MEMBESARKAN ANAK TUNGGALNYA
DENGAN MEMENUHI SEGALA KEMAHUANNYA
oNILAI KETABAHAN. CONTOHNYA NURUL HAFSA DAN MUHAMMAD TAUFIK TABAH MENGHADAPI ANCAMAN
DAN CABARAN DALAM USAHA MEREKA UNTUK MENGEMBALIKAN KEGELAPAN DI KUALA SELANGOR
UNTUK PENCERAPAN BINTANG DAN MENJAGA HABITAT KELIP-KELIP
oNILAI KASIH SAYANG.CONTOHNYA MARYAM WICKHAM SAYANG AKAN ANAKNYA DENGAN MENGUNJUNGI
RUMAH ANAKNYA DAN MEMASAK MAKANAN UNTUK ANAKNYA.
oNILAI BERILMU BERPENGETAHUAN.CONTOHNYA NURUL HAFSA KE JORDAN SELAMA 4 TAHUN UNTUK
MENYAMBUNG PELAJARAN DALAM BIDANG FALAK DAN FIZIK
oNILAI BUDI BAHASA. CONTOHNYA MUHAMMAD TAUFIK TELAH MENYAMBUT KEDATANGAN BUDIMAN DAN
NURUL HAFSA KE RUMAHNYA DENGAN BAIK DAN MENGHIDANGKAN MINUMAN UNTUK MEREKA
oNILAI AMANAH. CONTOHNYA NURUL HAFSA TETAP MENERUSKAN PROJEK MENCERAP KEHADIRAN KELIP-
KELIP DI KAMPUNG KUANTAN KERANA TELAH BERJANJI DENGAN SAHABATNYA, MUHAMMAD TAUFIK
oNILAI HORMAT-MENGHORMATI. CONTOHNYA MUHAMMAD TAUFIK TETAP MENGHORMATI NURUL HAFSA
SEBAGAI TETAMUNYA WALAUPUN NURUL HAFSA KELIHATAN MARAH TERHADAPNYA KERANA MEMAGAR
SUNGAI DI KAMPUNG KUANTAN
oNILAI KETAATAN. CONTOHNYA, BUDIMAN DAN MUHAMMAD TAUFIK TAAT PADA AJARAN AGAMA DENGAN
MENUNAIKAN SOLAT BERJEMAAH BERSAMA-SAMA
PENGAJARAN
KITA MESTILAH BERBUDI BAHASA AGAR KITA DIHORMATI ORANG LAIN.CONTOHNYA MUHAMMAD TAUFIK BERBUDI
BAHASA TINGGI ,AKHIRNYA TELAH MENJADI RAKAN KARIB NURUL HAFSA
IBU BAPA MESTILAH BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK SUPAYA KEHIDUPAN ANAK-ANAK AKAN
TERBELA. CONTOHNYA HAJI YASSIR SANGGUP MENGHANTAR ANAKNYA NURUL HAFSA KE KAMPUNG KUANTAN UNTUK
MENCERAP KELIP-KELIP SUPAYA ANAKNYA TIDAK MENGALAMI MASALAH UNTUK KE TEMPAT TERSEBUT
KITA MESTILAH AMANAH UNTUK MELAKSANAKAN SESUATU TUGAS AGAR TUGAS DAPAT DISELESAIKAN
KITA MESTILAH SALING MENGHORMATI SUPAYA KEHIDUPAN TETAMUNYA SUPAYA KEHIDUPAN KITA MENJADI
HARMONI.CONTOHNYA MUHAMMAD TAUFIK MENGHORMATI TETAMUNYA IAITU BUDIMAN DAN NURUL HAFSA YANG
BERKUNJUNG KE RUMAHNYA. AKHIRNYA NURUL HAFSA YANG SALAH SANGKA DAN MARAH KEPADA MUHAMMAD
TAUFIK TELAH SEDAR DAN MENJADI SAHABAT BAIK KEPADA MUHAMMAD TAUFIK
KITA HENDAKLAH MENCINTAI ALAM SEKITAR SUPAYA KEHIDUPAN KITA DAN MAKHLUK LAIN TIDAK
TERANCAM.CONTOHNYA NURUL HAFSA DAN MUHAMMAD TAUFIK BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN KUALA
SELANGOR SEBAGAI KAWASAN GELAP BAGI MEMASTIKAN KHAZANAH ALAM SEPERTI KELIP-KELIP DAN
PENCERAPAN BINTANG DAPAT DINIKMATI
SEKIAN
TERIMA KASIH