Anda di halaman 1dari 19

SJHK 3033

Pensejarahan
Malaysia

PEMBENTANG:
YOK WEI LIANG
SALIM BIN ABDULLAH
PERMASALAHAN FILOLOGI DALAM
PENSEJARAHAN MALAYSIA
Pengenalan
Tujuan penyalinan semula teks
daripada naskhah asal dilakukan

Sebagai satu koleksi;


Kekhuatiran akan berlakunya
kemusnahan
Untuk tujuan politik, agama,
pendidikan dsb;
Untuk tujuan magis
Kepentingan ilmu filologi
Proses penyalinan teks ini juga dikenali sebagai proses penggandaan atau penurunan dan
tradisi teks.
Proses penurunan teks bukan hanya terjadi pada naskhah asal, akan tetapi turut terjadi pada
naskhah turunan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Hasilnya, usaha untuk menentukan sesuatu naskhah itu sebagai naskhah asli atau naskhah
turunan oleh para pengkaji adalah amat sukar dan hampir mustahil.

Oleh itu, ilmu filologi adalah penting dalam membantu para pengkaji sejarah dalam memahami
teks sejarah yang mungkin ada kecacatan atau kekeliruan, seterusnya melakukan
penambahbaikan terhadap teks berkenaan.

Dalam ilmu filologi, terdapat dua pola kesalahan dalam tradisi penurunan teks iaitu perubahan
yang berlaku kerana ketidaksengajaan dan perubahan yang berlaku dengan sengaja oleh
penyalin teks.
Untuk pola perubahan ketidaksengajaan, kesalahan mungkin
berlaku disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah huruf yang
hilang (haplografi), bahagian yang tertinggal (lakuna),
penyalinan maju dari perkataan ke perkataan yang sama,
ditulis dua kali (ditografi) dan penambahan (interpolasi).

Untuk pola perubahan yang dibuat secara sengaja pula, faktor


perubahan berlaku termasuklah disebabkan oleh faktor politik,
agama, ideologi, budaya dsb.

Secara teorinya juga, semakin kerap frekuensi penyalin teks,


semakin kerap perubahan berlaku ke atas teks tersebut.
Oleh itu, bagi mengatasi kesalahan yang
terdapat pada teks, ilmu filologi membenarkan
para pengkaji teks untuk menyunting teks.
Walaubagaimanapun, suntingan tersebut
mestilah diperbetulkan dengan bentuk yang
paling dekat dengan teks aslinya.

Untuk itu, ahli filolog telah memperkenalkan


beberapa kaedah dalam mengkaji teks.
kaedah dalam mengkaji teks
Fenomenologis

Secara fenomenologis, setiap teks memiliki tiga ciri khas iaitu:

i. Teks selalu menggunakan bahasa sebagai menyimpan dan mengkomunikasikan


isi teks

ii. Teks menyimpan pelbagai ilmu pengetahuan

iii. Teks sebagai artifak memperoleh perlakuan tertentu yang dilakukan oleh
masyarakatnya.

Disebabkan ketiga-tiga ciri yang ada pada setiap teks, seseorang filolog
haruslah memahami nilai-nilai budaya yang terdapat dalam setiap teks tersebut.
Dalam naskhah pensejarahan Melayu tradisional misalnya, para
filolog harus faham akan bahasa yang digunakan dalam teks
berkenaan terutamanya penggunaan aksara lama seperti Pallava,
Jawi dsb.

Selain itu, ahli filologi juga perlu memahami dan mendalami sastera
Melayu yang menjadi medium penting kepada pensejarahan
tradisional yang kebanyakannya berbentuk sastera seperti syair,
gurindam, perumpamaan dsb.

Antara ciri penting dalam fenomenologi ini termasuklah memahami


budaya setempat sebelum mengkaji sesuatu teks tersebut.
Paleografi

Paleografi merujuk kepada ilmu yang mempelajari


bermacam-macam jenis tulisan dan aksara kuno.

Hal ini kerana, aksara kuno adalah sangat sukar


untuk dibaca dan difahami tanpa kemahiran yang ada
oleh seseorang pengkaji.

Dalam manuskrip pensejarahan di alam Melayu itu


sendiri, terdapat beberapa tulisan kuno yang
digunakan oleh penulis termasuklah Brahmi, Kiwi,
Pallava dan aksara Arab (Jawi).
Etimologi

Etimologi adalah ilmu yang menyelidik mengenai asal-usul


kata serta perubahan-perubahannya.

Hal ini kerana, setiap penggunaan kata perlu diterjemah


secara tepat mengikut konteks waktu teks tersebut ditulis.

Dalam teks pensejarahan Melayu tradisional misalnya, kata


penerangan telah digunakan pada abad ke-16 hingga
abad ke-18 sebelum ditukar menjadi pendengaran.
Etnolinguistik

Kebiasaannya digunakan untuk penelitian teks lisan


terutamanya yang bergenre mitos, lagenda dan
dongeng.

Biasa digunakan untuk melihat hubungan antara bahasa


dengan masyarakat pedalaman atau masyarakat yang
masih belum mempunyai tulisan.
Perbandingan Sumber
Alam Melayu
Kajian dan pengumpulan teks Sejarah Melayu
oleh para pengkaji sejarah mendapati terdapat
sekurang-kurangnya 29 buah naskhah
Sejarah Melayu.
Sejarah
Melayu. Setiap satu naskhah Sejarah Melayu pula
adalah berbeza dengn naskhah-naskhah yang
lainnya dari segi versi, resensi dan salinannya.
Antara yang paling ketara, terdapat dua buah
versi Sejarah Melayu yang berbeza iaitu versi
pendek dan versi panjang.
Dalam Sejarah Melayu versi pendek, seperti yang
diselenggara oleh Munsyi Abdullah, T.D. Situmorang
dan A.E Teeuw serta Dato Madjoindo, penceritaan
Sejarah Melayu ini berakhir setakat kematian Tun Ali
Haji di Johor.
Bagi Sejarah Melayu versi panjang pula, naratif
penceritaan dibuat sehingga kepada pemerian tentang
Sejarah
Melayu. episod serangan Jambi terhadap Johor pada tahun
1673.
Antara versi Sejarah Melayu yang paling popular adalah
Sejarah Melayu yang diselenggara oleh W.G Shellabear.
Namun begitu, para sejarawan tempatan seperti
Muhammad Yusoff Hashim (1988) mengkritik sikap
Shellabear yang tidak menjelaskan dalam hasil kerjanya
mengenai tindakannya yang telah menggabungkan
Sejarah Melayu versi pendek dan versi panjang secara
bersekali.
Hikayat Raja-raja Pasai

Berbanding Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai hanya


mempunyai satu naskhah sahaja.

Naskah ini dimiliki oleh Kyai Suradimanggala, Adipati Demak


yang disalin untuk Stamford Raffles pada 1814.

Disebabkan naskhahnya yang tunggal, tidak begitu banyak


permasalahan filolog yang timbul, namun masih terdapat beberapa
kekeliruan yang timbul.

Antaranya, berlaku percanggahan dalam pengejaan perkataan


yang serupa dalam teks tersebut seperti pada, tegak dan
muka.
Tuhfat al-Nafis

Terdapat empat naskhah Tuhfat al-Nafis yang diketemui iaitu milik


Syamsuddin bin Imam Musa di Kelang serta Tengku Fatimah binti
Sultan Abu Bakar di Johor.

Selain itu, teks Sejarah Raja-raja Melayu dan Bugis serta Sejarah
Raja-raja Riau juga merupakan teks asal Tuhfat al-Nafis
berdasarkan kajian yang telah dilakukan.

Terdapat dua versi Tuhfat al-Nafis di mana tiga naskhah


merupakan versi panjang manakala sebuah naskhah merupakan
versi pendek.
Tuhfat al-Nafis

Teks Tuhfat al-Nafis versi pendek dianggap sebagai teks asas


kepada naskhah Tuhfat al-Nafis versi panjang.

Hal ini kerana, teks Tuhfat al-Nafis versi panjang berlaku


pemanjangannya disebabkan dua perkara.

Pertama, proses pembunga-bungaan ke atas versi pendek


dengan keberangkalian bertujuan untuk memperindahkan
bahasanya.

Antaranya termasuklah penggunaan kalimah Arab, penggunaan


pepatah, perbilangan, bahasa-bahasa kiasan dll.
Tuhfat al-Nafis

Selain itu juga, terdapat amat banyak


dimasukkan kata tambah dan imbuhan,
kata kias, ulangan, gelaran-gelaran tokoh,
klise dsb.

Kedua, Tuhfat al-Nafis versi panjang juga


menyaksikan kemasukan dan penokok
tambahan isu-isu, isi serta perkara baru.