Anda di halaman 1dari 10

Kepentingan

Amalan Gaya
Hidup Sihat
Apabila seorang pelajar mengamalkan gaya
hidup sihat dalam kehidupan seharian
mereka, apabila waktu belajar, mereka lebih
senang untuk fokus terhadap apa yang
diajar.

Meningkatkan prestasi pelajar


Apabila sentiasa melakukan aktiviti
yang sihat, seperti berjoging,
bersenam dan melakukan aktiviti-
aktiviti riadah, otak dan badan akan
sentiasa aktif dan senang untuk
belajar dan fokus. Dan kesannya,
pelajar akan dapat meningkatkan
prestasi mereka sama ada dalam
akademik dan kokurikulum.
Membantu proses perkembangan
otak
Melalui pengamalan pemakanan
contohnya, jika pelajar mengamalkan
pemakanan yang seimbang, maka ia
akan memberi impak yang bagus
kepada otak kita dan otak kita akan
berkembang dengan baik.
Ketahanan fizikal
Apabila sering mengamalkan gaya
hidup sihat, seseorang itu akan
mempunyai ketahanan fizikal yang
kuat. Sebagai contoh, apabila kita
sering melakukan aktiviti fizikal
seperti berjoging, bersenam,
bersukan dan sebagai nya, kita akan
dapat mengekalkan lagi ketahanan
fizikal kita.
Hal ini kerana, apabila sering kali melakukan
kerja-kerja yang melibatkan fizikal, otot-otot
badan akan bertambah kuat. Apabila kita
mempunyai ketahanan fizikal yang kuat, kita akn
sentiasa cergas dan bersemangat dalam melakukan
apa jua aktiviti. Tubuh yang sihat dan cergas akan
membuatkan kita sentiasa segar dan bersemangat
dalam melakukan aktiviti harian.
Menjamin kesihatan mental

Sebagai contohnya, amalan berehat dan
tidur dengan kadar yang mencukupi dapat
mengurangkan tekanan dan menenangkan
tubuh badan serta minda.
Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa
rehat dan masa tidur proses metabolisma juga
dapat dijalankan dengan lancar.
Pemikiran yang positif mampu
memberi jalan penyelesaian bagi
cabaran-cabaran yang serius
tanpa menghadapi tekanan yang
berlebihan.
Tekanan yang kita hadapi kadang
kala boleh menjuruskan kepada
masalah mental ataupun masalah
sosial seperti pembuangan bayi,
vandalisme dan sebagainya.
MELAHIRKAN INSAN YANG DISIPLIN DAN
SIHAT
Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan
sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga
persekitarannya.
Dengan mengutamakan kebersihan, maka kita dapat
menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar.
Amalan seperti menjaga kebersihan
diri serta persekitaraan melalui
mandi, berpakaian bersih, gotong-
royong dan membuang sampah-
sarap dalam tong sampah akan
membentuk disiplin dan peribadi
seseorang (Krishnan, 2010).