Anda di halaman 1dari 27

Pembelajaran berasaskan inkuiri

NORATIKAH BINTI MAT TAHARIN D20142068873


SITI AISHAH BINTI WAHAB D20142068911
ATHIRAH BINTI AZMAN D20142068872
HANIF BINTI SHADIAN@SHAHIDAN D201420688
ROSE ILYA BALQIS BT MIOR TAJAL ARIFF D20142068898
HAFIZAH BINTI SOLAHAN
D20142068893
PEMBELAJARAN INKUIRI

"Tell me and I forget, show


me and I remember,
involve me and I
understand.
PENGENALAN

Seorang guru profesional yang hendak


meningkatkan mutu pendidikan di sekolah,
mempunyai beberapa ciri-ciri iaitu memahami dan
mampu menggunakan bermacam-macam cara
pembelajaran. Penggunaan bermacam-macam
cara pembelajaran dapat meningkatkan kualiti
berfikir pelajar . Salah satu cara dalam melihat
kefahaman murid dalam pembelajaran adalah
dengan adanya perubahan sikap yang lebih baik
pada pelajar setelah mengalami proses
pembelajaran , untuk memastikan pelajar
memahami apa yang diajarkan , guru perlu
merancang satu cara pembelajaran yang
didalamnya memerlukan belajar bergiat aktif .
Satu cara pembelajaran yang memerlukan
penglibatan aktif dari pelajar ialah Inquiry .
PENGERTIAN INKUIRI
Menurut Piaget, inkuiri merupakan
pendekatan yang mendedahkan para
pelajar kepada eksperimen sendiri secara
luas agar melihat apa yang terjadi, ingin
melakukan sesuatu, mengajukan
pertanyaan , dan mencari jawapannya
sendiri, serta menghubungkan jawapan
yang satu dengan yang lain, serta
membandingkan apa yang ditemukannya
dengan yang ditemukan pelajar yang lain .
Cara pembelajaran inkuiri merupakan
proses penemuan atau penyelidikan. Tujuan
utamanya adalah untuk menggalakkan
pelajar dalam mengembangkan gaya
berfikir dengan memberikan pertanyaan-
pertanyaan dan mendapatkan jawapan
atas dasar rasa ingin tahu mereka. Proses
pembelajaranya berubah dari dominasi
guru (teacher dominated) menjadi
dominasi oleh pelajar (student dominated),
kerana dalam metodeGuided Inquiryyang
lebih aktif belajar adalah pelajar ,
sedangkan guru bertindak sebagai
fasilitator atau pembimbing saja.
BENTUK-BENTUK
PEMBELAJARAN INKUIRI
INKUIRI TERBIMBING
Pelajar dikehendaki untuk mendapatkan
konsep melalui petunjuk-petunjuk yang
diperlukan daripada guru. Petunjuk-
petunjuk tersebut merupakan pertanyaan-
pertanyaan yang bersifat membimbing
(Wartono, 1999).
Selain pertanyaan-pertanyaan, guru juga
dapat memberikan penjelasan-penjelasan
yang diperlukan ketika pelajar hendak
melaksanakan atau dalam proses
menyelesaikan masalah yang diberikan
tersebut.
Bentuk inkuiri terbimbing biasanya digunakan
bagi pelajar-pelajar yang belum
berpengalaman belajar dengan menggunakan
metod inkuiri. Pada tahap permulaan diberikan
lebih banyak bimbingan, dan sedikit demi
sedikit bimbingan itu dikurangkan seperti
yang telah dikemukan oleh Hudoyono, 1979
bahawa dalam usaha menemukan suatu
konsep, pelajar memerlukan bimbingan
langkah demi langkah.
Bimbingan ini adalah bertujuan untuk
mengembangkan pengetahuan baru.
Walaupun pelajar harus berusaha mengatasi
kesusahan-kesusahan yang dihadapi tetapi
pertolongan daripada guru sangat diperlukan.
INKUIRI BEBAS
Bentuk ini digunakan bagi pelajar yang telah
mempunyai banyak pengalaman belajar
dengan pendekatan inkuiri. Hal ini kerana
pendekatan inkuiri bebas ini berperanan
dengan menempatkan pelajar seperti seorang
ilmuan.
Pelajar diberi kebebasan menentukan masalah
untuk membuat kajian dan menyelesaikan
masalah secara sendiri dengan merancang
prosedur atau langkah-langkah yang
diperlukan.
INKUIRI BEBAS MODIFIKASI
Bentuk ini merupakan gabungan atau modifikasi
daripada dua strategi inkuiri sebelumnya.
Meskipun begitu, permasalahan yang akan
dijadikan topik untuk diselidiki tetap diberikan
tunjuk ajar mengikut piawaian yang telah
ditetapkan.
Bentuk ini bermaksud pelajar tidak dapat
memilih atau menentukan masalah untuk
diselidiki secara sendiri, namun pelajar yang
belajar melalui bentuk ini akan menerima
masalah daripada gurunya dan akan juga
mendapat bimbingan yang sepatutnya. Namun
bimbingan yang diberikan lebih sedikit dari
inkuiri terbimbing.
Ciri-ciri model inkuiri
Mengunakan keterampilaan proses

Pelajar mencari sendiri jawapan yang


ingin diketahui

Pelajar mencipta @ merumus sendiri


hipotesis masalah yang dikaji
Menjalankan sendiri cara-cara pengumpulan
data , mengadakan pengamatan, membaca @
mengunakan sumber yang ada

Pelajar melakukan penelitian secara individu


@ kelompok untuk mengumpulkan data yang
diperlukan untuk menguji hipotesis yang
dibina

Mengolah sendiri data sehingga menemui


kesimpulannya
Langkah-Langkah Pembelajaran
Inkuiri
1. Orientasi
Langkah untuk guru membina
suasana responsif.
Guru perlu kreatif untuk menarik
minat pelajar dalam topik
permasalahan yang ingin
dibincangkan.
Pelajar akan berasa ingin tahu
terhadap permasalahan.
2. Merumuskan masalah
Guru memberikan pelajar masalah
yang mempunyai persoalan.
Pelajar perlu memikirkan cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
Proses berfikir sangat penting kerana
menimbulkan pengalaman pelajar
dan menghasilkan perkembangan
berfikir.
3.Merumuskan hipotesis
Kemampuan pelajar dalam berfikir
sesuatu masalah.
Antara cara mengembangkan
kemampuan berfikir adalah dengan
guru bertanyakan soalan.
Pelajar akan mencari maklumat
mengenai masalah/topik yang diberi.
4. Mengumpul data
Pelajar akan dapat maklumat yang
diperlukan dan merangka jawapan.
Pelajar mendapat pengalaman
semasa mencari maklumat dalam
kajian.
Tugas dan peranan guru perlu
bertanya soalan untuk mendorong
pelajar berfikir dengan lebih dalam.
5. Menguji hipotesis
Proses untuk menentukan jawapan
pelajar boleh diterima atau tidak.
Guru melihat keyakinan pelajar
dalam memberikan jawapan.
6. Merumuskan kesimpulan
Pelajar mendapat maklumat tentang
permasalah atau topik yang
diberikan.
Pelajar mendapat jawapan yang lebih
jelas dengmembuat kajian sendiri
berdasarkan pengalaman yang
diperolehi.
Prinsip-prinsip strategi pembelajaran inkuiri

Berorientasikan kepada
pengembangan Prinsip Interaksi

intelektual

Prinsip Bertanya Prinsip Berfikir


1. Berorientasikan pengembangan intelektual

Tujuan utama IBL adalah mengembangkan kemampuan


berfikir (di dasari oleh Teori Kognitif).
Selain berorientasikan hasil belajar, ia juga berorientasikan
proses belajar.
Oleh itu, ia dilihat daripada sejauh mana pelajar itu
berusaha dan mencari sesuatu maklumat atau jawapan yang
dikehendaki.
2. Prinsip interaksi

Proses interaksi antara guru pelajar, pelajar pelajar,


pelajar kumpulan.
Sepanjang tempoh IBL adalah ditentukan oleh interaksi
pelajar.
Menjadikan pelajar seorang yang percaya pada diri dan
yakin akan kemampuan intelektualnya sendiri.
Guru hanya sebagai fasilitator.
3. Prinsip bertanya

Semasa proses IBL, guru mengajukan pertanyaan, atau


mendorong pelajar mengajukan soalan-soalan mereka
sendiri yang bersifat open-ended.
Mengarahkan pelajar melakukan eksperimen dan
mencari jawapan atas setiap soalan yang diajukan.
Peranan guru adalah sebagai penanya kerana
kemampuan pelajar untuk menjawab setiap soalan yang
ditanya merupakan sebahagian daripada proses berfikir.
4. Prinsip belajar untuk berfikir

Belajar bukan sekadar untuk mengingati fakta, tetapi


belajar adalah proses berfikir (learning how you think).
Proses mengembangkan seluruh otak.
Pemanfaatan dan penggunaan otak secara maksimam.
KELEBIHAN PEMBELAJARAN INKUIRI
1. Pembelajaran menjadi lebih berkesan serta dapat
menjadikan pelajar aktif.

2. Dapat membentuk dan mengembangkan konsep dasar


kepada siswa.

3. Membantu dalam menggunakan ingatan dan berpindah


pada situasi proses belajar yang baru.

4. Mendorong siswa untuk berfikir dan bekerja atas


inisiatifnya sendiri. Bersifat jujur, objektif, dan terbuka.

5. Menghindarkan diri dari cara belajar secara tradisional.

6. Dapat mengetahui kedalaman pengetahuan dan


pemahaman spelajar mengenai konsep yang sedang di
ajar.
KELEMAHAN PEMBELAJARAN
INKUIRI
1. Apabila pelajar kurang cergas, hasil
pembelajaran kurang efektif.
2. Mungkin ada anggota yang kurang aktif.
3. Bagi kelas yang mempunyai ramai
pelajar, ia akan menyusahkan guru.
4. Memerlukan masa yang lama jika
keadaan tidak sesuai.
PENUTUP
Kesimpulannya , pendekatan inkuiri merupakan
suatu model pembelajaran yang terpusat pada
pelajar yang mana pelajar didorong untuk terlibat
secara langsung dalam melakukan inkuiri, iaitu
bertanya, merumuskan permasalahan, melakukan
eksperimen, mengumpulkan dan menganalisis
data, membuat kesimpulan, berbincang dan
berkomunikasi. Oleh itu pelajar akan menjadi lebih
aktif dan guru hanya berusaha membimbing,
melatih dan membiasakan pelajar untuk menjana
mereka untuk berfikir kerana mereka melibatkan
diri dari segi mental dan fizikal .

Anda mungkin juga menyukai