Anda di halaman 1dari 69

EDU 3083

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

TAJUK 4
PERINGKAT-PERINGKAT
PERKEMBANGAN GURU

Disediakan oleh
Pn. Alice Pu Ting Kosin
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Rajang
OBJEKTIF

Menjelaskan peringkat-peringkat
perkembangan yang dilalui guru

Menghuraikan perubahan dalam proses


belajar untuk mengajar yang dialami oleh
guru pada peringkat awal

Mendapat gambaran menyeluruh bahawa


pergerakan kerjaya perguruan merupakan
proses perkembangan yang memerlukan
masa yang agak panjang
TEORI PERINGKAT
KEPRIHATINAN PERKEMBANGAN
FULLER GURU TROTTER

DIRI NOVIS

NOVIS
TUGAS
LANJUTAN

IMPAK CEKAP

MAHIR

PAKAR
TEORI KEPRIHATINAN
CONCERNS THEORY
(FULLER, 1969)

Keprihatinan
bermaksud
sesuatu yang
selalu dianggap /
dilihat oleh guru
sebagai masalah
dan dia ingin
membuat sesuatu
terhadap masalah
tersebut
Apakah yang
dikatakan oleh
guru lain tentang
saya.

Apakah BBM saya


sesuai dengan
murid?
Guru memberi
perhatian pada
kesan
pengajarannya
terhadap Bagaimana boleh wujudkan
pembelajaran rasa kejayaan dlm klgn
murid
murid?
Guru melihat murid
Peringkat
sebagai individu Bagaimana memenuhi
Impak
yang berpotensi
(pertumbuhan dan
keperluan emosi dan sosial?
perkembangan
diutamakan) Apakah cara terbaik utk
mmotivasikn murid?
Rumusan
Peringkat perkembangan berlaku secara
berhierarki dan boleh diramal

Seseorang guru yang sudah berada pada


peringkat tugas mungkin akan berbalik ke
peringkat diri (mengajar subjek baharu, berpindah
stesyen bertugas)

Sesuatu peringkat perkembangan tidak ditentukan


oleh tempoh perkhidmatan tetapi faktor
persekitaran (konteks)

Keprihatinan terhadap mana-mana peringkat


boleh berlaku serentak (mana yang lebih
difokuskan)
Peringkat Perkembangan Guru
(Trotter, 1986)

NOVIS

Kefungsian
NOVISguru yang
PAKAR LANJUTAN lebih
mendalam
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran
MAHIR CEKAP
di bilik darjah
Novice
Also found in: Legal, Acronyms, Encyclopedia, Wikipedia.

novice

(nvs)n.1. A person new to a field or activity; a


beginner. 2. A person who has entered a religious order
but has not yet taken final vows. Also called novitiate.

[Middle English, from Old French, from Medieval Latin


novcius, from Latin, recently entered into a condition,
from Latin novus, new; see newo- in Indo-European roots
.]

American Heritage Dictionary of the English Language,


Fifth Edition. Copyright 2011 by Houghton Mifflin
Harcourt Publishing Company. Published by Houghton
Mifflin Harcourt Publishing Company. All rights reserved.
Kebanyakan guru permulaan pasif, tidak
kreatif, membosankan, tidak inovatif,
tidak imaginatif dan tidak dapat
merangsang pembelajaran murid.

Mereka dikatakan tidak dapat


menggunakan ilmu dan idea yang
dipelajari serta menggunakannya dalam
bilik darjah.

Guru permulaan dikatakan hilang punca


terutamanya di tahun pertama mula
mengajar.
Persoalannya, setelah menamatkan latihan
di institut perguruan denan mengikuti jadual
yang padat bagi matapelajaran teras,
elektif, kokurikulum dan penyuburan diri,
bolehkah guru menggunakan ilmu,
kemahiran dan pengalaman yang
diperoleh itu dengan berkesan di
sekolah?

Guru-gurumemang dilatih dengan


sempurna tetapi kebolehan mereka untuk
mengaplikasikan dalam konteks
sebenar menjadi isu yang diperkatakan.
Perubahan peranan daripada
seoarang guru pelatih kepada guru
permulaan merupakan satu
pengalaman yang penuh dengan
cabaran.

Seringkali,guru permulaan terpaksa


bergelut dengan pelbagai masalah
seperti kejutan realiti,
penyesuaian diri kepada
persekitaran sekolah dan masalah
berkaitan dengan proses P&P.
1. GURU PERMULAAN (NOVIS)

Kemahiran profesional guru novis masih belum lengkap


sepenuhnya kerana terdapat aspek tertentu yang tidak
dapat disampaikan melalui kurikulum perguruan di institusi
latihan tetapi lebih sesuai disampaikan di peringkat sekolah.

Kejayaan seseorang guru novis sangat bergantung pada


keperibadian yakni tindakan guru itu sendiri dalam
membentuk sikap diri sebagai seorang pendidik.

Seorang guru novis perlu bersedia menerima dan


menghayati tugas yang diberikan, seterusnya berusaha
bersungguh-sungguh ke arah mencapai matlamat yang
ditetapkan.
Apa yang guru novis perlu lakukan???

Belajar mematuhi prosedur serta tatacara pengendalian


atau pelaksanaan sesuatu tugas

Menawarkan diri membantu tugas-tugas lain di sekolah

Menyesuaikan diri dengan budaya di sekolah, sentiasa


peka dan berminat untuk mendapatkan maklumat
tentang pelbagai aspek seperti maklumat murid,
kemudahan teknologi, pusat sumber, takwim sekolah dll.

Menguasai kemahiran menyampai untuk mewujudkan


keseronokan dan keceriaan belajar dalam kalangan
murid-muridnya.
PDCA
(SHEWHART CYCLE)
Pihak sekolah harus memainkan peranan untuk
membantu guru permulaan dalam usaha membentuk
sikap dan amalan ke arah perkembangan positif demi
program latihan dalam perkhidmatan.

Pada peringkat awal, taklimat akan diberikan oleh


JPN, PPD serta pihak pentadbiran sekolah kepada
guru-guru permulaan tentang tugas, tanggungjawab,
serta tindakan masing-masing sebagai warga
pendidik ke arah mencapai hasrat yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengurusan jadual waktu, pengurusan bilik darjah,


pengurusan pendaftaran, pengurusan peperiksaan,
pengurusan ko-kurikulum dan sebagainya berkaitan
dengan bilik darjah, murid dan sekolah.
Kerjayaguru sebagai pembina modal insan yang
cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya kreatif
memang dicari-cari oleh ibu bapa, murid dan
masyarakat.

Persepsimasyarakat terhadap profesion perguruan


turut membayangkan tentang ruang cuti, masa
kerja yang terhad dan bidang tugas yang
mudah terjamin.

Persepsi yang sering didengar seperti, Guru


ibarat lilin membakar diri untuk menerangkan
orang lain. Begitulah nasib seorang guru.

Usman Awang memberi pengertian dan persepsi


terhadap seorang guru.
Setinggi mana ijazah atau diploma
yang dimiliki jika seorang guru tidak
memiliki pengalaman dan kemahiran
serta berakhlak mulia, maka
perkataan seperti pengajaran guru
itu boring atau cikgu ajar tak
seronok akan keluar dari murid yang
mungkin akan memberi gambaran
bahawa pengajaran guru tersebut
tidak berkualiti atau tidak ada
standard.
Perkara pertama yang harus dilakukan ialah
menerima dan menghayati tugas yang
diberikan dan seterusnya berusaha ke arah
mencapai matlamat yang ditetapkan.

Pelaksaan sesuatu tugasan mesti mengikut


jadual yang ditetapkan.

Personalitidan kebolehan anda sebagai guru


guru permulaan akan dilihat sebagai dari
pelbagai sudut oleh pihak pengurusan
sekolah dan guru-guru senior yang
berpengalaman.
Antara beberapa perkara yang perlu diberi
perhatian ialah:-
i. Kualiti diri dan kebolehan anda
menyesuaikan diri.

ii. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran


dalam bilik darjah.

iii. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum

iv. Pengurusan kerja di mana anda


ditempatkan.
Guru permulaan juga perlu menyesuaikan
diri dengan budaya sekolah.

Budaya Sekolah terdiri daripada keadaan,


tempat, cara berinteraksi dengan guru-
guru lama serta keseluruhan warga
pendidik di sekolah.

Cuba wujudkan budaya mesra supaya


kehadiran anda disenangi oleh semua
pihak khususnya pihak pengurusan
sekolah.
Elakkan daripada wujudnya suasana tegang
akibat sikap anda yang tidak profesional
dan masih terbawa-bawa perwatakan
sebagai pelajar ketika berada di IPG.

Guru permulaan harus peka dan sentiasa


mendapat maklumat tentang pelbagai
aspek.

Maklumat yang berkaitan dengan murid,


P&P, ICT, pusat sumber sekolah,
pengurusan pentadbiran, takwim sekolah,
dll.
Guru permulaan anda akan
sentiasa di bawah pengawasan
dan pemantauan pihak sekolah,
PPD dan JPN.

Guru permulaan mesti


menunjukkan sikap positif tanpa
banyak rungutan serta bersedia
membuat transformasi diri ke
arah mewujudkan sistem
Mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran berkesan

Mengenali
dan
memahami
ciri murid

Personaliti Kreatif dan


Guru Inovatif
Mengenali dan Memahami Ciri
Murid
Sebagai guru, kita sepatutnya
memahami kehendak (needs), sikap,
perangai atau tingkah laku yang
merangkumi aspek kekuatan (strength)
dan kelemahan (weaknesses) murid
mengikut tahap kebolehan murid.

Guru harus bijak memainkan peranannya


dalam pelbagai keadaan untuk
membolehkan murid menumpukan
perhatian kepada pelajaran.
Kreatif dan Inovatif
Sebagai guru permulaan, anda
memerlukan sukatan pelajaran,
rancangan pelajaran serta bahan yang
disesuaikan dengan murid anda.
Seorang guru harus kreatif dan inovatif
dalam penyampaiannya.
Penciptaan, pengubahsuaian dan
penghasilan bahan serta corak
pembelajaran menjadikan ia lebih
inovatif serta mampu melibatkan murid
dalam aktiviti yang diadakan.
Personaliti Guru
Setiap guru harus mengetahui bahawa setiap
murid suka kepada guru yang mempunyai
unsur kecindaan dalam pemyampaian.
Elemen kecindaan ini ialah kata-kata atau
perlakuan yang berunsur jenaka yang tidak
keterlaluan semata-mata bertujuan
menimbulkan rasa cinta dan seronok serta
menghilangkan tekanan sewaktu berlakunya
proses pengajaran dan pembelajaran.
Para guru tidak seharusnya berbual-bual
kosong untuk menarik perhatian para pelajar.
Profesionalisme keguruan merujuk kepada sifat yang
ada dalam diri seseorang guru untuk mencapai
keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan kemahiran
mengajar (Sufean, 1995).
Guru yang mengamalkan tanggungjawab dengan
penuh dedikasi dan tidak mementingkan diri
dianggap telah mengamalkan nilai murni dalam
kehidupannya (Hedderdof, 1971).
Tugas dilaksanakan tidak bertujuan bagi
mendapatkan pendapatan pendapatan yang lumayan
tetapi hendaklah memberikan perkhidmatan yang
berkualiti tinggi serta bermatlamatkan sumbangan
untuk masyarakat dan negara
(Intan, 1995).
Menurut Johnson (1972), profesionalisme
keguruan adalah kualiti pekerjaan atau sifat
yang ada dalam kecekapan dan kemahiran
untuk mengajar.
Profesion perguruan dianggap suatu kerja yang
mudah dan remeh oleh masyarakat.
Masyarakat tidak memahami kesukaran yang
dihadapi guru untuk membimbing anak bangsa
supaya menjadi seorang insan yang berilmu.
Para guru harus cekap menguruskan
tanggungjawab dan murid supaya produktiviti
terus meningkat.
Guru adalah nadi kepada sekolah.
Profesionalismenya adalah kunci kepada
peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001).
Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja
kepada kualiti proses malah yang lebih
utama ialah outputnya (hasil).
Sumber manusia perlu dibangunkan
secara bersepadu menerusi latihan-latihan
tertentu bagi memastikan setiap individu
itu dapat mengembangkan potensi dan
bakatnya.
Pengalaman yang diterima menerusi
program pembangunan profesional
dalam bentuk latihan khusus ataupun
pengalaman sebenar di tempat kerja
sudah tentu membolehkan guru-guru
bertindak atau berpelakuan dengan cekap
untuk meningkatkan kualiti pendidikan
sekolah.
Ekoran daripada reformasi pendidikan,
peranan guru masa kini bukan sahaja
menyampaikan pengajaran tetapi sebagai
fasilitator dan memberi perangsang.
Menjadi guru yang cekap bukanlah
bererti cekap mendidik dan
mengembangkan potensi murid tetapi
sebagai fasilitator dan pemberi
perangsang kepada murid.
Kecekapan seseorang guru akan
sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh
masyarakat dan organisasi. Kecekepan
guru bukanlah bererti cekap dari segi
fizikal dan tenaga sahaja tetapi dari
pelbagai aspek.
Antara kecekapan guru termasuklah:-
i. kecekapan profesionalisme.
ii. Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip.
iii. Keutuhan keperibadian.
iv. Kecekapan menggunakan teknologi
maklumat.
v. Kecekapan dan kecerdasan mental dan
keintelektualan.
vi. Kestabilan emosi dan spiritual.
vii. Kebijaksanaan dan kepimpinan.
Elaine (2000) telah mengenal pasti beberapa ciri
seseorang guru yang amat cekap iaitu:-
i. Ciri Peribadi (Mission-Driven).
Para guru mesti bersifat positif dan real
yakni yakin dalam apa jua pekerjaan yang
dilakukan dan disamping sabar menerima
kenyataan.
. Guru juga diangggap sebagai guru-pemimpin.
Di samping mengajar, membimbing, menunjuk
ajar
anak didik malah rakan sejawat dan sesiapa
sahaja
yang perlukan bimbingannnya.
ii) Ciri Mengajar
Seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan
aspek dengannya (with-it-ness) dalam apa
jua yang dibuat atau apa jua murid-muridnya mesti
buat.
iii) Ciri Intelektual
Seorang yang suka membaca buku dan
mempunyai mental life yang segar, berkembang
dan mempunyai kesungguhan kendiri (self-
actualization) dengan minda yang sihat, melihat
kehidupan dalam ruang lingkup yang luas dan
menyeluruh, di samping melihat, menganalisis,
mensintisis dan menilai satu dan dalam banyak.
Antara prinsip yang boleh
dipertimbangkan dalam
melaksanakan tugasan di sekolah
kelak, antaranya adalah seperti yang
berikut:-

Do It Right First Time (DIRFT)


Setiap kerja yang dilakukan mesti
bebas daripada buat salah dan silap.
Ini bermaksud setiap kerja yang
dilakukan dengan cekap dan
mengurangkan kesilapan.
Guru Mengajar Murid Belajar
Bagi mendapatkan mutu pengajaran
yang berkesan, setiap guru perlu
membuat persediaan mengajar dari
segi mental, fizikal, spiritual, penuh
semangat dan berwibawa.
Murid mestilah belajar dengan betul,
bersungguh-sungguh, tidak main-main,
tidak menganggu rakan-rakan serta
belajar dengan penuh keriangan dan
kefahaman.
Berkongsi Visi Yang Sama
Semua guru mesti memahami dan menghayati hala
tuju sekolah yakni hendak menjadikan sekolah
sebagai organisasi yang berkesan, sekolah berwatak
dan boleh menjadi sekolah model.

. Apa jua visi yang hendak direalisasikan bukan hak


kepunyaan Guru Besar tetapi menjadi hak kepunyaan
semua guru.

. Semua guru di sekolah mesti mengembleng tenaga


dengan berkongsi kecekapan mereka demi
menjayakan visi sekolah.
Bakti Disemai Bukti Dituai
Setiap guru perlulah melaksanakan
tugasnya dengan sepenuhnya supaya
hasilnya juga akan memuaskan semua pihak.
. Setiap guru perlulah melakasanakan
tugasnya dengan penuh kecekapan supaya
hasilnya juga nanti akan memuaskan hati
semua pihak.
. Apa jua yang guru lakukan akan
menentukan
prestasi atau pencapaian murid seterusnya.
Penambahanbaikan Berterusan
Prinsip ini menunjukkan bahawa
untuk mencapai kualiti, tidak ada
had dan sempadan.
. Guru mesti sentiasa melakukan
Kaizen (Continuous
Improvement) dalam semua aspek
kerja terutamanya aktiviti yang
berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.
Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada
Menyelesaikan

Tugas guru bukan sekadar menyelesaikan


masalah tetapi lebih bersifat preventive
dan bukan berbentuk remedial dapat
dibuat dengan berkesan.

Guru mesti cekap bertindak serta ada


sikap
proaktif dan hasilnya semua orang tidak
akan menghadapi masalah.
Guru Sebenar Guru
Guru-guru mesti faham tugas mengajar dan
mendidik sebagai satu tugas yang sangat mulia.

Guru sebenar tidak akan merosakkan nama baik


organisasi seperti ponteng, banyak beri alasan,
sering mengelakkan diri daripada menerima tugas
dan tanggungjawab.

Kejayaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


(PIPP) 2006-2010 dalam usaha membangunkan
satu sistem pendidikan bertaraf dunia adalah satu
tugas besar yang perlu dihayati dan mendapat
kerjasama semua pihak bagi membangunkan modal
insan.
Guru Berkesan (Effective)
Guru-guru perlu bekerja keras bagi memastikan
objektif setiap pengajaran yang dilakukan
adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan
murid di bawah jagaannya dan sekaligus
mendapat pengiktirafan masyarakat.
Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan,
kecerlangan dan kegemilangan dan seterusnya
apa yang kita namakan sebagai kejayaan.
Philip Van Hooser (1998), mendapati ada 3
unsur penting dalam menetukan kejayaan.
Tiga unsur ini dikenali sebagai Triangle of
Success (Ilmu Pengetahuan, Kemahiran,
Sikap).
Ilmu Pengetahuan
Pengetahuan sebenar ialah kefahaman
(understanding) . Dalam sesuatu pengajaran,
kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan
dijangkakan oleh murid daripada guru
merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.
Pengetahuan bukanlah dimanifestasikan oleh
sijil, diploma dan ijazah yang dimiliki oleh
seseorang.
Ilmu pengetahuan bukan satu ukuran yang tepat
berdasarkan angka gred mata purata,
kekananan dan kelamaan seseorang itu berada
di tempat kerja.
Kemahiran
Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting.
Kemahiran sama erti dengan dengan aplikasi
(application).
Kebolehan mengaplikasikan sesuatu konsep atau
idea kepada sesetengah task merupakan satu
kelebihan kepada guru yang tidak dapat
dipertikaikan.
Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah
keberanian profesionalisme, ketegaran
(decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran
mendengar akan menjadi faktor penentu kepada
keberkesanan pengajaran.
Sikap
Sikap dapat disamakan dengan
kehendak (desire).
Sesiapa juga memiliki pengetahuan dan
kemahiran yang tertentu bagi
melaksanakan perkara-parkara yang
besar dan hebat.
Tanpa kehendak yang mendorong dan
menggerakkan tingkah-laku dan
perbuatan, maka hasil akhirnya adalah
potensi yang tidak dapat direalisasikan.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Dato Dr. Abdul Shukor
Abdullah menyenaraikan ciri-ciri sekolah
berkesan sebagaimana berikut:-
i. Bersikap profesional
ii. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
iii. Bertindak di atas landasan etika
iv. Kaya ilmu
v. Bermoral teguh
vi. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu
bapa.
Seorang guru yang berkesan haruslah
mengutamakan tanggungjawab terhadap ilmu,
kebajikan dan keselamatan muridnya(Mok
Soon Sang, 2002).
Guru yang memikul tanggungjawab sebagai
seorang guru disebabkan faktor terpaksa
tidak akan bertanggungjawab terhadap ilmu
yang dimiliki, menjaga kebajikan dan gagal
menyampaikan pelajaran dengan berkesan.
Keadaan ini akan menyebabkan kesan negatif
yang akan dilihat oleh masyarakat kepada
bidang pekerjaan sebagai seorang guru (Prof.
Dr. S. Nasution, 1995: 61).
Seorang guru mesti mempunyai budi
pekerti termasuk berkelakuan sopan
semasa bergaul dengan rakan-rakan
sejawat atau semasa menyertai aktiviti
kemasyarakatan.
Tumpuan yang diberikan oleh murid
menyebabkan pengajaran yang dijalankan
oleh guru akan menjadi lebih berkesan.
Guru pula bolehlah mengatur strategi
yang sesuai kerana mudah mendapatkan
kerjasama daripada murid.
Seorang guru perlu merancang
pengajaran dengan dan sentiasa
membuat reflektif sebagai
proses pengajaran supaya boleh
menjadikan proses pengajaran
menjadi berkesan.
Perkembangan murid juga
dipengaruhi oleh tahap
pendedahannya kepada sumber
teknologi yang terdapat di alam
kehidupannya (Mok Soon Sang,
Seorang guru yang berkesan seharusnya
berupaya menggunakan setiap sumber dan
mengaplikasikan segala maklumat yang
diperoleh dari sumber-sumber tersebut
untuk dijadikan bahan pengajaran dan
pembelajaran kepada muridnya (Mok
Soon Sang, 2002).
Seorang guru yang berkesan akan dapat
menghasilkan prestasi kerja yang baik dan
tidak melakukan tugasan yang diberikan
secara sambil lewa sahaja (Drs. Syaiful
Bahri Djamarah, 2000).
Guru yang berkesan akan melibatkan
secara menyeluruh terhadap
pembelajaran murid, sekolah dan
masyarakat.
Mereka akan memberikan sepenuh
komitmen terhadap kerjayanya
memandangkan sebahagian besar
masa seseorang guru dihabiskan untuk
memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan P&P dalam
kelas (Sufean Hussin, 1993).
Kejayaan, keberkesanan dan kecemerlangan sekolah
terletak pada seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim,
semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan
setiap waktu oleh murid, guru, kakitangan bukan guru
dan juga pentadbir serta penguruskurikulum sesebuah
sekolah.
Bagi menjadi guru berkesan, kita mesti berubah. Kita
perlu membuat Anjakan Paradigma (Paradigm
Shift).
Setiap guru perlu melakukan lonjakan quantum dengan
meruntuhkan tembok penghalang yang pertama dan
utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change).
Ken Blanchard, pengarang buku The One Minute
Manager menyatakan bahawa manusia pada
lumrahnya sukar menerima perubahan.
Kita perlu mengubah diri dan mengubah sikap
untuk mencapai kejayaan.
Plato berkata, Kemenangan yang utama dan
pertama ialah menakluki diri.
Garfield pula berkata, Di dunia ini benda-
benda tidak berubah, kecuali ada orang yang
mengubahnya.
Stephen Covey (1989) dalam bukunya The
Seven Habits of Highly Effective People
menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang
perlu dilalui bagi mencapai status orang-orang
yang paling berkesan iaitu tahap kejayaan
peribadi dan tahap kejayaan umum.
Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang
untuk mencapai kejayaan adalah:
i. Jadilah proaktif (Be Proactive).
ii. Mulai dengan yang akhir dalam minda
(Begin with the End in Mind).
iii. Buat dahulu perkara utama (Put First
Things First ) .
iv. Fikirkan Menang-Menang (Think Win/Win).
v. Fahami dahulu, kemudian minta difahami
(Seek first to understand and then to be
understood).
vi. Sinergi (synergize).
vii. Tajamilah mata gergaji (sharpen the saw).
Salah satu aspek penting untuk menempa
kejayaan dalam perkhidmatan ialah
pendekatan positif terhadap disiplin,
keberkesanan dalam hubungan meningkatkan
mutu kerja, mutu pengajaran dan
pembelajaran dan akhirnya mutu output
iaitu pencapaian anak didik dalam
penilaian dan peperiksaan.
Blaine Lee dalam bukunya The Power
Principle (1989) menyebut bahawa The
positive approach to dicipline focuses 20 % on
what went wrong, and 80% on what could be
different next time.
Hapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah
laku negatif yang merugikan semua pihak.
Salah satu daripada pendekatan dan konsep
yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle
atau dikenali sebagai PDCA (Plan-Do-Check-
Act).
Guru yang berkesan boleh menjadi model
kepada rakan sejawat dan murid.
Keberkesanan seseorang guru juga sentiasa
didorong oleh motivasi yang tinggi, mampu
menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada
muridnya dengan cara kreatif, proaktif dan
inovatif.
Guru Mahir (Expert)
Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru
membantu muridnya menjadi pengguna yang
kritis terhadap sumber media yang pelbagai
(Alvermann, Moon, dan Hagood, 1999;
Dyson, 1997).
Bekas Ketua Unit Kurikulum Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) Kementerian
Pelajaran, Tek Mohamad Noor berkata,
adalah memalukan jika guru-guru masih tidak
tahu menggunakan komputer.
IPG berhasrat untuk mengeluarkan guru mahir
yang menggunakan komputer setelah mendapat
kerjasama syarikat swasta Intel tahun 1999.
Bersesuaian dengan program pendidikan Intel iaitu
Teach to the Future, syarikat berkenaan
menawarkan program dan modul yang mampu
menjana kreativiti dan inovasi guru.
Guru perlu melakukan perubahan dalam P&P dan
menerima pelbagai latihan supaya mahir
menggunakan powerpoint .
Setiap guru harus mempunyai kemahiran untuk
berhadapan dengan murid iaitu:
i. Kemahiran Penyampaian
ii. Kemahiran Penilaian
iii. Kemahiran Merangsang
iv. Kemahiran Pengurusan Bilik Darjah
v. Kemahiran Pengawalan Disiplin
Guru Pakar (Master)
Banyak usaha telah dilakukan oleh KPM untuk
mengiktiraf guru yang mempunyai kemahiran,
kepakaran dan cemerang dalam mata
pelajaran atau bidang pengkhususan masing-
masing.
Guru pakar juga perlu menjadi Role Model
kepada guru lain.
Dengan cara ini, KPM berharap akan dapat
meningkatkan motivasi guru dan secara
langsung juga akan meningkatkan
kecemerlangan sekolah dengan perkongsian
pengalaman dan kemahiran guru pakar yang
berkenaan.
Sebagai guru pakar, anda seharusnya
mempunyai ciri-ciri berkualiti seperti
berikut:
i. Peribadi
ii. Pengetahuan dan Kemahiran
iii. Hasil Kerja
iv. Komunikasi
v. Potensi
Seorang guru pakar akan berupaya
memberikan sumbangan yang besar
kepada kemajuan pendidikan negara.
Antara syarat permohonan untuk menjadi guru
pakar adalah seperti yang berikut:-
i. Syarat-Syarat Umum Bagi Semua Gred
. Telah disahkan dalam jawatan.
. Telah diluluskan pengisytiharan.
. Bersih daripada tindakan tatatertib.
. Memperoleh Prestasi Tahunan yang
cemerlang bagi 3 tahun kebelakangan.
. Lulus tapisan keutuhan SPRM
(Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia).
. Telah lulus PTK dalam gred sekarang.
Guru Pakar akan sentiasa dapat menyerlahkan
Keterampilan Profesional mereka.
Guru pakar ini akan meningkatkan kualiti
pencapaian murid melalui keupayaan
mengurus, mengguna dan memanfaat
pengetahuan dan pengalaman dalam bidang
pengkhususan berdasarkan prinsip psikologi
(behavioris, kognitif, sosial dan humanis)
Mereka juga harus bijak memilih sesuatu
pendekatan atau strategi pengajaran digunakan
(Induktif dan Deduktif) yang akan digunakan
dan peka kepada dasar serta isu pendidikan
semasa.
Guru Pakar perlu melibatkan diri dalam
panitia serta memberikan sumbangan
kepakaran di dalam dan di luar institusi.
Mereka juga berkeupayaan mengurus
rekod dan maklumat pencapaian murid
dengan baik untuk diakses bagi tujuan
tindakan susulan.
Guru pakar juga perlu menggunakan
pengetahuan dan kemahiran mereka serta
melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum, hal-ehwal murid dan
tugas-tugas bukan mengajar yang lain.
Keterampilan Guru Pakar juga boleh dilihat atas
personaliti dankeperibadian mereka. Ini semuanya
ditonjolkan melalui cara berpakaian, menepati
masa, mesra, sopan, bertanggungjawab,
berkeyakinan diri, amanah, mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang baik dan lain-lain.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa kerajaan
akan mewujudkan sebuah Institut Pendidikan
Guru (IPG) yang khusus melatih jurulatih dan
pegawai teknik dalam bidang kesukanan untuk
melahirkan guru yang pakar dalam kalangan guru.
KPM juga melaksanakan beberapa tindakan
untuk menghasilkan guru pakar bagi keperluan
pendidikan negara. Antaranya ialah:
i. Menyelaraskan usaha memperkasakan
institusi pendidikan menerusi jaringan
kerjasama Kementerian Pelajaran Luar Negara.
ii. Mengadakan latihan dan pengukuhan
kepakaran guru dalam menggubal, menyemak
serta menambah baik kurikulum aliran
vokasional di sekolah.
iii. Mengadakan program berkembar dengan
universiti-universiti luar negara untuk pengajian
TESL juga diadakan di IPG.
iv. Program Pensiswazahan bagi guru-guru
sekolah rendah dan menengah.
v. Melatih guru sekolah agama rakyat.
vi. Melatih guru untuk menjayakan
pengajaran Sains dan Matematik.
vii. Menyediakan guru mata pelajaran
vokasional
dan teknik.
viii. Mengadakan Kursus Dalam Perkhidmatan.
ix. Program Latihan Perguruan Institusi
Pendidikan Swasta (PLPS).
Kesimpulan
Sebagai seorang yang bakal bergelar guru,
anda harus meneruskn usaha untuk
merealisasikan tanggungjawab membina
modal insan cemerlang dan berkualiti melalui
proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu bertindak sebagai penyebar ilmu,
pengamal budaya ilmu, guru menjadi role
model, mengamalkan pengajaran efektif,
peka kepada perkembangan pendidikan dan
mengamalkan kemahiran profesional agar
mampu menyediakan generasi muda untuk
menghadapi sebarang kemungkinan.

Anda mungkin juga menyukai